Anda di halaman 1dari 3

TEKS CERITA SK KUALA SERUPAI

TAJUK CERITA: ISTERI YANG BONGKAK

Terima kasih peneraju acara. Yang dihormati Barisan hakim yang


bijaksana, guru-guru, dan hadirin sekalian. Saya Muhammad bin
Abdullah akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Isteri
yang bongkak”.

Baik-baik terkena duri,

Ambil mengkuang di bendang padi,

Jangan sombong meninggi diri

Hidup biar dikenang budi.

Kawan-kawan,

Pak Malim mempunyai seorang isteri bernama Mak Kuntum. Mereka


tinggal di sebuah pondok di tepi Sungai Bernam. Mereka hidup miskin
dan selalu meminta-minta makanan daripada jiran.

Pada suatu hari, Pak Malim pergi ke tebing Sungai Bernam untuk
mengail ikan. Puaslah dia menghulur jorannya, tetapi…. tidak ada
seekor ikan pun memakan umpannya. Pak Malim pun bangun hendak
pergi dari situ.

Apabila dia hendak mengangkat jorannya, seekor ikan kecil meronta-


ronta pada mata kailnya. Ikan itu dimasukkanya ke dalam sebuah
bakul. Pak Malim melangkah pulang.
Dalam perjalanan dia terdengar suatu suara berkata. “Hai orang tua,
lepaskanlah aku. Jika kamu lepaskan aku, aku akan jadikan kamu orang
kaya.” Pak Malim hairan memikirkan dari mana datangnya suara itu.

Pak Malim pun menoleh ke dalam ikan kecil di dalam bakulnya. Rupanya
ikan itulah yang berkata-kata. Ikan itu menyuruh Pak Malim supaya
menggali tanah di pangkal pokok ketapang di hadapan pondoknya lalu
melepaskan kembali ikan itu ke sungai. Tetapi, Pak Malim hendaklah
merahsiakan perkara ini, termasuklah isterinya sendiri.

Apabila ikan itu dilepaskan, kelihatan air sungai itu berpusar-pusar.


Seorang lelaki tua yang berjanggut putih menjelma di tengah air yang
berpusar itu. Malam itu, Pak Malim tidak dapat melelapkan mata.
Fikirannya tertumpu kepada kata-kata ikan yang dilepaskannya siang
tadi.

Keesokan harinya, sebelum matahari terbit, Pak Malim sudah bangun.


Dia pergi ke pangkal pokok ketapang di hadapan pondoknya. Kemudian
dia mencangkul tanah pokok ketapang itu.

Tiba-tiba Pak Malim ternampak sebuah tempayan. Dia mengeluarkan


tempayan itu dan membukanya. Mata Pak Malim terbeliak melihat isi
tempayan itu. “Emas …oh…emas…”, kata Pak Malim apabila melihat
emas yang berkilau-kilau itu. Pak Malim membawa tempayan itu
pulang.

Mak Kuntum terperanjat melihat emas di dalam tempayan itu. Pak


Malim menceritakan segala-galanya kepada isterinya. Dia terlupa akan
pesanan ikan kecil supaya merahsiakan perkara itu. Pak Malim dan
isterinya menjadi kaya-raya. Pak Malim sedara bahawa dahulu dia
hidup miskin lalu dia bersedekah kepada fakir miskin di kampung itu.
Akan tetapi Mak Kuntum lupa daratan. Dia menjadi sombong dan
angkuh. Dia tidak mahu langsung membantu fakir miskin. Malah,
dihinanya orang kampung yang meminta bantuannya. Dia bebangga
dengan kekayaan yang dimilikinya. Sikap Mak Kuntum yang bongkak
tidak disenangi orang kampung.

Pada suatu hari, petir dan kilat sabung-menyabung. Hujan pun turun
dengan lebatnya. Ketika itu, Mak Kuntum bersendirian di rumah. Dia
berasa takut dan cemas. Dia keluar meredah hujan mencari Pak
Malim. Tiba-tiba, air sungai naik dan Mak Kuntum dihanyutkan air. Dia
hampir lemas namun Mak Kuntum telah diselamatkan oleh orang
kampung yang terdengar jeritan Mak Kuntum meminta tolong.

Mak kuntum berterima kasih kepada orang kampung yang telah


membantunya daripada hampir lemas. Apabila Pak Malim pulang ke
rumah, Mak Kuntum telah menceritakan tentang apa yang telah
terjadi dia sangat menyesal dengan sikap angkuh dan sombongnya
selama ini. Akhinya, Pak Malim dan Mak Kuntum sentiasa bermurah
hati dan sentiasa membantu fakir miskin di kampungnya.

Demikianlah cerita saya yang bertajuk “Isteri yang bongkak”.


Pengajaran dari cerita tadi ialah kita perlulah bersikap amanah dan
tidak memungkiri janji. Kedua, kita perlulah menjauhi sikap angkuh
seperti Mak Kuntum. Akhir sekali, kita mestilah mencontohi sikap Pak
Malim yang murah hati dan bersyukur. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai