Anda di halaman 1dari 2

Alat komunikasi tradisional orang Melayu boleh digunakan digunakan sebagai

saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang
bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas
menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan
kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui
cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang
yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil
kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu
dan kekayaan diri sendiri. Sindiran-sindiran seperti ini dapat menyedarkan
golongan atasan daripada terus melakukan penyelewengan dan dapat membantu
golongan atasan memajukan negara tanpa mengikut hawa nafsu.

Alat komunikasi tradisional orang Melayu juga bersifat didaktif iaitu


mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat
tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat
bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya
anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan
bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam
cerita-cerita Binatang. 

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka
kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di
dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat
kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan
tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam
mengujudkan sebuah masyarakat dan negara yang harmoni dan sejahtera. 

Satu fungsi Kesusasteraan Rakyat ialah untuk menanamkan keyakinan kolektif


terhadap sesuatu kepercayaan yang menjadi ikutan mereka. Pemantapan
keyakinan ini biasanya diiringi dengan aturan dan syarat-syarat tertentu yang
harus dipatuhi oleh khalayak. Dengan adanya aturan dan syarat tersebut,
kelakuan dan dan tingkah laku bahkan minda khalayak dapat dibentuk mengikut
acuan yang telah disediakan. Misalnya mitos asal usul raja-raja melayu dikatakan
berasal dari titisan darah Iskandar Dzulkarnain iaitu manusia yang berketurunan
separuh dewa yang merajai dunia di bawah lautan. Pengagongan ini meletakkan
bahawa Iskandar Dzulkarnain dan titisanya mempunyai daulat yang mesti
dipatuhi oleh raja-raja Melayu. Maka lahirlah ungkapan “pantang Melayu
menderhaka”. Daripada ungkapan ini dapat membantu negara daripada berlaku
pemberontakan dan kemusnahan terhadap negara.

Anda mungkin juga menyukai