Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

Negara maju adalah keadaan di mana sesebuah negara memiliki standard hidup yang tinggi melalui
teknologi dan ekonomi. Pembangunan ekonomi mempunyai perkaitan dengan proses urbanisasi
iaitu pembangunan berdasarkan pendekatan modenisasi. Sesebuah negara dianggap moden dan
maju sekiranya melalui perkembangan dalam sains dan teknologi yang akan meningkatkan taraf
hidup masyarakat tersebut. Salah satu teori modenisasi ekonomi yang diterapkan di negara belum
membangun diperkenalkan oleh seorang pakar ekonomi dan politik iaitu Walt Rostow sekitar akhir
tahun 1950-1960an. Teori tersebut adalah tahap-tahap proses modenisasi secara sistematik yang
mempunyai 5 tahap pertumbuhan ekonomi Rostow iaitu tahap masyarakat tradisional, tahap
prasyarat tinggal landas, tahap lepas landas, tahap pergerakan ke arah kematangan dan tahap
penggunaan massa dan pengeluaran yang tinggi. Rostow mengembangkan teori perkembangan
sesebuah negara dari sudut pandang ekonomi di mana negara maju dan berkembang dibezakan
melalui sudut pandang ini. Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai cita-cita untuk
menjadi sebuah negara maju. Ianya sudah pasti dapat diwujudkan dengan usaha yang maksima dari
pemerintah dan rakyat

Anda mungkin juga menyukai