Anda di halaman 1dari 8

Perancangan Akademik

JKA 420
TEORI ANTROPOLOGI
DAN SOSIOLOGI
LANJUTAN

Sidang Akademik 2021/2022


Sidang WEBEX/
Perjumpaan Kursus Tarikh Masa
Intensif
1
2
3
4
5
6
Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan: 30 April 2022
7
8
9
10

Perjumpaan semasa Kursus Intensif (7 – 27 Mac 2022).


(Tarikh dan masa Sidang.WEBEX perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada
jadual Sidang WEBEX yang telah dihantar kepada pelajar)
JKA 420/3

JKA 420 TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI LANJUTAN


ADVANCED SOCIOLOGICAL AND ANTHROPOLOGICAL THEORY

Pengenalan

Kursus ini merupakan kesinambungan kepada kursus JKA 320 Paradigma dan Teori Sosial.
Kursus ini membincangkan teori-teori klasik dan kontemporari yang mencorak bidang sosiologi
dan antropologi. Teori-teori termasuk fungsionalisme, teori konflik, teori kritikal, simbolik
interaksionisme, fenomenologi, etnometodologi, teori strukturasi, teori pertukaran, teori pilihan
rasional, feminisme dan teori pascamoden akan dibincangkan secara terperinci. Perbincangan
teori-teori ini meliputi prinsip, anggapan dan konsep asas, tokoh utama dan applikasi mereka
dalam penyelidikan sosiologi dan antropologi.

Hasil Pembelajaran (Course Learning Outcomes - CO)

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan berupaya:

Kaedah
Hasil Pembelajaran (CO) PO
Penilaian

MENJELASKAN prinsip asas teori Antropologi dan Sosiologi


moden.
PB &
CO1 PO1 Peperiksaan
Explain the principles of modern Anthropological and Sociological
Akhir
theories.

MENERANGKAN fenomena sosial mengikut perspektif teori


Antropologi dan Sosiologi moden.
PB &
CO2 PO3 Peperiksaan
Explain social phenomena according to modern Anthropological
Akhir
and Sociological theoretical perspectives.

MENGAPLIKASIKAN teori Antropologi dan Sosiologi moden


dalam penyelidikan fenomena sosial terpilih.
CO3 PO3 Tugasan (03)
Apply modern Anthropological and Sociological theory in the study
of selected social phenomenon.

Senarai Hasil Pembelajaran USM


PO1 – Knowledge
PO2 – Practical Skills
PO3 – Critical Thinking and Problem Solving
PO4 – Communication Skills
PO5 – Interpersonal Skills
PO6 – Ethics and Professionalism
PO7 – Personal Skills
PO8 – Entrepreneurial Skills
PO9 – Leadership, Autonomy and Responsibility
PO10 – Digital Skills
PO11 – Numeracy Skills

-1-
JKA 420/3

Struktur & Kandungan Kursus

No. Topik WEBEX Rujukan Penilaian

1. Bab 26
Perdebatan teori antropologi dan sosiologi 2. m/s 3-105 PB
3. Bab 1, 2 & 10
1
1. Bab 12, 13 & 15
Struktur Fungsionalisme, Teori Konflik & Teori
2. m/s 309-425 PB, PA
Kritikal
3. Bab 3 & 4

2 Teori kelas sosial 2. m/s 281-308 PB, PA

3 Simbolik Interaksionisme 1. Bab 17, 18 & 19 PB, PA


2. m/s 109-163
4 Fenomenologi dan Etnometodologi 3. Bab 6 & 7 PB, PA

KURSUS INTENSIF (7–27 Mac 2022)

5 Penerapan teori dalam kajian Tugasan

Peperiksaan Berterusan (PB) Semasa Kursus Intensif

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN TUGASAN: 30 April 2022

1. Bab 26
6 Teori Strukturasi 2. m/s 459-489 PA
3. Bab 10

1. Bab 20 & 21
7 Teori Pertukaran dan Teori Pilihan Rasional 2. m/s 165- 251 PA
3. Bab 8

1. Bab 22
8 Feminisme 2. m/s 429-457 PA
3. Bab 9

1. Bab 24 & 25
9 Pascamodenisme 2. m/s 543-566 PA
3. Bab 13 & 14

Peperiksaan Akhir (PA): Julai 2022

-2-
JKA 420/3

Rujukan

 Siri e-Kuliah dan slaidnya dalam portal e-Learning PPPJJ.

1. Ritzer, George & Smart, Barry (Eds.) (2001). Handbook of social theory. London: SAGE
Publications Ltd.

Muat turun melalui sumber e-book USM – Sage Knowledge:


http://sk.sagepub.com/reference/hdbk_soctheory

2. Johnson, Doyle Paul. (2008). Contemporary sociological theory: An integrated multi-level


approach. New York: Springer.
*Khas untuk memahami teori-teori dalam konteks tahap analisis mikro, meso dan makro.
Muat turun melalui sumber e-book USM – Springer E-Books:
https://link.springer.com/book/10.1007/978-0-387-76522-8

3. Ritzer, George (2008). Modern sociological theory (7th ed.). Boston: McGraw Hill.
Boleh dipinjam dari Perpustakaan Pusat Wilayah masing-masing.

4. May, Tim and Powell, Jason (2008). Situating Social Theory. Glasgow: McGraw-Hill
Education. (ProQuest e-book)

Penilaian

Pelajar akan dinilai menerusi kerja kursus (50%) dalam bentuk Tugasan dan Peperiksaan
Berterusan (PB), dan Peperiksaan Akhir (PA) (50%). Format dan sumbangan markah kerja
kursus dan peperiksaan ialah seperti berikut:

Tugasan (rujuk Lampiran 1) : 30%


50% Kerja Kursus
Peperiksaan Berterusan (jawap 2 soalan esei) : 20%
Skop PB: Rujuk Struktur Kursus.

Peperiksaan Akhir (jawap 2 soalan esei) : 50% Peperiksaan


Skop PA: Rujuk Struktur Kursus.

-3-
JKA 420/3

Polisi Kursus

1 Pelajar yang mendaftar kursus ini diwajibkan melayari eLearning PPPJJ sekurang-kurangnya
setiap dua minggu untuk mengikuti arahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2 Pelajar yang mendaftar kursus ini mesti mematuhi semua arahan yang diumumkan dalam
eLearning PPPJJ dari masa ke semasa.

3 Pelajar perlu mengikuti semua sidang WEBEX dan kehadiran Kursus Intensif adalah
diwajibkan.

Pengurus Kursus

Nama: Dr Chua Hang Kuen

Pejabat: Bilik 155


Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

E-mel: hkchua@usm.my

No. Telefon (P) : 04-653 4568

-4-
JKA 420/3

Lampiran 1: Arahan Tugasan (30%)

Sila baca arahan ini dengan teliti dan buat persediaan awal supaya tidak hantar lewat.

Tujuan Tugasan:
Tugasan ini bertujuan untuk menilai keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan teori dalam kajian
fenomena sosial.

Bentuk tugasan: Tugasan Perseorangan

Tarikh tutup tugasan: Hardcopy mesti sampai di Pejabat Am dan softcopy dimuatnaik
ke ruang yang disediakan dalam portal sebelum 30 April 2022.

Bilangan patah perkataan: 2000–2500 patah perkataan (perlu dinyatakan).

Format: Guna kertas A4; semua margin 1 inci; Font Arial, saiz 11pt,
perenggan justify dan 1.5 spacing.

Format rujukan: APA style. Masukkan nombor muka surat untuk bahan rujukan
dalam teks, contoh: (Ritzer, 2008: 12)

Arahan Tugasan:

Pilih satu laporan/artikel tentang sesuatu isu/fenomena sosial dalam surat khabar, majalah
ataupun Internet (isu/fenomena sosial di luar negara juga dibenarkan). Kemudian pilih SATU (1)
teori (atau konsep) daripada 12 teori dalam sukatan pelajaran JKA420 yang sesuai untuk
mengupas isu/fenomena pilihan anda. Tugasan anda perlu mengandungi 5 perkara berikut:

1. Tajuk tugasan yang mencerminkan kandungan tugasan anda.

2. Pengenalan kepada isu/fenomena sosial terpilih (laporan/artikel berkenaan perlu


dilampirkan pada penghujung tugasan anda).

3. Satu sorotan karya yang membincangkan kegunaan teori atau konsep pilihan dalam
kajian lepas yang sama atau mirip dengan isu/fenomena pilihan anda. Sorotan karya ini
penting untuk membantu anda menyediakan Perkara 4 di bawah dan ia akan dinilai dari segi
keupayaan anda mencerap pengetahuan. [Dinilai dari segi keupayaan membuat penilaian
dan pemilihan teori/konsep yang bersesuaian dengan isu/fenomena]

4. Kemudian beri satu ulasan ilmiah tentang isu/fenomena sosial terpilih mengikut teori
atau konsep, serta kekurangan/limitasi teori atau konsep terpilih dalam mengulas
isu/fenomena berkenaan. Pelajar perlu mencerapkan pengetahuan daripada Perkara 3
dalam ulasan ini. [Dinilai dari segi keupayaan mengaplikasikan teori/konsep]

5. Kesimpulan.

-5-
JKA 420/3

[Tugasan anda akan dinilai secara keseluruhannya dari segi keupayaan mensistesis
pengetahuan]

Pastikan rujukan dalam teks dilengkapi dengan muka surat rujukan [contoh: (Ritzer, 2008: 12)],
dan rujukan disenaraikan dengan menggunakan format APA yang betul. [Tidak dinilai tetapi ia
merupakan amalan wajib dalam tulisan ilmiah]

Rubrik Penilaian Tugasan:

Pecahan
Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cermelang
30%

Boleh memilih teori


Penilaian dan Tidak boleh memilih Boleh memilih teori Pemilihan teori Pemilihan teori
yang sesuai tetapi
Pemilihan teori yang sesuai yang sesuai tetapi bersesuaian dengan bersesuaian dengan
skopnya sederhana
(10%) dengan isu sosial. skopnya kurang tepat. skop yang tepat. skop yang sangat tepat
tepat.

Boleh mengaplikasi
Tidak boleh Boleh mengaplikasi Boleh mengaplikasi
Boleh mengaplikasi teori Ansos kepada isu
Aplikasi mengaplikasi teori teori Ansos kepada isu teori Ansos kepada isu
teori Ansos kepada isu sosial dengan tepat
(10%) Ansos kepada isu sosial tetapi kurang sosial tetapi tidak pasti
sosial dengan tepat. dan dapat mengenal
sosial. tepat. hadnya.
pasti had teori.

Boleh mencerap
Boleh mencerap
Tidak berjaya Menghadapi kesukaran pengetahuan untuk
Boleh mencerap pengetahuan untuk
Sintesis dan mencerap untuk mencerap sintesis dan penilaian
pengetahuan untuk sintesis dan penilaian
Penilaian pengetahuan untuk pengetahuan untuk serta menawarkan
sintesis dan penilaian. serta menawarkan
(10%) sintesis dan penilaian. sintesis dan penilaian. kesimpulan yang
kesimpulan yang baik.
sangat jelas.

Anda boleh rujuk Rujukan berikut untuk membantu anda menyediakan tugasan:

USC Libraries (2020). Research Guides. Available at


https://libguides.usc.edu/writingguide/theoreticalframework

Arahan Penghantaran Tugasan:

Pelajar WAJIB menghantar tugasannya dalam kedua-dua bentuk hardcopy dan softcopy:

1. Salinan hardcopy perlu dihantar kepada Pejabat Am PPPJJ mengikut tarikh tutup di atas.
Sila rujuk syarat tambahan No. 1 tentang penghantaran tugasan lewat. (Pelajar boleh guna
perkhidmatan PJJPrint).

2. Salinan softcopy perlu dimuat naik ke ruang yang disediakan dalam portal. Tugasan anda
akan disemak dengan perkhidmatan Turnitin.com untuk memastikan tiada kesalahan piagiat.
Sila rujuk syarat tambahan No. 2 untuk syarat semakan Turnitin.

-6-
JKA 420/3

Syarat Tambahan:

1. Bagi penghantaran tugasan lewat, 20% daripada markah asal akan ditolak bagi setiap minggu
(7 hari) lewat selepas tarikh akhir. Tugasan yang diterima selepas 4 minggu (28 hari) daripada
tarikh akhir akan dapat kosong (0) markah. Pelajar perlu membuat perancangan awal supaya
tidak hantar lewat.

2. Peratusan kesamaan Turnitin Tugasan tidak boleh melebihi 25% untuk perbandingan
keseluruhan dan 5% untuk mana-mana satu rujukan. Bagi peratusan yang melebihi had ini,
40% daripada markah asal akan ditolak bagi setiap penambahan dalam 10% kesamaan
keseluruhan ATAU 2% untuk satu rujukan. Tugasan yang mempunyai 50% kesamaan
keseluruhan ATAU 10% untuk satu rujukan akan dapat kosong (0) markah.

Peratusan kesamaan keseluruhan

Peratusan kesamaan satu rujukan.


Mengikut contoh ini, tugasan akan
dapat 0 kerana melebihi 10%.

Nota:
Pelajar boleh melanggan perkhidmatan Turnitin.com jangka pendek untuk membuat semakan
sendiri dengan yuran yang berpatutan melalui laman-laman online shopping utama.

– Tamat –

-7-

Anda mungkin juga menyukai