Anda di halaman 1dari 3

Latihan Peribahasa

Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga


2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup


2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi


2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Jawapan Latihan Peribahasa
Jawapan Latihan 1

1. bagaikan kera mendapat bunga


-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai
pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa
lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti
lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana
keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai kerana ditelan mati
emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang
rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
----------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi
kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur
sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa
dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.

Anda mungkin juga menyukai