Anda di halaman 1dari 1

Latar : Novel Jalan Ke Puncak

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang miskin dan sederhana :
Contoh : Abang dan nenek kepada Laiman memberikan bantuan
kewangan kepada Laiman ketika melanjutkan pelajaran di universiti.
2. Masyarakat yang berpendidikan tinggi :
Contoh : Laiman dan Soniah merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana
Muda bidang Kejuruteraan
3. Masyarakat yang berpendirian tegas:
Contoh : Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa
menerima sesuatu tawaran pekerjaan
4. Masyarakat yang berdikari :
Contoh : Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar
perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri.
5. Masyarakat yang gigih berusaha.
Contoh: Laiman berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras
menjalankan projek ikan air tawarnya sehingga mendapat pengiktirafan
Jabatan Pertanian dan menjadi contoh kepada penternak yang lain.

Latar Masa
1. Waktu pagi : Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu
tentang kejadian kebakaran di loji minyak
2. Waktu tengah hari : Sukri bertanya kepada Laiman tentang
perancangannya selepas tamat belajar kelak
3. Waktu petang : Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong dan terjumpa
Soniah kemudian mereka makan bersama-sama di sebuah restoran.
4. Waktu malam : Pak Kiassim berleter kepada Laiman kerana menolak
tawaran kerja di Jabatan Pertanian.

Latar Tempat
1. Bandar Miri : Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu
dengan bersiar-siar di bandar Miri
2. Rumah Pak Sahok : Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuk
agar mengizinkan dia menggunakan tanah paya bersebelahan tanah
Pak Sahok
3. Tangki Minyak Nombor 12 milik syarikat Shell : tangki yang rosak dan
dibaiki oleh Laiman kemudian terbakar akibat sabotaj daripada orang
lain
4. Kebun tembikai : Tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang
seluas 15 ekar dan bangga dengan usaha mereka
5. Kampung Kusilad : Tempat tinggal Laiman.D ia melakukan aktiviti
pertanian serta perikanan sehingga berjaya

Anda mungkin juga menyukai