Anda di halaman 1dari 24

UNDANG-UNDANG

KESELAMATAN SOSIAL
PEKERJA

1
PENGENALAN

Kejadian luar jangka boleh menyebabkan pekerja mengalami masalah


dalam kehidupan.

Kematian, kecederaan, kemalangan, kecacatan, penyakit pekerjaan,


dan sebagainya boleh menimbulkan pelbagai kesulitan kpd pekerja &
orang2 tanggungan mereka.

Keadaan ini menjejaskan mata pencarian, pendapatan, gaya hidup


pekerja dll.

2
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menentukan sembilan
piawaian minimum merangkumi rawatan perubatan, faedah
penyakit, pengangguran, faedah warga tua, faedah kecederaan
pekerjaan, faedah keluarga, faedah bersalin, manfaat keilatan dan
faedah mangsa terselamat.

Di Malaysia, perlindungan keselamatan sosial bagi para pekerja


disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak
1971, manakala Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pula
dikhaskan untuk waktu persaraan sejak 1951.

PERKESO diperkenalkan untuk mentadbir skim keselamatan sosial


Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

3
PERKESO
PERKESO ditubuhkan pada 1971 utk melaksana, mentadbir &
menguatkuasakan AKSP 1969 (AKSP 1969) & peraturan2 yg
berkaitan.

Tujuan PERKESO – utk mentadbir, melaksana & menguatkuasa AKSP


1969 & Peraturan Am 1971.

Ringkasnya, perlindungan PERKESO meliputi rawatan perubatan,


bayaran tunai, anggota palsu, rawatan pemulihan dll.

4
PERKESO diwajibkan mentadbir dan menguatkuasakan:
◦ AKSP 1969
◦ Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971,
◦ Akta Keselamatan Sosial Swasta 2017
◦ Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

AKSP 1969 dan Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Umum), 1971


boleh digunakan untuk semua industri yang mempunyai satu atau
lebih pekerja.

5
Majikan
Dua jenis majikan:
◦ Majikan utama – mengambil pekerja secara terus utk bekerja
dgnnya; semua urusan bayaran gaji dll diuruskan oleh majikan ini.

◦ Majikan langsung – majikan yg wujud di bawah majikan utama utk


mnjalankan kerja secara subkontrak.

Tanggungjawab majikan
1. Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-
kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab
mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang
ditetapkan di bawah AKSPyang diuruskan oleh Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO).

6
2. Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan
semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung
telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.

3. Majikan bertanggungjawab untuk melapor semua kemalangan


berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh
masa 48 jam.

7
Pekerja
Semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak
perkhidmatan/perantisan di sektor swasta, serta bertaraf
kontrak/sementara bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan/Negeri
serta Badan Berkanun Persekutuan/Negeri hendaklah didaftar dan
dicarumkan dengan PERKESO.

Kadar caruman maksimum adalah berdasarkan had siling gaji


sebanyak RM4,000.00 sebulan.

Pekerja yang dikecualikan daripada AKSP 1969


1. Penjawat awam Persekutuan dan Negeri bertaraf tetap
2. Pekhidmat rumah tangga
3. Bekerja sendiri (kecuali pemandu teksi yang bekerja sendiri, individu
yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya termasuk e-hailing
seperti grab car dan juga pemandu bas yang bekerja sendiri)
4. Pemilik tunggal atau perkongsian suatu perusahaan

8
Prinsip “sekali layak terus layak”:
◦ Bagi pekerja yg mencarum dgn PERKESO, w/pun gajinya meningkat, ia terus
layak mencarum.
◦ Maksud: sekali dia dilindungi di bawah Akta ini, dia terus boleh dilindungi
tanpa mengira gaji bulanannya.

Akta PERKESO tetap melindungi pekerja w/pun majikan tidak


mendaftar/mencarum dgn PERKESO, dgn syarat industri majikan
diliputi di bwh s. 2(11) AKSP 1969

Lee Tak Ming


Bekerja sbg tukang masak, terlibat kemalangan jalan raya semasa
pulang dr kerja, cedera parah & lumpuh. Majikan tidak berdaftar
dgn PERKESO namun s2 (11) AKSP 1969 melayakkan Lee mendapat
faedah PERKESO.

9
Caruman
Majikan utama perlu bayar caruman mengikut kadar yg ditetapkan di
bawah Jadual Ketiga Akta.
Caruman dibayar mulai bulan pertama bekerja.
Jenis & kategori caruman - S 6(2) AKSP 1969
1. Skim Insuran Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada
para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit
khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan dengan
pekerjaan.

2. Skim Insuran Pencen Ilat memberi perlindungan 24 jam kepada


pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab
yang berlaku di luar waktu kerja atau yang tidak berkaitan
dengan pekerjaan.

10
Skim insurans bencana pekerjaan (SIBP)
SIBP memberi perlindungan kpd pekerja yg mengalami bencana
kerja – iaitu
◦ bencana berlaku kepada seorang pekerja
◦ disebabkan oleh kemalangan @ penyakit khidmat
◦ yg terbit drpd @ dalam masa menjalankan pekerjaan tersebut.

SIBP memberi perlindungan kpd pekerja terhadap:


1. Kemalangan semasa menjalankan kerja (termasuk berpunca dari
pekerjaan);

2. Kemalangan semasa dlm perjalanan - antara tempat kediaman dgn tempat


kerja; antara tempat kerja ke tempat makan dlm waktu rehat yg
dibenarkan; dlm perjalanan yg berkaitan dgn pekerjaan (kemalangan tidak
berlaku dlm masa perhentian/ lencongan pada waktu perjalanan itu)

11
3. kemalangan semasa kecemasan di premis majikan – eg untuk
membantu/menyelamat org yg mendapat bencana;

4. penyakit khidmat – penyakit berpunca dari pekerjaan (Rujuk Jadual Ke-


5 AKSP 1969). Eg. Hilang pendengaran akibat pendedahan kpd bunyi
bising yg berpanjangan; sesak nafas akibat kerja di kilang papan.

Faedah di bawah SIBP


1. Faedah Perubatan
o S 37 AKSP 1969
o Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan @ menghidap penyakit
khidmat berhak dapat rawatan percuma di klinik panel Perkeso,
klinik/hospital kerajaan.
o Rawatan di klinik PERKESO perlu diteruskan hingga pulih; jika
berpindah ke hospital kerajaan, perlu atas rujukan panel.

12
2. Faedah Hilangupaya Sementara
◦ S. 22(a) AKSP 1969
◦ Pembayaran kepada pekerja yang disahkan oleh doktor tidak
berupaya bekerja sekurang-kurangnyanya 4 hari termasuk hari
kemalangan
◦ Dibayar sepanjang cuti sakit
◦ Kadar faedah 80% daripada purata gaji harian
◦ Dibayar secara pukal (lump sum)
◦ Pekerja boleh kembali bekerja setelah tamat cuti sakit

3. Faedah Hilangupaya Kekal


◦ S 22(b) AKSP 1969
◦ Pembayaraan kepada pekerja yang tidak dapat bekerja hingga
mengurangkan upaya mencari nafkah seseorang pekerja secara
kekal
◦ Dibayar setelah tamat cuti sakit. Tuntutan perlu dibuat dalam
masa 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.

13
o Kadar faedah:
o Pembayaran tunai untuk seumur hidup
o Kadar harian 90% drpd gaji harian @ bayaran minimum
RM10/hari
o Kadar maksimum – RM88.50 sehari
o Cara pembayaran faedah:
o Rujuk kpd Jemaah Doktor utk taksiran hilang upaya - Jika
tidak lebih 20%, bayaran boleh dibuat secara pukal atau
berkala; jika lebih 20%, bayaran dibuat secara berkala.
o Pekerja yg menerima faedah ini masih boleh terus bekerja.

14
4. Faedah Layanan Sentiasa
o S 30 AKSP 1969
o Elaun berkala yang dibayar kepada pekerja yang mengalami hilang
upaya langsung yang kekal (hilang upaya cari nafkah ditaksirkan
100%) yang sentiasa perlukan layanan daripada orang lain.
o Kadar 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal
tertakluk kepada bayaran maksimum RM500/bulan

5. Faedah Orang Tanggungan


o S 26 AKSP 1969
o Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja,
tanggungannya layak menerima faedah
o Kadar 90% drpd purata gaji harian pekerja dengan kadar minimum
RM10/hari @ maksimum RM88.50/hari.

15
6. Faedah Pengurusan Mayat
o S 29 AKSP 1969
o Amaun sebanyak RM1,500 dibayar jika pekerja meninggal dunia akibat
bencana pekerjaan @ semasa menerima faedah hilang upaya kekal
berkala.
o Faedah ini dibayar kepada waris yg layak; jika tiada waris, faedah dibayar
kpd pihak yg menanggung perbelanjaan pengkebumian.
o Jumlah bayaran bergantung kpd jumlah sebenar (mengikut resit yg
dikemukakan) atau RM1,500, mengikut mana yg lebih rendah.

7. Faedah Pemulihan
o S 57 AKSP 1969
o kemudahan bagi pemulihan jasmani & vokasional secara percuma oleh
Perkeso kepada pekerja yang menghidap hilang upaya kekal.
o Pemulihan jasmani termasuk – Fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan
rekonstruktif, anggota tiruan, alat2 bantuan spt kerusi roda, tongkat, alat
pendengaran, dll, program ‘return to work’.
o Pemulihan vokasional – Latihan spt bidang kursus pendawaian elektrik,
jahitan, baiki TV/radio, peti sejuk dll.

16
8. Faedah Pendidikan
o S 57A 1969
o Anak penerima faedah hilang upaya kekal berkala boleh memohon
faedah ini.

17
Skim insuran pencen ilat (SIPI)
Keilatan ialah suatu keuzuran yang serius, kekal dan tidak mungkin
boleh sembuh yg mengakibatkan pekerja itu tidak mampu mencari
nafkah sekurang-kurangnya 1/3 daripada keupayaan pekerja yg
normal.

Pencen di bawah SIPI dibayar selagi pekerja alami keilatan @ hingga


meninggal dunia.

Keilatan mesti disahkan oleh doktor.

Pencen ini digantikan dgn pencen penakat jika pekerja meninggal


dunia ketika menerima pencen ilat.

Pencen dibayar bermula tarikh notis ilat diterima oleh PERKESO @


tarikh berhenti kerja.
18
Memberi perlindungan 24 jam kpd pekerja terhadap keilatan
akibat sebarang sebab yg mungkin tiada kaitan dgn pekerjaan.

Penyakit kronik boleh termasuk dlm keilatan yg mungkin


dipertimbangkan – spt sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit
jiwa, asma dll.

Syarat kelayak pencen ilat


oS 17 - Kelayakan pencen ilat:
oBelum capai umur 55 tahun pada masa notis ilat dikemukakan;
oJika telah mencapai 55 tahun pada masa notis ilat diterima, perlu
buktikan keilatan terjadi sebelum 55 tahun & tidak bekerja semenjak
itu;
oDisahkan ilat oleh Jemaah Doktor;
oMemenuhi syarat kelayakan caruman.

19
 Syarat Kelayakan Caruman

Kelayakan caruman penuh: Kelayakan caruman yg


◦ Mencarum 24 bulan dalam tempoh 40 dikurangkan:
bulan berturut2 sebelum bulan dia
◦ Mencarum tidak kurang 1/3 drpd
mengemukakan notis ilat; atau
tempoh masa dari bulan mula
◦ Mencarum 2/3 daripada tempoh masa masuk skim ini hingga bulan
dari bulan mula masuk skim ini hingga tuntutan dibuat, min.24 bulan
bulan tuntutan dibuat; min. 24 bulan

• Faedah lain dibawah SIPI

20
•Bantuan Ilat
oDisahkan ilat oleh Jemaah Doktor tetapi tidak layak kpd pencen ilat kerana tidak
memenuhi syarat kelayakan caruman.
oMembuat sekurang2nya 12 caruman.
oDibayar secara pukal
oAmaun bantuan ialah sebanyak caruman yang telah dibayar dengan faedah 4%
setahun.

• Pencen Penakat
oS. 17A AKSP1969
oTidak mengambil kira sebab kematian.
oDibayar kpd org tanggungan pekerja (yg mati) dlm keadaan berikut:
o Jika pekerja sedang menerima pencen ilat tidak kira umurnya; atau
o mencapai 55 tahun tetapi memenuhi syarat kelayakan caruman penuh atau yg
dikurangkan.

21
o Kadar pencen ini ialah di antara 50% - 65% gaji bulanan purata orang yang
berinsurans.
o Kadar pencen bagi caruman yang dikurangkan adalah 50% dari gaji
bulanan purata.

Elaun layanan sentiasa, faedah pemulihan, faedah pengurusan


mayat dan faedah pendidikan sama seperti yang diperuntukkan
di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

22
Bencana Khidmat atau “Occupational Hazard”
S 28 AKSP 1969

Melindungi
oPekerja dalam Jadual 5 yang mendapat bencana/penyakit yang
dinyatakan dalam Jadual 5 atau
oPekerja dalam Jadual 5 yang telah bekerja dalam pekerjaan itu
mendapat suatu bencana atau penyakit dalam tempoh 60 bulan selepas
berhenti bekerja

Bencana / penyakit itu disifatkan sebagai bencana kerja yang terbit


daripada atau dalam masa pekerjaan melainkan sebaliknya
dibuktikan.

23
Perbandingan Skim
SKIM INSURAN BENCANA PEKERJAAN SKIM INSURAN PENCEN ILAT

Melindungi pekerja terhadap Memberi perlindungan 24 jam kepada


kemalangan semasa: pekerja terhadap keilatan (tidak lebih
1. Menjalankan pekerjaannya daripada 55 tahun) atau kematian
akibat dari sebarang sebab
2. Dalam perjalanan antara tempat
tinggal ke tempat kerja, tempat kerja 1% daripada gaji bulan pekerja
ke tempat makan dlm waktu rehat
yang dibenarkan atau semasa dalam 0.5% ditanggung oleh majikan
perjalanan berkaitan dengan kerja
0.5% ditanggung oleh pekerja
Melindungi pekerja daripada penyakit
khidmat
1.25% daripada gaji bulan pekerja
ditanggung sepenuhnya oleh majikan

24

Anda mungkin juga menyukai