Anda di halaman 1dari 16

TAJUK TUGASAN: NILAI SEORANG PROFESIONAL DAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA


SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 1

1.0 PENDAHULUAN2

2.0 KEMUKAKAN CONTOH PROFESION BERGAJI ATAU PERUNDING 2-3

3.0 HURAIKAN CONTOH-CONTOH PERLAKUAN BERETIKA


DALAM MEMENUHI TUNTUTAN KERJAYA MELALUI
TINDAKAN, PERLAKUAN ATAU KEPUTUSAN
YANG DIAMBIL OLEH PROFESSIONAL TERBABIT.3-5

4.0 HURAIKAN CONTOH-CONTOH PERLAKUAN TIDAK


BERETIKA YANG BOLEH BERLAKU ATAU DILAKUKAN
OLEH AHLI PROFESSIONAL TERSEBUT. 5-6

5.0 BERIKAN KESAN PERLAKUAN TIDAK BERETIKA YANG


DILAKUKAN PROFESSIONAL TERSEBUT KEPADA DIRINYA
DAN ORANG LAIN. 7-8

6.0 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERLAKUAN ETIKA ATAU TIDAK BERETIKA AHLI-AHLI
PROFESSIONAL TERSEBUT8-11

7.0 RUMUSAN.11-12

8.0 RUJUKAN13-15
1.0 PENDAHULUAN

Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘watak’. Etika
bermaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku seseorang individu samaada betul atau
salah. Individu dianggap mempunyai etika sekiranya tingkah laku tidak menyimpang daripada
nilai moral, norma-norma sosial, undang-undang, dan peraturan yang boleh menimbulkan konflik
kepada diri sendiri atau orang lain.

Profesion didefinisikan sebagai pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi


iaitu melalui latihan kepakaran yang khusus dan berterusan serta pendaftaran dan pelesenan yang
diperakui di peringkat kebangsaan.

Professional pula merujuk kepada seseorang individu yang berkemahiran melaksanakan


sesuatu pekerjaan sepenuh masa dengan cekap serta pekerjaan tersebut merupakan sumber
pendapatan utama. Terdapat dua kategori professional iaitu professional bergaji dan professional
perunding.

Etika professional pula bermaksud satu alat kawalan sosial atau panduan kepada golongan
professional untuk mengawasi atau menilai tingkah laku dari semasa ke semasa (Mohd Janib
Johari, 2001). Etika professional bertujuan untuk mengekalkan intergriti moral dalam diri
seseorang individu tersebut.

Kesimpulannya, etika professional adalah panduan untuk meningkatkan produktiviti, kualiti,


dan disiplin para pekerja dalam bidang masing-masing. Oleh itu, setiap ahli professional mestilah
memahami dan mengaplikasikan prinsip etika dengan baik dalam apa jua bidang pekerjaan.

2.0 KEMUKAKAN CONTOH PROFESION BERGAJI ATAU PERUNDING.

Profesion bergaji adalah seseorang pekerja menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan oleh
sesebuah organisasi. Pekerja tersebut dibayar gaji oleh pihak majikan setiap bulan tanpa menerima
bayaran daripada klien. Sebagai contoh, pekerjaan yang melibatkan profesion bergaji adalah
jurutera, penyelidik, dan pensyarah.

Jurutera merupakan bidang professional yang mengaplikasikan sains dan teknologi dalam
kehidupan seharian. Bidang tugas jurutera adalah berkait dengan bangunan, mesin, struktur, atau
1
sistem. Jurutera terbahagi kepada beberapa jenis iaitu jurutera sivil, jurutera elektrikal, jurutera
elektronik, jurutera mekanikal dan kimia. Jurutera yang professional berpegang kepada Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 (semakan 2015) dan Kod Tatakelakuan (Code of Conduct) di dalam
Peraturan-peraturan Pendaftaran Jurutera 1990 (semakan 2015) oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Selain itu, pensyarah juga adalah profesion bergaji iaitu merupakan golongan professional
yang mempunyai keterampilan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing dan
terlibat dengan bidang tugas pengajaran, penyelidikan, penulisan, menanda kertas peperiksaan
para pelajar, menjalankan khidmat masyarakat, melibatkan diri dalam persatuan professional,
menghadiri seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh para pelajar atau jabatan dan lain-lain.
Setiap institusi pengajian tinggi mempunyai kod etika akademik tersendiri yang perlu dipatuhi
oleh para pensyarah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai contoh profesion bergaji yang sedang berkembang pesat di
negara Malaysia ini seiring dengan pembangunan negara kearah yang lebih maju dan mampan
pada masa kini seperti bidang kejuruteraan dan bidang pendidikan.

3.0 HURAIKAN CONTOH-CONTOH PERLAKUAN BERETIKA DALAM MEMENUHI


TUNTUTAN KERJAYA MELALUI TINDAKAN, PERLAKUAN ATAU KEPUTUSAN
YANG DIAMBIL OLEH PROFESSIONAL TERBABIT.

Profesion bergaji hendaklah beretika dalam melaksanakan pekerjaan samaada melalui


tindakan, perlakuan, atau keputusan yang diambil. Kajian (Abdul Muqsith et. Al, 2017),
menjelaskan bahawa terdapat tiga dimensi asas yang mendokong konsep etika iaitu aspek kognitif,
afektif dan psikomotor manakala menurut (Sharifah Hayati, 2010), etika adalah himpunan nilai
dan moral yang menjadi panduan dalam membentuk tingkah laku individu, organisasi mahupun
kerjaya. Terdapat banyak contoh perlakuan beretika dalam memenuhi tuntutan kerjaya samaada
melalui tindakan, perlakuan atau keputusan yang diambil oleh ahli professional.

Antara tindakan, perlakuan, atau keputusan yang beretika dalam memenuhi tuntutan
kerjaya yang perlu dilakukan oleh ahli profesional adalah kejujuran, amanah, kreatif, inovatif,
integriti, akauntabiliti, menjaga kerahsiaan, bertanggungjawab terhadap masyarakat, berilmu dan
sebagainya.

2
Selain itu, jurutera yang beretika adalah jurutera yang jujur dan amanah dalam
melaksanakan tugasan dalam kehidupan seharian.Kejujuran dapat membentuk hubungan yang
sihat dalam kalangan pekerja atau klien. Sifat jujur dapat membendung perasaan syak wasangka
antara satu sama lain. Sebagai contoh, jurutera jujur dan amanah menyediakan bahan binaan yang
berkualiti dan tidak menipu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan bagi kegunaan peribadi.

Seterusnya, jurutera yang beretika juga adalah jurutera yang mengutamakan keselamatan,
kesihatan, dan kebajikan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, jurutera yang ingin membina
bangunan mestilah mengkaji dengan terperinci struktur tanah atau muka bumi sesuatu kawasan itu
agar tidak berlaku keruntuhan bangunan pada kemudian hari. Jurutera yang beretika juga adalah
jurutera yang melaksanakan tugasan berdasarkan pendidikan dan pengalaman dalam bidang
tertentu, berkhidmat kepada majikan atau klien sebagai ejen yang amanah dan setia, menjalankan
tugas dengan bertanggungjawab serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Menurut (Abdul
Talib,2018), jurutera perlu menjadikan kod kejuruteraan sebagai panduan asas agar tahap
professional berada pada tahap yang tinggi dan menjadi tonggak kemajuan negara.

Di samping itu, pensyarah yang beretika adalah yang mempunyai integriti dalam diri.
Sebagai contoh, pensyarah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, berlaku adil dan
saksama kepada semua pihak, jujur dan setia kepada organisasi, mengikut peraturan dan prosedur
yang ditetapkan, tulus ikhlas menyampaikan ilmu kepada para pelajar, sentiasa berkongsi
maklumat dan ilmu pengetahuan, menghormati pendapat dan idea pelajar, mematuhi jam
pengajaran, dan sebagainya.

Seterusnya, pensyarah yang beretika juga adalah pensyarah yang menjaga kerahsian para
pelajar atau jabatan. Sebagai contoh, isu sensatif seperti plagiat, rasuah, penipuan geran yang
berlaku di dalam universiti tidak didedah pada khalayak ramai bagi tujuan menjaga nama baik
organisasi.

Sehubungan dengan itu, memahami dan menghormati latar belakang dan budaya para
pelajar, tidak menunjukkan sikap diskriminasi terhadap pelajar, tidak mengeksploitasi pelajar,
melayan pelajar secara bermaruah dan dihormati merupakan pensyarah yang beretika. Sebagai
contoh, para pelajar di institusi pengajian tinggi semestinya terdiri daripada pelbagai
bangsa,agama, dan negara yang sememangnya mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri.

3
Oleh itu,pensyarah hendaklah mempunyai sikap keterbukaan dan menghormati anak didiknya
tanpa sikap pilih kasih, prejudis mahupun diskriminasi.

Kesimpulannya, perlakuan beretika dalam memenuhi tuntutan kerjaya samaada melalui


tindakan, perlakuan atau keputusan yang diambil oleh ahli profesional samaada dalam bidang
kejuruteraan dan bidang pendidikan dapat memberi manfaat yang baik kepada semua pihak yang
terlibat.

4.0 HURAIKAN CONTOH-CONTOH PERLAKUAN TIDAK BERETIKA YANG BOLEH


BERLAKU ATAU DILAKUKAN OLEH AHLI PROFESSIONAL TERSEBUT.

Terdapat pelbagai contoh perlakuan yang tidak beretika dalam kalangan ahli professional yang
boleh memberi kesan buruk dan menjejaskan nama baik diri sendiri atau sesebuah jabatan.
Antaranya adalah seperti pecah amanah, terlibat dengan rasuah, bersikap tidak jujur, salah guna
tenaga kerja untuk kepentingan peribadi, menyokong amalan yang salah, melakukan hubungan
seksual dan lain-lain.

Rasuah bermaksud ganjaran atau imbuhan yang diterima atau diberi oleh seseorang bagi
melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan professional. Menurut
(Aziz, 2017), seorang jurutera ditahan kerana meminta suapan sebanyak RM 32,000 daripada
pelanggan untuk mempercepatkan kelulusan kerja menaik taraf bekalan utiliti di sebuah kilang.
Selain itu, jurutera adalah pekerjaan yang serius kerana memerlukan ketelitian yang tinggi dalam
melaksanakan sesuatu kerja kerana melibatkan keselamatan nyawa ramai pihak. Sebagai contoh,
membina bangunan dengan menggunakan barangan yang murah kerana ingin menjimatkan kos
pengeluaran boleh mengakibatkan bangunan yang dibina runtuh. Keadaan ini menunjukkan
bahawa jurutera tidak beretika iaitu tidak bersikap jujur dalam menguruskan kewangan.
Seterusnya, tindakan tidak beretika dalam kalangan jurutera di Malaysia adalah tidak amanah iaitu
kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar Bandar di Sabah bernilai RM 1.5 bilion
(Jiffar,2017). Contoh lain adalah Toh Hwee Sheng, 46 tahun sebagai jurutera di sebuah syarikat
perunding pembinaan didenda oleh Mahkamah sebanyak RM40,000 kerana memalsukan
tandatangan pada dokumen berkaitan pembinaan sebuah banglo di Lot PT1, No 1, Jalan 5,
Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor pada 2 Ogos 2014.

4
Pensyarah yang tidak beretika adalah tidak hadir bertugas atau tidak mengajar tanpa sebab
yang munasabah, memalsulkan sebarang sijil kelulusan atau kelayakkan sebelum atau semasa
perkhidmatan, memalsukan maklumat tuntutan elaun atau sijil cuti sakit, membuat ugutan kepada
pelajar atau staf, memggunakan kata-kata yang kasar atau kurang sopan, sifat pilih kasih terhadap
pelajar dan sebagainya. Sebagai contoh, pensyarah didenda RM36,000 kerana mengemukakan
dokumen sebut harga palsu sebanyak RM59,320.70 pada 19 Oktober 2016 (RM 19,750.72), 23
Janusari 2017 (RM19,810.24), dan 7 Ogos 2017 (RM19,759.74).

Selain itu, pensyarah yang tidak beretika adalah pensyarah yang tidak menjaga etika kerahsiaan
pelajar atau organisasi, menjalankan dwihubungan bersama pelajar, tidak menghormati pelajar dan
staf yang lain, bersikap diskriminasi,melakukan gangguan seks di tempat kerja dan sebagainya.
Sebagai contoh, seorang pensyarah di ibu kota telah mencabul seorang pelajar wanita yang
berumur 23 tahun di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan mangsa telah membuat
laporan pada 1 Julai 2020 kepada pihak pengurusan IPTA.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tingkah laku tidak beretika yang dilakukan oleh
golongan profesional dalam bidang pekerjaan masing-masing. Oleh itu, golongan profesional
seharusnya sedar bahawa tingkah laku tidak beretika memberi kesan negatif kepada diri sendiri,
masyarakat, nama baik organisasi atau syarikat, dan negara.

5.0 BERIKAN KESAN PERLAKUAN TIDAK BERETIKA YANG DILAKUKAN


PROFESSIONAL TERSEBUT KEPADA DIRINYA DAN ORANG LAIN.

Golongan professional yang tidak beretika mampu memberi impak negatif kepada diri sendiri
mahupun orang lain. Antara kesan-kesan perlakuan tidak beretika yang dilakukan oleh golongan
profesional adalah kesan kepada diri sendiri, kesan kepada jabatan atau organisasi, kesan kepada
masyarakat, dan kesan kepada negara.

Kesan yang pertama adalah kesan kepada diri sendiri. Golongan profesional yang tidak
beretika akan mudah berasa cemas, takut atau bersalah. Sebagai contoh, menerima rasuah dan
mengetahui bahawa rasuah adalah salah di sisi undang-undang dapat mewujudkan perasaan cemas
dalam diri sendiri kerana takut diketahui oleh orang lain dan dikenakan tindakan undang-undang.
Kesan lain kepada diri sendiri adalah akan dibuang daripada perkhidmatan atau digantung kerja

5
kerana kesalahan serius, budaya kerja yang tidak ikhlas dalam diri ahli professional serta tidak
berkualiti, amanah yang diberikan tidak ditunaikan dengan baik akan dituntut di akhirat serta hidup
dalam kegelisahan atau tidak tenang kerana banyak kesalahan atau perlakuan tidak beretika yang
dilakukan oleh diri sendiri.

Selain itu, kesan perlakuan tidak beretika golongan professional yang kedua adalah kesan
kepada jabatan atau organisasi. Sebagai contoh, menjatuhkan nama baik sesebuah organisasi
mahupun bidang professional masing-masing seperti bidang kejuruteraan, bidang penyelidikan,
bidang pendidikan, dan sebagainya. Hubungan dengan majikan dan rakan sekerja juga akan
merosot disebabkan perlakuan tidak beretika yang dilakukan oleh individu tidak
bertanggungjawab. Jelaslah disini bahawa kesan perlakuan tidak beretika yang dilakukan
golongan professional mampu memberi impak negatif kepada organisasi.

Seterusnya, kesan perlakuan tidak beretika golongan professional yang ketiga adalah kesan
kepada masyarakat. Masyarakat kurang percaya terhadap perkhidmatan profesional yang
ditawarkan kerana mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat sekeliling. Sebagai contoh,
runtuhan Blok 1 Highland Tower pada 11 Disember 1993 iaitu seramai 48 orang yang telah
terkorban. Berdasarkan kajian universiti tempatan, punca utama berlaku keruntuhan adalah
kesilapan jurutera dalam mereka bentuk tembok yang tidak sesuai, sistem perparitan dan saliran
tidak sistematik serta lalai dan tidak peka dengan keadaan bentuk muka bumi kawasan tersebut.
Kesannya, masyarakat yang menanggung akibat kerana perbuatan ahli professional yang tidak
beretika. Manakala menerima suapan atau rasuah menyebabkan masyarakat memberi tanggapan
buruk kepada ahli professional dan timbul rasa tidak puas hati pada sesetengah pihak kerana tidak
mendapat layanan yang adil atas sesuatu urusan sekaligus mengancam keselesaan rakyat yang
tidak berpangkat dan tidak berharta.

Sehubungan dengan itu, kesan perlakuan tidak beretika golongan professional yang terakhir
adalah kesan kepada negara. Menurut pakar ekonomi Ahmad Azrin Adnan (2021), tiga impak
ketara ekonomi negara disebabkan rasuah iaitu peningkatan kadar inflasi dalam negara,
kekurangan pelaburan dalam dan luar negara, serta persekitaran tidak kondusif kerana sarat dengan
elemen ketidaktentuan. Kesan rasuah dalam kalangan ahli professional juga mampu mengancam
keselamatan negara dan menjejaskan imej negara.

6
Kesimpulannya, tingkah laku atau perbuatan yang tidak beretika yang dilakukan oleh golongan
profesional memberi impak negatif kepada semua pihak tidak kira masyarakat, organisasi, negara
mahupun diri sendiri. Oleh itu, golongan profesional perlu sedar bahawa perlakuan beretika di
tempat kerja atau sesebuah organisasi amat penting dan perlu dititikberatkan dalam diri masing-
masing agar dapat mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini atau kesan buruk
berlaku pada masa hadapan.

6.0 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN ETIKA


ATAU TIDAK BERETIKA AHLI-AHLI PROFESSIONAL TERSEBUT.

Pembentukan etika seseorang ahli professional adalah berbeza antara satu sama lain kerana
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti faktor pengaruh
keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral, faktor persekitaran,
faktor industri, faktor undang-undang dan kerajaan, faktor tekanan daripada klien dan sebagainya.

Keluarga memberi impak yang penting untuk membentuk etika peribadi seseorang. Didikan
yang baik daripada keluarga mampu melahirkan anak yang baik budi pekerti. Sebagai contoh, ibu
bapa menunjukkan contoh teladan adil, jujur, beradab di hadapan anak-anak maka anak-anak akan
mengikuti nilai-nilai etika tersebut dan dipraktikkan di tempat bekerja. Manakala tekanan dalam
keluarga seperti konflik perhubungan, masalah keluarga, dan kekangan masa bersama ahli
keluarga mampu mempengaruhi ahli professional bekerja dalam keadaan tidak beretika ketika
berhadapan dengan pelanggan atau klien di setting pekerjaan seperti komunikasi yang kurang baik,
layanan yang tidak mesra, pecah amanah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Faktor rakan sebaya juga mempengaruhi tingkah laku beretika atau tidak beretika seseorang di
tempat kerja. Sebagai contoh, rakan yang mempunyai sikap rajin dan bertanggungjawab akan
mempengaruhi rakan lain untuk beretika dalam melaksanakan sesuatu kerja. Menurut (Abdul Talib
Din, 2018), sikap yang baik penting kepada seorang jurutera seperti bersemangat, berani, yakin,
konsisten, dan mempunyai keazaman terhadap kerjaya. Manakala, ahli professional yang tidak
beretika seperti ponteng kerja akan memberi kesan kepada sesebuah organisasi.

Faktor pengalaman hidup juga mampu membentuk ahli professional untuk beretika atau tidak
beretika di tempat kerja. Pengalaman boleh memberi kesan positif dan negatif dalam kehidupan

7
seseorang. Sebagai contoh, ahli professional tidak dikenakan undang-undang setelah mengambil
rasuah dan beranggapan menerima rasuah itu tidak menjadi satu kesalahan. Namun, apabila
tertangkap dan diberi hukuman maka ahli professional akan sedar bahawa menerima rasuah adalah
menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

Faktor nilai peribadi dan prinsip moral juga mempengaruhi tingkah laku ahli professional
samaada beretika atau tidak beretika dalam melaksanakan sesuatu tugas di tempat kerja. Sebagai
contoh, ahli professional yang tidak beretika akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
pangkat,pengaruh atau kedudukan tertinggi di mata masyarakat. Namun, ahli professional yang
beretika akan mengutamakan semua pihak dalam setiap tindakan yang dilakukannya.

Faktor persekitaran global dan masyarakat juga boleh mempengaruhi ahli professional untuk
beretika atau tidak beretika dalam melaksankan tugasan. Menurut (Sharifah Hayaati 2010),
pengalaman yang dilalui oleh seseorang berdasarkan persekitaran dapat mempengaruhi pemikiran
dan tingkah laku dalam persekitaran kerja. Sebagai contoh, persekitaran yang positif seperti
mempunyai ahli kumpulan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain dapat mewujudkan
emosi yang stabil dalam kalangan ahli profesional sekaligus seseorang akan bertingkah laku baik
kerana kognitf dan emotif dalam keadaan yang baik. Manakala kegiatan buli di tempat kerja oleh
rakan sejawat, kerenah masyarakat yang pelbagai ragam, tidak dapat menyesuaikan diri di tempat
kerja mampu memberi impak negatif kepada ahli profesional untuk bertingkah laku tidak beretika
dalam melaksanakan pekerjaan.

Faktor industri juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku beretika
atau tidak beretika seseorang ahli profesional. Sebagai contoh, kerja-kerja di industri
kebanyakkannya menggunakan peralatan dan mesin-mesin yang canggih sehingga mengurangkan
tenaga golongan professional dalam sesuatu bidang pekerjaan. Oleh itu, golongan profesional
perlu beretika dalam setiap kerja yang dilakukan agar dapat menimbulkan kepercayaan dalam diri
ahli masyarakat untuk menggunakan sumber manusia. Manakala, kekurangan staf kerja,
kemahiran dan pengetahuan tidak seiring dengan permintaan industri kerana industri ingin
berjimat daripada mengambil pekerja baru yang berkelayakan dalam bidang tersebut
berkemungkinan boleh mewujudkan tingkah laku tidak beretika dalam melaksanakan tugasan

8
kerana tertekan dengan kerja yang perlu dilakukan tidak sepadan dengan kemahiran dan ilmu
pengetahuan mengenai bidang itu.

Faktor undang-undang dan kerajaan juga mempengaruhi perlakuan etika atau tidak beretika
ahli profesional seperti kewujudan undang-undang baharu dimana ada yang boleh menerima
perubahan dan ada yang tidak. Ahli profesional yang dapat menerima perubahan undang-undang
baru mampu bertingkah laku baik dan beretika dalam melaksankan pekerjaan manakala yang tidak
dapat menyesuaikan diri dengan perubahan undang-undang baharu berkemungkinan akan
bertingkah laku negatif sekaligus tidak beretika dalam menjalankan tugasan di tempat kerja.

Faktor yang terakhir adalah faktor tekanan daripada klien atau pelanggan boleh menyebabkan
ahli profesional tidak beretika dalam melaksanakan tugasan kerana emosi terganggu disebabkan
provokasi daripada klien. Sebagai contoh, klien yang cerewet yang mahu urusan diselesaikan
secepat mungkin tanpa mengira situasi menyebabkan golongan professional tertekan yang menguji
kesabaran ahkirnya berlaku pertelingkahan antara dua belah pihak kerana terpaksa mengikut kata-
kata klien kerana mereka berasa bahawa mereka betul.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perlakuan etika atau tidak
beretika ahli-ahli professional di sesebuah organisasi seperti faktor pengaruh keluarga, pengaruh
rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral, faktor persekitaran, faktor industri,
faktor undang-undang dan kerajaan, faktor tekanan daripada klien dan sebagainya.

7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setiap ahli professional perlu mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai tingkah laku beretika di tempat kerja berkaitan dengan bidang masing-masing seperti
bidang kejuruteraan dan bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, dengan adanya ilmu
pengetahuan dan kesedaran yang tinggi mengenai etika secara tidak langsung akan mempengaruhi
ahli professional untuk melaksanakan tugasan dengan penuh beretika dan bertanggungjawab.
Namun, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang ahli profesional untuk bertingkah
laku beretika ataupun tidak beretika ketika melaksanakan tugasan iaitu faktor pengaruh keluarga,
pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral, faktor persekitaran, faktor
industri, faktor undang-undang dan kerajaan, dan faktor tekanan daripada klien. Ahli professional

9
haruslah peka dengan tingkah laku atau perbuatan yang tidak beretika kerana akan mendatangkan
pelbagai kesan negatif samaada kesan negatif jangka masa pendek atau jangka masa panjang.
Tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat pelbagai kesan negatif akibat daripada tingkah laku tidak
beretika iaitu kesan kepada diri ahli professional sendiri, kesan kepada masyarakat, kesan kepada
organisasi, dan kesan kepada negara. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah untuk mendesiminasikan
maklumat mengenai tatacara atau kelakuan beretika di tempat kerja terutamanya kepada ahli
profesional seperti melalui penggunaan media sosial, komunikasi dua hala, melalui ceramah,
kempen, persidangan, mesyuarat, melalui media cetak, media elektronik dan lain-lain kaedah.
Akhir sekali, maklumat mengenai kelakuan beretika merupakan perkara penting yang perlu
disebarkan agar ahli profesional mempunyai pengetahuan yang luas mengenai bidang masing-
masing memandang bidang profesional di negara Malaysia semakin pesat berkembang mengikut
peredaran masa. Sesungguhnya, tingkah laku yang beretika mampu melahirkan ahli profesional
yang mempunyai minda kelas pertama, cemerlang, gemilang, dan terbilang sekaligus
menyumbang manfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

10
8.0 RUJUKAN

Abdul Muqsith Ahmad, Zaharah Hussin, Farazila Yusof & Mohd Ridhuan Jamil. (2017).

Masalah etika dan akhlak pelajar kemahiran kejuruteraan: Analisis keperluan. Jurnal Kurikulum

& Pengajaran Asia Pasifik, 5 (2), 34-45.

Abdul Talib Din. (2018). Etika Profesional Jurutera Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ainuddin Bin Mohd Isa (2018).Penaakulan Moral, Nilai Profesional Dan Membuat Keputusan

Terhadap Amalan Etika Akademik Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan

Guru.Ijazah Doktor Falsafah Universiti Utara Malaysia

Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor DarulEhsan:OUM.

Diyanatula Atiqah Zakarya. (2021, Februari 26). Tipu peralatan ragbi, pensyarah didenda

RM36,000. Utusan Malaysia Online. Dimuat turun pada Disember 30, 2021 daripada

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/02/tipu-peralatan-ragbi-pensyarah-didenda-

rm36000/

Ethics: a general introduction. (n.d.). Dimuat turun daripada

http://www.bbc.co.uk/ethics/introduction/intro_1.shtml (18 Disember 2021).

11
Etika - Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d.). Dimuat turun daripada

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=etika (13 Disember 2021).

Johari, M.J. 2001. Etika Profesional (Professional ethics). Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

JUR101-Etika professional. (2021). Faktor yang mempengaruhi etika-Praktis individu 2. Dimuat

turun daripada https://elearnpppjj.usm.my/pjj2122/mod/forum/discuss.php?d=10092 (13 Dis

2021).

JUR101-Etika professional. (2021). Ulasan isu etika semasa-praktis individu 1. Dimuat turun

daripada https://elearnpppjj.usm.my/pjj2122/mod/assign/view.php?id=59632 (13 Dis

2021).

Jurutera didenda RM40,000 palsukan tandatangan. (2021, November 11). Sinar Harian. Dimuat

turun pada Januari 01, 2022 daripada

https://www.sinarharian.com.my/article/171749/BERITA/Semasa/Jurutera-didenda-

RM40000-palsukan-tandatangan

Kod Etika Universiti Malaya (2010).Pengurusan Universiti Malaya.

Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti

Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

12
Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala

Lumpur.

M. F. Sulaima, H. S. Lew. (2014). A case study of engineering ethics: Lesson learned

frombuilding collapse toward Malaysian engineers.

Mohd Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. BBC.

(2014). Ethics: a general introduction. Dimuat turun daripada

http://www.bbc.co.uk/ethics/introduction/intro_1.shtml (13 Disember 2021).

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur,

1991.

Nooraini Sulaiman. Azami Zaharim. Khairul Anwar Mastor. Hassan Basri. (2017), Pembinaan

Instrumen Kepatuhan Jurutera Terhadap Aspek Etika Dalam Profesion Kejuruteraan.

Nurhidayah Hairom. (2021, Jan 23). Rasuah: Tiga impak ketara ekonomi negara.

Dimuat turun pada Januari 03,2022, daripada

https://www.sinarharian.com.my/article/120469/BERITA/Nasional/Rasuah-Tiga-impak-

ketara-ekonomi-negara

13
Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy. (2010). Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Mohd Hazique Syed Nor. (2020,Ogos 30). Pelajar dicabul pensyarah. Kosmo Online.

Dimuat turun pada Januari 06,2022) daripada

https://www.kosmo.com.my/2020/08/30/pelajar-dicabul-pensyarah/

Zaharah Hassan., Abu Daud Silong., & Nazri Muslim. (2009). Kepimpinan Beretika dan

Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. Dimuat turun daripada

http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_10_2009/a3%20zaharah%20hassan.pdf (20

Disember 2021).

14

Anda mungkin juga menyukai