Anda di halaman 1dari 2

Halim Yang Pemalas.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. pada hari yang berbahagia ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Halim Yang Pemalas.
Pada zaman dahulu, di dalam sebuah kampung tinggal seorang lelaki yang pemalas
bernama Halim. Satu hari, Halim yang pemalas sedang berehat. Jirannya Pak Mahat, datang
menegur sikapnya yang malas itu. Pak Mahad menasihati Halim agar berdikari untuk mencari
makanan supaya tidak kelaparan.
Halim mengucapkan terima kasih kepada Pak Mahat atas nasihat itu. Halim tidak
ambik kisah akan nasihat Pak Mahat itu. Halim masih bersikap pemalas. Dia hendak menipu
orang kampung untuk mendapatkan makanan.
Pada suatu hari, datang seorang pemburu untuk mencari makanan. Dia ternampak
Halim yang sedang menangis. Pemburu itu datang mendekati Halim.
Pemburu bertanya dengan kehairanan kepada Halim mengapa dia menangis. Halim
bijak menipu dengan menyatakan dia lapar dan sakit tetapi tiada siapa ingin mencari
makanan untuknya.
Pemburu bertambah hairan dan bertanya mengapa Halim tidak mencari kerja. Halim
menipu lagi dengan memberi alasan bahawa tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja
kerana dia kerap jatuh sakit.
Pemburu terperaya oleh kata-kata Halim itu. Lalu berkata “Mulai hari ini, aku akan
memberi makanan kepada kamu tetapi dengan satu syarat.”
“Apa syaratnya?”tanya Halim dengan gembira kerana telah berjaya menipu pemburu
itu.
“Selepas kamu sihat, kita pergi berburu bersama-sama,”kata pemburu.
“Ahhhhh. Itu syarat yang mudah. Saya akan patuhi syarat itu,”balas Halim dengan
gembira.
Setiap hari pemburu membawa makanan kepada Halim. Namun begitu, Halim tetap
tidak berubah sikap dan terus menipu. Pemburu berasa sangat kecewa. Pemburu berasa marah
akan sikap Halim yang tidak mahu berubah.
Halim bijak berdalih dengan menyatakan bahawa dia akan berubah sikap. Halim
mengajak pemburu pergi berburu di dalam hutan. Pemburu pun bersetuju. Halim dan
pemburu berjalan ke tempat yang dikatakan. Namun begitu, Halim langsung tidak membantu
pemburu memburu. Mereka berjalan jauh ke dalam hutan. Halim dan pemburu memburu
berhari-hari lamanya. Halim hanya tidur. Pemburu bersusah payah berburu dan mencari
makanan.
Akhirnya, pemburu berasa dirinya telah ditipu. Pemburu sedar bahawa Halim
mengajaknya untuk mempermainkannya sahaja. Sedang Halim tidur, dalam diam pemburu
berjalan dengan senyap meninggalkannya. Kamudian, Halim berasa takut kerana tidak tahu
selok-belok di dalam hutan itu. Pemburu dengan tenang mengintip Halim di sebalik semak
berhampiran.
Halim menjerit dan merayu meminta tolong daripada pemburu untuk membantunya
keluar dari hutan itu. Namun, pemburu tidak mengendahkannya kerana berasa telah tertipu.
Pemburu berasa sangat marah lalu menjerit kepada Halim disebalik semak samun.
“Kau usahalah sendiri mencari jalan keluar !”Tinggallah Halim sendirian di dalam
hutan itu.
Para hadirin sekalian, itulah balasannya jika kita malas dan hanya tahu mengambil
kesempatan atas kebaikan orang lain. Pengajaran cerita ini ialah, kita janganlah menjadi
seperti Halim yang malas dan terlalu mengharapkan pertolongan orang lain. Belajarlah
berdikari.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai