Anda di halaman 1dari 6

1.

Kritikan sosial

Kritikan sosial didefinasikan sebagai sesuatu analisis dan pemahan yang dilakukan terhadapa kesusasteraan dimana menekankan pemahaman dan penilaian karya sastera yang wajar
1.

Sembilang Kuala Sawah

Cerita ini memaparkan kritikan sosial bersdasarkan aspek sosial. Ini dapat dilihat apabila masyarakat yang sentiasa bantu- membantu antara satu sama lain serta saling nasihat-menasihati antara satu sama lain akan dapat menjamin sebuah masayrakat yang harmoni. Hal ini dapat dilihat apabila Pak Ujang selau berpesan kepada setiap keluarga baharu yang masuk ke kampung itu supaya tidak menagkap ikan di tasik bagi mengelakkan daripada ditimpa musibah. Selain itu, masyarakat kampung yang bergantung hidup pada sumber air di tasik untuk melakukan aktiviti dan keperluan harian, seperti makan, minum, membasuh yang menggunakan air di tasik itu.

Individu yang keras kepala dan tidak mendengar nasihat akan ditimpa musibah. Buktinya apabila Pak Ujang dan seorang perempuan tua telah melarang Cik Sambi dari mendekati tasik itu untuk mengelakkan daripada ditimpa celaka. Namun, sikap degil dan keras kepala, dia tidak mengendahkan nasihat yang diberi. Cik Sambi menangkap ikan di tasik itu, serta memakan hasil daripada tangkapan. Apabila dia bangun keesokkan harinya dia menjerit kesakitan dan bertukar menjadi seekor ikan keli apabila perempuan tua tiba-tiba muncul. Wujudnya sistem masyarakat apabila Pak Ujang menerokai kawasan tersebut dan kemudiannya, sikit demi sedikit penduduk makin bertambah. Pak Ujang bertindak sebagai ketua kampung yang bertanggungjawab menasihati penduduk kampung agar tidak mendekati tasik itu. Pengajaran yang dapat kita contohi ialah menerima nasihat orang lain supaya kelak kita tidak ditimpa musibah. Selain itu, janganlah kita menjadi manusia yang tamak inginkan sesuatu untuk jangka masa pendek serta tidak berfaedah kerana ia akan memberi akibat kepada kita sendiri kelak.

2.

Asal Usul Pekan Teluk Sengat

Memaparkan sosial masyarakat yang teridiri daripada golongan pembesar seperti Panglima Buyong, Daeng Haji Muda dan Daeng Haji putih dan dayang istana iaitu Azizah. Tidak juga dilupakan raja yang memegang tampuk pemerintahan pada zaman kesultanan Melayu. Selain itu terdapat juga masayarakat yang bekerja sebgai petani dan juga pedagang. Manakala cara hidup masyarakat pada zaman ini ialah sebagai petani. Ini dapat dilihat apabila Panglima Buyong menyamar dengan menggantikan nama untuk menjadi rakyat jelata dan bekerja sebagai petani bersama Azizah. . Seterusnya, apa yang kita dapat kaji dari segi politik ialah raja ialah ketua negara, maka baginda mempunyai kuasa untuk mentadbir negara. contohnya, Daeng Haji Muda dan Daeng Haji putih terus melaksanakan tugas yang dititahkan oleh raja sebaik sahaja diminta untuk ke seluruh takluk untuk mencari dayang kesayagan baginda. Kepatuhan kepada ketua. Ini dapat dilihat apabila Daeng Haji Muda dan Daeng Haji putih diperintahkan oleh raja untuk mencari dayang kesayangan baginda.

Nilai-nilai yang terkandung dalam cerita ini Masyarakat yang baik hati membantu orang lain yang berada dalam kesusahan walaupun tidak mengenali dengan rapat. Ini dapat dilihat apabila seorang pedagang cina yang mendapat tahu keadaan Panglima Buyong yang cedera parah diserang oleh Daeng Haji Muda dan Daeng Haji putih, lalu bergegas ke rumahnya.. Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah, kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan. Selain itu kita hendaklah patuh kepada arahan ketua umpama kapal tiada nakhoda, maka porak perandalah sistem organisasi.

3.

Asal Usul Jementah

Memaparkan masyarakat yang saling bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Ini dapat dilihat apabila penduduk kampung bersama-sama menebang sehingga pepohon dan semak belukar di kawasan hutan itu menjadi lapang.

Manakala melalui cara hidup ialah masyarakat kampung yang tinggal di kawasan berhampiran hutan. Ekonomi pada masa ini pada tahap biasa. Ini dapat dilihat apabila masyarakat berusaha untuk mendapatkan emas di kawasan hutan lebat dan semak belukar.

Nilai-nilai yang terkandung dalam cerita ini ialah masyarakat kampung yang gigih berusaha untuk mengubah taraf kehidupan dengan berusaha bersungguh-sungguh menebang pokok untuk mendapatkan emas yang terdapat dalam kawasan hutan itu. Selain itu, nilai saling bekerjasama di antara satu sama lain. Contohnya, walaupun mereka penat, mereka tetap meneruskan usaha menebang pokok bersama-sama Pengajaran yang digambarkan dalam cerita ini ialah kita hendaklah berusaha untuk mengubah taraf hidup diri dan keluarga. Selain itu, kita hendaklah saling tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain.

4.

Gual Pasung Hantu

Menonjolkan masyarakat kampung yang tinggal di pinggir hutan. Selain itu memaparkan individu yang alim dan sering mengambil tahu keadaan kampung. Contohnya, Buyong menyatakan hasratnya untuk membaiki surau kampung yang daif. Manakala cara hidup masyarakat kampung yang mempercayai kepercayaan karut. Penduduk Kampung Tasik Seluang tidak berani masuk ke hutan Bukit Kemunting walaupun hutannya kaya dengan banyak pokok kayu yang berkualiti kerana mempercayai sesiapa yang menebang atau memotong akan ditimpa bencana kononnya, ada penunggu besar yang menjadikan sebatang pohon merbau berdarah sebagai tempat tinggalnya. Manakala melalui cara hidup ialah masyarakat kampung yang tinggal di kawasan kampung yang hidup dengan sistem bermasyarakat contohnya, dengan adanya ketua. Ini dapat dilihat apabila ketua kampung melarang Buyong meneruskan usaha dia untuk menebang pokok. Pengajaran yang dapat daripada cerita ini ialah janganlah kita mempercayai kuasa lain yang lebih kuat daripada kuasa Alllah S.W.T. selain itu, janganlah kita cepat berputus asa apabila ditimpa kesusahan kerana orang yang cepat berputus asa ialah orang yang lemah

5.

Rahsia Tasik Garu

Berdasarkan sosial masyarakat,dapat dirumuskan bahawa terdapat masyarakat daripada golongan berkeluarga, seperti keluarga Pak Uduh dan anak- anaknya. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang mengamalkan ilmu-ilmu jahat iaitu bomoh. Bahkan terdapat juga masyarakat yang percaya akan mendapat musibah. Manakala melalui cara hidup ialah masyarakat kampung yang menangkap ikan. Ekonomi pada masa ini adalah stabil kerana masyarakat bekerja sebagai petani dan

nelayan. Maka mereka menggunakan kepakaran mereka dalam mencari rezeki. Seterusnya, apa yang kita dapat kaji dari segi politik ialah masyarakat yang tamak sanggup melakukan kerja jahat dan mengakibatkan orang lain ditimpa musibah. Contohnya, tiada siapa pun yang berani mendekati tasik itu kerana takut terkena penyakit gatal- gatal yang tidak boleh diubati. Nilai-nilai yang terkandung dalam cerita ini ilah sikap tamak akan membawa rugi kepada diri sendiri. Ini dapat dilihat apabila Pak Uduh pergi berjumpa dengan bomoh yang mengamalkan ilmu- ilmu jahat untuk menangkap ikan yang banyak walupun akan merosakkan tasik tersebut. Pak Uduh menabur kemenyan di semua sudut tasik, hasilnya banyak ikan mulai lompat naik ke daratan. Akibat daripada sifat tamak Pak Uduh, dia menghidap penyakit gatal- gatal sehingga tua. Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah, setiap perbuatan yang kita lakukan baik atau buruk akan mendapat balasan. Justeru, janganlah kita sesekali untuk melakukan kejahatan kerana akan mengakibatkan orang lain juga terlibat. Selain itu, kita hendaklah berfikir panjang sebelum membuat sesuatu supaya tidak menyesal kelak.

2.

Refleksi

Berdasarkan tugasan yang diberi kepada saya iaitu mengkaji cerita rakyat yang bertemakan asal-usul, di sini saya dapat mendekati cerita rakyat yang semakin dilupakan generasi muda pada zaman kini. Sebenarnya jika kita mendalami cerita asal usul ini, kita akan dapat mendekati sejarah, kita akan tahu bagaimana nama sesebuah tempat itu diambil.

Tidak dinafikan sebelum ini saya kurang minat terhadap cerita asal- usul, namun selepas diberi tugasan ini saya merasakan bahawa cerita rakyat yang bertemakan asal- usul ini sebenarnya amat menarik jikalau kita rajin mencari bahan bacaan yang berunsurkan cerita rakyat. Disebabkan kurangnya bahan bacaan di perpustakaan maktab, saya dan rakanrakan mencari bahan bacaan di Perpustakaan Negara. Pelbagai cerita yang tidak pernah saya dengar sebelum ini terdapat di bahagian bacaan kanak-kanak. Apabila saya mengkaji dengan lebih dalam, saya memeahami bahawa cerita asal- usul ini adalah berkaitan dengan sejarah terutamanya . contohnya, bagaimana sesebuah diberi nama. Justeru, kita seharusnya tidak memandang remeh terhadap cerita rakyat kerana pelbagai unsur pengajaran terselit dalam jalan penceritaannya. Seterusnya, kita juga dapat mendekati cerita rakyat yang bercorak kehidupan, politik, masyarakat, individu dan ekonomi dalam penceritaan ini. Berdasarkan kritikan sosial yang telah saya lakukan banyak pengajaran yang kita peroleh daripad penceritaan tersebut. Antaranya berusaha gigih untuk berjaya dalam hidup, patuh kepada arahan ketua, tolong menolong, hormat mengormati dan pelbagai lagi. Semua nilai ini boleh kita terapkan dalam kehidupan kita seharian. Justeru, ambilah yang baik sebagai panduan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Anda mungkin juga menyukai