Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang


dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan
masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit
kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang
sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga
diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong.
Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji
Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi
kesan kepada penulis dan rakan-rakan.
TEMA
Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu
tradisional di kampung.
PERSOALAN
I.
kehidupan harian.

Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan

Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan
buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

II.

Pendidikan agama dalam masyarakat.

Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam


merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam
masyarakat

III.

Ketaatan kepada guru.

Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat


taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

PLOT
I.

Permulaan

Penulis mengingati zaman kehidupannya semasa membesar di kampung.


II.

Perkembangan

Penulis menceritakan
mengubati penyakit.
III.

kepentingan

tumbuh-tumbuhan

yang

dapat

Puncak

Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji
Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang mereka sayangi.

IV.

Peleraian

Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua
orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

TEKNIK PLOT
III.

Pemerian

Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang


dapat mengubati penyakit.
IV.

Kejutan

Contoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara


tiba-tiba.

WATAK
Watak Utama
v Aku/kami
I.Merupakan seorang anak kampung
II. Seorang yang Rajin
Contoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang
diminta oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
III.Seorang yang Taat
Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja
pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Watak Sampingan
v Hajah Tom
V.Seorang yang Kuat agama
Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar
sentiasa mengingati Tuhan.
VI.Seorang yang Baik hati
Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat
murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.
VII.Seorang yang Pemurah
Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas
membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air
pasang.

v Haji Salleh Pumpong


I.

Seorang yang Berpengetahuan luas

Contoh: Watal Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala
perkara yang berkaitan dengan agama.
III.

Seorang yang Pembersih

Contoh: Haji Salleh Pumpong


walaupun surau itu telah uzur.
IV.

sentiasa

menjaga

kebersihan

surau

Seorang yang Penyayang

Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang


penyayang.

LATAR
LATAR MASA
I.

Waktu subuh

Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana
ada anjing berkeliaran pada waktu itu.
II.

Malam

Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar


mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas
yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut.

III.

Pagi

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah


diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.

LATAR TEMPAT
I.

Kampung

Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.


III.

Surau

Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan


penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji
Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan

surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori
surau tersebut.
III.

Gubir

Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak
oleh pengganas.
Latar Masyarakat
I.

Masyarakat kampung.

Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung


yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan perubatan tradisional.

II.

Masyarakat miskin.

Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana


tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.

III.

Masyarakat yang taat kepada guru .

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah
Tom sebagai guru Quran mereka.

GAYA BAHASA
I.

Simile

Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap raja.

II.

Pengaruh Bahasa Asing

Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah

NILAI
I.

Nilai ketaatan

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan
mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

II.

Nilai keprihatinan

Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan


sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

III.

Nilai baik hati

Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakanrakannya sekiranya mereka belum makan.

IV.

Nilai mengenang jasa

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom


dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

V.

Nilai kasih sayang

Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat


prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi
sehinggalah beliau meninggal dunia.

PENGAJARAN
I.

Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan
Haji Salleh Pumpong.

II.

Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal


penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang
miskin.

V.

Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang


sentiasa baik hati kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai