Anda di halaman 1dari 1

 Pasar Tahun Baru

o Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun
Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan
barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli
untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan
rumah.

 Bunga api
o Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar
untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir
puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan
mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang
berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas
merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang
kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,
mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan
menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Anda mungkin juga menyukai