Anda di halaman 1dari 1

Syair Banteras Rasuah

Lafaz bismillah pembuka bicara


Syair dikarang alunan suara
Banteras rasuah musuh negara
Elak jadikan wang selesa..

Datangnya dia tanpa diundang


Manusia haloba fikir tak matang
Kerana nafsu iman kecundang
Gilakan harta maruah menghilang...

Gejala rasuah mesti ditegah


Jangan dibiar nantikan barah
Jika rasuah dibiar menjarah
Binasa diri semakin parah..

Terlalu idamkan tampaknya mewah


Sanggup menerjah cara yang salah
Kejar dunia nafsu serakah
Hilang pedoman tiada arah..

Andainya lalai dan alpa


Tanpa fikirkan kesan menimpa
Kerana ringgit Tuhan dilupa
Mohonlah ampun pada Pencipta..

Ayuh bekerja berhati-hati


Haruslah jujur mencari rezeki
Keluarga dirumah setia menanti
Menjamah rezeki yang diberkati

Sekian terima kasih….


“Bersama membanteras rasuah”

Anda mungkin juga menyukai