Anda di halaman 1dari 36

© 2017, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Ketiga 2018

Hak Cipta Terpelihara.


Tiada dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara samada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Atur Huruf & Reka Letak:


PGF PRINT
No. 102, Jalan Persiaran, Batu Hampar,
Seriab, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 012 474 3077 / 012 588 9421

Diterbitkan oleh :
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-979 4428
Fax : 04-976 3844
Kandungan

DOA DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 1

Doa Peperiksaan 2

Keputusan Peperiksaan Bukan Segala 3

Mustajabkah Doa peperiksaan Kita? 4

Displin Doa 7

Doa Peperiksaan Yang Mustajab 9

PANDUAN BERDOA MUSIM PEPERIKSAAN

Tujuan 11

Bagaimana Memustajabkan Doa 12

Larangan Mengada-adakan Urusan Ibadah 22

Majlis Musim Peperiksaan 27


PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

DOA DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


S.S. Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis

Setiap doa yang seseorang pohon kepada Allah


pasti mempunyai hasrat ataupun keinginan yang
hendak diperolehi. Kadang-kala hasrat itu tidak zahir
pada lafaz doa tetapi difahami tujuan yang terkandung
di dalamnya. Ini seperti apabila seseorang mendoakan
agar perniagaannya maju. Dia sebenarnya mendoakan
agar rezeki ataupun hartanya bertambah. Sudah pasti
dia tidak menginginkan kemajuan dalam perniagaan
tapi dia tidak memperolehi apa-apa keuntungan.
Apatahlagi kesusahan di sebalik kemajuan itu.
Seseorang yang mendoakan agar dia diberikan jodoh.
Ia sebenarnya bermaksud menginginkan kebahagiaan
perkahwinan dan menikmati hubungan seks yang
halal. Sudah pasti dia tidak ingin jodoh yang membawa
kesusahan ataupun penderitaan dalam
perkahwinannya. Ataupun, jodoh yang tidak dapat
melunaskan naluri keinsanannya. Seseorang yang
mendoakan supaya dia memperolehi pekerjaan,
sebenarnya dia ingin agar ada pendapatan. Sudah
pasti dia tidak mahu pekerjaan tanpa pendapatan.
Begitulah seterusnya.

1
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Doa Peperiksaan

Demikianlah juga apabila seseorang memohon


daripada Allah agar dirinya ataupun anaknya ataupun
sesiapa diberikan kejayaan dalam peperiksaan. Dia
sebenarnya bukan mahukan kejayaan dalam
peperiksaan semata tetapi dia mahu dengan kejayaan
itu dia dapat meneruskan perjalanan seterusnya ke
arah kejayaan yang lebih besar. Peperiksaan bukan
tujuan tetapi sebab musabab yang dengannya boleh
dicapai tujuan. Sudah pasti dia tidak mahu jika sekadar
berjaya dalam peperiksaan tetapi gagal dalam
perjalanan kehidupan yang seterusnya. Ertinya, doa
kejayaan dalam peperiksaan bermaksud agar dapat
mengecapi kejayaan dalam kehidupan di masa
hadapan.

Mungkin di sana ada yang mementingkan


kejayaan keputusan peperiksaan semata. Mereka ini
mungkin sekadar ingin menunjuk kelebihan diri
ataupun anaknya ataupun sekolahnya kepada pihak
lain. Sudah pasti sikap kesombongan bukan sesuatu
yang disukai oleh Allah. Mereka ini tersasar dari tujuan
asal.

2
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Keputusan Peperiksaan Bukan Segala

Maka, apabila kita berdoa terhadap kejayaan diri


kita ataupun anak kita agar cemerlang dalam
peperiksaan, sebenarnya kita maksudkan kejayaannya
dalam menempoh masa hadapan. Kadang-kala ramai
yang lupa maksud sebenar daripada peperiksaan.
Peperiksaan bukan matlamat tetapi jalan ke arah
kejayaan lain. Dalam masa yang sama kita perlu sedar
bahawa jalan ke arah kejayaan itu banyak dan
pelbagai. Jalan dan sebab kejayaan tidak hanya
terbatas kepada peperiksaan sahaja.

Semasa keputusan peperiksaan diperolehi, kita


sebenarnya belum tahu apakah yang bakal terjadi di
masa hadapan. Walaupun peperiksaan merupakan
salah satu jalan penting dalam kehidupan masyarakat
kita hari ini untuk meneruskan kerjaya masa hadapan,
namun ia bukan segalanya. Betapa ramai orang yang
cemerlang keputusan peperiksaannya tetapi tidak
cemerlang dalam kerjayanya pada masa hadapannya.
Betapa ramai pula yang berjaya dalam peperiksaan
tetapi gagal dalam ujian kehidupan yang lain. Bahkan
ada yang mendapat kesusahan dalam hal-hal yang
tidak disangka, akhirnya kecemerlangan
peperiksaannya yang lalu bagaikan tidak memberikan
apa-apa makna. Sementara betapa ramai orang yang
dahulunya kurang berjaya dalam peperiksaan
kemudian cemerlang dalam kerjayanya. Sejarah tokoh-
tokoh besar dunia banyak membuktikan hal ini.

3
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Mustajabkah Doa Peperiksaan Kita?

Seperti yang kita jelaskan tadi bahawa


peperiksaan hanya salah satu sebab di dunia hari ini
untuk seseorang melangkah ke hadapan dalam
kerjanya. Apabila seseorang berdoa agar dirinya
ataupun anaknya berjaya di masa hadapan, pasti dia
tidak akan mengetahui lagi apakah yang bakal terjadi
pada masa hadapan sehingga masa hadapan itu tiba.

Jika ada seseorang yang kurang berjaya dalam


peperiksaan, dia ataupun ibubapa yang berdoa
untuknya tidak boleh membuat sangkaan bahawa doa
mereka tidak mustajab. Ini kerana, kemungkinan dia
akan berjaya di masa hadapan dengan cara yang
dikehendaki oleh Allah.

Allah berjanji akan memustajabkan doa.


Pemustajaban doa itu boleh menjelma dalam pelbagai
jalan dan cara. Kejayaan pada masa hadapan boleh
muncul dengan cara yang kita sangka dan tidak
sangka.

Apa yang penting kita hendaklah terus berdoa


kepada Allah. Doa kita tidak sia-sia. Kadang-kala Allah
menukar doa kita kepada sesuatu yang lebih baik,
ataupun selamatkan kita daripada bahaya yang amat
mengancam kita.

4
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Sabda Nabi s.a.w :

"Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa


yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan
silaturahim melainkan Allah akan memberikan
kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada
disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk
diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan
keburukan yang sepandan dengannya". (Riwayat
Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang
sahih).

Jangan kita tergopoh-gapah menyangka doa


kita tidak diterima hanya kerana melihat keputusan
peperiksaan diri kita ataupun anak kita. Kita belum tahu
apakah yang bakal menanti untuk kehidupannya di
masa hadapan. . Sabda Nabi s.a.w :

5
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba


Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat
sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi
dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu
tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : Apabila dia
berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun
berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan
untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan
doa » (Riwayat Muslim).

Berusaha dan berdoalah. Percayalah Allah akan


tetap menerima doa itu jika kita telah memenuhi syarat-
syarat doa yang DIA mahukan daripada kita.
Kemustajaban doa itu akan hadir pada suatu masa
nanti dengan pelbagai cara yang kita sangka dan tidak
sangka.

6
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Disiplin Doa

Doa ialah pemintaan ataupun permohonan


seorang hamba kepada tuhannya. Allah hanya satu-
satunya pihak yang berkuasa menerima dan menolak
doa. Jika Allah menerima doa, maka tiada siapa yang
dapat menolaknya. Jika Allah menolak, tiada siapa
yang dapat menerimanya.

Untuk menjadikan sesuatu doa itu diterima,


maka hendaklah kita mengikut cara berdoa yang
sebenar yang diredhai oleh Allah untuk kita
mengamalkannya. Allah telah menghantar rasulNYA
memberitahu kepada kita bagaimana cara berdoa
kepadaNYA. Ini semua dijelaskan dalam al-Quran dan
al-Sunnah.

Doa bukan satu upacara yang diada-adakan


tanpa petunjuk dari al-Quran ataupun al-Sunnah.
Tindakan sesetengah pihak membuat upacara doa
yang tidak pernah ditunjukkan oleh nas yang sahih
seperti menjerit-menjerit ketika berdoa, ataupun
berpuisi ketika berdoa dengan tujuan menyedapkan
telinga pendengar dan seumpamanya bukanlah cara
berdoa yang sebenar. Doa itu dilakukan dengan
merendah diri kepada Allah S.W.T. Firman Allah:
ۡ ُّ ُ َ ُ َّ َ ۡ ُ َ ‫ۡ ُ َ َّ ُ ۡ َ َ ُّ ا‬
َْ ‫ِبْٱل ُم ۡع َتد‬
٥٥ْ‫ِين‬ ‫ٱدعواْْربكمْتَضٗعْوخفيةًْۚإِه ْهۥَْلُْي‬

7
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

(maksudnya) “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan


merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang melampaui batas”. (Surah al-„Araf, 55).

Maksudnya, doa dilakukan dengan jiwa yang


penuh pasrah kepada Allah, merendah diri serta
menzahirkan tanda kehambaan kepadaNYA. Doa itu
dilakukan dengan penuh harapan, bukan sekadar
menghafal perkataan dan ayat tanpa memahami
makna. Hendaklah sesuatu doa itu difahami oleh yang
memohon dalam keadaan jiwanya penuh tumpuan lagi
harapan. Sabda Nabi s.a.w:

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu


yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah
sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung
hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai
sahih oleh al-Albani).

8
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Doa Peperiksaan Yang Mustajab

Demikianlah ibubapa dan anak yang berdoa


untuk kejayaan dalam peperiksaan. Hendaklah dengan
penuh kusyuk dan harap kepada Allah. Doa bukan
satu drama yang dilakukan oleh sesetengah
penceramah untuk menarik tumpuan pendengar
seperti yang berlaku dalam sesetengah ceramah
motivasi peperiksaan. Doa bukan satu lakonan tetapi
suatu pengharapan dengan penuh kerendahan jiwa
kepada Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terselit
dalam jiwa kita. DIA maha tahu apakah kita merendah
diri kepadaNYA ataupun kita bermain dengan doa kita
tanpa jiwa yang hadir.

Justeru itu, untuk kemustajaban doa, tidak


memerlukan majlis upacara berdoa yang diada-
adakan. Untuk kemustajaban doa yang diperlukan
ialah jiwa yang kusyuk dan tadarru‟ (merendah lagi
menyerah) kepada Allah. Maka, doa pada waktu
tahajud semasa bersendirian sangat mustajab kerana
kemungkinan jiwa kita lebih kusyuk dan merendah di
hadapan Allah. Demikian doa selepas membuat
kebaikan yang penuh ikhlas seperti solat, sedekah,
menolong orang lain dan seumpamanya. Tatkala jiwa
kita kusyuk dan lunak maka berdoalah.

Kesilapan sesetengah ibubapa, mereka tidak


mempelajari cara berdoa menurut sunnah. Lalu apabila
ada peristiwa tertentu seperti peperiksaan maka
mereka mengharapkan satu majlis upacara doa untuk
9

9
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

mereka berdoa. Mereka sangka hanya melalui majlis


tertentu, barulah doa mereka akan dimustajabkan.
Padahal setiap waktu seseorang hamba terbuka untuk
berdoa kepada Allah. Firman Allah :

(maksudnya): "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya


kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir.
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya
mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

Allah tidak jauh. Setiap kita boleh terus berdoa


kepadaNYA. Tidak disyaratkan mesti ada „tekong‟
ataupun perantaraan ustaz ataupun kiyai ataupun tok
guru untuk kita berdoa. Allah Maha Dekat. Dia Maha
Mendengar setiap rintihan hambaNYA.

10

10
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

PANDUAN BERDOA MUSIM PEPERIKSAAN


Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak
Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Perlis

Tujuan

Panduan berdoa musim peperiksaan ini


dihasilkan bagi tujuan memberi panduan kepada pihak-
pihak berkaitan seperti sekolah-sekolah kerajaan dan
swasta atau seumpamanya di seluruh negeri Perlis
dalam menganjurkan sebarang Majlis Sempena
Musim Peperiksaan. Ia juga bertujuan memberi
gambaran jelas berkaitan hal-hal yang dibolehkan dalam
beramal dan yang tidak dibolehkan. Terutamanya apabila ia
bersangkutan dengan hal-hal yang ada asalnya di dalam
syarak, namun ia bercampur dengan rekaan yang ditegah
dalam pengamalan ibadat seperti penetapan sebab, tempat,
masa atau kaifiat yang tidak memiliki petunjuk dari Nabi
SAW.

Garis panduan ini juga diwujudkan bagi mengelak


berlakunya perbuatan bid‟ah Idhafiah seperti yang
dijelaskan oleh para ulama. Dalam masa yang sama tidak
menyekat umat Islam dari berusaha merebut kebaikan
melalui kebenaran-kebenaran umum yang terdapat di dalam
syarak.

11

11
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Bagaimana Memustajabkan Doa

Melakukan amalan soleh dengan ikhlas kerana


Allah sebelum berdoa adalah suatu yang disyariatkan.
Ini kerana setiap kali seseorang hamba mendekatkan
diri kepada Allah dengan melakukan apa-apa amalan
soleh dengan ikhlas, ia dapat mendekatkan dirinya
kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT,
seterusnya menjadikan doanya lebih layak
dimustajabkan. Kerana itu termasuk adab dalam
berdoa adalah dengan mendahulukan pujian dan
pujaan kepada Allah dan berselawat ke atas baginda
Nabi SAW yang merupakan amalan soleh.

Antara amalan yang boleh dilakukan dengan


maksud ini ialah:

i) Memurnikan tauhid dan mengikhlaskan niat


kepada Allah. Hal ini berdasarkan hadis tentang
tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam
gua. Lalu setiap seorang daripada mereka
berdoa agar diberi jalan keluar dengan
menyebut amalan kebaikan yang dilakukan.
Dihujungnya ketiga-tiga mereka berkata:

12

12
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Maksudnya: “Jika dalam pengetahuanMu, daku


melakukan semua (amalan soleh) itu kerana
mengharapkan keredhaanMu, maka berilah jalan
keluar untuk kami…” (Muslim: Bab Qissah Ashab al-
Ghar al-Thalathah Wa al-Tawassul Bi Soleh al-A‟mal,
hadis: 2743)

ii) Memperbanyakkan sedekah. Ini kerana sedekah


adalah perbuatan ihsan sesama makhluk,
manakala perbuatan ihsan itu adalah sebab
memperolehi rahmat Allah berdasakan firman
Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat


kepada orang-orang yang berbuat ihsan.” (al-A‟raf:
sebahagian dari ayat 56)

Di dalam Kassyaf al-Qina‟ „An Matn al-Iqna‟ 1/368


dinyatakan: “Dan didahulukan sebelum doanya dengan
sedekah.”

iii) Bersabar Dan Memperbanyakkan solat. Allah


SWT berfirman:

ۚ
Maksudnya: “Dan mohonlah bantuan dengan bersabar
dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat amatlah

13

13
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

berat melainkan bagi orang-orang yang khusu‟.” (al-


Baqarah: 45)

iv) Kembali bertaubat kepada Allah SWT dan


memperbanyakkan istighfar. Ini kerana dosa
dan maksiat merupakan sebab terhalangnya
doa dari diperkenankan oleh Allah SWT. Allah
SWT berfirman tentang Nabi Musa:

Maksudnya: “Berkata Musa: “Wahai tuhanku,


sesungguhnya daku telah menzalimi diriku (dengan
melakukan dosa), maka berilah keampunan untukku.”
Lalu Allah memberi keampunan kepadanya, dan Dia
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Qasas:
16)

v) Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT


dalam setiap keadaan terutamanya ketika
waktu-waktu mustajab doa seperti ketika 1/3
malam, di dalam sujud, diantara azan dan
iqamah, penghujung hari Jumaat dan
seumpamnya.

14

14
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tuhan kita akan turun ke langit dunia


pada setiap malam ketika 1/3 akhir malam dan
berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, Aku akan
perkenankannya, sesiapa yang meminta kepadaKu,
Aku akan kurniakan kepadanya, sesiapa yang
memohon ampun kepadaKu, Aku akan
mengampunkannya, sehinggalah masuk waktu Fajar.”
(al-Bukhari 1077 dan Muslim 1261)

Baginda juga bersabda:

Maksudnya: “Doa tidak akan ditolak diantara azan dan


iqamah.” (al-TIrmizi 196, Abu Daud 437 dan Ahmad
17755)

Sabda baginda lagi:

15

15
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Maksudnya: “Sesungguhnya pada hari Jumaat, ada


satu waktu1 tidak menepati waktu itu seorang
muslimpun yang sedang menunggu waktu solat2 dan
dia memohon kepada Allah sesuatu perkara,
melainkan Allah akan perkenankan permohonannya
itu.”3

1
Jumhur ulama berpendapat waktu yang dimaksudkan ialah saat-
saat akhir hari Jumaat, iaitulah selepas Solat Asar hari Jumaat
sehingga tenggelamnya matahari. Disamping itu ada juga
pandangan lain dalam masaalah ini.
2
Kalimah diterjemahkan kepada “orang yang sedang
menunggu waktu solat”, kerana perbuatan duduk menunggu
waktu solat dinamakan juga sebagai solat sebagaimana hadith
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. yang berkata:

Maksudnya: “Aku (Abu Hurairah) berkata kepada „Abd Allah bin


Salam: “Ceritakan kepada-ku tentangnya (iaitu tentang waktu
mustajab doa pada hari Jumaat), lalu „Abd Allah bin Salam
bekata: “Ia saat/waktu akhir pada hari Jumaat.” Lalu aku berkata:
“Bagaimana ia pada saat akhir hari Jumaat?, sedangkan
Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Tidak menepati waktu itu oleh
seorang muslim, dan dia sedang bersolat.” Sedangkan pada
waktu itu (selepas Asar) waktu tidak boleh menunaikan solat?”
Lalu „Abd Allah bin Salam berkata: “Bukankah Rasulullah S.A.W.
pernah bersabda: “Sesiapa yang duduk menunggu solat, dia
16

16
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

vi) Berbaik sangka dengan Allah SWT yang mana


Dia akan memperkenankan doa kita. Abu
Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW
bersabda:

Maksudnya: “Firman Allah Taala: “Aku bersama


dengan sangkaan hambaKu terhadapku…” (al-Bukhari
7505, Muslim 2/2675,

vii) Memperbanyakkan amalan saleh tanpa kira


musim. Abu Hurairah RA meriwayatkan,
Rasulullah SAW bersabda:

(seolah-olah) berada di dalam solat sehingga dia mendirikan


solat.” Lalu aku menjawab: “Bahkan demikianlah”, Kata „Abd Allah
bin Salam: “Itulah ia.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di
dalam Sahih Abi Daud). Disamping itu kalimah itu juga boleh
difahami membawa maksud doa, kerana al-Solah dari sudut
lughah membawa maksud doa. Wallahu A‟lam.
3
H.R. al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.
17

17
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesiapa


yang memusuhi akan Daku waliKu, sesungguhnya Aku
istiharkan perang kepadanya. Dan tidaklah seseorang
hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu
yang lebih Aku sukai berbanding apa-apa yang Aku
fardhukan kepadanya. Dan sentiasalah seseorang
hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan
melakukan amalan-amalan sunat sehingga menjadikan
Aku sayang kepadanya. Apabila AKu sayang
kepadanya, Akulah yang menjaga pendengarannya,
Akulah yang menjaga penglihatannya, Akulah yang
menjadi tangannya, AKulah yang menjaga kakinya.
Jika dia meminta kepadaKu, pasti AKu akan berikan
permintaannya, jika dia memohon perlindungan
denganKu, pasti Aku akan melindunginya…”
(al-Bukhari 6502)

viii) Mempersiapkan Makanan, Minuman, Pakaian


Dan Seumpamanya Dari Sumber Yang Halal.

18

18
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya


Allah itu mulia, Dia tidak akan menerima melainkan
sesuatu yang baik. Sesungguhnya Allah telah
memerintahkan orang-orang yang beriman dengan
apa-apa yang telah Dia perintahkan kepada para rasul.
Dia berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman,
makanlah makanan yang baik-baik dari apa-apa yang
telah Aku rezekikan kepada kamu semua.” Setelah itu
baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh
perjalanannya, kusut-masai rambut dan berdebu
bajunya, setelah itu dia mengangkat tangan ke langit
seraya berdoa: “Wahai Tuhan, wahai tuhan.”
sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia diberi makan dengan
19

19
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

makanan yang haram. Maka bagaimana mungkin


dimustajabkan doanya?” (Muslim 1015, Ahmad di
dalam Musnad 8347, al-TIrmizi 2989 dan al-Darimi
2757)

ix) Perbanyakkan doa ketika senang.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Mafhumnya: ”Sesiapa yang suka Allah memustajabkan


permohonannya ketika kesempitan dan kesusahan,
maka hendaklah dia perbanyakkan berdoa ketika di
dalam kesenangan.” (HR al-Tirmizi, al-Hakim dan al-
Tabarani. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih
al-Jami‟)

x) Perbanyakkan zikrullah.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

20

20
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak


permohonannya: Orang yang banyak mengingati Allah,
permohonan orang yang dizalimi dan seorang
pemimpin yang adil.” (al-Baihaqi di dalam Syu‟ab al-
Iman 6973. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih
al-Jami‟ 3064)

21

21
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Larangan Mengada-adakan Urusan Ibadah

Nabi SAW melarang umatnya dari melakukan bid‟ah


atau suatu rekaan di dalam agama. Dasar larangan ini
antaranya berdasarkan hadis Nabi SAW:

Maksudnya: “Amma ba‟d: Sesungguhnya sebaik-baik


perkataan itu adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik
petunjuk itu adalah petunjuk Muhamad Sallallahu
„alaihi wasallam, manakala seburuk-buruk perkara itu
adalah yang diada-adakan, dan setiap bid‟ah itu adalah
sesat.”4
Tokoh ilmuan besar, Abu Ishak al-Syatibi5
memberikan takrifan kepada perkataan bid‟aah
sebagai:

4
Riwayat Muslim daripada Jabir bin „Abdillah
5
Beliau ialah Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-
Gharnati, masyhur dengan nama al-Syatibi. Seorang yang mahir
Usul dan seorang Hafidz. Berasal dari Gharnatah, salah seorang
pemimpin dalam mazhab Malik. Meninggal pada tahun 790 H
bersamaan 1388 M. Lihat al-A‟lam oleh al-Zirkili 10/75.
22

22
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Maksudnya: “Satu jalan dalam agama yang direka-


cipta, menyerupai syariat, dimaksudkan menempuh
jalan itu adalah untuk berlebih-lebihan dalam
beribadah kepada Allah yang maha suci.”6
Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika memberi
komentar kepada takrifan ini berkata: “Inilah pengertian
yang lebih benar dan kukuh dalam persoalan bid‟ah. Ia
merupakan pengertian yang cermat dan bersifat Jami‟
dan Mani‟ seperti yang diperakui oleh para ahli
bahasa.”7

Al-Imam al-Syatibi juga membahagikan bid‟ah


kepada dua bahagian:

1) Bid’ah Hakikiyyah (bid‟ah hakiki) iaitulah sesuatu


amalan yang tidak memiliki bukti dari al-Quran, al-
Sunnah, al-Ijma‟, al-Qiyas dan tiada juga bukti dari
istidlal yang mu‟tabar di sisi para ulama, sama ada
secara umum atau terperinci.

2) Bid’ah Idhofiyyah (bid‟ah tempelan) iaitulah


sesuatu amalan peribadatan yang memiliki asas
dalil, namun berlaku rekaan sama ada pada
penetapan tatacara, hal-keadaan atau
8
perinciannya. Ini seperti menetapkan solat tertentu
yang tiada dalil yang sahih. Sekalipun ibadat solat

6
Al-„I‟tisom oleh al-Syatibi. Jilid 1, hal: 37, Cetakan Dar al-
Ma‟rifah, Beirut.
7
Al-Sunnah wa al-Bid‟ah
8
Lihat al-I‟tisom 367-368
23

23
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

itu sesuatu yang ada dalil, namun penetapan waktu


ataupun kaifiyyat tertentu yang tiada dalil,
menjadikan ia bid‟ah. Demikian juga menetapkan
bacaan al-Quran pada waktu tertentu. Sekalipun al-
Quran sememangnya digalakkan untuk dibaca,
akan tetapi penetapan waktu tertentu, dan
bersempena peristiwa tertentu yang tiada dalil
menjadikan ia bid‟ah.

Sebagai contoh:

i) Solat Raghaib yang diadakan pada malam


Jumaat pertama bulan Rejab.

Sekalipun solat adalah satu amalan peribadatan


yang memiliki asas dalil. Namun berlaku rekaan
pada penetapan tatacara dan perinciannya
menjadikan ia tergolong dalam bidaah Idhafiyyah,
kerana itu para ulama menolak solat seperti ini.

Tokoh dalam mazhab al-Syafi‟ie, Imam al-


Nawawi ketika mengulas tentang solat Raghaib ini,
iaitu solat sunat khas yang dilakukan pada malam
Jumaat pertama bulan Rejab, beliau begitu tajam
membantah.

Ini dapat dilihat beliau ketika mensyarahkan


hadis nabi SAW bersabda: “Jangan kamu
mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang
berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan
kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa

24

24
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia


dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu
berpuasa. (Riwayat Muslim)

Kata Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan


hadis ini:

“Pada hadis ini larangan yang nyata


mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu
solat yang tiada dengan malam-malam yang lain
dan puasa pada siangnya seperti yang telah
dinyatakan. Sepakat para ulama kemakruhannya.
Para ulama berhujah dengan hadith ini mengenai
kesalahan solat bid‟ah yang dinamakan solat al-
Raghaib. Semoga Allah memusnahkan pemalsu
dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia
adalah bid‟ah yang munkar daripada jenis bid‟ah
yang sesat dan jahil. Padanya kemungkaran yang
nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah
mengarang karangan yang berharga begitu banyak
dalam memburukkan dan menghukum sesat orang
menunaikan solat tersebut dan perekanya. Para
ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan
kebatilannya dan kesesatan pembuatnya”.

(Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 3/211. Beirut:


Dar al-Khair – SS Dato‟ Mufti Perlis: Niat Dan Cara
Hendaklah Betul).

25

25
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

ii) Menetapkan bacaan al-Quran pada waktu


mengusung jenazah. Imam al-Nawawi RH
berkata:

Maksudnya: “Dan ketahuilah bahawasanya yang


benar lagi terpilih yang dilakukan oleh al-Salaf RA
iaitulah senyap ketika berjalan membawa jenazah,
jangan diangkat suara dengan bacaan (al-Quran),
zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata iaitulah ia
lebih dapat memberi tumpuan kepada perasaan
dan fikiran terhadap apa-apa yang berkaitan
dengan jenazah, dan ia dituntut dalam keadaan ini,
dan inilah yang benar. Jangan terpedaya dengan
ramai orang yang menyalahinya. Kata Abu „Ali al-
Fudhail bin „Iyadh RA: “lazimilah jalan petunjuk,
jangan kamu terpedaya dengan sedikit orang yang
menempuhnya dan jauhi kamu dari jalan-jalan
kesesatan, dan jangan terpedaya dengan ramai
orang yang menempuhnya.”

(al-Nawawi, al-Azkar 136)

26

26
PANDUAN BERDOA

Musim
Peperiksaan

Majlis Musim Peperiksaan

Bagi mengelak sesuatu majlis yang diadakan


bersempena dengan musim peperiksaan atau
seumpamanya terjebak ke dalam bid‟ah idhofiyyah, maka
perbuatan mengkhususkan sesuatu bentuk atau tatacara
(kaifiyyat), bagi menghadapi sesuatu perkara dengan
amalan-amalan tertentu, dilakukan secara konsisten dan
menjadi satu syiar, sedangkan perbuatan itu tidak terdapat
petunjuk dari Sunnah, hendaklah dihindarkan.

Di bawah ini cadangan majlis motivasi peperiksaan


yang boleh dianjurkan:

1. Majlis ceramah motivasi dan kesedaran peperiksaan


kepada Ibu-bapa dan para pelajar:

i) Diadakan antara waktu Maghrib dan Isyak.


ii) Majlis bermula dengan menunaikan solat Fardhu
Maghrib secara berjemaah dan diakhiri dengan
solat Fardhu Isyak secara berjemaah.

2. Majlis ceramah motivasi dan kesedaran peperiksaan


kepada ibu-bapa dan para pelajar:

i) Diadakan pada waktu Dhuha.


ii) Setiap orang boleh menunaikan solat sunat
Dhuha dan berdoa jika dia mahu.

27

27
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

3. Majlis ceramah Motivasi dan Qiyamulail:

i) Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah.


ii) Kuliah Maghrib berkaitan Makna Kejayaan
Dalam Hidup.
iii) Solat Isyak berjemaah diikuti dengan Ceramah
motivasi.
iv) Tidur awal, bangun berqiyamullail bagi sesiapa
yang ingin melakukannya dan berdoa bagi
memohon hajatnya.

28

28

Anda mungkin juga menyukai