Anda di halaman 1dari 4

NILAI SUAPAN ( MUHAMMAD ZAINAL ZAKARIA )

Apabila kekayaan, ketamakan dan kemewahan menguasai diri insan,

Rasuah menjadi amalan,

Kaburnya mata disebalik bayangan ,

Permata, harta dan mutiara,

Bernilai berjuta-juta,

Diperoleh dengan serta merta,

Tanpa memikirkan kesan malapetaka.

Rasuah,

Apabila nafsu serakah, mengawal diri yang rapuh dan lemah,

Amanah dimamah, diratah hingga hancur punah,

Sebuah harapan yang diserah,

Dek kerana si rasuah,

Diterimanya tanpa gundah tanpa bersalah,

Asalkan diri bertambah megah,

Gah!

Menempatkan diri di puncak mewah,

Harta melimpah ruah pangkat tinggi menerjah,

Menggapai matlamat dalam satu arah,

Walaupun dengan cara yang salah.

Rasuah datangnya tak diundang,

Namun, perginya tidak pula dihalang,

Desakan suapan demi suapan,

Menyentuh nilai kejujuran,

Menggoncang tiang keimanan,

Merobek pegangan amalan,


Terus hanyut dalam pelukan,

Sogokan bernilai jutawan,

Lemas dalam gelombang lautan,

Kemewahan duniawi yang diutamakan,

Tuntutan abadi jauh ditinggalkan.

Rasuah,

Datangnya disebalik bayangan,

Menyelinap mencari sasaran,

Bergerak seperti halimunan,

Yang sukar untuk dikesan ,

Bak gunting dalam lipatan,

Hempedu dalam manisan,

Racun dalam makanan.

Rasuah,

Pengkhianatan terhadap kepercayaan,

Penipuan bertopengkan ketelusan,

Terpesong dari pegangan,

Runtuhnya tamadun keimanan,

Memberi kemewahan kesenangan,

Yang mengundang kesengsaraan,

Di penghujung kehidupan.
RASUAH TERHINA INTEGRITI TERBINA ( DAVID FELISYAN )

Rasuah,

Keranamu maruah terpenjara,

Keranamu hati terseksa,

Keranamu insan sengsara,

Keranamu keluarga merana,

Keranamu wujud derita.

Rasuah,

Keranamu organisasi berpecah,

Keranamu negara terjajah,

Keranamu bangsa diratah,

Keranamu ummah terjarah,

Keranamu generasi mula menyumpah seranah.

Rasuah,

Apa mungkin dibinasa?

Apa upaya dicegah?

Apa daya dibenci dihina?

Apa ada yang ingin menegah?

Apa usaha terus dibantah?

Rasuah,

Tanpamu hatikan sentiasa bergembira,

Tanpamu insan mulia,

Tanpamu keluarga bahagia,

Tanpamu masyarakat aman sejahtera dan terpelihara,

Tanpamu organisasi mekar berjasa,

Tanpamu ummah hidup sentosa,


Tanpamu syaitan tidak akan lagi tertawa.

Lantaran itu integriti,

Ku cari maknamu,

Ku rungkai tafsir dan natijahmu,

Jauh di sudut maknawiyah muncul pengertiannya,

Integriti bukan dipapar pada indahmu,

Tidak ia terbentuk pada suka dan tawa,

Tidak ia terbentuk pada wajah tangis dan duka.

Integriti,

Terjemahan insan berilmu beriman dan beramal,

Rangkaian kata lokasinya dalam diri,

Benteng ampuh menentang nafsu amarah,

Kubu kukuh membenteras angkara durjana,

Penghalang kepada parasit mendamba diri,

Kota ampuh penangkis godaan duniawi.

Integriti,

Penyuluh insan menerangi bumi,

Pelengkap manusia sebagai khalifah sejati,

Penaung kepada yang tiada daya,

Pengukuh kepada yang ingat sentiasa,

Penghias diri menemani Ilahi.

Anda mungkin juga menyukai