Anda di halaman 1dari 15

PERTUBUHAN KESELAMATAN

SOSIAL (PERKESO)
LATER BELAKANG PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai
sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi
mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial
Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada
sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah
melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru
PERKESO.
MISI
1. Menyediakan bantuan kewangan segera dan peluang peningkatan
kemahiran melalui latihan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.
2. Membantu pekerja mendapat pekerjaan yang berpadanan dengan
kemahiran dan minat mereka
3. Membantu majikan mengisi jawatan kosong dengan calon yang paling
sesuai dan berkelayakan
4. Menyediakan Maklumat Pasaran Buruh (LMI) yang terkini dan
menyeluruh
5. Menasihati institusi pendidikan dan latihan mengenai prospek pekerjaan
dan kemahiran yang diperlukan untuk pelbagai bidang kerjaya
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
• Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan
Ekonomik kepada pelanggannya.
• Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO
disamping penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan
perkhidmatannya.
• Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah
tanggungjawab PERKESO supaya menjadi lebih teguh.
• Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO.
• Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan
sosial.
Dasar Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan
• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa mengutamakan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mengintegrasikannya
dalam aktiviti harian pengurusan. Pelaksanaan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif akan
memastikan budaya kerja yang selamat dan sihat bagi semua
anggota, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan
PERKESO.
Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan :
• Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan
kemalangan.
• Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan
dan keselamatannya serta orang lain.
• Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik.
• Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan
membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan.
• Mengulang kaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan
pejabat supaya terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan serta operasinya adalah
mengikut peraturan-peraturan kerajaan.
• Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami
serta menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.
Majikan utama

Pendaftaran
majikan Pendaftaran Majikan
langsung

Tanggungjawab
majikan
A. MAJIKAN UTAMA
• Majikan yang mengambil pekerja secara terus untuk bekerja dengannya.
Semua pembayaran gaji dan urusan perkhidmatan diuruskan oleh majikan
utama ini.

B. MAJIKAN LANGSUNG
• Majikan yang wujud di bawah majikan utama untuk menjalankan sesuatu kerja
secara subkontrak. Majikan langsung berhak sepenuhnya kepada pekerja yang
diambilnya untuk bekerja.

C. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
• Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih
dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO
mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Memastikan semua pekerja
yang diambil oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman mereka
dibayar.
D. PENDAFTARAN MAJIKAN
• Majikan mesti berdaftar di PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh
beroperasi. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi
borang-borang berikut dengan lengkap dan jelas:
• Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan)
• Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja)
Borang 1(Borang Pendaftaran Majikan)
• a. Syarikat Sdn Bhd • e. Pejabat Audit
• · Borang 9 (Akta Syarikat 1965)
• Akta Syarikat 1965 – Kelulusan Juruaudit
• · Borang 49 (Akta Syarikat 1965)

• b. Kepunyaan Tunggal / Perkongsian • f. Pertubuhan / Persatuan


• Borang D (Perakuan Pendaftaran) • Borang 3 (Peraturan) Akta Pertubuhan 1966
• Borang A (Perakuan Perniagaan) (Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984)

• c. Pejabat Peguam • g. Lain-lain


• Salinan Amalan Guaman daripada Majlis Peguam • Dokumen seperti yang ditetapkan.

• d. Klinik
• Borang 12 (Akta Perubatan 1971 – Kelulusan
daripada MMA)
Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja)
• Ejaan nama dan kedua-dua nombor kad pengenalan pekerja perlu ditulis
sepertimana yang tercatat dalam kad pengenalan pekerja. Borang 1 dan Borang
2 tersebut perlu dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran. Nombor Kod
Majikan dengan PERKESO akan diperuntukan dan digunakan dalam semua
urusan.

• Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan Daftar Pekerja yang


menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:
nama, pekerjaan, jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu, bahagian
caruman pekerjaan, gaji bulanan, elaun.

• Daftar ini tidak diperlukan lagi jika majikan telahpun menyimpan suatu daftar
yang hampir serupa dan butir-butir yang tersebut di atas telah juga ditunjukkan
dalam daftar itu secara manual ataupun elektronik.
CARUMAN
1) Liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang
layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja, 1969. Caruman ini terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu:
(i) Caruman Jenis Pertama
(ii) Caruman Jenis Kedua
• Caruman Jenis Pertama
Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman
kena dibayar oleh majikan dan pekerja adalah untuk Skim Bencana
Pekerjaan dan Skim Keilatan.

• Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75%


syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja itu,
mengikut kadar jadual caruman yang telah ditetapkan.

• Nota : Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu


dicarumkan di bawah Jenis Pertama kecuali bagi pekerja yang telah
mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah dibayar sebelum 55
tahun kerana tidak layak di bawah Akta Keselamatan Sosial, 1969.
• Caruman Jenis Kedua
• Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan
sahaja, iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja itu,
mengikut jadual caruman yang telah ditetapkan. Semua pekerja yang
telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis
Kedua bagi perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.

• Nota : Bagi pekerja baharu yang layak mulai umur 55 tahun, mereka
hendaklah dicarumkan di bawah Jenis Kedua.

Anda mungkin juga menyukai