Anda di halaman 1dari 3

SEGREGASI KAUM DAN MASYARAKAT HASIL PENYALAHGUNAAN

MEDIA SOSIAL

Apabila tiada lagi komunikasi yang membabitkan pertemuan secara


berdepan sesama manusia dan masyarakat, akhirnya ia hanyalah menjadi
suatu gangguan dalam mencapai perpaduan semasa perayaan. Jikalau tabiat
ini berterusan adalah menjadi kerisauan tentang bagaimana ia
menghilangkan interaksi sosial sesama keluarga,masyarakat dan kaum. Prof
Datuk Dr Mohammad Ahatar Sabran, Pakar Sosial merangkap Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia.

Ingin ditegaskan disini bahawa sungguhpun media sosial merupakan


sesuatu yang menjadi keperluan oleh masyarakat kini,namun kegiatan negatif
seseorang untuk leka dan melebihkan gajet tidak boleh dipandang enteng.
Buktinya masyarakat kini, biarpun pada waktu perayaan , mereka lebih
cenderung memilih untuk berinteraksi melalui platform media sosial yang ada
berbanding keluarga,adik beradik, rakan dan jiran-jiran yang mereka sedang
kunjungi. Di sini dapat dilihat bahawa masyarakat sudah semakin kurang
bersosial biarpun pada waktu hari perayaan yang suatu ketika dahulu menjadi
sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Sepatutnya apabila wujudnya gajet dan platform yang dengan mudah


menyampaikan mesej antara manusia membantu manusia menjadi lebih
dekat dan lebih mengeratkan hubungan sesama mereka. Akan tetapi dengan
segala kemajuan ini hanya membuatkan masyarakat lebih leka dan hilang
rasa empati dan saling bertolak ansur dalam diri. Ini amatlah berbeza dengan
apa yang dilakukan masyarakat melayu islam di Malaysia yang pada suatu
ketika dahulu hanya menggunakan kad ucapan hari raya dan menggunakan
khidmat pos semata-mata untuk meraikan perayaan bersama dan
mendekatkan jurang interaksi dengan orang yang tersayang. Bukan itu sahaja
mereka juga sanggup menziarahi sesama mereka biarpun tidak kenal
berbeza dengan zaman sekarang yang mana masyarakat lebih tertumpu
untuk menziarahi sedara mra dan yang dikenalinya sahaja.
Manakala dalam akhbar berita harian dengan “tajuknya kesan buruk fitnah
dalam media sosial” ,Sheikh Hamzah Yusuf semasa di Malaysia ada
menyatakan yang secara ringkasnya dapat disimpulkan seseorang tidak lagi
memmerlukan orang lain untuk dia melakukan fitnah,iaitu dengan
menggunakan platform laman sesawang dan media sosial dengan mudah
fitnah dapat disebarkan. Implikasi daripada fitnah mealui media sosial ini
amatlah besar jika mahu dibandingkan dengan fitnah yang mana dahulu
orang hanya mampu menyebarkan hanya dengan kata-kata dan paling tidak
pun penduduk sekampung sahaja yang tahu. Namun kini dengan skala
penyebaran yang tiada penamatnya menjadikan ia suatu yang sangat bahaya
kepada sesebuah kelompok etnik tidak kira walau di negara mana sekalipun.

Kesimpulannya, dengan segala kemajuan teknologi yang ada manusia tidak


dapat bersatu dan bertolak ansur.Namun bukanlah ini bermakna ia
merupakan salah teknologi tetapi ia menjadi suatu kesalahan kepada
bagaimana penggunaanya. Amatlah dikesali dengan kemajuan yang kian
bettambah manusia masih lagi tidak mampu untuk maju dalam akhlak dan
sahsiah apatahlagi untuk bersatu padu.
Rujukan :

1)Ahmad Suhael Adnan,(2016),Gajet ganggu interaksi sosial,Berita


Harian,https://www.pressreader.com
2)Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia,(2015),Kesan
buruk sebar fitnah dalam media sosial,Berita Harian
Online,https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/node/69549/
amp

Anda mungkin juga menyukai