Anda di halaman 1dari 10

MPU 3223

ETIKA PROFESIONAL
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
SIDANG AKADEMIK 2018/19

NAMA PENSYARAH:
MUHAMMAD NOOR AIDIL BIN LOKMAN
PRINSIP-PRINSIP ASAS ETIKA
• Prinsip bermaksud sesuatu yg menjadi dasar atau pegangan.
• Dengan kata yang lain, prinsip ialah dasar atau pegangan yang
menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, dll.
• Asas pula bermaksud sesuatu yang menjadi sandaran atau
pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu
perbuatan.
• Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa prinsip asas etika ialah
pegangan yang utama dalam menjadi individu yang beretika.
PRINSIP-PRINSIP ASAS ETIKA
• Terdapat beberapa prinsip asas etika, iaitu:
1. Prinsip Nilai Hidup
2. Prinsip Kebaikan & Keburukan
3. Prinsip Keadilan
4. Prinsip Kebebasan
5. Prinsip Kejujuran
Prinsip Nilai Hidup

• Dalam dunia ini, manusia harus menghormati, memelihara


dan melindungi kehidupan diri sendiri dan sekitarnya.
• Manusia dilahirkan dengan elemen emosi dan perasaan.
Oleh itu, emosi atau kemarahan dalam diri kita perlu dikawal
agar ianya tidak membawa kita ke arah yang negatif.
• Seseorang itu juga perlu mempunyai kesedaran dalam apa-
apa tindakan. Hal ini kerana kesedaran adalah langkah
pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah.
Prinsip Kebaikan & Keburukan
Prinsip Kebaikan & Keburukan
• Prinsip Kebaikan dan Kejahatan adalah pernyataan mudah
tentang kebijaksanaan jiwa manusia yang paling besar untuk
memilih untuk melakukan sesuatu yang positif atau negatif.
• Kebaikan adalah cara untuk seseorang agar tidak melakukan
kejahatan.
• Dengan kata yang lain, memanfaatkan kehidupan ke arah yang
lebih positif, seronok, bahagia, dan atau melakukan sesuatu yang
berguna.
• Kejahatan pula adalah jalan ke arah untuk merosakkan sesuatu
termasuk melibatkan perkara atau makhluk yang tidak bersalah.
• Ia melibatkan perkara-perkara yang tidak disukai oleh manusia.
Prinsip Keadilan
• Adil bermaksud menepati hak seseorang atau sesuatu,
menyebelahi pihak yg benar, atau meletakkan sesuatu pada
tempatnya yg betul.
• Prinsip keadilan dapat digambarkan sebagai kewajiban moral
untuk bertindak berdasarkan adjudikasi (pengadilan) yang adil
antara tuntutan yang bersaing.
• Oleh itu, ia dikaitkan dengan keadilan, hak dan kesaksamaan.
• Walau bagaimanapun, dalam kehidupan di dunia ini, terdapat
banyak pendapat berkaitan keadilan, iaitu dari segi agama,
negara (undang2), dan kesepakatan masyarakat.
Prinsip Kejujuran
• Makna jujur ialah lurus hati, tulus, atau ikhlas.
• Perbuatan atau bercakap dengan benar.
• Perbuatan yang tidak berbohong, mencuri, curang, atau menipu
dengan cara apa pun.
• Ia salah satu daripada prinsip tingkah laku etika dan paling asas.
• Namun begitu, sebagai individu dan organisasi, kita mengabaikan
peraturan ini sebagai pertukaran untuk keuntungan jangka pendek.
• Sikap jujur adalah sifat terpuji dan ALLAH SWT menjanjikan pahala
berlipat ganda kepada individu berbuat demikian.
• Sikap jujur bukan sahaja dituntut sesama manusia, bahkan dengan
ALLAH dan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai