Anda di halaman 1dari 2

Bab 4

Prinsip Asas Etika

Jacques P.Thiroux (2001) mengenal pasti beberapa prinsip asas etika.

1). Prinsip nilai hidup manusia


2). Prinsip kebaikan dan keburukan
3). Prinsip keadilan atau saksama
4). Prinsip kejujuran
5). Prinsip kebebasan induvidu

1) Prinsip Nilai Hidup Manusia

- Menekankan soal hidup dan soal mati. Nyawa adalah pemberian Tuhan yang
sangat berharga, oleh itu semua manusia sepatutnya sayangkan nyawanya dan
nyawa orang lain

- Prinsip ini menjadi asas kepada prinsip-prinsip lain kerana tiada guna kita
memperkatakan soal baik dan buruk, benar atau salah, jujur atau tidak jujur,
adil atau tidak adil jika tidak ada manusia yang hidup atau terjamin boleh
hidup di bumi ini.

- Oleh itu, perbuatan mengambil nyawa (sendiri atau orang lain) dianggap
sebagai perbuatan yang sangat tidak bermoral

2) Prinsip Kebaikan dan Kebenaran

Sistem moral mesti menyatakan dengan jelas mengenai prinsip kebaikan dan
keburukan kerana semua sistem moral adalah didasarkan kepada penegasan untuk
kita berbuat baik dan betul dan mengelak dari melakukan sesuatu yang buruk dan
salah.

- Prinsip ini mengkehendaki manusia berusaha:

a) Menyuburkan kebaikan, mengatasi keburukan dan berbuat baik

b) Tidak mencetuskan kemudaratan dan keburukan

c) Menghalang kemudaratan dan keburukan

3) Prinsip Keadilan Dan Saksama

- Prinsip ini menekankan bahawa kita mesti melayan manusia lain dengan adil
dan saksama khususnya dalam soal agihan kebaikan dan keburukan. Sekadar
berbuat baik dan melakukan tindakan yang betul sahaja adalah tidak memadai
tetapi yang lebih penting ialah berusaha bersungguh–sungguh agar faedah dari
berbuat baik dan betul dapat dirasai dan dinikmati oleh orang lain secara adil.

1
4) Prinsip Kejujuran

- Asas hubungan sesama manusia adalah diatas dasar percaya mempercayai


antara satu sama lain, iaitu yakin dan percaya bahawa apa yang dikatakan itu
adalah sesuatu yang jujur, ikhlas dan telus

- Prinsip ini agak sukar untuk diamalkan kerana manusia mempunyai


kecenderungan menyembunyikan identitinya atau berpura-pura baik dari segi
kata-kata mahupun tindak – tanduknya.

5) Prinsip Kebebasan Individu

- Setiap Individu mempunyai keinginan, kebolehan, keperluan dan kemampuan


yang berbeza-beza dan mereka bebas memilih cara untuk mencapai tujuan-tujuan
tersebut tetapi tidak sehingga menggangu dan menyusahkan kehidupan orang lain.

Masing–masing dengan kebebasannya boleh bertindak menurut apa yang


difikirkannya baik kerana setiap individu dan situasi adalah berbeza.

-Kebebasan yang diberikan adalah bertujuan untuk disesuaikan dengan keperluan


dan kehendak masing-masing. Walau bagaimanapun kebebasan itu bukanlah
mutlak sehingga seseorang itu boleh berbuat apa sahaja diatas nama kebebasan.

Anda mungkin juga menyukai