Anda di halaman 1dari 9

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN

KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2022

HBEC3603

KESUSASTERAAN KANAK-KANAK 2: CERITA RAKYAT MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 990612017010001


NO. KAD PENGENALAN : 990612017010
NO. TELEFON : 0134881206
E-MEL : nurirdina@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


BATU PAHAT

1
Pengenalan

Menurut kamus dewan, mitos merupakan cerita zaman dahulu yang dianggap
benar terutamanya ia mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang
sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa dan kejadian alam. Selain itu, mitos juga
merupakan cerita tentang seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau direka-reka
(dongeng). Contohnya, cerita Raja Suran dalam Sejarah Melayu dan cerita Anak
Buluh Betong.

Oleh itu, tujuan tugasan ini ialah untuk memperluaskan pengetahuan tentang
cerita pourquoi dan kepentingannya kepada kanak-kanak. Di samping itu, tugasan ini
juga bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran menghasilkan buku
cerita yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak berumur 6 tahun.

Bahagian I
Soalan 1 : ESEI

a) Jenis-jenis mitos

Mitos juga digelar mitologi iaitu cerita tentang kisah asal usul sama ada asal usul
nama tempat, asal usul manusia dan asal usul sesuatu kejadian. Mitos biasanya berkait
rapat dengan kepercayaan sesebuah masyarakat. Dari sudut agama, mitos diterapkan
bagi menyampaikan idea-idea sosial dan kepercayaan melalui watak-watak dewa-
dewi, tuhan, binatang serta kejadian yang luar biasa. Mitos mendapat sifatnya melalui
keterangan daripada peristiwa yang dikatakan berlaku. Jelasnya, mitos dikatakan
sebagai cerita yang dapat memberi pedoman kepada sekelompok masyarakat. Mitos
turut menjadi salah satu bentuk kandungan yang sering kali dapat dilihat dalam
penulisan sastera rakyat dan ia digunakan untuk menerangkan asal usul raja,
pembukaan negeri, kedatangan agama Islam dan mengenai peristiwa aneh. Dalam
budaya Malaysia, mereka menganggap mitos sebagai sebuah cerita yang benar-benar
berlaku. Tambahan lagi, secara umumnya, mitos Melayu boleh di bahagikan kepada
tiga bahagian antaranya mitos asal usul, mitos politik dan mitos budaya. Oleh itu,
kategori-kategori mitos ini akan diterangkan dalam bahagian yang selanjutnya.

2
Pada bahagian ini akan diterangkan berkenaan dengan mitos asal usul atau cerita
penciptaan. Mitos asal usul berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Misalnya,
asal usul fenomena semula jadi, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contoh
mitos asal usul ialah kisah Puteri Tiga Beradik (Azimah,2013) misalnya
memperlihatkan mengenai cerita dari dunia kayangan. Cerita ini memaparkan cerita
dari dunia kayangan dan bertemakan percintaan.

Selanjutnya, cerita pourquoi juga merupakan satu bentuk cerita mitos asal usul.
Hal ini kerana Orang Melayu purba mencipta rasional untuk menjelaskan mengapa
haiwan yang berbeza menggunakan bentuk mereka sekarang, misalnya, mengapa
harimau mempunyai jalur, mengapa burung gagak berwarna hitam dan mengapa itik
boleh berenang. Tambahan lagi, kita dapat lihat daripada cerita ‘Bagaimana Beruang
Hilang Ekornya’ adalah seperti berikut: Pada suatu hari, di musim sejuk terdapat
seekor beruang dan seekor serigala. Ketika sang beruang sedang tidur di sebatang
pokok, tiba-tiba datang seekor serigala membawa seketul daging. Dengan sengaja,
serigala itu telah melemparkan daging yang dibawa kearah muka sang beruang yang
sedang tidur itu. Tiba-tiba, sang beruang terjaga daripada tidur dan mengambil daging
itu dan mengikut jejak tapak kaki serigala ke sebuah tempat. Dalam pada itu, sang
serigala terjumpa dengan seorang pemancing yang membawa ikan. Sang serigala
telah menjatuhkan ikan itu satu persatu ke jalan untuk memerangkap sang beruang itu
tadi. Sang beruang telah menjumpai sang serigala yang sedang enak memakan ikan di
sebatang pokok. Kemudian, sang beruang bertanya di manakah kamu mendapatkan
ikan itu. Sang serigala pun membawa sang beruang ke satu lubang yang beku yang
terdapat ikan di dalamnya. Tiba-tiba sang serigala telah memasukkan ekor sang
beruang ke dalam lubang itu dan mengatakan bahawa ikan akan timbul sekiranya ekor
kamu di masukkan ke dalam ini. Serigala telah memerangkap beruang dengan
menunjukkan ikan yang telah disorakkan di dalam bulunya tetapi itu bukan ikan yang
datang daripada kolam tersebut. Tetapi, beruang telah terpedaya dengan hasutan
daripada serigala itu. Beruang telah meletakkan ekornya di dalam air sehingga
berhari-hari tetapi tiada satu ikan pun yang timbul. Akhirnya, ekor beruang menjadi
beku dan beruang cuba untuk menariknya keluar tetapi ekornya putus akibat
membeku.

3
Seterusnya, kita lihat mitos yang kedua iaitu mitos politik. Mitos politik ini
menceritak berkenaan dengan hierarkiawal sosial orang Melayu, terutamanya struktur
pemerintah dan sistem pentadbiran masyarakat dalam institusi politik Melayu
tradisional. Malah, asal usul bagaimana sebuah negara yang kecil dilajutkan
kedaulatannya untuk menjadi kerajaan yang hebat dan asal usul raja Melayu atau
Sultan termasuk dalam mitos politik. Asal usul negeri atau beberapa negeri yang
dinyatakan dalam karya hebat satera Melayu, iaitu Sejarah Melayu. Berkenan dengan
bagaimana Samudera telah ditubuhkan, diceritakan bahawa seorang pemerintah
Merah Silu yang terserempak dengan seekor semut sebesar kucing. Peristiwa pelik itu
telah menyebabkan Silu menubuhkan negeri yang bernama Samudera (bermaksud
semut besar) (Harun Jaafar,2004).

Tambahan lagi, mitos yang ketiga adalah mitos budaya. Mitos budaya adalah
berkaitan dengan cerita adat tertentu atau ritual dan mitos asal usul bomoh Melayu
atau penyembuh. Malah, mitos ini juga berkaitan dengan peristiwa sejarah seperti
kedatangan Islam ke kepulauan Melayu dan bagaimana raja Melayu memeluk Islam.
Penukaran raja Melayu ke dalam Islam mencerminkan kebesaran seorang raja yang
mempunyai kedudukan tinggi dan sifat mulia raja. (Harun Mat Piah,2003).

b) Kepentingan membangunkan kemahiran mendengar dan penumpuan


dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan


bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif terutama semasa belajar di sekolah seperti yang terkandung dalam sukatan
pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu
meluas dalam kehidupan seharian. Pendengaran (listening) merupakan suatu
kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini
diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang.

Antara kepentingan mendengar yang boleh diperolehi kanak-kanak adalah


kemahiran pertama ia menggalakkan mereka untuk berani bergaul dengan rakan
sebaya. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran ini akan senang bergaul dengan

4
rakan-rakan mereka. Mereka juga akan mempunyai daya motivasi dan keyakinan
yang tinggi.

Penumpuan sering didefinisikan sebagai perhatian yang ditumpukan ke atas


kejadian sensori atau mental. Kapasiti saraf kita terlalu terhad untuk mengesan semua
rangsangan yang terdapat di persekitaran kita. Jika sememangnya kita dapat
mengesan semua rangsangan-rangsangan tersebut, pun tidak semua rangsangan yang
dikesan itu akan diproses oleh otak.

Antara kepentingan membangunkan kemahiran penumpuan dalam kanak-kanak


adalah seseorang kanak-kanak itu akan mampu memperolehi sesuatu yang bermakna
dalam kehidupan melingkupi pelbagai aspek. Maka secara hakikinya, mungkin amat
perlu jika realistik penumpuan ini dapat dihayati kepentingannya dan diamalkan
mengikut unsur yang mempunyai nilai dan motif yang boleh membawa kebaikan
yang berpanjangan.

c) Kelebihan adaptasi aktiviti bercerita untuk kanak-kanak prasekolah.

i. Membantu dalam meningkatkan perkembangan emosi

Apabila guru atau ibu bapa bercerita di hadapan kanak-kanak, kanak-kanak itu akan
memberikan sepenuh perhatian kepada bagaimana guru atau ibu bapa menyampaikan
emosi mengikut karakter setiap watak di dalam buku cerita itu seperti gembira, marah
atau takut. Malah ekspresi wajah dan bunyi yang berbeza amat mempengaruhi emosi
kanak-kanak apabila mendengar cerita daripada guru mahupun ibu bapa itu sendiri.
Melalui itu juga, kanak-kanak dapat belajar cara bagaimana untuk melepaskan
perasaan marah, sedih, rasa bersalah dan malu. Oleh itu, kanak-kanak yang dapat
melepaskan perasaan mereka dapat memproses emosi dengan bijak.

ii. Meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak

Melalui aktiviti bercerita ini kanak-kanak dapat menguasai banyak perkataan yang
baru daripada cerita yang mereka dengar. Hal ini kerana, lebih banyak perkataan yang
didengar oleh kanak-kanak semakin baik kemahiran bahasa mereka dalam

5
berkomunikasi bersama dengan orang sekeliling. Dalam pada itu, ia juga dapat
merangsang perkembangan kongnitif kanak-kanak untuk mempelbagaikan kemahiran
komunikasi dan gaya bahasa yang berbeza.

iii. Meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak

Apabila guru atau ibu bapa membaca sebuah cerita kepada kanak-kanak, mereka
dapat mempelajari dan mengingati setiap perkataan yang disampaikan sewaktu
aktiviti bercerita. Dalam pada itu, ianya dapat membantu kanak-kanak untuk berfikir
secara imaginasi. Mereka juga dapat mengambarkan sesuatu situasi yang akan berlaku
dalam sesebuah cerita yang didengari.

iv. Dapat melatih tindak balas kanak-kanak

Apabila guru mula untuk bercerita kepada kanak-kanak, mereka akan bertindak balas
dengan memberi respons kepada soalan yang diajukan oleh guru kepada mereka. Oleh
itu, sambil bercerita guru boleh merangsang tindak balas kanak-kanak dengan
mengulang beberapa kosa kata yang ada di dalam buku cerita tersebut. Malah, dengan
cara ini dapat membantu kanak-kanak itu untuk mengingati setiap kosa kata yang
dipelajari. Selain itu, mereka juga dapat menggunakan kosa kata tersebut apabila
berinteraksi dengan rakan sebaya.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, sebahagian besar daripada tradisi Melayu terdiri daripada


mitos yang wujud sebelum kedatangan Islam ke kepulauan Melayu. Dilihat sebagai
bentuk cerita rakyat tertua, mitos ini dianggap sebagai cerita suci melibatkan
peristiwa dan cerita benar yang berlaku dalam masyarakat Melayu beberapa tahun
yang lalu.

6
Soalan 2 : Buku Cerita
Link buku cerita : file:///C:/Users/Asus%20User/Documents/BUKU%20CERITA
%20'BAGAIMANA%20BERUANG%20HILANG%20EKORNYA'.pdf

Rujukan

Dr Sharifah Fazliyaton Shaik Islam (2021).HBEC3603 Sastera Kanak-kanak 2:


Cerita Rakyat Malaysia.Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia

Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat. Mitos

Harun Jaafar (2004). Ikhtisar kebudayaan dan prosa Melayu klasik

Norazimah. (2013). Cerita Mitos dalam Dua Dunia. Jurnal Peradaban Melayu
UPSI.

Bahagian II

7
Penglibatan kelas atas talian.

1.

2.
3.

8
3.

4.

5.

Anda mungkin juga menyukai