Anda di halaman 1dari 7

JOW452 - Perhubungan Industri (Bacaan Tambahan)

1. Undang-undang Keselamatan Sosial


2. Undang-undang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

1. Undang-Undang Keselamatan Sosial

Objektif Pelajaran
 Untuk mengetahui apakah yang di katakan sebagai sistem keselamatan
sosial.
 Mengetahui berkaitan dengan KWSP serta fungsi yang di mainkannya
dalam sistem keselamatan sosial negara
 Mengenali SOCSO dan peranannya.
 Sedikit tentang akta pampasan pekerkerja.

Sistem Keselamatan Sosial


 Suatu sistem yang di wujudkan oleh kerajaan untuk melindungi rakyat nya
dari segala masaalah sosial selepas persaraan seperti kemelaratan hidup akibat
tidak mempunyai punca pendapatan dsb.
 Sesetengah negara seperti NZ dan UK menyediakan faedah pengangguran
kepada rakyatnya yang tidak mempunyai pekerjaan.
 Di Malaysia, kita ada skim pencen dan KWSP sebagai simpanan hari tua
serta SOCSO untuk melindungi pekerja akibat kemalangan di tempat kerja.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


 Skim yang menyediakan faedah simpanan untuk persaraan kepada
pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam.
 Pada 31/12/2004 KWSP mempunyai 10.72 juta ahli dengan jumlah
simpanan sebanyak RM240,000 juta.
 Kadar caruman wajib semasa ialah 23% dari gaji bulanan pekerja, iaitu
11% dari pekerja dan 12% dari majikan.
 Majikan bertanggungjawab untuk membuat caruman bagi pihak pekerja.
 Akta KWSP yang mula di perkenalkan pada 1951 mewajibkan semua
pekerja yang bekerja secara ‘contract of service’ menjadi ahli dan mencarum
dalam KWSP.
 Mereka semua termasuklah pekerja sambilan, pekerja sementara juga
pekerja asing kecuali pembantu rumah.
 Pekerja yang telah mencapai 55 tahun tahun tapi masih bekerja boleh
terus mencarum.
 Juga mereka yang telah mengeluarkan caruman tetapi berhasrat untuk
mencarum semula boleh berbuat demikian.
 Terkini, KWSP menggalakkan mereka yang tidak di daftarkan secara rasmi
sebagai pekerja untuk mencarum dalam KWSP dibawah kategori ‘bekerja
sendiri’.

1
 Kategori ini termasuklah peniaga, suri rumah, pesara dan rakyat Malaysia
yang bekerja di luar negara.
 Kategori bekerja sendiri di wujudkan bagi menggalakkan individu yang
tidak termasuk dalam takrifan pekerja mencarum dalam mempastikan semua
rakyat malaysia mendapat kemudahan simpanan persaraan.
 Pada masa ini terdapat banyak skim pengeluaran yang membolehkan ahli
mengeluarkan sedikit daripada jumlah caruman mereka untuk tujuan-tujuan
tertentu.
 Terdapat pro dan kontra terhadap skim-skim pengeluaran ini. Bagaimana
pendapat anda? Adakah skim pengeluaran yang di wujudkan oleh KWSP ini
menepati objektif konsep sistem keselamatan sosial?

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969


 Mula di perkenalkan pada tahun 1969, perlaksanaan skim PERKESO
bermula di JB dengan 804 majikan dan 23,094 pekerja di daftarkan.
 Kini PERKESO di laksanakan di seluruh Malaysia dengan meliputi segenap
industri dalam sektor swasta.
 Bermula pada Mei 2005 semua pekerja yang bergaji RM3000 dan
kebawah adalah diwajibkan mencarum denganPERKESO.
 PERKESO amalkan prinsip sekali layak terus layak. Walau pun selepas itu
gaji pekerja tersebut melebihi RM3000.
 Pekerja di sektor awam adalah dikecualikan dari menganggotai PERKESO
sejak 1983 kerana mereka telah di lindungi oleh Akta Pencen yang mempunyai
kemudahan perubatan serta perlindungan-perlindungan lain.
 Tujuan utama Akta ini di wujudkan ialah untuk mewujudkan sistem
perlindungan agar pekerja yang terlibat dengan kemalangan di tempat kerja atau
penyakit akibat kerja di sediakan dengan pampasan dan bantuan kewangan
untuk meringankan bebanan mereka.

Skim-Skim PERKESO
 PERKESO mempunyai dua skim iaitu:
i. Skim Insurans Bencana Pekerja, dan
ii.Skim Pencen Ilat.

 Skim Insurans Bencana Pekerja


memberi perlindungan kepada pekerja dari:
- Dalam perjalanan mengikut laluan di antara tempat kediaman nya dengan
tempat kerjanya.
- Dalam perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaan nya.
- Dalam perjalanan di antara tempat kerjanya dengan tempat dia pergi makan
dalam masa rehat yang dibenarkan.
 Kesemua kemalangan perjalanan adalah dengan syarat pekerja
menggunakan laluan biasa serta tidak terdapat lencongan untuk urusan peribadi
dan sebagai nya.

2
 Skim ini juga melindungi pekerja dari ‘penyakit khidmat’ yang diakibatkan
oleh pekerjaan seperti hilang pendengaran akibat bunyi bising yang
berpanjangan, lelah akibat tersedut habuk dan sebagainya.

Faedah-Faedah Yang Disediakan Dibawah Skim Insurans


Bencana Pekerja
 Faedah Perubatan
 Faedah Hilangupaya Sementara
 Faedah Hilangupaya Kekal
 Elaun Layanan Sentiasa
 Faedah Orang Tanggungan
 Faedah Pengurusan Mayat
 Faedah Pemulihan
 Faedah Pendidikan

 Skim Pencen Ilat


 memberikan perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau
kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
 Keilatan bermaksud, suatu keuzuran yang serius, kekal dan tidak boleh
atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja
itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
keupayaan seseorang pekerja yang normal.

Faedah-Faedah Yang Disediakan Oleh Skim Pencen Ilat


 Pencen Ilat
 Bantuan Ilat
 Elaun Layanan Sentiasa
 Pencen Penakat
 Faedah Pengurusan Mayat
 Faedah Pemulihan
 Faedah Pendidikan

Akta Pampasan Pekerja 1952


 Akta ini pada asalnya terpakai diseluruh Malaysia untuk sektor swasta
(buruh kasar dengan gaji tidak lebih RM500 sebulan) dan sektor awam (buruh
kasar tanpa mengira gaji serta bukan buruh kasar yang bergaji tak melebihi
RM400 sebulan)
 Sejak 1992 semua pekerja tempatan di liputi dibawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969.
 Kini APP 1952 hanya terpakai keatas pekerja asing.
 Dahulunya pekerja-pekerja asing ini diliputi oleh PERKESO tetapi
disebabkan pertambahan bilangan pekerja asing yang terlalu ramai
menyebabkan kesukaran untuk memberikan pampasan kepada pekerja yang

3
pulang kenegara asal serta juga kesukaran mencari waris pekerja yang
meninggal untuk diberikan pampasan.
 APP 1952 ini ditadbirkan oleh JTKM.
 Majikan diperlukan membeli polisi insuran untuk pekerja asing mereka
dari panel syarikat insuran yang disenaraikan.
 APP 1952 ini memperuntukkan bahawa pekerja asing kecuali pembantu
rumah yang terlibat dengan kemalangan ditempat kerja dan tidak dapat bekerja
sekurang-kurangnya 4 hari adalah berhak untuk dibayar pampasan.
 Dalam kes kematian, bayaranmaksima RM18,000 dibawah akta dan
RM7,000 tambahan seperti diperuntukkan dibawah skim. Jumlah keseluruhan
RM25,000
 Dalam kes hilangupaya kekal, bayaran maksima sebanyak RM23,000
selaras jadual pertama akta

2. Undang-Undang Berkaitan Dengan Keselamatan & Kesihatan


Pekerja

Objektif Pelajaran
 Mengetahui apakah itu undang-undang keselamatan & kesihatan
pekerjaan?
 Melihat perkembangan undang-undang ini di Malaysia.
 Mengetahui kenapa perlunya undang-undang ini di wujudkan.
 Mengetahui apakah tanggung jawab majikan serta pekerja
berkaitan akta ini.

Apakah Itu Undang-Undang Keselamatan Pekerjaan?


 Undang-undang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
melibatkan penggunaan dua pendekatan iaitu:
• Langkah-langkah pencegahan kemalangan di tempat kerja seperti yang di
gariskan oleh OSHA.
• Penyediaan pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan /
penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan (PERKESO & APP 1952)

Perkembangan Undang-Undang Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan


 Bermula sejak 1878 apabila pemeriksa jentera yang pertama dilantik.
 Pada 1970 jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Jentera, selepas itu ditukar
kepada Jabatan Kilang & Jentera.
 Dengan terwartanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
jabatan bertukar nama kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

4
 Falsafah AKKP 1994 ialah mempertanggung jawabkan urusan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan kapada majikan dan pekerja sendiri.
 Mereka perlu sentiasa bekerja sama dalam mempastikan faktor
keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
 Fungsi JKKP hanyalah sebagai pihak yang merumuskan standard,
menjalankan penguat-kuasaan dan juga sebagai penggalak kepada amalan-
amalan baik berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kenapa Perlunya AKKP 1994?


 Implikasi kemalangan ditempat kerja serta suasana ditempat kerja yang
memudaratkan kesihatan para pekerja terhadap produktiviti adalah amat
besar.
 Diantara kos-kos yang mungkin terlibat bila berlakunya kemalangan
ditempat kerja / atau pun persekitaran kerja yang memudaratkan kesihatan
pekerja ialah:
i) Kos gaji yang dibayar kepada pekerja yang tercedera dan bercuti sakit
akibat kecederaan
ii) Kos bil perubatan yang terpaksa ditanggung oleh majikan
iii) Kos membawa pekerja ke klinik atau hospital.
iv) Masa yang terbuang dalam menjalankan penyiasatan dan lapuran
kemalangan.
v) Kos membaik pulih mesin yang rosak akibat kemalangan.
vi) Imej yang buruk terhadap syarikat.
vii) Kehilangan pengeluaran akibat pemberhentian pengeluaran untuk
tujuan penyiasatan oleh JKKP.
viii) Moral kakitangan akan merosot.

Tanggung Jawab Majikan


 AKKP 1994 menggariskan tanggung jawab majikan berkaitan dengan
kesihatan dan keselamatan pekerjaan, iaitu:
i. mempastikan wujudnya tata-operasi yang sesuai dalam pengendalian,
penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan-bahan.
ii. Menyediakan maklumat, latihan dan penyeliaan untuk mempastikan
keselamatan para pekerja.
iii. Penyelenggaraan tempat kerja, pintu masuk serta pintu keluar.
iv. Penyediaan kemudahan kebajikan yang secukupnya kepada para pekerja.
 Tanggung jawab majikan meliputi mana-mana kontraktor bebas serta
kakitangan mereka yang bekerja di bangunan majikan tersebut.
 Setiap majikan yang mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja
diperlukan menyediakan pernyataan bertulis berkaitan dengan polisi keselamatan
syarikat / kilang beliau.

5
Latihan Berkaitan Keselamatan
 S.15(2) mensyaratkan majikan memberikan latihan keselamatan kepada
para pekerja nya berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan di tempat
kerja.
 Majikan boleh menghantar beberapa orang pekerja untuk mengikuti
latihan berkaitan keselamatan di insttusi-institusi di luar seperti NIOSH dan
apabila kembali, mereka ini boleh memberikan latihan kepada pekerja-pekerja
lain.
 Kandungan kursus tersebut adalah termasuk:
i. pencegahan kebakaran dan latihan menyelamatkan diri semasa kebakaran.
ii. Pertolongan cemas termasuk CPR.
iii. Bahaya elektrik.
iv. Bahaya-bahaya yang dihadapi oleh pekerja yang bekerja di tempat yang
sempit dan terhad.
v. penggunaan ‘forklift’ yang selamat.

Tanggung Jawab Pekerja


 Para pekerja adalah juga bertanggung jawab dalam mempastikan
keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.
 AKKP 1994 menghendaki pekerja-pekerja memakai pakaian atau lain-lain
alat perlindungan yang disediakan oleh majikan sepanjang masa mereka
menjalankan tugas.
 Para pekerja adalah bertanggung jawab untuk mematuhi segala arahan
majikan nya berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan.

Perlantikan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.


 Industri-industri tertentu yang berisiko tinggi adalah diperlukan melantik
seorang pegawai yang bertanggung jawab terhadap isu keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
 Industri-industri tersebut adalah seperti:
i. syarikat pembinaan dan kejuruteraan yang menjalankan projek dengan nilai
melebihi RM20 juta.
ii. Pembinaan kapal dengan jumlah pekerja melebihi 100 orang .
iii. Industri petroleum dan gas yang mempunyai lebih 100 orang pekerja.
iv. Industri kimia serta yang berkaitan yang mempunyai lebih 100 orang
pekerja.
v. industri logam yang mempunyai lebih 100 orang pekerja.
vi. Industri kerja kayu dengan lebih 100 orang pekerja.
vii. Perkilangan simen dengan jumlah pekerja melebihi 100 orang.
viii. Firma perkilangan yang mempunyai lebih 500 pekerja.

6
 Pegawai keselamatan dan kesihatan yang diambil bekerja dalam industri-
industri tersebut mestilah berdaftar dengan KP JKKP.
 Untuk mendaftar mereka mestilah mempunyai kelayakan profesional
dalam bidang keselamatan & kesihatan pekerjaan atau mempunyai sekurang-
kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.
 Tugas pegawai KKP disenaraikan oleh AKKP 1994 yang antaranya
termasuk membuat lapuran bulanan berkaitan hal KK ditempat kerja.

Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan.


 Semua majikan yang mempunyai lebih daripada 40 pekerja mesti
menubuhkan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan ditempat kerja.
 Jawatan kuasa ini mestilah terdiri daripada Pengerusi, setiausaha, wakil-
wakil dari majikan (mestilah dari kalangan pengurus kanan) dan wakil-wakil
pekerja. Jika terdapat pegawai KKP yang dilantik, beliau perlu menjadi s/u JK
tersebut.

Fungsi Jawatan Kuasa ialah:


i. membantu dalam membangunkan peraturan-peraturan berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.
ii. mengkaji semula keberkesanan program keselamatan yang sedia ada.
iii. membuat berkaitan dengan trend kemalangan serta penyakit khidmat.
iv. Menyarankan penambahbaikan dalam cara kerja dan mengkaji semula
amalan-amalan serta polisi-polisi yang menghalang kerja dijalankan dengan
selamat.

oooOOOooo

Anda mungkin juga menyukai