Anda di halaman 1dari 17

PERIBAHASA

Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga


2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Jawapan Latihan 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat
bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan
lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa
perkara itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan
hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus
jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya
semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup


2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian
isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka
bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada,
masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan
betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu
mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak
nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di
depan mata tak nampak.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi


2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai
benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya
pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus
seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau
sebuah kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang
berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita
yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja
lamanya.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu
tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang
bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun
kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung
halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng
Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya
terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang
ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu
menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar
dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam
peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil
bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan
menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu
supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
Wong Du Hou.

Jawapan Latihan 4:

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak
disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud
yang tertentu.
Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir (janji yang ada sesuatu
di sebaliknya)
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan
telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula)
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan
Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya)
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng
seorang yang baik hari dan lemah lembut.
Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat
dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak
dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan
tersebar juga)
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu
menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan
cemerlang.
Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi
pandai)
8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian
dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada kemampuan
janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap
semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
Jawapan: Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur (balik semula ke
kampung halaman setelah lama tinggal di tempat orang)
10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya
berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.
Jawapan: Mencurah air ke daun keladi (membuat kerja yang sia-sia)

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 5:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya
tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk
memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.
3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan
berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat
berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan
kakinya patah.
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak
menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin
sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki,
pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-
janji yang telah diucapkannya kepada mereka.
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun
berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.
10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang
dan pandai bersilat itu.

Jawapan Latihan 5:

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi
akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
Jawapan: Bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)
2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati
adik perempuan Santos yang cantik itu.
Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)
3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-
duyun pulang ke rumah masing-masing.
Jawapan: Bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut
panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.
Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan
kesan yang buruk)
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-
nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka menunjuk-
nunjuk)
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong
dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat)
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing
mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
Jawapan: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang
telah diucapkannya kepada mereka.
Jawapan: Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. (manusia dipercayai
jika menunaikan janjinya)
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita
kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.
Jawapah: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang tidak
seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)
10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan
pandai bersilat itu.
Jawapan: Kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 6:
Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan
cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan
Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa
memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa
pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut
menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi
kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut.
Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan
jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi
mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji
manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-
kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan
sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau
bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat
menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan.
Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat
disempurnakannya.

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-
rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat
mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada
di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi.
Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja.
Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.

Jawapan Latihan 6:

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook
benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi
kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee
menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur
luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka
kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak
baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi
dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

Jawapan:
i. -anak emas
ii. -bagai menatang minyak yang penuh
iii. -susu diberi, dibalas tuba

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka,
kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang
ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan
menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah
mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu
kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan
kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai
itu dapat disempurnakannya.
Jawapan:
i. -ada udang di sebalik batu
ii. -tanam tebu di tepi bibir
iii. -(cikgu lupa!!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya
telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia
belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu
hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh
majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung
kepada budi bicara majikannya.
Jawapan:
i. -curi tulang
ii. -bagai mencurah air ke daun keladi
iii. -bagai telur di hujung tanduk.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 7:
Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan
cerita dan situasi tersebut.

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam
perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah
sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat
Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua
minggu ke Eropah.

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou


Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat
baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika
bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama
dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu,
beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru
yang berdedikasi.

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek
pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik
tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat
lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya.
Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak
mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.

Jawapan Latihan 7:

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan
mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat
Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal
suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.
Jawapan :
i. langkah bendul
ii. atas angin
iii. bulan madu

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet
mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru.
Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun
keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di
Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan
masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.
Jawapan :
i. belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk
ii. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek
pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia asyik tidur. Cikgunya
iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun
jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu
mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah
tentulah kita tidak akan berjaya.
Jawapan :

i. seperti paku dengan penukul


ii. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
iii. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Latihan 11

Beri maksud peribahasa di bawah:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi


2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
3. 3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
9. bagai lebah menghimpun madu
10. cepat kaki, ringan tangan

11. genggam bara api biar sampai jadi arang


12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
13. malas bergarit perut perit
14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
15. seperti anai-anai makan kayu
16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
17. bagai beliung dengan asahan
18. biduk berlalu kiambang bertaut
19. buang yang keruh ambil yang jernih
20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua
23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga
24. jauh bau bunga, dekat bau tahi
25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
27. seperti pungguk rindukan bulan
28. ikut hati mati, ikut rasa binasa
29. nasi sudah menjadi bubur
30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

31. sudah terantuk baru tengadah


32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
33. alah membeli menang memakai
34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
35. biar titik jangan tumpah
36. cencaru makan petang
37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
38. cicir dipungut, hilang di cari
39. ukur baju di badan sendiri
40. sediakan paying sebelum hujan

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu


42. seperti air dalam kolam
43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
44. cacing hendak menjadi naga
45. membujur lalu melintang patah
46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah


52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
54. seperti kerbau dicucuk hidung
55. seperti belut pulang ke lumpur
56. seperti gagak pulang ke benua
57. seperti ikan pulang ke lubuk
58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
59. jangan bermain di air keruh
60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat


62. bagaikan harimau sembunyikan kuku
63. jauhari juga yang mengenal manikam
64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
66. air yang dingin juga dapat memadamkan api
67. bagai menjaga intan dicanai
68. karam sambal oleh belacan
69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

71. bagai menatang minyak yang penuh


72. bagai ditatang di anak lidah
73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
74. pandai menyelam air dangkal
75. timba air mandikan diri
76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
77. bagai duduk dengan cupak dan gantang
78. seduit dibelah tujuh
79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati


82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya
83. bagai kaduk naik junjung
84. bagai laying-layang terputus talinya
85. alah bias tegal biasa
86. ditelan mati emak, diluah mati bapa
87. beras secupak tak akan jadi segantang
88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
89. bagaikan hidup segan mati tak mahu
90. bagaikan itik pulang petang
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Jawapan:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi


Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.
2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.
3. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.
4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat
jahat.
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.
7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang
baik.
9. bagai lebah menghimpun madu
Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.
10. cepat kaki, ringan tangan
Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.
11. genggam bara api biar sampai jadi arang
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.
12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.
13. malas bergarit perut perit
Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.
14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.
15. seperti anai-anai makan kayu
Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.
16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki
tidak datang dengan sendiri.
17. bagai beliung dengan asahan
Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.
18. biduk berlalu kiambang bertaut
Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.
19. buang yang keruh ambil yang jernih
Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.
20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga
Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan
kesusahan itu juga.
21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
Jawapan: Perhubungan yang sama taraf.
22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua
Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut
merasai kesusahannya.
23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga
Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.
24. jauh bau bunga, dekat bau tahi
Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan
akan selalu berkelahi.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.
26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.
27. seperti pungguk rindukan bulan
Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.
28. ikut hati mati, ikut rasa binasa
Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.
29. nasi sudah menjadi bubur
Jawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.
30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak
menyesal kemudian hari.
31. sudah terantuk baru tengadah
Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.
32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
33. alah membeli menang memakai
Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu
tahan lama.
34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.
35. biar titik jangan tumpah
Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.
36. cencaru makan petang
Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.
37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang
sesuatu perkara.
38. cicir dipungut, hilang di cari
Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.
39. ukur baju di badan sendiri
Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita
sendiri.
40. sediakan payung sebelum hujan
Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.
41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.
42. seperti air dalam kolam
Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.
43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.
44. cacing hendak menjadi naga
Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.
45. membujur lalu melintang patah
Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.
46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
Jawapan: Mencapai kata sepakat.
47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.
48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi
bersama.
49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.
51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan
mengikut hukum Tuhan.
52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.
53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada.
54. seperti kerbau dicucuk hidung
Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.
55. seperti belut pulang ke lumpur
Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.
56. seperti gagak pulang ke benua
Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.
57. seperti ikan pulang ke lubuk
Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.
58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
Jawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat
asalnya semula.

59. jangan bermain di air keruh


Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.
60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
61. diam ubi berisi, diam besi berkarat
Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu
selalunya banyak bercakap.
62. bagaikan harimau sembunyikan kuku
Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.
63. jauhari juga yang mengenal manikam
Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.
64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan elakukannya.
65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.
66. air yang dingin juga dapat memadamkan api
Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.
67. bagai menjaga intan dicanai
Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.
68. karam sambal oleh belacan
Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.
69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak
kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.
70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi
mengelakkan perkara buruk berlaku.
71. bagai menatang minyak yang penuh
Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang
72. bagai ditatang di anak lidah
Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.
73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan
selamat.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
74. pandai menyelam air dangkal
Jawapan: Orang yang pandai membawa diri
75. timba air mandikan diri
Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.
76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.
77. bagai duduk dengan cupak dan gantang
Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.
78. seduit dibelah tujuh
Jawapan: Pembahagian yang sama rata.
79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak
Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.
81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati
Jawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja.
82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya
Jawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing.
83. bagai kaduk naik junjung
Jawapan: Orang yang mengada-ngada.
84. bagai layang-layang terputus talinya
Jawapan: Hidup yang tiada berpedoman.
85. alah bisa tegal biasa
Jawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.
86. ditelan mati emak, diluah mati bapa
Jawapan: Terlalu sukar membuat keputusan.
87. beras secupak tak akan jadi segantang
Jawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah.
88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
Jawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan.
89. bagaikan hidup segan mati tak mahu:
Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna
90. bagaikan itik pulang petang
Jawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai