Anda di halaman 1dari 5

Berdasarkan daripada definisi pembangunan yang dikatakan oleh pengasas teori

pembangunan seperti Karl Marx, Max Weber, John Maynard Keynes dan Walt Rostow,
kumpulan kami telah memilih Teori Pertumbuhan Ekonomi yang diperkenalkan oleh Walt
Whitman Rostow. Sesuai dengan keadaan ekonomi di Malaysia, teori ini akan menerangkan
pertumbuhan ekonomi secara berperingkat dari mundur ke arah yang lebih maju. Secara
umumnya, Teori Pembangunan Ekonomi ini telah menerima kritikan daripada ahli
pengkritik. Pada permulaannya teori ini merupakan artikel Rostow yang dimuat dalam
Economics Journal ( Agarwala dan Singh, 1958) dan kemudiannya dikembangkan dengan
lebih lanjut dalam buku yang berjudul The Stages of Economics Growth: A non-Communist
Manifesto yang diterbitkan pada tahun 1960.
Menurut Todaro dan Smith (2011) Rostows Stages of Growth is the most
influential and outspoken development in Asian economics historian....Buku ini telah
menjadi panduan terhadap pertumbuhan ekonomi sehingga dikenali oleh bangsa-bangsa di
Asia, Afrika, Amerika Latin termasuk Indonesia.

Rajah 1: Peringkat pertumbuhan ekonomi Rostow



Rajah 1 menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang berlaku secara berperingkat yang
mengatakan bahawa masyarakat di dunia dalam pertumbuhan ekonomi dapat digolongkan
kepada lima tahap iaitu 1) tahap masyarakat tradisional (the traditional society), 2), tahap
peralihan prasyarat untuk pelancaran (the preconditions for take-off), 3) tahap pelancaran (the
take-off), 4) tahap kematangan (the drive to maturnity), 5) tahap penggunaan masa yang
tinggi (the age of high mass-consumption). Tahap-tahap ini menunjukkan pembangunan
ekonomi atau transformasi masyarakat di Malaysia berubah dar tingkat tradisional menuju
kea rah moden, dari ekonomi agrarian kepada ekonomi perindustrian.
Tahap masyarakat tradisional (the traditional society)
Pada tahap ini, apa yang dimaksudkan dengan masyarakat tradisional ialah
masyarakat yang mengamalkan kegiatan ekonomi yang relatif dan masih primitif dengan cara
hidup masyarakat mundur dan tidak maju dari segi teknologi dan idea. Menurut rostow juga,
pada tahap ini tingkat produktiviti pekerja masih rendah kerana sebahagian sumber daya
masyarakat digunakan dalam sektor pertanian (Baran dan Hobsbawn, 1961). Tahap ini dapat
diperkukuhkan lagi dengan tahap kegiatan ekonomi di Malaysia suatu ketika dahulu yang
mengamalkan pertanian secara primitif. Pertanian ini ialah kegiatan ekonomi yang
diusahakan oleh sekelompok penduduk di kawasan pedalaman misalnya pertanian yang
diusahakan oleh orang asli di Semenanjung Malaysia seperti di Cameron Highlands.
Jika dilihat dari segi politik masyarakat tradisional, tuan tanah mempunyai hak
terhadap tanah yang diusahakan, maka pengusaha yang mengelolakan tanah tersebut
cenderung untuk membayar kadar sewa terhadap tuan tanah dan akhirnya mendapat pulangan
yang sedikit sekadar menampung ahli keluarga sahaja.
Tahap peralihan prasyarat untuk pelancaran (the preconditions for take-off)
Menurut Rostow tahap ini merupakan salah satu proses yang menyebabkan
berlakunya perubahan dalam masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi. Seperti
keadaan di Malaysia, apabila perubahan ekonomi telah berubah daripada peringkat
tradisional, ia akan dianggap sebagai tahap peralihan prasyarat untuk pelancaran. Maksudnya
kegiatan ekonomi telah maju dan mengalami perubahan. Contohnya, kegiatan ekonomi
pertanian tidak lagi menggunakan orang tengah iaitu penduduk telah didedahkan
untukmenjual hasil pertaian mereka sendiri. Misalnya, di Cameron Highlands, penduduk
menjual hasil tanaman mereka di bandar dan dijual kepada pelancong tempatan. Masyarakat
telah beralih daripada pertanian agrarian kepada pertanian moden di mana mereka
menggunakan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor untuk membantu meningkatkan
daya pengeluaran hasil.
Menurut Rostow, masyarakat memerlukan perubahan multidimensional iaitu
kemampuan masyarakat menggunakan ilmu pengetahuan moden dan mebuat penemuan baru
yang boleh meningkat produktiviti seperti penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun
serangga dan baja urea agar meperolehi hasil yang bermutu tinggi.
Tahap pelancaran (the take-off)
Pada tahap ini, pertumbuhan ekonomi semakin berkembang iaitu terjadinya
perubahan drastik dalam masyarakat misalnya revolusi politik, inovasi teknologi dan import
dan eksport. Perubahan- perubahan ini akan mempercepatkan pertumbuhan pendapatan
nasional dan penduduk tempatan. Oleh hal yang demikian, tingkat pendapatan per kapita
semakin besar. Masyarakat semakin bergerak ke arah kegiatan ekonomi yang moden dengan
jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan produktiviti yang maju. Pada peringkat ini,
tenaga kerja di sektor pertanian semakin menurun di mana berlakunya evolusi teknologi iaitu
sebahagian masyarakat beralih kepada kegiatan manufaktur menyebabkan berlakunya
peningkatan pertumbuhan regional (Rostow 1956). Contohnya, masyarakat terlibat dengan
kegiatan packaging secara kecil-kecilan dalam industri. Pada peringkat ini adanya aliran
pendapatan dalam permodalan. Contohnya pengusaha (entrepreneurs) melakukan inovasi dan
penanaman modal dalam pelbagai sektor.
Tahap kematangan (the drive to maturnity)
Tahap kematangan berlaku apabila msyarakat telah efektif menggunakan teknologi
moden untuk kegiatan ekonomi.Di samping itu, struktur dan kualiti tenaga buruh mengalami
perubahan dan bertambah mahir.Sektor primer dalam tahap ini ditentukan oleh teknologi,
kekeyaan alam dan juga kebijakan pemerintah. contohnya di malaysia, daripada kegiatan
pertanian secara primitif masyarakat menuju ke arah kegiatan ekonomi perindustrian di mana
teknologi canggih memudahkan tugas atau sumber daya tenaga manusia dalam pembuatan,
penciptaan dan penghasilan produk. Menurut Jomo dan Shamsul Bahriah Ku Ahmad (1986)
masyarakat juga tidak lagi bermatlamat memperbaiki teknologi dan mengeluarkan sumber
alam malah perindustrian juga tidak lagi dianggap matlamat utama. Masyatrakat lebih
berpikiran matang yang mempunyai pandangan serta pengetahuan yang lebih luas dan
rasional.
Tahap penggunaan masa yang tinggi (the age of high mass-consumption)
Tahap ini merupakan tahap yang terakhir dalam teori pembangunan ekonomi di mana
masyarakat memberi penekanan kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan
kesejahteraan masyarakat bukan lagi masalah berkitan produksi. Masyarakat menumpu
kepada kekuasaan dan pengaruh luar. Masyarakat juga tertumpu kepda kesejahteraan Negara
dengan mengusaha pelbagai perolehan pendapatan dalam kegiatan ekonomi agar berlaku
kesamarataan.
Secara kesimpulannya, untuk menuju ke arah Negara yang maju dari segi ekonomi,
sesebuah Negara perlu melalui peringkat pertumbuhan ekonomi yang dikemukan oleh
Rostow bermula daripada 1)tahap masyarakat tradisional, 2)tahap peralihan prasyarat untuk
pelancaran, 3) tahap pelancaran 4) tahap kematangan dan yang terakhir ,5) tahap penggunaan
masa yang tinggi. Pembangunan ekonomi merupakan elemen yang penting untuk
memastikan Negara membangun dari semasa kepada semasa. Mengikut Teori Rostow,
pembangunan memerlukan pelaburan yang banyak dalam bentuk modal bagi menggalakkan
pertumbuhan dalam negara terutama bagi negara yang sedang membangun.




Rostow, W.W. (1956) The take-off into self-sustained growth. Dalam Agarwala
dan Singh (1958), Economics Journal
Jomo, K.S. & ShamsulBahriah Ku Ahmad. (1986). Teori Pembangunan Ekonomi.
Satu ulasan Kritis Terhadap Pendekatan Sedia Ada. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia
Agarwala, A.N & Singh, S.P (1958). The economics of underdevelopment. New
Delhi: Oxford University Press.
Todaro, M.P. & Smith, S.C. (2011). Economics Development. United States: Pearson

Anda mungkin juga menyukai