Anda di halaman 1dari 2

SAJAK NILAI SUAPAN

Apabila kekayaan, ketamakan dan kemewahan menguasai diri insan


Rasuah menjadi amalan
Kaburnya mata disebalik bayangan
Permata, harta dan mutiara
Bernilai berjuta-juta
Diperoleh dengan serta merta
Tapa memikirkan kesan malapetaka

RASUAH
Apabila nafsu serakah
Mengawal diri yang rapuh dan lemah
Amanah dimamah, diratah hingga hancur punah
Sebuah harapan yang diserah
Dek kerana si rasuah
Diterimanya tanpa gundah tapa bersalah
Asalkan diri bertambah megah
Gah!

Menempatkan diri di puncak mewah


Harta melimpah rah pangkat tinggi menerjah
Menggapai matlamat dalam satu arah
Walaupun dengan cara yang salah

RASUAH
Datangnya tapa diundang
Namun, perginya tidak pula dihalang
Desakan suapan demi suapan

Menyentuh nilai kejujuran


Menggoncang tiang keimanan
Merobek pegangan amalan
Terus...hanyut dalam pelukan
Sogokan bernilai jutawan
Lemas dalam gelombang lautan
Kemewahan duniawi yang diutamakan
Tuntutan abadi jauh ditinggalkan

RASUAH
Datangnya disebalik bayangan
Menyelinap mencari sasaran
Bergerak seperti halimunan
Yang sukar untuk dikesan
Bak gunting dalam lipatan
Hempedu dalam manisan
Racun dalam makanan

RASUAH
Pengkhianatan terhadap kepercayaan
Penipuan bertopengkan ketelusan
Terpesong dari pegangan
Runtuhnya tamadun keimanan
Memberi kemewahan, kesenangan Yang mengundang kesengsaraan
Di penghujung kehidupan

Nukilan : Muhammad Zainal Zakaria

Anda mungkin juga menyukai