Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KURSUS

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah
Berjaya selesaikan kursus

RBT 3113 yang telah banyak memberi input yang

berguna tentang ilmu masakan serta teknologi yang amat luas skopnya.
Semenjak belajar mengolah resipi dan menambahbaik resipi yang sedia ada,
saya semakin berani untuk mencuba apa jua masakan dan mengeksperimenkan
masakan yang saya masak.

Sesungguhnya semua perkara yang kita alami

sendiri akan memberi 1001 makna dalam diri.

Semenjak mempelajari inovasi masakan ini telah memberi saya sifat


berani mencuba dan tidak putus asa dalam diri saya. Semenjak belajar teknologi
masakan ini, saya sering dan gemar mengisi masa lapang dengan mencuba
memasak masakan yang belum pernah saya masak.

Saya juga cuba

menginovasikan masakan tersebut dengan keadaan dan bahan yang sedia ada
di rumah.

Sebagai contoh saya telah cuba memasak Puding Milo Oreo. Saya

telah menginovasikan Agar-agar coklat dengan menggantikan serbuk koko


dengan milo dan saya variasikan lagi dengan menyusun biskut oreo didalamnya.
Saya sangat gembira kerana anak-anak sangat menggemarinya.

Pada saya,

berani mennaggung risiko adalah penting selain tahan kritikan dan mendengar
segala idea mahupun pandangan orang lain tentang masakan yang kita hasilkan.

Dalam kurusus ini saya berpeluang melakukan beberapa amali inovasi


masakan. Saya sangat teruja dengan aktiviti amali ini kerana saya dapat
melakukan beberapa penambahbaikan selain melakukan sedikit kajian kecil
tentang hidangan yang saya sediakan.

Sebagai contoh, saya telah mencari

maklumat tentang minuman yang berasaskan sayur-sayuran.

Minuman sayur-

sayuran ini sungguhpun berkhasiat tetapi kurang digemari terutamanya kanakkanak. Hanya terdapat beberapa minuman sayuran sahaja yang popular seperti
jus timun dan jus lobak yang sering dihidangkan di kedai makan dan juga di
restoran-restoran.

Sebagai

kesimpulannya,banyak

yang

telah

saya

pelajari

disepanjang mengikuti kursus RBT 3113 ini. Antaranya saya telah mempelajari
selok belok dalam mencari maklumat tentang makanan menerusi internet, bukubuku rujukan dan perbincangan dengan golongan yang berpengalaman. Banyak
input yang telah saya perolehi semenjak mendalami kegiatan di dapur ini.
Rupanya banyak yang belum saya terokai dan saya ketahui. Melalui perkongsian
ilmu dengan pensyarah yang telah kami lakukan bersama sepanjang kursus ini,
saya berasa amat bertuah kerana dapat mengikuti progam PPG ini.

Harapan saya pada masa akan datang ilmu yang telah saya pelajari ini
dapat digunakan dan dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan seperjuangan
dan kepada anak-anak murid saya.

Selain itu, saya ingin terus mencari ilmu

berkaitan bidang masakan kerana pada masa yang sama jika ada rezeki saya
bercita-cita ingin membuka sebuah kedai makan. InsyaAllah. Amiin

Anda mungkin juga menyukai