Anda di halaman 1dari 17

JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN......................................................................................................................... 1

2.0 ANGKATAN BALAI PUSTAKA (1920an) ............................................................................ 2

3.0 ANGKATAN PUJANGGA BARU (1930an) .......................................................................... 5

4.0 ANGKATAN 1945 .................................................................................................................... 7

5.0 ANGKATAN 1950-60an ......................................................................................................... 10

6.0 ANGKATAN 66 HINGGA MUTAKHIR ............................................................................. 12

6.1 Angkatan 80-90an ............................................................................................................... 13

6.2 Angkatan Reformasi ........................................................................................................... 14

7.0 PENUTUP ................................................................................................................................ 15

RUJUKAN ........................................................................................................................................... 16
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

1.0 PENGENALAN

Sastera di Indonesia dikenali dengan istilah Angkatan iaitu pengumpulan sasterawan

dalam satu zaman yang memiliki pandangan atau konsep yang hampir sama (Ajib Rosidi,

2018:16). Kesusasteraan Indonesia menghimpunkan pelbagai genre kesusasteraan di Asia

Tenggara atau boleh juga merujuk kepada kesusasteraan yang dihasilkan di kepulauan

Indonesia. Ia juga digunakan untuk merujuk secara lebih luas kepada kesusasteraan yang

dihasilkan di kawasan yang mempunyai akar bahasa serumpun dengan bahasa Indonesia

seperti bahasa Melayu. Ini meliputi kawasan perairan merentasi Asia Tenggara, termasuk

Indonesia, Malaysia dan Brunei, serta penduduk dalam negara lain seperti orang Melayu yang

tinggal di Singapura. Ungkapan "sastera Indonesia" digunakan dalam artikel ini untuk

merujuk kepada bahasa Indonesia yang ditulis di negara Indonesia.

Penyelidikan mengenai sejarah dan perkembangan novel di Indonesia hanya dapat

dilihat dengan jelas setelah kemunculan era Balai Pustaka pada sekitar tahun 1920. Sejarah

sastera Indonesia meletakkan Azab dan Sengsara (1920) dan Sitti Nurbaja (1922), kedua-

duanya novel diterbitkan oleh rumah penerbitan kerajaan kolonial Hindia Belanda Balai

Pustaka, sebagai perintis moden kesusasteraan Indonesia. Namun, pengkritik sastera

terkemuka Indonesia seperti Umar Junus, Bakri Siregar, dan Ajip Rosidi menolak tanggapan

tersebut dan mempunyai pendapat yang berbeza mengenainya. Mereka menekankan

pentingnya mengesan kewujudan keindonesiaan dalam karya sastera yang dihasilkan oleh

penulis asli di Hindia Belanda untuk membentuk permulaan sastera Indonesia moden.

Sebelum era Balai Pustaka, penelitian terhadap novel atau sastera Indonesia hanya

memfokuskan topik tertentu sahaja Setelah penyelidikan dilaksanakan terhadap

perkembangan novel di Indonesia, terdapat beberapa jenis novel Indonesia telah ditemukan

antaranya novel perang yang muncul seiringan dengan novel kemasyarakatan. Novel

1
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

kemasyarakatan lebih banyak membincangkan tentang kehilangan pemimpin, kemiskinan,

krisis moral, serta kehidupan rumah tangga. Manakala novel perang banyak menceritakan

tentang isu dan persoalan dalam perang dunia kedua. Novel politik pula mengulas mengenai

pelbagai aspek dunia politik seperti ketokohan, pergerakan politik, serta corak politik yang

terdapat di Indonesia. Selain itu, novel sejarah juga berkaitan dengan novel politik.

Kebanyakan penulis novel sejarah merupakan penulis veteran seperti Harun Aminurrashid

yang menghasilkan karya Simpang Perinang, Wan Derusi, Gugur di Lembah Kinabalu, dan

Tun Mandak.

Sehingga hari ini, perkembangan novel di Indonesia menyaksikan perubahan yang

luar biasa memandangkan dunia kesusasteraan juga melalui siri perubahan dan

perkembangan. Kelahiran ramai penulis muda dengan bakat tersendiri serta mampu

menghasilkn karya hebat menjadikan perkembangan novel di Indonesia kian rancak untuk

memberikan pembaca lebih banyak pilihan bahan bacaan. Justeru, penulisan ini akan

merungkai sejarah perkembangan novel di Indonesia bermula dari zaman Balai Pustaka

sekitar tahun 1920an hingga ke era mutakhir ini.

2.0 ANGKATAN BALAI PUSTAKA (1920an)

Perkembangan sastera Indonesia moden bermula pada tahun 1908 dengan tertubuhnya

Komisi Bacaan Rakyat yang dikenali dengan nama Balai Pustaka dibina semasa

pemerintahan Belanda. Tujuan penubuhan Balai Pustaka oleh pihak Belanda adalah

memenuhi keperluan bahan bacaan dalam kalangan rakyat dengan buku-buku terbitan sendiri

agar tidak menggugat keamanan dan keselamatan dalam negara. Hal ini demikian kerana

bahan bacaan mengandungi pelbagai kisah, maklumat dan ilmu maka bahan bacaan dari

negara luar dikhuatiri dapat meniupkan semangat baharu dalam diri rakyat Indonesia

seterusnya menggugat kedudukan Belanda di negara itu. Oleh sebab itu, pemerintah Belanda

menguatkuasakan peraturan yang ketat terhadap sebarang import buku.

2
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

Pada peringkat awal Angkatan Balai Pustaka, terdapat 13 penulis yang aktif rata-rata

dari adalah orang Sumatera. Seterusnya pada tahun 1928, muncul penulis dari daerah lain

seperti I Gusti Panji Tisna dari Bali dan M.R Dayoh dari Sulawesi Utara. Angkatan Balai

Pustaka merupakan titik permulaan kemunculan novel sastera di Indonesia yang mengangkat

tema dan persoalan kehidupan wanita dan masyarakat setempat di Indonesia. Antara novel

yang dihasilkan semasa Angkatan Balai Pustaka adalah Apa Dayaku Karena Seorang

Perempuan (Nur Sultan Iskandar,1923), Azab Sengsara (Merari Siregar ,1928), Tak Putus

Dirundung Malang (S.T. Alisyabana,1929), serta Siti Nurbaya (Marah Rusli,1922).

Angkatan Balai Pustaka telah memberikan impak positif terhadap sejarah dan

perkembangan sastera di Indonesia seperti mempercepat pertumbuhan dan perkembangan

kesusasteraan Indonesia, meningkatkan perkembangan dan kemajuan dalam bidang

kesusasteraan kerana karya yang disusun pengarang dapat terbit dengan dana daripada Balai

Pustaka. Penulis Indonesia juga dapat mengarang dan menulis karya sendiri seterusnya

membolehkan masyarakat membaca hasil penulisan dari sesama bangsa. Ini lebih menarik

kerana sentuhan dari masyarakat sendiri pastinya memiliki pendekatan yang lebih dekat di

jiwa pembaca. Lantas, secara tidak langsung bangsa Indonesia dapat menimba pengetahuan

dan kemajuan dalam bidang penulisan menerusi penubuhan Balai Pustaka. Seperti diketahu

umum, membaca dapat menambah ilmu dan membuka minda pembaca, seterusnya membawa

kemajuan kepada pembaca serta para pekerja yang bertugas di Balai Pustaka, sama ada

sebagai editor, sidang redaksi, ataupun redaktor.

Selain itu, Balai Pustaka juga telah membantu dalam perkembangan bahasa Indonesia

memandangkan novel-novel yang diterbitkan lebih terpelihara kerana hanya naskah cerita

yang mempunyai bahasa yang baik sahaja akan dicetak. Cerita rakyat juga merupakan bahan

penulisan yang banyak disebarkan di Indonesia hasil terjemahan dan suntingan dari sastera

negara luar yang memberikan pengaruh besar dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa.

3
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

Cerita rakyat mampu memperkasa pengalaman diri dan menggalakkan cetusan inspirasi

dalam penciptaan, yang mana keduanya signifikan dalam perkembangan sastera. Walau

bagaimanapun, pembinaan Balai Pustaka sebagai penerbitan rasmi oleh penjajah Belanda

menjadikan setiap asktiviti dan kegiatan badan terikat dengan kekuasaan politik penjajah.

Sehubungan dengan itu, bukan semua naskah penulisan dibenarkan untuk diterbitkan,

meskipun nilai sastera sesebuah karya itu sungguh bernilai. Terdapat terma dan syarat yang

perlu dipatuhi bagi memastikan karya tersebut dapat diterbitkan seperti karya tersebut

berupaya meningkatkan kecerdasan dan mengandungi nilai pengajaran, isi kandungan karya

tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara iaitu tidak bercanggah

dengan norma politik Belanda, dan yang ketiga mestilah tidak menyentuh sensitiviti agama.

Tambahan lagi, Balai Pustaka telah membangkitkan semangat para penulis muda serta

membantu mengasah bakat mereka. Sehingga kini Balai Pustaka merupakan medang

penulisan dan pusat penerbitan buku. Walau bagaimanapun, Balai Pustaka turut mempunyai

beberapa kelemahan antaranya para penulis tidak memiliki kebebasan untuk

mengekspresikan segala idea dan luahan perasaan disebabkan keperluan untuk beradaptasi

dengan terma dan syarat pemerintah Belanda. Sebagai contoh, karya mestilah tidak berbaur

politik, bersikap neutral atau berkecuali dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana

kelompok masyarakat. Kelemahan lain adalah kakitangan redaksi bertanggungjawab dalam

memastikan pemerintah Belanda dipenuhi yang mana menyebabkan sesuatu karya tidak lagi

tulen kerana perlu mengikuti kriteria para kakitangan redaksi.

4
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

3.0 ANGKATAN PUJANGGA BARU (1930an)

Zaman ini dikenali sebagai Pujangga Baru disebabkan nama sebuah majalah yang

terkenal ketika itu iaitu Pujangga Baroe yang mengandungi pelbagai penulisan sasterawan

pada zaman tersebut yang diterbitkan bermula pada 29 Julai 1933. Majalah ini menerbitkan

penulisan seperti puisi, cerita pendek (cerpen), kisah percintaan, drama, esei, sastera kritikan

serta penulisan seni dan kebudayaan lain. Para sasterawan yang berada dalam Angkatan

Pujangga Baru terdiri daripada golongan intelektual Indonesia seperti Sutan Takdir

Alisyahbana, Armijn Pane, dan Amir Hamzah. Selain itu, Sanusi Pane, Ali Hasymi, Selasih,

Mozasa, dan J.E Tatengkeng juga tidak ketinggalan tergolong dalam golongan penulis

intelektual dan berpendidikan tinggi. Oleh itu, nama zaman ini digelar Angkatan Pujangga

Baru sempena nama majalah kebudayaan tersebut.

Antara karya yang menjadi keagungan Angkatan Pujangga Baru adalah Nyanyi Sunyi

dan Buah Rindu (kumpulan puisi) Amir Harnzah, novel Belenggu karya Armijn Pane serta

novel hasil tulisan Sutan Takdir Alisyahbana seperti Layar Torkembang, Anak Perawan di

Sarang Penyamun, dan Dian Yang Tak Kunjung Padam. Karya ini mengisahkan tentang isu

nasionalisme dan pembebasan kaum wanita dari belenggu diskriminasi. Semasa era Angkatan

Pujangga Baru, penulisan karya kian berkembang dengan lebih dinamik serta tidak terikat

kepada aspek tradisional dan antipenjajah. Disebabkan pemerintah Belanda begitu

memperhatikan penulisan karya warga Indonesia agar tidak menggugat kedudukan mereka,

maka banyak karya yang disekat oleh pemerintah Belandan. Sehubungan dengan itu, karya

terbitan Buya Hamka, Sutan Takdir Alisyahbana dan Suman Hasibuan yang berbaur politik

dan semangant nasionalisme telah meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan rakyat

Indonesia bagi membebaskan diri dari penjajahan Belanda.

5
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

Angkatan Pujangga Baru juga terkenal dengan sloga ‘Seni untuk seni’ dan ‘Seni untuk

Pembangunan Masyarakat’. Karya penulisan Angkatan Pujangga Baru masih lagi

menggunakan gaya bahasa yang indah dan terlepas dari kaedah penulisan Angkatan Balai

Pustaka yang menggunakan bahasa Melayu tinggi. Menurut Andri Wicaksono dalam

Pengkajian Prosa Fiksi (2017), kemunculan Pujangga Baru merupakan satu bentuk tindak

balas terhadap saringan yang terlalu banyak dilakukan oleh Balai Pustaka ke atas karya

penulisan sasterawan pada masa itu, khususnya penulisan yang berunsur semangat

kebangsaan dan kesedaran terhadap nasionalisme rakyat Indonesia. Sehubungan dengan itu,

terdapat ciri-ciri yang membezakn karya Angkatan Pujangga Baru dengan karya penulisan

Angkatan lain antaranya tema penulisan adalah berpaksikan semangat Bersatu padu,

nasionalisme, patriotism dan semangat kebangsaan. Tidak ketinggalan juga, terdapat

sasterawan Angkatan Pujangga Baru yang telah mengutarakan topik kebebasan golongan

wanita agar tidak didiskriminasikan dalam konteks sosial dan politik. Aliran Angkatan

Pujangga Baru adalah ideal dan romantik menerusi penulisan karya. Di samping itu, ciri-ciri

Angkatan Pujangga Baru adalah terdapat unsur pengaruh dari karya sastera Belanda sekitar

era 1980an di mana penulisan karya mula memasukkan unsur modenisasi dan masa hadapan

Indonesia.

6
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

4.0 ANGKATAN 1945

Angkatan 45 bermula pada tahun 1942 semasa penjajahan Jepun bertapak di

Indonesia. Angkatan 1945 terbahagi kepada dua tempoh masa iaitu ketika era penjajahan

Jepun iaitu tahu 1942 hingga 1945, dan pasca penjajahan Jepun iaitu pada tahun 1945 hingga

tahun 1953. Era penjajahan Jepun melebihi tiga tahun memberikan impak signifikan dalam

catatan sejarah Indonesia dan bidang sastera khususnya. Bahasa Indonesia telah dijadikan

sebagai bahasa pengantar semasa penjajahan Jepun manakala pengunaan bahasa Belanda

adalah dilarang sama sekali (Muhri, 2016:55). Penguatkuasaan ini menyebabkan ketegangan

berlaku dalam perkembangan sastera Indonesia.

Jepun telah menubuhkan Keimin Bunko Shindo iaitu sebuah pejabat pusat

kebudayaan (Muhri, 2016:55) bertujuan sebagai pusat pengumpulan seniman dan penulis

karya sastera. Pada awalnya, para penulis telah menerima cadangan penyatuan ini di bawah

satu organisasi, namun tidak lama kemudian mereka menyedari bahawa tujuan Jepun

melakukan inisiatif tersebut hanyalah sebagai alat penyebaran propaganda penjajah Jepun.

Hal ini demikian kerana Jepun telah berusaha mengehadkan perkembangan penulisan karya

di Indonesia menerusi larangan penerbitan majalah dan surat khabar melainkan dengan

pemantauan Jawa Shimbun Kai.

Semasa tahun 1943 hingga 1945, sasterawan Indonesia telah bertungkus lumus

menghasilkan puisi seperti sajak dan cerpen bagi menyampaikan berbagai-bagai mesej

kepada rakyat Indonesia menerusi saluran media perhubungan tentera Jepun. Pada masa

inilah, para sasterawan Indonesia mendapati bahawa Gagasan Kesemakmuran Bersama

Jepun, melaungkan slogan seperti “Asia untuk Orang Asia”, “Jepun Cahaya Asia”, “Jepun

Pelindung Asia”, dan “Jepun Pembebas Asia” semasa zaman pendudukan Jepun di Indonesia

(Ruslan Zainuddin, 2004:227). Menurut Armijn Pane, Rosihan Anwar dan Nur Sutan

7
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

Iskandar, Gagasan Kesemakmuran Bersama Jepun merupakan satu helah penipuan penjajah

Jepun semata-mata.

Selain itu, pejabat pusat kebudayaan juga telah ditubuhkan yang berfungsi

merendahkan sastera dan kebudayaan Indonesia. Jepun turut menjalankan aktiviti

Sandiwara/Drama di bawah Perserikatan Oesha Sandiwara Djawa (POSD). Pada masa

penjajahan Jepun, jenis karya yang dominan adalah sajak, cerpen dan drama manakala

penulisan dan penerbitan novel romantik berkurangan. Karakteristik penulisan sastera bersifat

realistik iaitu realistik propaganda, realistik tersembunyi, dan realistik simbolik.

Antara novel yang telah diterbitkan semasa era penjajahan Jepun adalah Tjinta Tanah

Air karya Nur Sultan Iskandar, Palawija karya tahun 1944 oleh Karim Halim, dan Dokter

Rimbu karya tahun 1942 oleh Abang Usmar Ismail. Pada masa ini jugalah bahasa Indonesia

mengalami kematangan. Karya Cerpen semasa Angkatan 45 zaman pemerintahan Jepun

terdiri daripada Anak Laut oleh H.B Jassin yang mana telah diterbitkan dalam Pancaran Cinta

pada tahun 1946 dan juga cerpen Di Tepi Kawah oleh Bakri Siregar. Cerpen ini telah

dibukukan dengan tajuk Djejak Langkah pada tahun 1953. Seterusnya, karya berbentuk

drama sentuhan Amal Hamzah adalah ‘Tuan Amin’ dan ‘Seniman Pengkhianat’. Armijn Pane

pula menghasilkan beberapa buah drama yang mana telah dibukukan dengan tajuk Jinak-

jinak Merpati pada tahun 1953. Manakala penulis karya fiksyen/rekaan ketika era penjajahan

Jepun ialah Kotot Sukardi, Umar Ismail, Armijn Pane, Amal Hamzah, Bakri Siregar, Idrus

dan H.B Jassin.

Seterusnya adalah tempoh pasca penjajahan Jepun iaitu pada tahun 1945 hingga 1953.

Nama Angkatan 45 diambil sempena tahun kemerdekaan Indonesia dan diasaskan oleh

Chairil Anwar meskipun beliau lebih memberikan tumpuan terhadap karya berbentuk puisi.

Ekoran pencapaian Angkatan 45 dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Indonesia

8
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

moden, saluran rasmi melalui penerbitan majalah kebudayaan Gema Suasana telah berjaya

dicipta pada Januari 1948. Pada awalnya, majalah tersebut diterajui oleh sidang redaksi yang

terdiri daripada Asrul Sani, Chairil Anwar, Mochtar Apin, Rivai Apin, dan Baharuddin MS.

Aktiviti percetakan dan penerbitan majalah Gema Suasana dilakukan oleh syarikat penerbitan

Opbouw (bermaksud Pembangun) milik Belanda di Indonesia. Walau bagaimanapun, cetakan

dan terbitan majalah Gema Suasana telah ditamatkan lalu dijenamakan semula sebagai

majalah Gelanggang. Majalah Gelanggang telah diterbitkan julung kalinya pada Februari

1948 dan dilabelkan sebagai majalah kebudayaan bertaraf jurnal mingguan di Indonesia.

Majalah Gelanggang diterbitkan sebagai inisiatif Chairil Anwar dan Ida Nasution sebagai

sidang redaksi. Kedua orang ini yang telah memperkenalkan konsep seni yang digelar ‘Surat

Kepercayaan Gelanggang’ yang menunjukkan bahawa para sasterawan Angkatan '45

mendambakan kebebasan dalam berkarya seiring dengan kemerdekaan yang dikecapi.

Antara petikan Angkatan 45 dalam pernyataan konsep tersebut adalah "Kami adalah

ahli waris yang sah dari kebudayaan dunia dan kebudayaan ini kami teruskan dengan cara

kami sendiri", "dalam penemuan kami, kami mungkin tidak selalu asli; yang pokok ditemui

itu ialah manusia. Dalam caranya mencari, membahas, dan menelaah kami membawa sifat

sendiri." Hasil penulisan karya angkatan ini lebih adalah realistik berbanding karya Angkatan

Pujangga Baru yang bersifat romantik-idealistik. Kebanyakan karya sastera pada angkatan

banyak mengisahkan tentang perjuangan mencapai kemerdekaan.

Karakteristik karya Angkatan 45 adalah bersifat bebas, individualistik, realistik, serta

lebih sinis dan ironi selain mampu menzahirkan unsur kejiwaan melalui falsafah

ekstensialisme iaitu kepercayaan bahawa setiap individu bertanggungjawab untuk mencipta

tujuan atau makna dalam kehidupan masing-masing (Rosida Erowati dan Ahmad Bahtiar,

2011: 16-17) dan futuristik. Hal ini demikian kerana Angkatan 45 adalah gerakan

pembaharuan dalam bidang sastera Indonesia yang meninggalkan segala kaedah lama serta

9
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

menggantikannya dengan sentuhan lebih bebas namun tidak meninggalkan nilai-nilai sastera

yang terdapat dalam penciptaan sastera. Antara karya berbentuk novel dari angkatan ini ialah

Kranji dan Bekasi Jatuh pada tahun 1947 oleh Pramodya, Atheis pada tahun 1949 oleh

Achdiat Karta Mihardja, Aki pada tahun 1949 oleh Idrus. Manakala antologi cerpen adalah

Dari Ave Maria ke Djalan lain ke Roma oleh Idrus dan Cerita dari Blora pada tahun 1949

oleh Pramoedya Ananta Toer.

5.0 ANGKATAN 1950-60an

Angkatan 50 bermula dengan penerbitan Majalah Sastera Kisah Asuhan oleh H.B

Jasin yang mana majalah ini bertahan sehingga tahun 1956. Seterusnya, majalah ini

diteruskan dengan majalah sastera yang lain. Angkatan 50 terkenal dengan karya berbentuk

sastera dalam majalah. Angkatan 50 juga menyaksikan kemunculan gerakan komunis dalam

kalangan sasterawan serta bergabung dengan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) dengan

berkonsepkan sastera realisme-sosialis. Akibatnya, isu perpecahan telah timbul menyebabkan

polemik berpanjangan dalam kalangan sasterawan di Indonesia pada awal tahun 1960.

Perkembangan sastera Indonesia telah terhenti seketika disebabkan isu berkenaan. Walau

bagaimanapun, sejarah Indonesia telah kembali berkembang pada tahun 1965 dengan nafas

baharu.

Antara karya yang dihasilkan dalam Angkatan 50 adalah penulisan Pramoedya

Ananta Toer bertajuk Keluarga Gerilya pada tahun 1951 dan Perburuan pada tahun 1950.

Seterusnya adalah karya N. H. Dini bertajuk Dua Dunia dan karya Mochtar Lubis

bertajuk Tak Ada Esok yang telah dihasilkan pada tahun 1950. Karya lain adalah hasil

Avhadiat K. Mihardja iaitu drama Bentrokan Dalam Asrama tahun 1952 dan Kumpulan

Cerpen Keretakan dan Ketegangan tahun 1956. Trisno Sumardjo pula menghasilkan karya

bertajuk Kata Hati dan Perbuatan, Kumpulan Cerpen tahun 1952, Rumah Raja, kumpulan

Cerpen tahun 1957 dan drama Tjita Teruna tahun 1953. Karya Angkatan 50 adalah

10
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

mempamerkan ciri-ciri seperti kurangnya tema cerita berkaitan perang sebaliknya lebih

banyak karya yang mempamerkan kehidupan harian, kehidupan kampung dan daerah, serta

perlawanan politik. Corak penghasilan karya sangat bervariasi disebabkan pengaruh politik

dan ideologi parti. Ekoran ketidakstabilan politik antara corak pemerintahan lama dengan

pemerintahan baharu, berlaku perpecahan haluan dalam kalangan penulis. Para penerbit turut

dipengaruhi dengan unsure politik yang menyebabkan kesukaran dalam penerbitan karya

menyebabkan perkembangan sastera Indonesia terhenti seketika.

Di samping itu, ciri-ciri karya sastera Angkatan 50 yang berlainan dengan karya

Angkatan lain adalah dari segi dominasi karya yang mana Angkatan 50 banyak menghasilkan

cerita pendek dan kumpulan puisi. Seterusnya, terdapat pertambahan jumlah pusat kegiatan

sastera dan merangkumi seluruh Indonesia. Kebudayaan daerah dan sastra nasional Indonesia

diungkapkan denga lebih mendalam. Nilai keindahan karya sastra mulai diukur dengan

karakteristik sastra Indonesia sendiri.

Menurut Andri Wicaksono dalam Pengkajian Prosa Fiksi (2017), disebabkan terdapat

transisi situasi di Indonesia iaitu dari era peperangan kepada era keamanan, dari zaman

penjajahan ke arah kemerdekaan, maka para sasterawan mula berusaha mencari jalan

penyelesaian bagi masalah yang dialami oleh masyarakat Indonesia seiring dengan kehidupan

pasca kemerdekaan. Tiada perbezaan yang ketara antara karya yang dihasilkan semasa

Angkatan 45 dengan Angkatan 50 melainkan ragam politik yang menjadikan perkembangan

sastera Indonesia berbeza. Selepas kemerdekaan, Angkatan 50 menjadi lambing dunia sastera

di peringkat dunia dan membangunkan pemerintahan sendiri. Hasilnya, pelbagai parti politik

telah muncul dengan lambang kebudayaan masing-masing seperti Lembaga Kebudayaan

Nasional, Lembaga Seni Budaya Nasional, dan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra).

11
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

6.0 ANGKATAN 66 HINGGA MUTAKHIR

Angkatan 66 memperoleh nama daripada H.B. Jassin dalam majalah Horison Nomor

2 Tahun 1966 dan muncul semasa ketidakstabilan politik Indonesia disebabkan penentangan

terhadap isu penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dalam kalangan pemimpin

negara. Antara isu penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditentang hebat adalah

terhadap pancasila yang digunakan sebagai dasar pemerintahan negara yang terkandung

unsur komunis. Selain itu, perlanggaran sila (dasar) pertama negara juga menjadi sebab

penentangan apabila Sukarno diangkat sebagai presiden sepanjang hayat. Penyelewengan lain

pula termasuklah penyampaian slogan yang tidak mengandungi makna yang bermanfaat.

Penentangan awal yang berlaku adalah digerakkan oleh golongan mahasiswa seterusnya

pemberontakan di seluruh daerah di Indonesia. Keadaan ini memberikan impak yang besar

terhadap perkembangan kesusasteraan Indonesia.

Situasi ini menyebabkan perpecahan penulis kepada dua golongan iaitu kumpulan

penulis yang bergabung di bawah Lekra dan kumpulan penulis yang menandatangani

manifesto kebudayaan. Selain itu, terdapat penulis yang berkecuali dengan tidak berpihak

kepada mana-mana golongan. Manifesto kebudayaan merupakan perjanjian untuk

mempertahankan autonomi seni dalam kehidupan yang mana manifesto berkenaan telah

ditandatangani oleh sekumpulan penulisa pada 17 Ogos 1963. Antara penulis yang

menandatangani manifesto tersebut adalah H.B. Jassin, Trisno, Sumardjo, Wiratmo Soekito,

Zaini, Goenawan Mohamad, Bokor Hutasuhut, dan Soe Hok Djin.

Manifesto kebudayaan ini membawa beberapa kesan seperti larangan Sukarno

terhadap manifesto kebudayaan yang mengakibatkan para penulis yang menandatanganinya

dihalang daripada kegiatan penulisan dan karya mereka turut disekat. Manakala pegawai

kerajaan yang menandatangi manifesto ini pula ditamatkan dari perkhidmatan. Sebarang

pusat penerbitan yang berkaitan juga diarahkan untuk ditutup.

12
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

Ciri-ciri sastera Angkatan 66 terbahagi kepada dua kategori iaitu Kelompok Sastera

1960 hingga 1966 dan Kelompok Sastera 1966 hingga 1970. Puisi yang dihasilkan dala

Angkatan 66 mempamerkan keadaan hidup yang penuh penderitaan dan muram. Manakala

karya prosa mengisahkan tentang isu kemasyarakatan. Selain itu, kisah berkaitan politik

pemerintahan negara juga lebih signifikan dalam Angkatan 66. Karya sastera dalam

Angkatan 66 berpaksikan perjuangan anti-tirani iaitu anti-penindasan, protes atau kritikan

terhadap politik, anti-kezaliman, berteraskan keadilan, bersemangat patriotism yang cinta

akan bangsa, negara dan persatuan, pemberontakan terhadap ketidakadilan, pembelaan

terhadap Pancasila, serta berunsurkan protes terhadap aspek sosial dan politik.

Antara novel Angkatan 66 adalah Pulang oleh Toha Mocktar, Penakluk Ujung Dunia

oleh Bokor Hutasuhut, Pabrik oleh Putu Wijaya, Ziarah oleh Iwan Simatupang, Merahnya

Merah, dan Royan Revolusi pada tahun 1971 oleh Ramadhan KH. Manakala cerpen terdiri

daripada Kumpulan cerpen Godlob tahun 1976 oleh Danarto, Sri Sumarah dan Bawuk tahun

1975 oleh Umar Kayam dan Orang-orang Bloomington (kumpulan cerpen) tahun 1980 oleh

Budi Darma. Secara umumnya, tema karya Angkatan 66 adalah berunsurkan aspek sosial,

politik, kemiskinan, sentimental dan metafisik.

6.1 Angkatan 80-90an

Angkatan ini merupakan era mutakhir yang mana terkenal dengan karya popular dan karya

berbentuk sastera penyelidikan yang diasaskan oleh Hilman Hariwijaya. Karya sastera

popular terdiri daripada sastera pop dan dianggap kurang menyerlah berbanding sastera non-

pop. Sastera popular tidak mempunyai keindahan dalam aspek makna kerana ia lebih

mementingkan permintaan pasaran berbanding keindahan nilai estetika. Angkatan ini juga

menyaksikan kemunculan penulis wanita Indonesia diketuai oleh Titie Said, seperti La

Rose, Lastri Fardhani, Diah Hadaning, Yvonne de Fretes, dan Oka Rusmini. Karya sastera

dalam angkatan ini mendapat liputan yang luaas oleh majalah dan penerbitan umum.

13
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

Angkatan ini juga menyaksikan kemunculan kelompok generasi yang gemar membaca di

Indonesia. Tema karya Angkatan 80-90an adalah berpaksikan tentang kisah percintaan dan

mengangkat penulis wanita.

Karya Angkatan 80-90an memiliki pandangan estetika yang meluas, bertemakan

romantika percintaan dan cerita kehidupan masyarakat yang membahagiakan para pembaca.

Sifat sasteranya juga dinamik iaitu boleh berubah-ubah seiring dengan keadaan masyarakat

Indonesia ke arah pencapaian matlamat perundangan dasar. Para sasterawan perlu memiliki

keberanian, kreativiti dan inovasi dalam penulisan karya bagi mengikuti arus perkembangan

zaman. Oleh itu, karya sastera beraliran pop (popular) juga telah muncul. Meskipun begitu,

karya tersebut masih tertakluk kepada peraturan dan dipengaruhi oleh kegiatan politik. Tidak

ketinggalan juga karya yang dipengaruhi proses depolitisasi iaitu penyingkisan pengaruh

kegiatan politik.

6.2 Angkatan Reformasi

Angkatan ini menyaksikan berlakunya peralihan kuasa pemerintahan politik dari

Soeharto kepada BJ Habibie seterusnya KH Abdurahman Wahid (Gus Dur) dan Megawati

Sukarnoputri di mana muncul ungkapan "Sasterawan Angkatan Reformasi”. Kemuncak

Angkatan 90an adalah pada tahun 1998. Kemunculan Angkatan Reformasi ini dapat dilihat

menerusi perkembangan karya sastera, puisi, cerpen, serta novel yang bertemakan sosial-

politik dan reformasi. Sasterawan Angkatan Reformasi merefleksikan keadaan sosial dan

politik yang terjadi pada akhir tahun 1990-an, seiring dengan jatuhnya Orde Baru. Proses

reformasi politik yang dimulai pada tahun 1998 banyak melahirkan karya-karya sastera

seperti puisi, cerpen, dan novel ketika itu. Angkatan Reformasi juga dikatakan sebagai

angkatan bebas dari penguasaan rejim pemerintahan baharu yang mengikat sastera dengan

politik dan perundangan. Terdapat banyak karya sastera yang menyokong tema kebebasan.

14
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, istilah Angkatan yang digunakan dalam sastera Indonesia merupakan

pengumpulan sasterawan dalam satu zaman yang memiliki pandangan atau konsep yang

hampir sama (Ajib Rosidi, 2018:16). Kajian mengenai sejarah dan perkembangan novel di

Indonesia semakin jelas disaksikan selepas kemunculan era Balai Pustaka sekitar tahun 1920.

Angkatan Balai Pustaka bermula dengan karya Azab dan Sengsara (1920) dan Sitti Nurbaja

(1922) sebagai novel yang diterbitkan oleh rumah penerbitan kerajaan penjajah Belanda iaitu

Balai Pustaka. Novel tersebut menjad perintis moden kesusasteraan Indonesia.

Sebelum era Balai Pustaka, penelitian terhadap novel atau sastera Indonesia hanya

memfokuskan topik tertentu seperti novel kemasyarakatan, perang, politik dan novel sejarah.

Selepas Balai Pustaka hingga ke hari ini, perkembangan novel di Indonesia menyaksikan

perubahan yang luar biasa memandangkan dunia kesusasteraan juga melalui siri perubahan

dan perkembangan. Ramai penulis muda telah muncul masing-masing dengan bak yang unik

dan berlainan.

Angkatan Pujangga Baru tidak terikat dengan unsur tradisional dan bersifat anti

penjajahan dan muncul slogan ‘Seni untuk seni dan Seni untuk Pembangunan Masyarakat’.

Manakala Angkatan 45 bermula pada zaman penjajahan Jepun dan para sasterawan perlu

berdepan dengan muslihat penjajah Jepun untuk menyebarkan propagandanya. Seterusnya

Angkatan 50 pula menyaksikan kemunculan gerakan komunis dalam karya sastera. Angkatan

66 pula berlakunya gerakan pemberontakan oleh golongan mahasiswa terhadap

penyelewengan pemimpin negara Indonesia. Angkatan mutakhir pula lebih mementingkan

kehendak pasaran berbanding nilai estetika. Kesemua Angkatan mempunyai ciri-ciri karya

tersendiri.

15
JMK222 Fiksyen Indonesia Moden

RUJUKAN

Angkatan Pujangga Baru – PDS HB Jassin. (2022). Jakarta.go.id.

https://dispusip.jakarta.go.id/hbjassin/angkatan-pujangga-baru-i/

Kebangkitan Angkatan 45 dalam Kesusasteraan Indonesia Moden - Dewan Sastera. (2022,

January 19). Dewan Sastera.

https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/01/19/kebangkitan-angkatan-45-dalam-

kesusasteraan-indonesia-moden/

Kebudayaan. (2018). Pujangga Baru, Angkatan. Jakarta-Tourism.go.id.

http://encyclopedia.jakarta-tourism.go.id/post/Pujangga-Baru-Angkatan?lang=en

Nibras Nada Nailufar. (2020, December 17). Periode Sastra Pujangga Baru. KOMPAS.com;

Kompas.com. Diperolehi daripada

https://www.kompas.com/skola/read/2020/12/17/174628169/periode-sastra-pujangga-

baru

Nibras Nada Nailufar. (2021, August 21). Kontroversi Karya Sastra Angkatan 66. Diperolehi

daripada https://www.kompas.com/stori/read/2021/08/21/100000579/kontroversi-

karya-sastra-angkatan-66?page=all

16

Anda mungkin juga menyukai