Anda di halaman 1dari 6

Kritikan sosial

Kritikan sosial didefinasikan sebagai analisis dan pemahaman yang dilakukan terhadap kesusasteraan yang lebih menekankan aspek pemahaman dan penilaian karya sastera yang wajar.

Sembilang Kuala Sawah


Kritikan sosial melalui aspek pemikiran masyarakat Kritikan sosial yang pertama dapat dilihat adalah dari aspek masyarakat melalui cerita Sembilang Kuala Sawah ialah kita dapat melihat sikap masyarakat yang sentiasa bantu- membantu dan saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Sikap ini dapat menjamin sebuah masyrakat yang harmoni sebagai contoh, sikap Pak Ujang yang senntiasa memberi nasihat kepada setiap keluarga baharu yang masuk ke kampung itu supaya tidak menangkap ikan di tasik tersebut bagi mengelakkan mereka ditimpa musibah. Cerita ini juga menunjukkan adanya sistem masyarakat yang berkembang atau masyarakat yang bertambah.apabila Pak Ujang meneroka dan membuka Kampung Kuala Sawah dkemudiannya, sikit demi sedikit penduduk makin bertambah. Pak Ujang juga bertindak sebagai ketua kampung yang bertanggungjawab menasihati penduduk kampung agar tidak mendekati tasik itu. Kritikan sosial melalui aspek ekonomi,politik dan cara hidup

Selain itu, kita juga dapat melihat cara kehidupan masyarakat kampung yang bergantung hidup pada sumber air di tasik untuk melakukan aktiviti dan keperluan harian mereka seperti, makan, minum, dan membasuh menggunakan air tasik itu. Cerita ini juga memperlihatkan sikap Individu yang keras kepala dan tidak mendengar nasihat orang lain akan menyebabkan diri mereka ditimpa musibah. Buktinya, apabila Pak Ujang dan seorang perempuan tua telah melarang Cik Sambi dari mendekati tasik itu untuk mengelakkan daripada dirinya ditimpa celaka namun, dia tidak mengendahkan nasihat tersebut. Sebaliknya, Cik Sambi menangkap ikan di tasik itu, serta memakan hasil daripada tangkapan. pada keesokkan harinya dia menjerit kesakitan dan telah bertukar menjadi seekor ikan keli sebaik sahaja seorang perempuan tua muncul. Pengajaran yang dapat kita contohi ialah kita hendaklah menerima nasihat orang lain agar diri kita tidak ditimpa musibah. Selain itu, janganlah kita menjadi manusia yang tamak inginkan sesuatu untuk jangka masa pendek serta tidak berfaedah kerana ia akan memberi akibat kepada kita sendiri kelak.

Asal Usul Pekan Teluk Sengat


Kritikan sosial melalui aspek pemikiran masyarakat dan politik Cerita ini memaparkan sosial masyarakat yang terdiri daripada golongan pembesar seperti Panglima Buyong, Daeng Haji Muda, Daeng Haji putih, dan dayang istana iaitu Azizah. Selain itu sistem pemerintahan yang berpusatkan raja sebagai pemegang sistem pemerintahan pada zaman kesultanan Melayu. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua negara, maka baginda mempunyai kuasa untuk mentadbir negara. Sebagai contoh, Daeng Haji Muda dan Daeng Haji putih terus melaksanakan tugas yang dititahkan oleh raja sebaik sahaja diminta untuk ke seluruh takluk untuk mencari dayang kesayangan baginda. Kepatuhan kepada ketua. Hal Ini dapat dilihat apabila Daeng Haji Muda dan Daeng Haji putih diperintahkan oleh raja untuk mencari dayang kesayangan baginda.Dari segi politik pula masyarakat zaman ini menggunakan sistem beraja dimana terdapat golongan istana,raja,pembesar pembesar dan dayang-dayang istana. Kritikan sosial melalui aspek ekonomi

Kegiatan ekonomi masyarakat pada zaman ini adalah berasaskan pertanian iaitu terdapatnya petani serta aktiviti perdagangan dalam kalangan rakyat. Hal Ini dapat dilihat apabila Panglima Buyong menyamar dengan menggantikan nama untuk menjadi rakyat jelata dan bekerja sebagai petani bersama Azizah. Kritikan sosial melalui aspek nilai-nilai murni dan pengajaran Cerita ini juga mempunyai unsur nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakatnya yang dapat dikritik melalui aspek ini. Sebagai contoh, masyarakat yang baik hati membantu orang lain yang berada dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang, taraf, dan status. Hal Ini dapat dilihat apabila seorang pedagang cina bergegas datang ke rumah Panglima Buyong Daeng Haji putih. Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah, kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan. Selain itu, kita hendaklah patuh kepada arahan ketua umpama kapal tiada nakhoda, maka porak perandalah sistem organisasi. sebaik sahaja mendapat tahu keadaan Panglima Buyong yang cedera parah diserang oleh Daeng Haji Muda dan

Asal Usul Jementah


Kritikan sosial melalui aspek pemikiran masyarakat Melalui cerita Asal Usul Jementah, kritikan yang dapat dilihat ialah dari sikap masyarakat yang saling bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Hal Ini dapat dilihat apabila penduduk kampung bersama-sama bergotongroyong untuk menebang pepohon dan semak belukar di kawasan hutan itu agar menjadi lebih lapang. Nilai-nilai yang terkandung dalam cerita ini ialah masyarakat kampung yang berusaha gigih untuk mengubah taraf kehidupan mereka dengan mendapatkan emas yang terdapat dalam kawasan hutan tersebut. Selain itu, terdapat juga nilai saling bekerjasama antara satu sama lain. Selain itu, kehidupan hidup pula masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran hutan. Kritikan sosial melalui aspek ekonomi Selain itu dari segi kritikan ekonomi pula, ekonomi pada masa tersebut berada pada tahap minimum. Hal Ini dapat dilihat apabila masyarakat berusaha untuk mendapatkan emas di kawasan hutan dan semak.

Pengajaran yang digambarkan dalam cerita ini ialah kita hendaklah berusaha untuk mengubah taraf hidup diri dan keluarga. Selain itu, kita hendaklah saling tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Gual Pasung Hantu


Kritikan sosial melalui pemikiran aspek masyarakat dan corak hidup Melalui cerita Gual Pasung Hantu, pinggir hutan menjadi pusat petempatan masyarakat kampung tersebut. Selain itu, memaparkan individu yang alim dan sering mengambil tahu keadaan kampung. Sebagai Contoh, Buyong menyatakan hasratnya untuk membaiki surau kampung yang daif. Kritikan sosial seterusnya dari segi cara hidup masyarakat kampung tersebut. Masyarakatnya lebih mempercayai kepercayaan karut. Buktinya, Penduduk Kampung Tasik Seluang tidak berani masuk ke hutan Bukit Kemunting walaupun hutannya kaya dengan pokok kayu yang berkualiti kerana mereka percaya sesiapa yang menebang atau memotong pokok-pokok itu, mereka akan ditimpa bencana, hal ini kerana mereka percaya terdapat penunggu besar yang menjadikan sebatang pohon merbau berdarah sebagai tempat tinggalnya. Selain itu, dalam cerita ini wujudnya sistem bermasyarakat, yang dipimpin oleh seorang ketua. Hal ini dapat dilihat apabila ketua kampung melarang Buyong meneruskan usaha dia untuk menebang pokok.

Kritikan sosial melalui aspek nilai-nilai murni dan pengajaran. Dalam aspek Pengajaran yang dapat daripada cerita ini pula ialah janganlah kita mempercayai kuasa lain yang lebih kuat daripada kuasa Alllah S.W.T. Selain itu, janganlah kita cepat berputus asa apabila ditimpa kesusahan kerana orang yang cepat berputus asa ialah orang yang lemah.

Rahsia Tasik Garu


Kritikan sosial melalui aspek pemikiran masyarakat,dan corak kehidupan. Kritikan sosial bagi cerita Rahsia Tasik Garu yang pertama ialah dari segi kehidupan masyarakatnya. Hal ini kerana masyarakatnya hidup dalam kelompok berkeluarga, seperti keluarga Pak Uduh dan anak- anaknya. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang mengamalkan ilmu-ilmu jahat iaitu bomoh dan terdapat juga masyarakat yang percaya akan petanda musibah. Melalui cara hidup, masyarakat kampungnya yang menjalankan aktiviti nmenangkap ikan. Sumber ekonomi pada masa tersebut adalah stabil kerana masyarakat bekerja sebagai petani dan nelayan. Mereka menggunakan kepakaran mereka dalam mencari rezeki. Seterusnya, apa yang kita dapat kaji dari segi politik ialah masyarakat yang tamak sanggup melakukan kerja jahat dan mengakibatkan orang lain ditimpa musibah. Sebagai contoh, tiada siapa pun yang berani mendekati tasik itu kerana takut terkena penyakit gatal- gatal yang tidak boleh diubati. Kritikan sosial melalui aspek nilai-nilai murni dan pengajaran.

Nilai-nilai yang terkandung dalam cerita ini ialah sikap tamak akan membawa kerugian kepada diri sendiri. Keadaan Ini dapat dilihat apabila Pak Uduh pergi berjumpa dengan bomoh yang mengamalkan ilmu- ilmu jahat untuk menangkap ikan yang banyak walupun akan merosakkan tasik tersebut. Pak Uduh menabur kemenyan di semua sudut tasik, hasilnya banyak ikan mulai lompat naik ke daratan. Akibat daripada sifat tamak Pak Uduh, dia menghidap penyakit gatal- gatal sehingga tua. Seterusnya dari segi Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah, setiap perbuatan yang kita lakukan baik atau buruk akan mendapat balasan. Justeru, janganlah kita sesekali untuk melakukan kejahatan kerana akan mengakibatkan orang lain juga terlibat. Selain itu, kita hendaklah berfikir panjang sebelum membuat sesuatu supaya tidak menyesal kelak.

Anda mungkin juga menyukai