Anda di halaman 1dari 21

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

PENGENALAN
Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling
melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil
tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga
apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang
ditulisnya. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh
perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis
itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa
melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran,
dan

juga

kemahuan

mereka. Melalui

tulisan

juga

manusia

dapat

menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan


yang banyak memberi maklumat.
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan
dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui dengan menggunakan ayat yang dramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. murid juga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatf.
Rajah 1 : Tujuan Menulis
Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi
penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya

M e lu a s k
a n Ko s a
k a ta

M e m b e ri
ke p u a s a
n jiw a
M em enuhi
m a s y a ra k a t
d a n n e g a ra

M enyub
u rka n
m in a t

Tu ju a
n
M enul
is

M e la h irka n
fi k ira n d a n
p e ra s a a n

1
M e n g e ja
p e rka t a a
n

M e n d irik a n
a sa s
m e n u lis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran
menulis mentalis.
Kemahiran Menulis Mekanis
Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek
tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini
melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual
dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis
diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di
peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga
tahun

3). Kanak-kanak

berkeperluan

khas bermasalah

pembelajaran

(PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis


yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf huruf dengan
betul dan juga cara menulis huruf yang salah.
Kemahiran Menulis Mentalis
Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis
untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan
sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk
melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut
dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya
diperkenalkan oleh

guru

kepada

murid-muridnya

setelah

mereka

menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Dalam pengajaran dan


pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui
aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan
kehendak,

menyatakan

perasaan,

menyatakan

pendapat,

memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

bercerita,

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis


Kemahiran

menulis

berperingkat-peringkat

perlu

dikuasai

mengikut

oleh kanak-kanak

kesediaan dan

secara

keupayaan

mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu
memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanakkanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran
mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak
perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari
seperti menggenggam,

meramas,

melorek,

mencubit,

menggentel,

memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak


langsung menggunakan berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga
perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan
dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai
kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis
pola dan struktur ayat mudah.
Menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 bahawa pengajaran kemahiran
menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga :
i. Peringkat pra menulis
ii. Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
iii. Peringkat untuk pelahiran (mentalis)
Kesalahan Biasa Dalam Penulisan.
Pada peringkat awal murid-murid mempelajari kemahiran menulis, biasanya tidak
sempurna dan sering berlaku kesilapan. Namun begitu, kesilapan-kesilapan tersebut
boleh diperbaiki dari semasa ke semasa dengan memperbanyakkan latihan menulis
serta memberi galakan.
Kesalahan-kesalahan biasa dalam penulisan yang sering kali terjadi adalah
dari segi bentuk huruf yang buruk, tidak sama besar atau kecil. Selain itu, jarak huruf
atau perkataan yang tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukan yang tegak dan
3

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


condong. Di samping itu, rupa tulisan juga kadang kala kotor disebabkan oleh kerap
membetulkan kesilapan menggunakan getah pemadam.

Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis.


Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar
pengajaran untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip
kemahiran menulis yang boleh dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis
adalah seperi berikut :
Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan
bertulis yang berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin
dengan tepat sesuatu yang telah dibaca oleh guru.
Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar
membuat ayat-ayat yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan
tertentu.
Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang
terdiri daripada urutan ayat yang teratur dan logik.
Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh
pelajar termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.
KONSEP ATAU

DEFINISI PENDEKATAN,KAEDAH

DAN

TEKNIK

DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU.


Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah
adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi
untuk memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan
harian. Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa
Melayu di kalangan murid- murid.
Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan
bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar
mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam
sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan,
minat,bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana
ia memerlukan kesungguhkan,kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu
guru dan murid- murid itu sendiri. Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita
perlulah menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian supaya
menjamin

keberkesanan penyampaian

sesuatu

pengajaran

dan

mencapai

objektifnya secara optima.


Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah. Bagi
tujuan menentukan pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan bijak
menggabungkan

ketiga-tiga

elemen

tersebut.

Kebijaksanaan

guru

memilih

pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai akan memberi kesan kepada anak
didik. Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan serta
kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai
atau tidak objektif pengajaran pada hari itu.

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

Pendekatan,
Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran

Kaedah dan Teknik Pengajaran


Strategi Pengajaran
endekatan Pengajaran

Perbincangan

Induktif

Deduktif

Pemusatan
Guru

Pemusatan
Murid

Integratif

Tematik

Penyelesaian
Pemusatan
Bahan

Eklektik

Demonstrasi

Pemusatan
tugasan/
aktiviti

Masalah
Lawatan

Bermain

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


PERKAITAN DIANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Be
P
K
n
ag
h
y a
n
s
u
ju
k a
s
rk
me
n
a
p me
e
g
n
dg
a
an
d
ua
p
k
ua
m
mtk
c a
n
n
oh
t u
n
hu
o
k
m

L e
T
O
rin
au
s
l-g A
a
is u
rta
ik a
lu s
e mu
l a
j di
F o
n e tik

Pe
nga
j a
r a
n me n
da
p a tk a
nhu
k u
m
Ka
B
hn
s a
u
y
s me
u
k
k e
pn
g
dg
a
au
na
k
ua
m
mn
c on
t o
h

Te
r u
s a ta u s
e mu
l a
j di
L o
F
i e
n
u tik
g
s tik
O ra l- A u
r a
l

PE
NDE K
AT
AN

P E N

P U E mN

E K A T A

E D

K T I F

D u E m K A k e T A p N a d D a E k D h U u K s Tu I s F P e n g a j a r a n

K A

E D

A T HE K

b e r d a s a r k a n

K A

E D

T
S
T
L

e r
e
E
i n

I K

h u k u m

u k a k a n

u s
m

u l a j a d i
N I K
g u i s t i k
M a i
T u n
B e r
L a k

k e m

n P
j u k
c e r
o n a

e r a n a n
c a r a
i t a
n / D r a m

g e n e l i s a s i

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

P TK
E EA
N KE
D ND
E IA
K KH
A
T
A
N Lingu

TKP
EA
KEN
ND
IAE
KH
A
T
A
N
E
L
E
K
T
K

E
L
E
K
T
I
K

Penyeles
aian
masalah
Tunjuk
cara
Latih

istik
OralAural
Sem
ula
jadi

PROFIL PELAJAR

P
N
E
A
A
K
M
N 8
A

K
A
T
E
E
D
K
A
N
H
I

E
D
K
T
N
O
U K
I
K
T

- Gabungan
Induktif
dan deduktif
- Pengajaran
mengikut
kebolehan
dan
kemampuan

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

1. Nama penuh

Aghila A/P Raman

2. Jantina

Perempuan

3. Tarikh lahir

15 Ogos 200

4. Umur

11 Tahun

5. Tahun

6. Alamat Sekolah

5 Orkid
:

SekolahKebangsaan Sri Langat,


SekolahKlusterKecemerlangan,
KementerianPelajaran Malaysia.

4. Tel.sekolah

03- 31871278

5. Alamat rumah

No.17, Jln. Talapia 9, Tmn Sri Putra


42700, Banting Selangor

PERNYATAAN MASALAH
Bil

Pernyataan Masalah murid

1.
2.
3.

Kesalahan tanda baca


Kesalahan kata sendi
Kesalahan ejaan dalam ayat terutama

4.

membezakan huruf b dan p


Kesalahan imbuhan dalam ayat

Kekerapan
Kesilapan
3
1
5
1

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


Saya telah menganalisis penulisan seorang murid tahun 5 dalam
menjawab soalan

penulisan dalam Bahagian A.

Dalam bahagian ini,

murid dikehendaki membina lima ayat yang gramatis berpandukan


gambar atau bahan ransangan yang diberi. Melalui analisis penulisan
yang dijalankan, didapati tahap kemahiran menulis murid masih berada di
tahap sederhana dan belum mencapai objektif yang disasarkan.

Dari

analisis yang dibuat saya dapati adik Aghila banyak melakukan kesalahan
ejaan terutama dalam membezakan huruf b dan p disamping sedikit
kesalahan dalam penggunaan tanda baca , kata sendi dan kesalahan
penggunaan imbuhan akhiran kan dan i .
Masalah utama adik Aghila ialah murid tidak dapat membezakan
penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas
kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan
beliau . Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang
mempunyai huruf b dan p dibelakang perkataan.
Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada adik Aghila
seorang murid India dari Tahun 5 Orkid yang berpotensi untuk mendapat
keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian A. Keadaan ini
adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik
tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p
murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam
penulisan. Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini
semakin merudum.
Bagi

murid-murid

Tahun

5,

penulisan

yang

betul

tidak

lagi

sepatutnya menjadi masalah bagi mereka. Ini kerana mereka seharusnya


sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu
mahir mengenai penulisan ini. Pada tahap dua ini, penulisan adalah
penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan
murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.
Objektif Kajian

10

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk
mengenal pasti masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p
terhadap seorang murid tahap 2, Manakala objektif khusus

kajian ini

adalah seperti berikut :


Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p dan perbezaannya.
Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan
dalam kalangan murid-murid yang bermasalah .
Meningkatkan prestasi murid dalam aspek penggunaan huruf b dan
p
Tindakan yang dijalankan
Setelah melihat masalah kekeliruan murid dari perspektif psikologi,
termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga
intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah
ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama
sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan
persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah
untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang
cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan
yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah
untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan
dijelaskan.
Kaedah Penyelesaian A&B iaitu kaedah Atas dan Bawah yang telah
dicipta bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p
dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu
kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan
memahami penggunaan huruf b dan p semasa

menulis sesuatu

perkataan dan ayat. Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan


kaedah A & B ini.
Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk


mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap
penggunaan huruf b dan p. Pemerhatian akan dilakukan dengan saya
11

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis
mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid
sering kali salah dalam penggunaan huruf

b dan p ketika menulis

perkataan.

Langkah 2
Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik
menulis huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari
pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan
pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah
dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara
penulisan huruf b dan p dengan betul. Guru meinta murid menggunakan
buku tulis baris 3
Langkah 3
Langkah seterusnya,saya memberikan latihan dengan murid dikehendaki
untuk mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan
yang diberikan dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini
bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf
tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran
kepada murid tentang penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu
perkataan itu.

Langkah 4
Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara
melengkapkan

perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p

dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang


mereka ada untuk menulis ayat. Cara sebegini murid akan cuba mengenal
dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu
murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu
dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.
12

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

Langkah 5
Setelah melaksanakan latihan dalam langkah 4, saya akan membuat
penilaian terhadap hasil kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang
dibuat, sekiranya murid itu telah menguasai atau mampu menyelesaikan
ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya,
manakala seandainya

masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan

huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan
cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan
supaya murid dapat melepasi tahap yang diinginkan dan

dapat

melaksanakannya dengan lebih baik.


Langkah 6
Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum
mencapai tahap di langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan
yang diperolehi untuk direkodkan . Justeru itu, guru sendiri dapat
merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah A & B berhasil
untuk dilaksanakan atau pun tidak.

13

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

LAPORAN PENILAIAN
Untuk mengatasi kelemahan adik Aghila saya telah memilih Pendekatan
Integratif.

Saya berpendapat pendekatan ini sangat sesuai untuk

menyelesaikan kelemahan murid

ini kerana

pendekatan integratif,

menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik


agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan. Saya
sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam unit-unit
pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan
mereka berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan
seharian. Antara prinsip pendekatan integratif adalah:
Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid
Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan
untuk memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g
dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih
menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian
maklumat semata-mata.

Peranan guru sebagai fasilitator.


Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas
Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar
Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan
kemahiran berfikir. Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru
seharusnya meminta pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan
yang mereka dapati sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya
menguasainya.
Pemerhatian di awal didapati adik Aghila banyak melakukan
kesilapan penggunaan huruf b dan huruf p pada akhir perkataan. Antara
contohnya ialah
Ucap
14

menjadi

ucab

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


Silap

menjadi

silab

Kerap

menjadi

kerab

Dengan terlaksananya Kaedah Penyelesaian A&B iaitu kaedah Atas dan


Bawahsaya dapat mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada
beberapa kategori iaitu kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.
Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap
paling rendah. Ini adalah kerana mereka langsung tidak dapat mengenal
dan membezakan huruf b dan p dalam menulis perkataan.
Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai
bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil,
mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya .P
Peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan
masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan
murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas
sebab cuai dan lalai ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini
secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada
prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan
bagi mereka jika tidak dibendung pada peringkat awal. Setelah membuat
beberapa latihan mengikut langkah, adik Aghila diklasifikasikan dalam
peringkat ke 3.
Selepas beberapa latihan diberi saya dapati adik Aghila telah dapat
mengatasi

kelemahannya

dengan

mengurangkan

kesilapan

ejaan

terutama perkataan yang mempunyai huruf akhir b atau p. Saya dapati


adik Aghila akan lebih berhati-hati semasa membuat

aktiviti penulisan

dan kelihatan lebih yakin sewaktu menjalani latihan penulisan sewaktu di


dalam bilik darjah. .

15

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

Cadangan Penambahbaik
Hasil dari kajian ini juga saya dapati terdapat beberapa

perkara

yang perlu saya perbaiki antaranya ialah kepelbagaian Alat bantu


mengajar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Saya perlu membuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan alat
bantu mengajar supaya murid lebih tertarik dan bersemangat sewaktu
menjalani aktiviti pemulihan ini. Antara BBM yang boleh digunakan ialah
penggunaan alatan multimedia seperti komputer dan internet. Ini kerana
pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang
baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar
terutamanya

pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik

rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah


kebiasaannya memerlukan pelbagai medium dalam pembelajaran mereka
seperti

visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik.

Semua

mediaum ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati dalam


pembelajaran berbantukan komputer. Menurut Sander (1987), bahawa
pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran
apabila pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu
proses pembelajaran terancang yang bertujuan untu mencapai metlamat
pembelajaran tertentu.

16

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

RUMUSAN
Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks kerana aktiviti
menulis

dalam

sebarang

bahasa

merupakan

aktiviti

mental

yang

kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta


kebolehan

berkomunikasi.

Tambahan

pula,

penulisan

melibatkan

kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks.


Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat
tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap
proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan
sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan
segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan
berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan
teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan
begitu juga sebaliknya.
Kadangkala, para pelajar kurang berupaya untuk membina lingkaran
penulisan secara terangkum antara perkataan yang dipilih dengan ayat
yang dihasilkan. Masalah ini disebabkan oleh

kedengkelan dari segi

pengetahuan perbendaharaan kata yang konstruktif dan tepat, dan


kurangnya penegasan dari segi susun galur binaan wacana supaya
kelihatan utuh dan sepadu sejajar dengan perkaitan semantik yang
sepatutnya mendasari bentuk penulisan masing-masing. Ketidakupayaan
17

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


ini akan menyebabkan persembahan idea dan maklumat seolah-olah
kelihatan terencat.

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan


Menulis
BahasaMelayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal
Pendidikan
Bahasa Melayu.
2. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran
membaca

dan

menulis

Bahasa

Melayu

murid

sekolah

rendah

kebangsaan luar bandar. Kertas kerja Di Konvensyen Pendidikan


Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
3.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran


Bahasa
Melayu, Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

4. Dr. Faridah binti Nazir & Dr.Tuan Jah binti Tuan Yusof.(2013). Pengajian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Penerbitan
Multimedia
Sdn.Bhd.
18

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah

5. Kamaruddin Hj.Hussin (1988 ).Pengkaedahan Mengajar Bahasa.Kuala


Lumpur.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Rujukan Internet
1. http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-danstrategi
2. www.slideshare.net/.../kemahiran-menulis-1143177
3.
http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanramengajar.html

REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja


Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
(BMM 3104) ini dengan jayanya.

Tugasan ini telah diterima pada 28

Februari 2014 dan perlu dihantar pada 4 April 2014.

Tugasan ini

merupakan tugasan individu. Pada tugasan kali ini saya telah ditugaskan
untuk membuat tiga tugasan iaitu menghurai maklumat kemahiran
menulis yang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik. Mengenal
pasti dan menganalisis masalah penulisan seorang murid tahap 2 yang
dipilih dan memilih satu kaedah yang dipilih untuk mengajar kemahiran
menulis berdasarkan cirri-ciri masalah menulis yang dihadapi dan
membuat lampiran bahan bantu mengajar yang digunakanpakai.
Melalui tugasan ini, saya telah dapat memahami dengan lebih
mendalam

mengenai

pendekatan,

kaedah

dan

teknik

pengajaran

kemahiran bahasa yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu.


Selain dari itu saya juga dapat memahami jenis-jenis kemahiran menulis
dan peringkat perkembangan penulisan.

19

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang
bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira
matlamat, penggunaan bahasa audiens dan gaya penulisan. Oleh yang
demikian sebagai

seorang guru bahasa Melayu sudah semestinyalah

memikirkan terlebih dahulu pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai


dengan perkembangan dan kebolehan murid.
Dalam melaksanakan tugasan ini saya dapat menganalisis masalah
seorang murid tahap dua yang berketurunan India.

Murid ini belajar

didalam kelas ke empat dari lima kelas dalam senarai kedudukan kelaskelas di sekolah saya. Murid yang saya pilih ini mempunyai
masalah dalam penulisan.

beberapa

Masalah yang paling ketara dihadapi oleh

Aghila adalah sering melakukan kesilapan penggunaan huruf p dan b pada


sesuatu perkataan yang berakhir dengan kedua-dua huruf ini.
Saya

telah

mengaplikasikan

pendekatan,

kaedah

dan

teknik

pengajaran yang sesuai bagi mengurangkan dan seterusnya mengatasi


masalah yang dihadapi oleh murid ini.

Setelah membuat beberapa

langkah aktiviti dan latihan-latihan yang sesuai, saya dapati masalah yang
dihadapi oleh adik Agila dapat di selesaikan.
Dari kajian ini , telah menyedarkan saya bahawa, sebagai seorang
guru, kita hendaklah bukan sahaja mahir dalam merancang pengajaran,
tetapi perlu bijak dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik agar
sesuai dengan tahap pencapaian murid dan aktiviti yang hendak
dijalankan

agar

objektif

pembelajaran

dapat

mementingkan keseronokan semata-mata.

dicapai

dan

tidak

Perkara ini penting bagi

seorang guru kerana pemahaman yang tinggi terhadap kaedah-kaedah


Pengajaran bahasa Melayu amat membantu dalam mengendalikan sebuah
proses Pengajaran dan Pembelajaran yang tersusun dan lancar dari awal
hinggalah ke penghujung pengajaran.
Saya

sangat

positif

kemahiran

menulis

murid-murid

dapat

diperbaiki dari masa ke semasa walaupun mengambil masa yang lama


namun apa yang pasti sebagai seorang guru masa dan waktu bukanlah
satu titik persoalan bagi kita namun fokus matlamat kita sebagai pendidik
20

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah


adalah untuk melihat satu perubahan tingkah laku daripada tidak tahu
kepada tahu.
Akhir kata , setinggi- tinggi teria kasih diucapkan kepada semua
pensyarah terutamanya Pn.Siti Zubaidah binti Raja Mohamed, atas segala
bimbingan,nasihat, dan kesabaran dalam membantu saya merealisasikan
tugasan yang diberi. Semoga segala pengalaman pahit dan manis yang
dilalui dapat dijadikan panduan untuk meneruskan pembelajaran dalam
Program Pensiswazahan Guru ini.

Terima kasih,

Zarina Selamat

21

Anda mungkin juga menyukai