Anda di halaman 1dari 1

Ahli sosiologi German, Ferdinand Tonnies pula memperkenalkan dua konsep penting tentang

masyarakat. Gemeinschaft terbentuk berasaskan ikatan kekeluargaan dan persahabatan yang rapat.
Perhubungan mereka dilandasi rasa kasih sayang, kesetiaan, tolong menolong dan wujudnya
perasaan kekitaan yang kuat dikalangan mereka. Konsep masyarakat begini wujud pada era
praindustri. Manakala konsep masyarakat gesselschaft pula terbentuk disebabkan adanya satu
perjanjian dan bersifat lebih formal. Hubungan dan ikatan tidak kukuh kerana tiada ciri kemesraan.
Interaksi juga bersifat individualistik dan masing-masing bersaing antara satu sama lain. Malah
terdapat pembahagian tugas dan peranan yang perlu dimainkan. Perubahan ini wujud apabila
berlaku proses perindustrian yang pesat. Perspektif sosiologi lebih melihat proses masyarakat
berevolusi bilamana berlakunya perubahan tahap dari fasa tradisional kepada masyarakat
perindustrian. Rostow menyebut pembangunan ekonomi dapat dicapai apabila berlakunya
kesedaran untuk melaku perubahan dalam aspek politik,struktur sosial, nilai masyarakat dan
kegiatan ekonominya. Ketika ini bererti masyarakat tradisional mula bersedia untuk berpindah ke
status yang seterusnya. (552 patah perkataan)

Tahap Prasyarat Tinggal Landas

Tahap pertumbuhan ekonomi linear yang kedua menurut Rostow adalah tahap pembentukan
prasyarat tinggal landas (the preconditions for takeoff). Di peringkat ini, pertumbuhan ekonomi
bersifat prograsif dikalangan anggota masyarakat tradisional. Ia juga merupakan tahap perubahan
yang mana masyarakat memulakan persediaan supaya dapat mencapai pertumbuhan ekonomi
dengan menggunakan keupayaan

Anda mungkin juga menyukai