Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN

DIPLOMA TEKNOLOGI

AUTOMOTIF KOMERSIAL

NYV4024

HUMAN CAPITAL REQUIREMENT COORDINATIION

TAJUK

AKTA DAN UNDANG -UNDANG DALAM SYARIKAT

NAMA PENSYARAH

KHAIRULANUAR BIN HJ JAFFAR

BIL NAMA NO PELAJAR


1 AHNAF AZFARRIZI BIN AHMAD RIZALUDIN 333581245336
2 MUHAMMAD ALIF BIN DAHLAN 333581245323
3 MOHAMAD KHAIRULAMIRIN BIN AB GHANI 333581245297
PENGENALAN

Akta adalah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen manakala sekiranya cadangan
undang-undang tersebut masih dibahaskan di Parlimen serta belum diluluskan, ia disebut
sebagai rang undang-undang. Akta adalah selembar tulisan yang dibuat untuk dijadikan
sebagai bukti tertulis terhadap suatu peristiwa dan akan ditandatangani oleh pihak-pihak yang
bersangkutan. Selain itu, Akta juga bisa diartikan sebagai surat yang dibuat sedemikian rupa
oleh atau dihadapan pegawai yang berwenang seperti jaksa, hakim, atau notaris sehingga bisa
menjadi bukti yang cukup kuat bagi kedua belah pihak. Dalam Pasal 1867 KUH Perdata, akta
dibagi menjadi dua Akta Resmi dan Akta Bawah Tangan.

Akta dan undang-undang ini juga memainkan peranan yang penting bagi sesbuah
syarikat untuk pekerja dan majikan. Ini kerana setiap tindakan pekerja dan majikan
dipengaruhi oleh undang-undang Malaysia. Hal ini, agar majikan akan lebih mengambil berat
dalam sektor pekerjaan.
OBJEKTIF

Antara objektif dari akta dan undang-undang dalam sesebuah syarikat ialah:

 Menjaga kebajikan pekerja dan majikan


 Mewudukan persekitaran yang selamat untuk pekerja melalui akta yang ditetapkan.
 Memastikan kesihatan pekerja dan majikan sentiasa terjamin.
 Memastikan pekerja dan majikan mempunyai wang simpanan untuk hari tua.
PERMASALAH

Permasalahan jika akta-akta ini tidak diguna pakai dalam Syarikat AKA AUTOMOTIVE
SERVIS CENTER adalah keselemata dan kesihatan tidak akan dijamin oleh kami. Sekiranya
berlaku sesuatu kemalangan pada pekerja kami, kami akan lepas tangan dalam menangani
kemalangan tersebut. Dan boleh menyebabkan pekerja akan tidak mahu bekerja pada syarikat
kami kerana tidak menjamikan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau
kecederaan.

Selain itu, jika akta kumpulan wang simpanan pekerja 1991 ini tidak diguna pakai
pada syarikat kami, pekerja kami tidak dijamikan kehidupan pada hari tua mereka. Kerana
tiadanya simpanan untuk hari tua mereka. Selain itu juga mereka boleh menggunakan duit
simpanan ini untuk anak-anak mereka yang masih belajar. Oleh sebab itu, setiap pekerja
perlu dicarumkan dalam KWSP sebagai simpanan mereka.

Disamping itu, jika akta majlis penetapan gaji 1947 tidak digunapakai pada AKA
AUTOMOTIVE SERVIS CENTER kadar bayaran gaji pekerja tidak tetap dan diberi gaji
yang tidak munasabah dengan kerja yang dilakukan. Sebagai contoh skop kerja yang
dilakukan perlu dibayar gai RM 1,500 tetapi majikan membayar gaji RM 1,000. Selain itu,
pembayaran gaji akan dilambat-lambatkan untuk keperluan syarikat.

Akhir sekali, jika akta pekerja 1955 tidak digunapakai pada AKA AUTOMOTIVE
SERVIS CENTER pekerja akan sewenang-wenangnya cuti pada hari berkerja dengan alasan
yang tidak munasabah. Dan gaji tidak akan dibayar kepada pekeja yang cuti sakit. Selain itu,
pekerja juga tidak akan dibayar OT sekiranya kerja lebih masa.
AKTA YANG TERLIBAT DI AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER

AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER mempunyai akta-akta yang melibatkan pekeja


kami. Antaranya ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Majlis Penetapan Gaji 1947, dan Akta kerja 1955.

AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER perlu mengutamakan akta-akta tersebut kerana akta tersebut
sangat penting bagi sesebuah syarikat. Akta ini sangat penting agar keselamatan dan kebajikan
pekerja terjamin. Selain dari itu,akta ini sangat penting bagi semua syarikat. Jika akta ini tidak
digunakan oleh sesebuah syarikat, syarikat tersebut boleh dikenakan tindakan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

Kami syarikat AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER akan memastikan keselamatan,


kesihatan dan kebajikan pekerja kami. Selain itu,ia kami juga akan suasana tempat kerja selamat
dan sihat. Akta ini juga bertujuan untuk untuk mengadakan perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dengan peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan di bawah peruntukan Akta.

Dalam syarikat kami pekerja perlu memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarikat. Antara
pemakaian yang telah ditetapkan ialah baju bengkel, sarung tangan, dan kasut keselamatan. Hal ini
kerana dapat mengelakkan pekerja kami daripada kecerderaan dan kemalangan semasa berada di
bengkel.

Selain itu, AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER telah memaparkan papan tanda
keselamatan untuk memastikan pekerja mematuhi segala peraturan di bengkel.

ETIKA PEMAKAIAN DI AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER


a) PAKAIAN
Ia diperbuat daripada fabrik dan melindungi badan pemakai daripada benda-benda
tajam, kasar dan berat.Dari segi pemakian pula amat penting bagi mengelakkan
daripada berlakunya kecerderaan kepada mekanik kami semasa melakukan servis
pada kenderaan.Pakaian ini adalah khas untuk melakukan kerja di bengkel AKA
AUTOMOTIVE SERVIS CENTER.

b) SARUNG TANGAN

Ia diperbuat daripada kulit, fabrik, atau getah, digunakan untuk melindungi daripada
haba, asid, benda-benda tajam, kasar dan berat.Hal ini,mekanik kami perlu memakai
sarung tangan semasa melakukan kerja-kerja bengkel.Penggunaa sarung tangan juga
dapat mngelakkan mekanik daripada kecerderaan apabila melakukkan kerja.
c) KASUT KESELAMATAN

Penggunaa kasut ini untuk melindungi bahagian kaki daripada benda tajam atau
melindungi pemakai daripada tergelincir. diperbuat daripada getah dan diperkukuhkan
dengan logam.Oleh itu,mekanik perlu memakai kasut keselamatan setiap berada di
bengkel AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER.

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991


Kami syarikat AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER akan memastikan semua pekerja
kami mempunyai wang simpanan pekerja seperti KWSP untuk persaraan pekerja dan
pengurusan simpanan itu bagi persaraan dan menjamin kehiduoan mereka pada hari tua.

AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER akan mendaftar pekerja dengan KWSP jika
pekerja kami masih belum didaftarkan lagi. Bagi mereka yang sudah berdaftar, bolehlah
memberikan sahaja nombor KWSP agar kami boleh terus mencarumkan wang mereka bila
masa pembayaran upah/gaji.

Untuk pekerja kami yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah:

• Caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka caruman syer
majikan pula adalah sebanyak 13%

Untuk pekerja kami yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000:

• Caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka


Caruman syer majikan pula adalah sebanyak 12%.

AKTA MAJLIS PENETAPAN GAJI 1947


Mula diperkenalkan apabila berlakunya tahap pengangguran yangrendah dan kesan
peningkatan kadar bayaran gaji/upah. AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER menentukan
kadar bayarangaji kepada pekerja tetapi perlu menetapi perundangan yangdigariskan oleh
kerajaan.
Syarikat kami AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER amenawarkan gaji minimum
pekerja sebanyak RM 1800 sebulan. Selain itu kami juga memberi pekerja gaji mengikut
pengalaman dan kelayakan. Setiap pekerja perlu membuat akaun bank yang telah ditetapkan
oleh syarikat kami agar mudah bagi pemberian gaji. Kami akan mengeluarkan surat untuk
membuat akaun bagi pekerja yang belum mempunyai. Antara contoh surat sokongan untuk
membuat akaun bank ialah:
AKTA KERJA 1955

Akt aini adalah sangat penting bagi pekerja kami untuk mengelakkan pekerja ditindas dan
diancam sewenang-wenangnya oleh orang atasan mereka, disebabkan pekerja hanya seorang
bergelar pekerja sahaja. Antara akta yang kami guna pakai dalam akta kerja ini adalah akta
kerja 1955 ialah akta 1955 Waktu Bekerja Seminggu, Akta Kerja 1955 Pembayaran Gaji,
Akta Kerja 1955 Cuti Sakit Bergaji, Akta Kerja 1955 Notis Berhenti Kerja, Akta Kerja 1955
Cuti Umum Tahunan, Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime OT), dan Gaji Minimum.

1. Akta Kerja 1955 Waktu Bekerja Seminggu


 Meminta anda bekerja terus 5 jam tanpa henti dan anda tidak diberikan
rehat sekurang-kurangnya 30 minit lamanya. Pekerja diarahkan dalam satu
hari bekerja lebih 8 jam. Dalam tempoh satu minggu, anda TERPAKSA
bekerja LEBIH 48 jam.

2. Akta Kerja 1955 Pembayaran Gaji

 Kami AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER akan meastika pekerja kami


mendapat gaji pada setiap 2 haribulan dan paling lewat adalah 5 hari selepas
penerimaan gaji. Jika pekerja kami meletakkan jawatan, gaji akan dibayar
tidak lewat daripada hari ketiga perletakkan jawatan. Bayaran ganti rugi notis
jika ditamatkan serta merta dan faedah penamatan kerja jika pekerja telah
berkhidmat sekurang kurangnya satu tahun.

3. Akta Kerja 1955 Cuti Sakit Bergaji


 Pekerja akan mendapat gaji sekiranya mendapatkan surat cuti sakit di
panel kesihatan yang telah didaftar oleh AKA AUTOMOTIVE SERVIS
CENTER. Pekerja kami juga berhak mendapatkan surat cuti sakit
berdasarkan tahun perkhidmatan anda seperti yang termaktub dalam
Seksyen 60F, akta buruh 1955]. Berikut adalah bilangan cuti maksimum
dan tahun berkhidmat dalam syarikat kami

4. Akta Kerja 1955 Notis Berhenti Kerja

 Sekiranya pekerja kami diberhentikan kerja sebelum kontraknya tamat.


Tahun perkhidmatan Bilangan cuti
2 Tahun 14
Genap 2 Tahun, kurang 5 Tahun 18
5 Tahun dan lebih 22
Kami AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER akan beri faedah
penamatan kerja (berhenti kerja) seperti VSS / MSS di bawah peraturan
peraturan kerja yang terkandung dalam faedah penamatan dan rentikerja
sementara 1980 (peraturan 3). Selain itu, jika pekerja kami ingin berhenti
kerja, mereka perlu beri notis berhenti kerja 30 hari sebelum untuk
memastikan syarikat kami mencari pekerja baru.

5. Akta Kerja 1955 Cuti Umum Tahunan


 AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER telah menawarkan cuti tahunan
kepada setiap pekerja kami untuk bercuti dan beriadah bersama keluarga
mereka. Pekerja yang kami tawarkan untuk cuti tahunan ini adalah
sekurang-kurangnya 2 tahun berkhidmat. Berikut adalah cuti tahunan bagi
setiap tahun perkhidmatan.

TAHUN PERKHIDMATAN BILANGAN CUTI

Kurang 2 Tahun 8 hari cuti

Antara 2 Tahun Hingga 5 Tahun 12 hari cuti

lebih 5 Tahun 16 Tahun

6. Ganti Rugi Notis

 Mana-mana pekerja AKA AUTOMOTIVE SERVIS CENTER yang


berkhidmat bawah 2 tahun notice yang perlu diberikan adalah 4 minggu (1
bulan); kalau tahun ke 2 hingga 5 notice dia 8 minggu (2 bulan) & kalau
lebih 5 tahun notice 12 minggu (3 bulan). Jika tidak ikut, bererti majikan
anda MELANGGAR akta pekerja 1955.

7. Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime OT)


 Berikut adalah contoh hari dan kadar bayaran OT yang AKA
AUTOMOTIVE SERVIS CENTER tawarkan pada pekerja.

PERKARA BAYARAN

Bekerja di Hari Biasa Bekerja (1.5 ganda untuk setiap Satu jam tambahan)

(2.0 kali ganda untuk setiap satu jam


Bekerja di Hari Cuti Biasa
tambahan)

Bekerja di Hari Kelepasan


(3 kali ganda untuk setiap satu jam tambahan
Am
KESIMPULAN

Undang-undang yang telah ditetapkan haruslah dikuatkuasakan untuk kesemua


masyarakat bagi memastikan undang-undang tersebut dapat berfungsi dengan baik dan
diguna pakai dalam negara. Setiap undang-undang mempunya sistem perundangan yang telah
ditetapkan sama ada ia undang-undang sivil, undang-undang biasa atau undang-undang
agama. Undang-undang ini telah pun disusun atur dengan kesesuaian keadaan. Ini bermaksud
setiap implikasi yang berlaku akan dirujuk dalam kandungan perundangan negara mengikut
keadaan semasa seperti kes jenayah mempunyai akta undang-undang yang tersendiri.
Undang-undang seharusnya adil dan saksama bagi semua individu untuk memastikan seluruh
undang-undang dapat diikuti oleh setiap individu serta merujuk kepada undang-undang yang
telah ditetapkan.
PENUTUP

Di Malaysia, undang-undang adalah salah satu perkara yang penting untuk negara kerana
undang-undang yang telah ditetapkan mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang
berlaku sama ada ia berlaku di pengadilan iaitu mahkamah ataupun berada diluar dan
undang-undang ini juga melambangkan sebagai kejatihan sebuah negara justeru
melengkapkan sistem di Malaysia. Disebabkan itu, syarikat AKA AUTOMOTIVE SERVIS
CENTER telah menggunakan akta-akta seperti di atas supaya ia dapat dilaksanakan sesuai
dengan kehendak kerajaan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai