Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI PEMBANDARAN

Urbanisasi didefinisikan sebagai proses pertumbuhan penduduk di bandar-bandar. Selain


itu, ia juga merujuk kepada proses perubahan terhadap tempat kediaman yang bersifat
tradisional kepada kediaman bersifat moden. Seterusnya urbanisasi juga dikatakan daripada
proses perubahan sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perniagaan dan
perdagangan.

Secara umumnya,urbanisasi pesat berlaku di negara-negara sedang membangun di asia
dan juga di negara maju. Tetapi ciri-ciri urbanisasi di kedua-dua negara adalah berbeza
mengikut tahap negara masing-masing. Ciri-ciri urbanisasi di negara membangun ialah
migrasi ke bandar, pendapatan rendah, kerja di kilang kurang, urbanisasi palsu, terlibat
dalam sektor tertier dan akhir sekali ialah taraf hidup rendah. Manakala ciri-ciri urbanisasi di
negara maju ialah migrasi ke bandar, taraf hidup tinggi, banyak peluang kerja di kilang,
terlibat dalam sektor kilang dan akhir sekali jumlah pendapatan yang tinggi.

Migrasi ke bandar merupakan ciri pertama urbanisasi di negara yang sedang membangun.
Migrasi dalaman dan luaran berlaku demi meningkatkan kualiti hidup. Contohnya migrasi
dalaman yang dilakukan oleh penduduk Indonesia adalah demi kepentingan bersama.
Selain itu, proses transmigrasi yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia adalah untuk
menyeimbangkan sumber-sumber yang ada. Penduduk Pulau Jawa di pindahkan ke pulau-
pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang mempunyai populasi penduduk
yang sedikit.

Proses transmigrasi ini telah mewujudkan banyak bandar baru.Di samping itu, penawaran
peluang pekerjaan di sektor perkilangan adalah kurang dan ini menunjukkan berlakunya
proses pembandaran atau urbanisasi. Kebanyakan penduduk di negara sedang
membangun mengambil peluang bekerja di sektor perkilangan demi menambahkan
pendapatan mereka. Pendapatan yang rendah diterima oleh penduduk adalah ciri ketiga
proses urbanisasi di negara sedang membangun. Pendapatan rendah yang diterima oleh
mereka adalah disebabkan penawaran peluang pekerjaan yang sedikit. Hal ini kerana
urbanisasi di negara sedang membangun tidak disertai dengan proses perindustrian.

Terdapat banyak urbanisasi palsu (pseudo urbanization) berlaku disebabkan oleh proses
pembandaran. Urbanisasi palsu atau lebih dikenali sebagai setinggan banyak terdapat di
bandar-bandar negara sedang membangun. Masalah setinggan ini adalah kerana faktor
pendapatan yang rendah tetapi taraf hidup yang tinggi. Pada pandangan saya, masalah
setinggan ini patut diatasi demi mempercepatkan lagi proses pembandaran. Selain daripada
itu, kebanyakan penduduk terlibat dalam sektor tertier atau lebih dikenali dengan sektor
pertanian. Kebergantungan penduduk terhadap sektor ini masih lagi tinggi kerana faktor-
faktor lain seperti tahap pendidikan yang rendah. Keterlibatan penduduk dalam sektor tertier
menyebabkan taraf hidup penduduk di negara yang sedang membangun rendah.

Manakala ciri pertama urbanisasi di negara maju pula adalah sama dengan ciri urbanisasi di
negara yang sedang membangun iaitu migrasi ke bandar. Migrasi ke bandar berlaku adalah
disebabkan oleh penawaran pekerjaan yang banyak. Penawaran peluang pekerjaan yang
yang banyak adalah disebabkan oleh keterlibatan bandar dalam sektor perkilangan. Hal ini
kerana perkembangan bandar disebabkan oleh perkembangan perkilangan. Proses ini
seterusnya menambahkan pendapatan rakyat di negara maju.

Anda mungkin juga menyukai