Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan

Pandangan sterotaip masyarakat Barat pada abad ke-16 hingga abad ke-20 di Tanah Melayu yang mengatakan Melayu adalah satu bangsa pemalas tidak benar sama sekali. Dalam membincangkan hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana pandangan dari pihak Barat ini boleh timbul. Adakah ini disebabkan tulisan Munsyi Abdullah dalam buku beliau, Hikayat Abdullah atau lain-lain orientalis Barat? Atau adakah disebabkan oleh sifat semulajadi Melayu yang merendah diri? Atau adakah ini hanya satu taktik dari pihak penjajah? Telah difahami bahawa memang budaya penjajahan pada bila-bila masa pun akan disulami dengan banyak cerita buruk tentang anak pribuminya. Penjajah dalam usaha mengukuhkan kedaulatan mereka bersusah payah mencipta kehebatan sendiri dan memperlekehkan kumpulan yang diajajah. Sebagai contoh, Red Indian dikatakan bangsa yang liar dan jahat oleh tukang-tukang cerita Amerika. Aborigines di Australia pula dituduh pemalas dan hidup bersandarkan takdir oleh anak cucu lanun yang menjadi penjajah benua Australia. Malah, orang-orang Scotland dan Ireland sehingga sekarang masih dijadikan bahan jenaka di London. Sama seperti di Tanah Melayu, orang Melayu dianggap bangsa pemalas oleh penjajah Barat. Pemburukan ideologi peribumi dan sejarahnya serta masyarakat, berkisar daripada khayalan yang tidak senonoh dan kebohongan serta pengetahuan tingkah laku. Suatu khayalan yang tidak senonoh adalah kesan Jagor bahawa Filipina membuat dayung daripada galah buluh dengan tujuan agar senang beristirehat. Bila dayung mereka kebetulan patah, lebih sering lebih baik, maka ditundanya kerja mendayung yang melelahkan itu sampai dayung tersebut diperbaiki lagi.1 Pandangan ini dipertahankan dan diulangi terus-menerus selama paling kurang dua abad dalam ribuan buku yang ditulis oleh para ilmuwan yang mengungkapkan akar ideologi mereka. Sejak kemerdekaan Malaysia, Indonesia dan Filipina, tidak banyak lagi tulisan-tulisan yang menceritakan tentang perkara negatif peribumi tetapi lebih banyak tulisan yang mencela situasi ekonomi atau politik di negara berkenaan. Seorang ahli sejarah Amerika yang menulis tentang Hindia Belanda, Clive Day, dalam perbandingannya terhadap kebaikan pemerintah Belanda dengan pemerintahan peribumi, cenderung memandang bahawa pemerintahan peribumi hanya sesuai untuk maksud kejahatan. Kesan yang diperolehnya dengan membeca sejarah negara peribumi adalah bahawa penguasa

Feodor Jagor, 1916. Travels in the Phipiphines dlm.Austin Graig (ed), The former Philiphines Thru Foreign Eyes. Manila: Philiphine Education, hlmn. 36.

yang baik sangat sedikit, mereka tidak efektif, dan tidak ada pemerintahan peribumi yang baik. Ia menghuraikan sekitar 20 halaman untuk menggambarkan ciri-ciri negatif pemerintahan peribumi, termasuk kezaliman penguasanya. Ia melihat bagaimana seorang penguasa memiliki ruangan di istana tempat ia menikmati pertunjukan wanita bogel bergelut dengan harimau. Para penulis kolonial Eropah, pentadbir amatur, sering membicarakan peristiwa tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada bebagai-bagai usaha mereka untuk menunjukkan sifat masyarakat Melayu. Perompakan, ketidakadilan, kekacauan, peprangan dan kezaliman, yang ada pada tempoh tersebut dibesar-besarkan bagi mengabsahkan kekuasaan kolonial yang diyakini telah menimbulkan keadaan yang berlawanan. Di samping peristiwa dan hal-hal yang sensasi, ilmuwan kolonial amatur juga cenderung membuat berbagai-bagai penilaian yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah, kebudayaan dan agamanya. Contohnya, Raffles tanpa bukti mengatakan Islam adalah alat pemecah belah persatuan suku Melayu. Dia menganggap masyarakat Melayu dahulu tentulah satu bangsa, berbicara satu bahasa, memlihara watak dan adat istiadat mereka.

2.0

Konsep Kerajinan dan Kemalasan Orang Melayu Suatu kehidupan yang santai dan hanya menggunakan tenaga fizikal sekadarnya,

berlangsung dalam kalangan kelompok penguasa, baik penguasa peribumi mahupun kolonial. Tuduhan malas bagi penduduk peribumi oleh orang Belanda, Sepanyol dan Inggeris, seperti yang telah diperlihatkan itu tidak mempunyai alasan yang nyata. Para penguasa peribumi tidak pernah mengecap malas masyarakat mereka, sekalipun beberapa diantaranya hanya conquistadores kolonial. Alasannya adalah bahawa mereka sedar akan sistem nilai-nilai peribumi, yang sangat menghargai ketekunan dan kerja. Catatan sejarah yang menekankan nilai kerja dan ketekunan jarang ditemui, kerana kebanyakan nilai ini disebarkan secara lisan, dan kerana kemalasan belum pernah dirasai sebagai suatu masalah dalam masyarakat peribumi sebelum kolonial. Namun demikian, terdapat beberapa catatan yang ditemui. Satu diantaranya ialah Undang-Undang Sungai Ujong. Undang-undang ini merupakan inti sari hukum adat Sungai Ujong Negeri Sembilan, yang penduduknya berasal dari masyarakat Minangkabau di Sumatera. Daripada 113 fasal undang-undang tersebut, terdapat tujuh fasal yang menekankan nilai kerja dan ketekunan. Fasal 99 menggulungkan akar kejahatan ke dalam: adu ayam dan perjudian, minum-minum, menghisap candu, kemalasan, dan menghindari pekerjaan. Naskhah berkenaan dirumuskan dalam tempoh sebelum kolonial. Syarat utama untuk membuka pengolahan tanah adalah: usaha dan penjagaan yang bersungguh-sungguh, kekuatan, penanaman yang bersemangat, penjagaan yang giat, benar-benar berhemat, berhatihati dalam pembelian, dan lain-lain. Pada dasarnya, nilai-nilai yang ditegakkan oleh undang-undang tersebut adalah hal yang biasa bagi dunia Melayu. Masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Dalam masyarakat Melayu adalah suatu aib apabila dikatakan pemalas. Penghukuman ke atas kemalasan dapat ditemui lebih lanjut dalam Hikayat Abdullah karya Abdullah. Beliau mencatat hukuman berat yang diberi kerana kemalasan di sekolah Islam miliknya2. Dia mengutk beberapa orang lelaki Melayu yang berkeliaran di jalan-jalan mempamerkan senjatanya, sementara kaum wanita mencari nafkah. Beliau turut menyatakan bahawa orang yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah orang yang berani.
2

A.H. Hill, The Hikayat Abdullah , op.cit. Tentang ini Abdullah berkata, ada hukuman bagi murid yang malas belajar. Si anak harus berdiri mengangkangi asap yang dihasilkan daripada gulungan sabut kelapa kering. Kadanf-kadang lada kering dimasukkan ke dalam api. Bau asapnya sangat menyengat dan menyebabkan keluar air dari mata dan hidung.hlmn 46.

Kehancuran dan kemiskinan di Pahang, juga berlaku di Terengganu dan Kelantan. Negeri yang pernah terkenal itu telah terperosok ke kancah kemiskinan dah kehancuran walaupun ianya tidak pernah ditindas musuh atau dutakluki oleh negeri lain, juga bukan kerana perompakan, atau ketandusan tanah. Ini semua adalah berpunca daripada tekanan dan kekjaman para raja dan tokoh penting itu. Penduduk merasa tidak berguna untuk bekerja keras dan memupuk keuntungan yang kemudian akan dirampas. Sebaliknya, mereka lebih senang tinggal miskin dan menderita. Ini menunjukkan kemiskinan dan kehancuran yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur pada masa dahulu bukanlah disebabkan oleh kemalasan tetapi disebabkan oleh faktor penguasa negeri yang kejam. Dalam buku berkenaan juga, Abdullah menceritakan penganiayaan secara terperinci yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu. Jika sesoeorang Melayu memperoleh rumah yang bagus, ladang atau tanah beberapa petak sahaja, seorang raja pasti menghubunginya. Dia meminta pinjaman atau pemberian dan jika otang tersebut menolak maka, raja akan merampas kekayaan tersebut. Jika orang tersebut bersetuju untuk memberi pinjaman, pinjaman berkenaan tidak pernah akan dibayar kembali dan jika orang tersebut melawan, dia dan seluruh ahli keluarganya akan dibunuh atau didenda.

3.0

Buku Revolusi Mental Pada tahun 1971, parti Melayu yang sangat berkuasa di Malaysia, UMNO telah

menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Melayu berjudul Revolusi Mental. Revolusi Mental didefinisikan sebagai suatu perubahan sikap, nilai, falsafah sosial masyarakat tertentu. Tujuan Revolusi Mental adalah untuk merubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masa untuk mendorong mereka lebih giat lagi untuk merebut kemajuan dalam segala bidang.3 Menurut buku tersebut, masyarakat Malaysia dicirikan oleh beberapa sifat yang berikut, masyarakat Melayu tidak jujur terhadap diri sendiri dan mereka tidak melihat kesalahannya sendiri. Oleh sebab itu, punca keterbelakangan mereka yang nyata lebih kolonialisme, eksploitasi oleh masyarakat lain, sistem kapitalis, agama, dan beberapa faktor lain. Masyarakat Melayu secara keseluruhannya kurang keberanian untuk berjuang demi kebenaran. Penindasan yang tidak tertahankan, yang sering berlaku dalam sejarah Melayu dapat dijadikan bukti. Masyarakat Melayu patuh pada undang-undang, selagi agama mereka tidak diganggu dan mereka tidak dihina, mereka bertolak ansur terhadap masyarakat lain. Pada umumnya, masyarakat Melayu tidak berfikir secara rasional dan mereka lebih sering mengikut perasaan.4 Dalam buku tersebut juga dinyatakan masyarakat Melayu tidak menunjukkan disiplin atau ketepatan waktu. Ungkapan janji Melayu biasa digunakan untuk menggambarkan ketidaktepatan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu tidak menunjukkan semangat kekerasan hati sewaktu berad di tengah-tengah kegentingan. Ungkapan Melayu hangat-hangat tahi ayam diajukan sebagai bukti kehangatah tahi ayam tidak lama. Dalam buku tersebut juga ada mengatakan masyarakat Melayu ingin kaya tetapi upaya mereka untuk mencapainya tidak memadai. Mereka tidak hemat dan senang menghamburkan wang secra tidak perlu dengan berpesta, menyambut perayaan, dan membeli perabut rumah yang jauh melebihi kemampuannya. Banyak orang Melayu tidak memikirkan masa depan mereka. Mereka tidak menabung untuk masa depan. Hingga sekarang masyarakat Melayu kurang menunjukkan minat terhadap ilmu pengetahuan dan teknologi dibandingkan dengan ilmu sastera sebagai suatu pekerjaan akademik. Dinyatakan bahawa orang Melayu kurang realistik, dan kurang berusaha.

Senu Abdul Rahman, 1971. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu, hlmn. 87. Buku tersebut ada menyatakan pada masa lalu, masyarakat Melayu tidak mampu berdikari kerana tidak ada kamus bahasa Melayu. Kata untuk berdikari adalah kata baru, ibid, hlmn. 62.
4

Implikasi daripada fikiran keempat-empat belas penulis tersebut ialah modenisasi dan progressif. Watak Melayu yang sangay negatif merupakan sasaran transformasi. Sistem ekonominya kapitalisme liberal danberfalsafah individualisme. Penekanan diberi kepada kemampuan masyarakat Melayu secara khusus untuk meraih kekayaan, status sosial, kemajuan profesional, menandingi masyarakat Jepun, Amerika, Jerman, Yahudi dan Cina. Masyarakat Cina yang disebutkanitu bukanlah berasal dari China. Orang Jerman tidak pelak lagi dari Jerman Barat. Ketua negara, para pengurus perusahaan, ahli falsafah, kapitalis dari dunia kapitalis Barat disanjung dalam banyak halaman buku itu. Begitu juga beberapa ilmuwan sosial Barat yang menegakkan sistem kapitalis iaitu pandangan mereka banyak digunakan. Buku Revolusi Mental menggabungkan pengetahuan biasa tanpa kedalaman, dan kesimpulan yang tidak masuk akal, boleh dikatakan buku yang paling mudah, sederhana, dan setidak-tidaknya mengandungi falsafah kapitalisme yang didefinisikan dengan baik, sambil menegaskan gambaran falsafah moden dan asli daripada masyarakat Melayu. Pengaruh kapitalisme itu kuat. Sebaliknya, buku tersebut menghindari isu kemalasan masyarakat Melayu. Sikapnya terhadap masalah ini berbelah bahagi tetapi pasti cenderung kepada pandangan bahawa masyarakat Melayu malas. Tidak seperti Rizal, dia menyebut tuduhan Inggeris bahawa masyarakat Melayu itu malas tetapi tidak menyetujuinya atau menyangkalnya. Penulis menyifatkan masyarakat Melayu kurang usaha dan inisiatif, menyebut para petani dan nelayan Melayu didakwa malas dan kurang inisiatif tanpa menyangkal atau menerimanya dan menyimpulkan bahawa kemunduran masyarakat Melayu bukan disebabkan eksploitasi pihak lain, tetapi kerana tidak ada usaha mereka sendiri. Ciri-ciri negatif yang disebut dalam buku tersebut mempengaruhi sebahagian besar masyarakat Melayu. Ada segolongan kecil, yang disebut dalam buku tersebut tidak memiliki ciri-ciri ini. Oleh sebab itu, Revolusi Mental merupakan penegesan ideologi kapitalisme kolonial, sejauh masyarakat Melayu yang bahkan lebih negatif jangkauannyadaripada kapitalisme kolonial itu sendiri. Inilah citra negatif yang menguasai kehidupan orang Melayu. Tujuan penulisan Revolusi Mental adalah untuk mengubah citra iitu. Ironisnya ciri tentang sifat orang Melayu yang digambarkan oleh para penulis tersebut, seperti mudah puas, tidak cekap, kurang inisiatif, kurang imaginasi dan usaha diperlihatkan dalam buku tersebut.

Dalam kapitalisme kolonial, komuniti Eropah adalah yang paling dihargai, kemudian penduduk imigran, dan yang paling akhir penduduk asli. Sekitar 70 tahun yang lalu, pentadbir kolonial Inggeris yang terkenal, Clifford, menyatakan orang Melayu telah menjadi anggota kominiti yang tidak menguntungkan dan tidak memuaskan kerana kaum Melayu tidak menyediakan tenaga kerja yang diperlukan untuk mengembangkan sumber negeri tersebut.5 Revolusi Mental tunduk kepada gagasan ini. Sementara menyebutkan sumbangan para imigran Cina terhadap kemakmuran negeri yang meningkat, buku itu, tidak menyebut sumbangan orang Melayu. Buku ini menganalisis masa lalu dengan menggunakan kategori fikiran kapitalis kolonial. Dalam ideologi kapitalis kolonial, hanya orang-orang yang secara langsung melabur dianggap pelaku pembangunan, atau orang yang secara langsung terlibat dalam ekonomi. Sumbangan orang Melayu terhadap pembangunan dikecilkan pengertiannya. Padahal, orang Melayulah yang mengurus negeri. Kaum Melayulah yang menjadi anggota polis. Mereka pengeluar bahan makanan utama negeri tersebut, khususnya pada zaman kolonial. Perkhidmatan orang Melayu dalam undang-undang tatatertib merupakan hal yang penting. Masyarakat Melayu telah memberi banyak sumbangan untuk mencipta keadaan yang memungkinkan perkembangan kapitalis. Oleh itu, tidak perlulah Revolusi Mental menerima sistem kasta kapitalisme kolonial yang menyebabkan kaum Melayu diletakkan pada kedudukan yang paling rendah. Catatan yang sedikit bertentangan diungkap dalam dua bahagian buku tersebut. Orang Inggeris dituduh melumpuhkan semangat masyarakat Melayu dengan berbagai-bagai cara, satu diantaranya menyebutkan kaum Melayu itu malas, sementara mereka mengangkut para pendatang dari China dan India, untuk mengeksploitasi berbagai-bagai sumber alam yang kaya di negeri tersebut bagi keuntungan kekuasaan kolonial dan kaum pendatang. Masyarakat Melayu menjadi miskin di negerinya sendiri. Catatan yang penuh pertentangan ini tidak mempengaruhi seluruh maksud Revolusi Mental. Semuanya itu mungkin ditulis oleh dua daripada 14 orang penulis tersebut. Hal ini bertentangan dengan semangat mencela diri sendiri dan pemerosotan diri sendiri yang memberi ciri Revolusi Mental. Buku Revolusi Mental merupakan ideologi yang menyimpang daripada parti Melayu yang berkuasa. Parti Melayu yang berkuasa telah mewarisi kekuasaan daripada orang Inggeris, tanpa satu perjuangan untuk kemerdekaan sebagaimana halnya yang terjadi di Indonesia, India dan Filipina.

Hugh Clifford, 1903. Rival Systems and the Malayan People , dlm. North American Review. Jil. 177, hlmn. 407.

Jenis penyimpangan dalam Revolusi Mental tentang watak Melayu tersebut dapat dijelaskan dengan kemiskinan intelektual para penulisnya. Kelompokyang secara intelektual lebih berkembang, dapat membangun ideologi kapitalisme yang lebih canggih dikurangi unsur pemerosotan. Hampir kesemua ciri-ciri neegatif yang dituduh itu, yang secara kuat membentuk watak Melayu merupakan kesimpula yang diambil daripada dasar fikiran yang salah. Semuanya tidak didasari penelitian atau pengamatan yang bijaksana.

4.0

Buku Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir menggunakan linkungan untuk menjelaskan asal kejadian dan terus

menerus menyebarkan apa yang dianggapnya menjadi ciri-ciri bangsa yang turun temurun. Berhubung dengan masyarakat Melayu, linkungan geografi mereka mendorong

perkembangan sifat-sifat bangsa yang lemah. Orang Melayu tinggal di pedalaman dan di lembah sungai, kerana di daerah itu tanaman mudah hidup. Terdapat banyak tanah bagi setiap orang dan bukit-bukit tidak pernah dijadikan tempat bercucuk tanam atau perkampungan yang tetap. Sepanjang tahun banyak persediaan untuk semua. Kelaparan dan kesengsaraan yang merupakan gambaran yang lumrah di negeri seperti China, tidak ditemui di Tanah Melayu. Dengan ketekunan yang paling rendah pun, masih dapat hidup relatif dan selesa. Tanaman yang diusahakan juga berpengaruh terhadap watak orang Melayu. Menurut Tun Dr. Mahathir dalam buku beliau, Dilema Melayu, beliau ada mengatakan penanaman padi yang diusahakan oleh orang Melayu yang hanya memakan masa hanya dua bulan tetapi hasilnya cukup untuk setahun penuh. Jadi, orang Melayu mempunyai masa yang banyak untuk beristirehat dan berbual disana sini bersama sahabat. Berhubung dengan tema kemalasan, Tun Dr. Mahathir tidak menjelaskannya secara pasti tetapi pandangannya lebih cenderung menganggap kaum Melayu tidak mampu bekerja keras dan beliau membuktikannya dalam buku Dilema Melayu dimana beliau menyatakan para jurutera Melayu dapat merancang dan mengatur kerja pembinaan jambatan yang paling moden. Ahli-ahli pertanian Melayu dapat memimpin berbagai-bagai percubaan dan mengawasai penanaman tanaman apa sahaja. Segala kekuatan tersebut ada tetapi hanya terbatas dalam bidang yang dikembangkan sahaja. Dari aspek kemampuan untuk bekerja keras pula, beliau mengatakan bahawa orang Melayu tidak sesuai menceburi pekerjaan yang memerlukan kemahiran kerana mereka adalah petani dan wang bagi mereka tidak sama ertinya seperti orang Cina. Orang Melayu tidak mempunyai hasrat dan kemampuan untuk bekerja keras dan lebih dari itu, mereka iaitu orang Melayu tidak mampu untuk berubah. Walaupun beliau tidak menyangkal adanya keinginan dan kemampuan orang Melayu untuk bekerja keras namun, beliau benar-benar menyangkal bahawa mereka tidak dapat diubah.

Tun Dr. Mahathir memberi pandangan yang lebih hebat apabila menyatakan kesihatan orang Melayu berada pada tahap yang teruk. Belaiau mengatakan Tanah Melayu penuh dengan pelbagai jenis penyakit yang melemahkan dan penyakit berjangkit yang datang silih berganti. Dengan itu, masyarakat Melayu disuntik dengan suntikan daya tahan tertentu untuk meneruskan hidup tetapi seluruh tenaga mereka terjejas. Kesannya, mereka menjadi lemah dan bodoh kerana kekurangan darah dan diserang penyakit berkali-kali sehingga mereka enggan bekerja. Secara keseluruhannya, komentarnya yang dicurahkan dalam buku tersebut mendorong anggapan bahawa pandangan beliau tentang kemampuan orang Melayu unutk bekerja keras sebagai hal yang negatif. Pandangannya terhadap kaum Melayu sama dengan bukunya dalam Revolusi Mental, dikuasai oleh kapitalisme kolonial. Jelas ini menunjukkan dalam dunia mentalnya, tidak ada perubahan tuntas daripada pemikiran kolonial. Kelemahan buku Tun Dr. Mahathir ialah bahawa terjadinya eksploitasi terhadap

masyarakat Melayu disebabkan kesalahan perwatakan mereka, kekuasaan Inggeris, dan kejayaan perniagaan kaum pendatang, bukan disebabkan golongan penguasa Melayu yang mendapat keuntungan daripada kolonialisme. Jika mereka mengatakan kaum Melayu tidak jujur, hal ini juga bererti mereka tidak jujur. Dalam hal ini, kebisuan mereka tentang peranan kelompok penguasa Melayu terhadap kemerosotan keadaan masyarakat Melayu adalah satu gambaran sifat mereka.

10

5.0

Kritikan terhadap Revolusi Mental dan Buku Mahathir Kesalahan besar pertama yang dibuat oleh Revolusi Mental adalah cara memandang

sistem nilai Melayu sebagaimana yang dipraktikkan oleh komuniti dalam bentuk tunggal, seragam dan serba sama. Tiga puluh atau lebih ciri negatif yang mereka hubungkan dengan watak orang Melayu lebih terpantul pada kelas penguasa Melayu daripada komuniti Melayu secara keseluruhan.6 Kemalasan lebihh melata dalam kalangan penguasa dalam masyarakat Melayu tradisional daripada dalam kalangan rakyatnya. Sejumlah tertentu orang yang malas selalu ada dalam sesebuah masyarakat. Sifat kemalasan dalam seluruh individu harus dibezakan daripada keputusan untuk menghindari pekerjaan tertentu kerana hasil yang berhubungan dengan wang. Seseorang yang lebih suka menjadi tukang kebun dan memperoleh hasil yang lebih sedikitt daripada menjadi pelayan, tidak perlu dikatakan pemalas. Kecenderungan Revolusi Mental untuk menganggap orang Melayu itu malas, tanpa disedari sebenarnya telah dipengaruhi oleh kapitalisme kolonial. Seperti telah diperlihatkan, kapitalisme kolinial mempertimbangkan ketekunan dari sudut pandangan sistem pemerasan kapitalis. Apa yang menghairankan adalah mereka tidak menyebut bangsa Cina itu pemalas. Dalam kalangan masyarakat Cina, terdapat jumlah yang sebanding tentang anggota yang malas, yang lebih besar dalam kalangan kelas atas. Anak-anak jutawan penjudi, kaki perempuan, gundik, banyak di antara mereka yang malas. Terdapat banyak tuan tanah Cina yang malas yang hanya menunggu akhir bulan untuk mengumpulkan wang sewa mereka. Revolusi Mental menyamaratakan pelbagai peristiwa khusus yang dijelaskan oleh para penulisnya. Ada orang Melayu tanpa inisiatif, kaum Melayu yang malas, masyarakat Melayu yang tidak serius, dan yang tidak memikirkan masa hadapan. Godaan untuk memukul rata itu didasarkan pada cerita rakyat dan pepatah. Revolusi Mental memanfaatkan sejumlah ppepatah Melayu yang mengutarakan sifat-sifat negatif, yang kemudian diakui sebagai unsur yang menentukan watak orang Melayu. Penulis tidak menggolongkan pepatah tersebut ke dalam jenis-jenis. Pepatah dalam bahasa Melayu menurut apa adanya tidak dapat digunakan dalam memperlihatkan ciri sesuatu watak.

Lihat Syed Hussein Alatas Feudalism in Malaysia Society: A Study in Historical Continuity , dlm. Civilizations, Jil.XVIII, no. 4, 1969.

11

Dalam hal ketepatan waktu dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa lalu, ketepatan waktu mekanis yang ditentukan oleh jam tidak ada, kerana sifat masyarakat tersebut dan tidak ada jam pada ketika itu. Misalnya pelayaran, mengingat kenyataan bahawa gerakan perahu bergantung pada angin dan tenaga manusia, maka keberangkatan atau kedatangan perahu tidak dapat ditegaskan menurut jangkaan waktu yang dapat diukur. Meskipun adanya faktor sebegini, tidak bererti masyarakat Melayu tidak mengenal erti ketepatan waktu, yang berhubung dengan agama. Mereka selalu tepat dalam beribadah, khususnya solat subuh dan solat maghrib. Berdasarkan aspek penanaman padi pula oleh Tun Dr. Mahathir, beliau menyimpulkan bahawa petani padi Melayu benar-benar bekerja dua bulan dalam setahun. Diluar kelompok jumlahnya sangat sedikit, penduduk suka membuang waktu luang mereka dengan istirehat atau terus berbual kosong. Mungkin di daerah-daerah tertentu seperti Kedah dan Perlis, para petani padi bekerja setengah menganggur sebelum masa penanaman dua kali. Hal ini disebabkan oleh kurangnya secara relatif lapangan kerja sekunder seperti menoreh getah, membina jalan, membina saluran dan pengairan, menangkap ikan dan membuat tikar. Tetapi ini sahaja tidak benar bagi seluruh rakyat Melayu. Di daerah Kemubu, Kelantan yang melibatkan 1157 orang penanam padi, menunjukkan bahawa rata-rata kerja hari seorang petani 123 hari, di luar waktu yang digunakan untuk mengurus ternak.7 Selama musim penanaman petani tidak bekerja di ladangnya, sehingga sebaliknya menggunakan sebahagian besar waktunya memberi makan ternakan di kandang. Penduduk pendesaan Melayu bekerja sekeras penduduk kota hanya semata-mata pendapatan dan kesempatan merekalah yang lebih terbatas. Ciri-ciri negatif tentang watak Melayu yang dikaji oleh Mahathir merupakan penilaian yang disalah tafsir. Misalnya, dia menganggap bahawa masyarakat Melayu berterus terang hanya kepada orang yang benarbenar dipercayai, dan ini hanyalah diantara mereka sendiri. Hal ini bukan sesuatu tang aneh kerana dalam hal ini, setiap masyarakat memiliki sikap ini. Siapa yang akan mengutarakan hal-hal yang tidak menyenangkan dan tidak berkenaan tentang masyarakat lain kepada anggota masyarakat itu, kecuali mereka yang tidak bermoral baik. Kebanyakan masyarakat memiliki rasa kesopanan atau pengendalian. Ini tidak aneh bagi masyarakat Melayu.

S. Selvadurai, Ani bin Arope, Nik Hassani bin Mohammad, Socio-Economic Study of Paddy Farms in the Kemubu Area of Kelantan, 1968, hlmn. 91, Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kuala Lumpur.

12

Gejala yang digambarkan sebagai amuk tidak terbatas pada masyarakat Melayu. Orang-orang Cina dan India telah dikenali sebagai pembunuh anggota keluarga mereka dalam keadaan sakit jiwa. Lebih jauh lagi, gejala ini merosot dalam kalangan masyarakat Melayu kerana perubahan sejarah. Situasi tekanan jiwa yang hebat sekali yang dilakukan terhadap seseorang, seperti misalnya seorang budak Bugis, yang diperlakukan secara kejam dalam sebuah rumah Belanda pada abad ke-18 di Betawi, bukanlah satu hal yang biasa. Tambahan, Tun Dr. Mahanthir salah apabila menganggap gejala tertentu yang menyentuh beberapa orang individu sebagai hal yang menunjukkan keseluruhan. Kalau kita menyamaratakan watak sesuatu masyarakat berdasarkan tindakan segelintir orang, maka kita sungguh-sungguh berada dalam kekacauan.

13

6.0

Kesimpulan Keunikan peribadi Melayu ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh banyak faktor.

Kedudukan bumi Melayu yang terdedah pada segala macam elemen budaya, latar belakang bangsa yang berkembang daripada penganut animisme kepada penganut Islam yang taat, semuanya sama-sama memainkan peranan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang agak berkecamuk akal fikirannya. Perhatikanlah mana-mana juga Melayu, di dalam dirinya pasti terpancar seribu wajah. Pada tubuhnya tersembunyi unsur Arab, unsur Mamak, unsur orang Putih dan seribu satu unsur lain yang bercampur aduk. Keperibadian yang berbagai-bagai inilah menyebabkan Melayu menjadi begitu sukar difahami. Dan ketidakfahaman itu menjadi punca terhadap timbulnya pelbagai salah tanggapan terhadap mereka. Melayu pemalas adalah rentetan daripada salah tanggapan itu. Orang-orang asing yang gagal memahami susur galur Melayu dengan mudah akan berasa hairan kenapa Melayu boleh menjadi warga kelas dua di bumi yang subur ini. Mereka lalu beranggapan ianya berlaku kerana Melayu tidak rajin. Silap orang Melayu ialah mereka tidak pernah berusaha memberi kefahaman tentang asal usul mereka kepada orang lain. Sebaliknya, mereka dengan penuh kealpaan hanya menerima bulat-bulat teori yang orang lain sogokkan kepada mereka. Paling Iebih, sekiranya pendapat itu kurang memihak pada mereka, sebahagian daripada orang Melayu mungkin akan marah-marah. Semua ini tidak akan berlaku kalau orang Melayu mempunyai hubungkait yang kuat dengan akar umbi bangsanya. Mereka tidak akan berasa susah untuk meyakinkan orang lain bahawa Melayu sebenarnya bangsa yang hebat jika mereka rajin mencungkil, mengenang dan menghargai sejarah kehebatan datuk nenek mereka. Tidak susah untuk membuka mata orang asing bagi mengakui bahawa lebih seribu tahun dahulu tamadun-tamadun Melayu telah berkembang biak, telah menjadi gah dan tersohor di nusantara. Dan bangsa yang pemalas sudah tentu tidak akan mampu membina tamadun-tamadun seumpama itu.

14

7.0

Bibliografi

S. Selvadurai, Ani bin Arope, Nik Hassani bin Mohammad, Socio-Economic Study of Paddy Farms in the Kemubu Area of Kelantan, 1968, Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kuala Lumpur.

Senu Abdul Rahman, 1971. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu.

Feodor Jagor, 1916. Travels in the Phipiphines dlm.Austin Graig (ed), The former Philiphines Thru Foreign Eyes. Manila: Philiphine Education.

Syed Hussein Alatas Feudalism in Malaysia Society: A Study in Historical Continuity, dlm. Civilizations, Jil.XVIII, no. 4, 1969.

Alatas, Syed Hussein (1989). Mitos Peribumi Malas. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

15

Anda mungkin juga menyukai