Anda di halaman 1dari 1

Apabila Kekayaan, ketamakan dan kemewahan

Menguasai diri insan


Rasuah menjadi amalan
Kaburnya mata disebalik bayangan
Permata, harta dan mutiara
Bernilai berjuta-juta
Diperoleh dengan serta merta
Tanpa memikirkan kesan malapetaka

RASUAH
Apabila nafsu serakah
Mengawal diri yang rapuh dan lemah
Amanah dimamah, diratah hingga hancur punah
Sebuah harapan yang diserah
Dek kerana si rasuah
Diterimanya tanpa gundah tanpa bersalah
Asalkan diri bertambah megah
Gah!!
Menempat diri di puncak mewah
Harta melimpah ruah pangkat tinggi menerjah
Menggapai matlamat dalam satu arah
Walaupun dengan cara yang salah

RASUAH
Datangnya tanpa diundang
Namun
Perginya tidak pula dihalang
Desakan suapan demi suapan

Menyentuh nilai kejujuran


Menggoncang tiang keimanan
Merobek pegangan amalan
Terus...hanyut dalam pelukan
Sogokan bernilai jutawan
Lemas dalam gelombang lautan
Kemewahan duniawi yang diutamakan
Tuntutan abadi jauh ditinggalkan

RASUAH
Datangnya disebalik bayangan
Menyelinap mencari sasaran
Bergerak seperti halimunan
Yang sukar untuk dikesan
Bak gunting dalam lipatan
Hempedu dalam manisan
Racun dalam makanan

RASUAH
Pengkhianatan terhadap kepercayaan
Penipuan bertopengkan ketelusan
Terpesong dari pegangan
Runtuhnya tamadun keimanan
Member kemewahan, kesenangan
Yang mengundang kesengsaraan
Di penghujung kehidupan

Nukilan Muhamad Zainal Bin Zakaria (UKM)

Anda mungkin juga menyukai