Anda di halaman 1dari 6

BAB 9

Obligasi Terhadap Profesion

Persoalan yang berbangkit:

Siapakah profesional?
Dilihat pada ciri-ciri khusus yang terdapat padanya (Bab 1), seorang profesional
mempunyai tanggungjawab memimpin masyarakat
• kumpulan paling terpelajar
• Pembuat keputusan
• Bertanggungjawab untuk memberikan kebaikan umum

Keunikan profesional:

Pelaksana sebenar kepada polisi, perancangan dan program … walau ia dibuat oleh orang
lain
Tanggungjawab terhadap kebaikan awam meliputi 3 aspek:
1. Kepimpinan sosial
2. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran
3. Mengekalkan dan menambah peranan profesion berkenaan

Bidang lain yang perlu dipertimbangkan oleh profesional:


• aktif dalam organisasi sosial
• Memimpin organisasi sukarela
• Terlibat dalam dan memimpin suruhanjaya kerajaan dan bukan kerajaan
• Penggerak masyarakat setempat

Untuk ini semua memerlukan profesional sentiasa melakukan peningkatan pada


dirinya:
Personalitinya
Pengetahuan amnya
Pengetahuan profesionnya
Kemahiran yang diperlukan
Sentiasa semasa (current)

Penambahbaikan boleh dilihat:

Bagi jurutera: peningkatan kepakaran, perkhidmatan


Bagi peguam: reformasi dalam dasar

Semua profesion mempunyai tanggungjawab melakukan penyelidekan dan reformasi


dengan penekanan yang berbeza
Kesan kepada profesional sekiranya tiada penambahbaikan:
Prestasi dan imej profesional akan luntur di mata masyarakat
Kiranya profesional gagal mematuhi etika yg ditetapkan, ia akan memberi kesan negatif
pada pandangan masyarakat
Kepercayaan pada profesional akan beralih kepada orang lain

Kenapa Penyelidikan?

• input baru kepada profesion


• profesional berkaitan lebih layak buat penyelidikan dalam bidangnya
• Ilmu khusus ada pada profesional berkenaan

Dua persoalan berkaitan penyelidikan dan reformasi:


- siapa patut melakukannya?
- Siapa patut membiayai penyelidikan dan reformasi?
Siapa? – Profesion berkenaan perlu menentukan mereka yang berminat dan
berkemampuan untuk melakukannya. Perlu ada tolak ansur antara profesional

Profesional lain perlu beri sokongan untuk menjalankan penyelidikan


Pembiayaan?
Sumbernya : individu, kerajaan atau syarikat swasta
Hakikatnya kini ia banyak dibiayai Kerajaan dan syarikat swasta.
Malaysia – geran penyelidikan di bawah MOSTI dan Kementerian berkenaan.
Halangan: banyak geran untuk produk baru, inovasi dan kurang kepada peningkatan
kemahiran dan ilmu profesional.

Isu di sebalik pembiayaan:


- persoalan etika kerana pembiayaan oleh pihak swasta : aspek kebebasan
penilaiannya
Contoh : syarikat pembekal ubat mungkin mahu penyelidikan memberikan keuntungan
dari segi produknya, seperti selamat, berkesan.
- boleh menjadi isu etika apabila penyelidik (profesional) tidak bebas menyatakan
perkara yang sebenar. Isu wibawa.

Keperluan kepada peningkatan kemahiran (skills)


Perhatikan petikan ini:

E-skills UK merupakan majlis IT yang dipimpin oleh para majikan bagi sektor IT dan
telekomunikasi. Kami menghimpunkan majikan bersama kerajaan, pihak pendidikan dan
pemilik kuasa lain bagi menangani isu-isu IT penting yang tidak dapat diselesaikan oleh
pihak lain. Apakah isu kemahiran ini dan bagaimanakah ia menyumbang kepada
penegasan bahawa bidang IT adalah bidang yang diiktiraf dan profesion sangat dihargai?
Bila kita menganalisis pelaksanaan projek IT yg berjaya, kita mengenalpasti para
profesional IT yg punyai ilmu teknikal tinggi yg mampu memahami dan menyampaikan
faedah keuntungan IT. Kita mencari mereka yg secara efektif boleh membangunkan dan
melaksana strategi IT dalam konteks persaingan perniagaan dan peluang. Kita mencari
orang yg boleh menjalankan projek dan menyokong syarikat menerusi perubahan yang
dibawa oleh IT. Ini memerlukan set kemahiran yg luas meliputi kemahiran teknikal,
perniagaan dan peribadi.

Isu etika dalam penyelidikan:

Bidang perubatan:

Uji Kaji ke atas manusia ( sudah ada persetujuan?)


Untuk mendapat persetujuan perlu:
- kemampuan untuk memahami dan membuat pilihan
- Penerangan tentang prosedur percubaan, alternatif, risiko, faedah bagi setiap
pilihan yg dibuat
- Persetujuan bebas/sukarela

Nilai etikanya : tanggungjawab melindungi orang lain daripada kecederaan/kemudharatan


(kemampuan buat pilihan) – memerlukan pengetahuan, maklumat: apa akan dilakukan,
risiko, kesan sampingan
Masalah: apabila membabitkan ganjaran wang – bolehkah pesakit/responden membuat
pilihan yg bebas?
Persoalan lain- persaingan antara syarikat

Contoh:
Dua syarikat (A dan B) mengeluarkan satu produk makanan kesihatan yang dari segi
bahannya sama dan keberkesanannya juga adalah sama tapi produk mempunyai jenama
lain.
Syarikat A ingin menguasai pasaran, oleh itu mengupah penyelidik (profesional) untuk
buat kajian terhadap produknya.
Persoalan: perlukah penyelidikan ini diterima dan dijalankan?
Nampaknya penyelidik diperalatkan bagi tujuan perniagaan syarikat.
Profesional tidak perlu buang masa dan tenaga untuk ini

Kesimpulan:
Penyelidikan perlu meningkatkan taraf profesional dan memenuhi ciri-ciri
profesionalismenya (keunggulan, ilmu, kemahiran dan sumbangan)
Dia perlu pastikan sumbangannya (penyelidikannya) tidak membawa kemusnahan.
Jadi terdapat dua aspek penyelidikan di sini:
1. Penyelidikan utnuk meningkatkan diri profesional itu sendiri
2. Penyelidikan bagi memberikan sumbangan penting kepada masyarakat (Kerajaan,
syarikat)

Reformasi:

Tanggungjawab ini banyak melibatkan profesion guaman


Peguam ada kepakaran dalam aspek perubahan sosial – reformasi undang-undang
Tanggungjawab melaksanakan reformasi berpunca daripada kepakaran dan dalam banyak
kes sifat monopoli golongan profesional

Menghormati Profesion

Disebabkan kedudukan profesion tertentu dalam masyarakat


Ada keperluannya : agar terus dihormati
Contoh : Kehakiman, Guaman (peguam, pendakwa raya)
Kelainan, kehebatan dipamerkan: jenis pakaian berlainan. Orang ramai berdiri bila hakim
masuk mahkamah

Seorang profesional dan bidang profesion umumnya amat perlu berhati-hati agar
masyarakat tidak hilang kepercayaan kepadanya
Sistem-sistem perundangan, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain akan dihormati apabila
profesional memelihara keprofesionalan bidang-bidang tersebut
Jadi kepatuhan kepada kod etika sangat mustahak

Setiap profesion penting mengeluarkan kod etikanya yang tersendiri

Perkara asas ialah persoalan nilai etika tinggi yang perlu dipelihara
Kedua, nilai-nilai lain seperti keadilan, kejujuran dan sebagainya.
Perhatikan sebahagian janji yg perlu ditunaikan dalam sebuah badan profesional:

Kod Etika Institut Kejuruteraan Malaysia

1 Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan kerjanya dan hasil kerjanya


tidak mengenakan bahaya kematian, kecederaan atau kesihatan buruk yang boleh
dielakkan kepada sesiapapun

2 Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk


mengelakkan pembaziran sumber tabii, kerosakan alam sekitar, dan kerosakan
atau kebinasaan yang membazir hasil kemahiran manusia dan industri

3 Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk


mengekalkan dan mengembangkan kelayakan profesionalnya dengan mengikuti
perkembangan baru dalam sains dan kejuruteraan yang relevan dengan bidang
amalan profesionalnya dan sekiranya beliau adalah majikan, juga menggalakkan
pekerja profesionalnya melakukan perkara yang sama
4. Seseorang Jurutera tidak seharusnya menanggung tanggung jawab sebagai
Jurutera Profesional yang diyakininya tidak layak dijalankannya

5. Seseorang Jurutera hendaklah menerima tanggung jawab peribadi semua kerja


yang dilakukan olehnya atau kerja yang di bawah penyeliaannya atau arahannya,
dan hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan
orang yang bekerja di bawahnya adalah layak menjalankan kerja yang diberikan
kepada mereka dan mereka menerima tanggung jawab peribadi untuk kerja yang
dilakukan dengan kuasa yang diberikan kepada mereka

6. Seseorang Jurutera yang diundang untuk memberi pendapatnya sebagai seorang


profesional hendaklah berusaha sedaya upaya memberi pendapat yang objektif
dan yang boleh diharap

7 Seseorang Jurutera tidak seharusnya menanggung tanggung jawab sebagai


Jurutera Profesional yang diyakininya tidak layak dijalankannya

8 Seseorang Jurutera hendaklah menerima tanggung jawab peribadi semua kerja


yang dilakukan olehnya atau kerja yang di bawah penyeliaannya atau arahannya,
dan hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan
orang yang bekerja di bawahnya adalah layak menjalankan kerja yang diberikan
kepada mereka dan mereka menerima tanggung jawab peribadi untuk kerja yang
dilakukan dengan kuasa yang diberikan kepada mereka

9 Seseorang Jurutera yang diundang untuk memberi pendapatnya sebagai seorang


profesional hendaklah berusaha sedaya upaya memberi pendapat yang objektif
dan yang boleh diharap

10. Seseorang Jurutera hendaklah tidak dengan jahat atau ganas merosakkan atau
cuba merosakkan, sama ada secara langsung atau tak langsung, kewibawaan,
harapan atau perniagaan seorang Jurutera lain

11. Seseorang Jurutera hendaklah memaklumkan majikannya secara bertulis sebarang


pertembungan antara kepentingan peribadi dan perkhidmatan setia untuk
majikannya

12. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan


perniagaan majikannya atau majikannya pada masa lampau

13. Seseorang Jurutera hendaklah tidak menerima secara sumbang sebarang imbuhan
berhubung dengan perkhidmatan profesionalnya terhadap majikannya selain
daripada majikannya atau dengan kebenaran majikannya. Beliau juga hendaklah
tidak menerima secara langsung atau tak langsung sebarang royalti, hadiah atau
upah terhadap sebarang barang atau proses yang digunakan dalam atau untuk
tujuan kerja yang beliau lakukan untuk majikan melainkan atau sehingga royalti,
hadiah atau upah itu telah diluluskan secara bertulis oleh majikannya

14. Seseorang Jurutera hendaklah tidak secara sumbang meminta kerja sebagai
penasihat bebas atau perunding sama ada secara langsung atau melalui seorang
agen, atau membayar seseorang upah atau dengan cara lain, untuk
memperkenalkan kerjanya
15. Seseorang Jurutera yang bertindak sebagai penasihat bebas atau perunding
hendaklah tidak menjadi saloran pembayaran yang dilakukan untuk majikannya
kecuali jika diminta oleh majikannya untuk berbuat demikian, atau memesan
sesuatu barang berhubung dengan kerjanya, kecuali dengan kuasa atau untuk
majikannya

Kesimpulan
------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai