Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera, tajuk sajak saya ialah nilai suapan,

pencipta ialah Muhamad Zainal Bin Zakaria.

Apabila ketamakan menguasai diri insan


Rasuah menjadi amalan
Kaburnya mata disebalik bayangan permata,
harta bernilai diperoleh dengan serta merta
Tanpa memikirkan kesan malapetaka
Rasuah
Apabila nafsu serakah
Mengawal diri yang lemah
Amanah dimamah hingga hancur punah
Sebuah harapan yang diserah
Dek kerana si rasuah
Diterimanya tanpa bersalah
Asalkan diri bertambah megah
Gah
Menempatkan diri di puncak mewah
Harta melimpah ruah pangkat tinggi menerjah
Menggapai matlamat dalam satu arah
Walaupun dengan cara yang salah
Rasuah
Datangnya tanpa diundang
Namun, perginya tidak pula dihalang
Desakan suapan demi suapan
Menyentuh nilai perpaduan
Menggoncang tiang kejujuran
Merobek pegangan amalan
Terus …. hanyut dalam pelukan
Rasuah
Datangnya disebalik bayangan
Menyelinap mencari sasaran
Bergerak seperti halimunan
Yang sukar untuk dikesan
Bak gunting dalam lipatan
Hempedu dalam manisan
Racun dalam makanan
Rasuah
Pengkhianatan terhadap kepercayaan
Penipuan bertopengkan ketelusan
Terpesong dari pegangan
Runtuhnya tamadun kemanusiaan
Rasuah
haruslah dimusnah dalam diri manusia
masyarakat malah Negara
kita bangkit mendukung Negara bangsa
bangunlah dari lena
kita pulangkan Negara tercinta

Anda mungkin juga menyukai