Anda di halaman 1dari 3

TEKNOLOGI MENYEBABKAN SEGREGRASI ANTARA MANUSIA

Pada zaman kemudahan ini, dapat kita buat pemerhatian berkenaan dengan
keadaan manusia yang terlalu kerap menggunakan kemudahan teknologi
sehingga mengabaikan perkara yang sepatutnya diambil berat seperti
hubungan silaturahim. Berikutan itu, dapat kita simpulkan bahawasanya
teknologi yang semakin canggih dan moden ini dapat melalaikan manusia
khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Di Malaysia ada pelbagai kaum
dan ini menjadi suatu cabaran bagi sesuatu kaum itu untuk terus hidup secara
aman dan harmoni tanpa ada pertelingkahan, oleh sebab itu masyarakat
majmuk ini seharusnya lebih berinteraksi sesama mereka agar ikatan
hubungan antara kaum dapat dibina dan dapat bersama – sama
membangunkan negara perpaduan ini.

Justeru itu, demi mencapai kesepaduan antara kaum, seharusnya


masyarakat di Malaysia ini mengamalkan sikap ambil tahu akan kebajikan
kaum lain mengikut kemampuan dan akhirnya dapat mencapai keamanan
tetapi perkara ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya tiada pergaulan berlaku
diantara mereka. Berdasarkan penulisan Dr. Mohd Awang Idris di Kosmo!
Online menyatakan bahawa teknologi telah mengubah kehidupan manusia
apabila segala jenis interaksi digantikan dengan teknologi. Menurutnya lagi,
hasil daripada penggantian interaksi menggunakan teknologi menyebabkan
manusia tidak lagi begitu memerlukan manusia kerana manusia hanya
memerlukan teknologi.

Perkara ini juga dapat dilihat disekeliling kita, di mana anak – anak muda
sering menggunakan telefon pintar tidak kira di mana mereka berada dan
kurangnya interaksi antara manusia dan ini juga boleh menyebabkan
segregrasi antara kaum di Malaysia kerana tiada lagi berlakunya interaksi
secara depan dan mereka leka dengan gajet yang berada di tangan mereka.
Secara zahirnya, dapat kita melihat impak penggunaan teknologi canggih ini
membina suatu jarak antara kaum di Malaysia ini dan ini juga faktor yang
menjejaskan perpaduan dalam kepelbagaian di negara ini.
Ketua Kluster Kesihatan Kanak-Kanak, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Zabidi
Azhar Mohd Hussin, berkata jika gajet teknologi ini didedahkan terlalu awal
dan dalam tempoh yang lama kana-kanak tersebut bersama dengan gajet, ini
boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan dan
kata-kata ini dipetik dari Berita Harian Online tulisan Alzahrin Alias dan Mohd
Nasaruddin Parzi. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang terlalu bergantung
dengan gajet boleh menyebabkan mereka ini tergolong dalam golongan
antisosial dan ini sesuatu yang negatif kepada wawasan yang inginkan
perpaduan dalam kepelbagaian di Malaysia. Pergaulan mesra antara kaum
juga akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa dan sekiranya
pemodenan teknologi semakin cepat maka cepat juga interaksi antara
masyarat majmuk akan mulai pudar.

Konklusinya , teknologi yang semakin moden akan menyebabkan masyarakat


semakin kurang untuk berinteraksi dan ini secara tidak langsung akan
menjejaskan keamanan dan kedamaian negara kita ini kerana untuk saling
memahami dan mengeratkan silaturahim memerlukan perhubungan sosial
antara kaum agar lebih mudah untuk kita mewujudkan perpaduan dalam
kepelbagaian.
Rujukan :

1. Dr. Mohd Awang Idris (2017) “Teknologi ubah hidup manusia”, Kosmo
Online http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/teknologi-ubah-
hidup-manusia-1.553363

2. Alzahrin Alias (2015) “Gajet rosakkan hubungan anak, ibu bapa”, Berita
Harian Online https://www.bharian.com.my/node/50332

Anda mungkin juga menyukai