Anda di halaman 1dari 5

1 a) Berdasarkan kepada contoh-contoh yang sesuai, jelaskan definisi etika menurut

peradaban Barat, India dan China.

Isi 1: Etika menurut peradaban Barat

Etika adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu “ethos” yang bermaksud
sikap dan adab yang menentukan tingkah laku sesebuah masyarakat menurut
peradaban Barat. Ia merupakan satu set prinsip-prinsip moral yang menentukan
sesuatu tindakan adalah betul atau salah.

Contoh: Prinsip-prinsip moral ini sebagai pandaun kepada kelakuan manusia sama ada
menjadi baik atau buruk.

Isi 2: Etika menurut peradaban India

Etika dikenali sebagai “nitisastra” iaitu sebahagian daripada konsep “Rta”


dalam masyarakat India. “Rta” juga dikaitkan dengan konsep melaksanakan perintah
dan peraturan yang dikenali sebagai “dharma” dan konsep tindakan manusia yang
menuruti perintah tersebut yang dipanggil sebagai “karma”.

Contoh: Kedua-dua konsep iaitu “dharma” dan “karma” akhirnya menaungi konsep
“rta” yang berkembang sebagai prinsip moral, agama dan semula jadi yang menjadi
asas utama kepada kepercayaan “Hinduisme” dalam masyarakat India.
Isi 3: Etika menurut peradaban China

Confucius beranggapan bahawa etika amat berkait rapat dengan nilai


kemanusiaan.

Contoh: Etika berasaskan kepada takrifan Confucius adalah nilai-nilai kebaikan


berasaskan kepada lima prinsip utama “Wuchang” iaitu “ren” yang bermaksud
kebajikan dan kemanusiaan, “yi” yang bermaksud kebenaran atua keadilan, “li” yang
bermaksud cara yang betul, “zhi” yang bermaksud pengetahuan dan akhirnya “xin”
yang bermaksud integrity.

b) Wajarkah pegangan etika seseorang individu berbeza berbanding etika masyarakat,

negara dan global? Berikan justifikasi anda..


Isi 1: Etika seseorang individu berbeza berbanding etika masyarakat, negara dan global
adalah wajar

Etika seseorang individu bergantung kepada prinsip-prinsip asas dan nilai yang
dipegang oleh seseorang individu. Etika individu menjadi kawalan kepada tidakan
seseorang apabila berurusan dengan pihak lain sama ada individu, masyarakat,
haiwan, alam sekitar atau hubungannya dengan Tuhan.

Isi 2: Faktor keluarga

Faktor pembentukan etika seseorang individu adalah faktor keluarga


disebabkan prinsip kekeluargaan yang membentukkan etika periba. Didikan ibu bapa
menjadi pegangan hidup kepada anak-anak mereka. Prinsip kekeluargaan, amalan
budaya dan adat dan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga
terutamanya ibu bapa akan dicontohi dan dipelajari oleh anak-anak mereka.

Contoh: Sekiranya ibu bapa menunjukkan nilai yang baik seperti jujur dan beradab
maka anak-anak mereka akan memupuk etika tersebut sejak kecil.
Isi 3: Faktor pengaruh rakan sebaya

Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjejaskan eitka seseorang individu.


Rakan-rakan yang dikenali di peringkat sekolah atau tempat kerja adalah penting
kerana rakan yang baik akan membawa prinsip moral yang betul manaka rakan yang
buruk akan membawa prinsip moral yang salah.

Contoh: Sekiranya seorang pelajar mempunyai rakan yang suka ponteng sekolah dan
tidak membuat dan menghantar kerja rumah maka kemungkinan perbuatan negatif ini
diikuti oleh mereka juga.

Isi 4: Faktor keadaan

Faktor keaadaan yang mampu mempengaruhi eitka dan tingkah laku seseorang
terutamanya dalam keadaan terdesak. Walaupun sesuatu tingkah laku adalah salah
dan tidak beretika tetapi keaadaan mampu menyebabkan seseorang membuat
perbuatan tersebut.

Contoh: Meragut adalah sesuatu tingkah laku yang salah tetapi masih dilakukan oleh
orang yang dalam keadaan terdesak seperti orang yang menghadapi masalah
kewangan disebabkan kehilangan kerja.

Isi 5: Pengalaman hidup

Pengalaman hidup seseorang adalah salah satu faktor pembentukan etika


seseorang individu. Pengalaman dapat membawa kesan positif dan negative kepada
kehidupan manusia.

Contoh: Sekiranya seseorang melibatkan diri dalam perbuatan mengambil rasuah dan
tindakannya tidak dilaporkan dan tiada tindakan undang-undang yang diambil, maka
dia akan menggangap perbuatan mengambil rasuah adalah bukan satu kesalahan.
Sebaliknya, apabila seseorang ditangkap dan hukuman dikenakan kerana perbuatan
mengambil rasuah maka dia akan sedar bahawa perbuatan ini adalah salah.
Isi 6: Nilai dan moral peribadi

Nilai dan moral peribadi mampu membantu seseorang dalam


mempertimbangkan antara positif dan negatif sesuatu pebuatan tersebut berdasarkan
prinsip yang dipegang.

Contoh: Seseorang yang beretika tidak akan melibatkan diri dalam gejala social kerana
mereka mampu mempertimbangkan antara positif dan negarif berdasarkan prinsip
betul dan salah.

4 a) Bagaimana tamadun China jika diamalkan sebaiknya boleh menjadikan anda


bangsa yang beretika dan berintegriti?

Wu chang iaitu Ren, i.Yi, Li, Chih/Zhi dan i.Hsin/Xin diamalkan menjadikan
satu bangsa yang beretika dan berintegriti.

Isi 1: Ren

Ren membawa nilai perikemanusiaan adalah dasar kepada setiap hubungan sesama
manusia. Ren teras bagi akhlak mulia manusia kerana ia tercetus daripada konsep
kemanusiaan.

Contoh: Orang yang memiliki ren adalah orang yang tidak mementingkan diri sendiri dan
sanggup berkorban demi membantu orang lain.

Isi 2: i.Yi

i.Yi membawa nilai kebenaran dan keadilan yang lebih kepada intuisi manusia untuk

Anda mungkin juga menyukai