Anda di halaman 1dari 13

KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

OLEH

UMI NADIHA MOHD NOR

UNIT 1 TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

PENGENALAN
Kemahiran asas yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa yang pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidup mereka.

DEFINISI PENULISAN

Proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan. Proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa. Proses penghasilan pertuturan simbolsimbol grafik yang disusun berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.

Proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.

Don Bryne (1979:1) Apabila kita menulis, kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa kita bercakap.

Tujuan Kemahiran Menulis

Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar yang tamat pengajian mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan. Untuk membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagail bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan.

Fungsi kemahiran menulis (Sukatan Pelajaran Malaysia)


Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisantulisannya yang tercatat atau membaca bukubuku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.

Mernbolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sernpurna dalam bentuk tulisan. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Banyak orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Fungsi Kemahiran Menulis (Ann Raimas 1983)

Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa. Memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lainlain) untuk lebih merangsangkan pembelajaran.

Fungsi kemahiran menulis (Down Byrne 1979)


Terdapat perbezaan keeenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar. Misalnya dalam. proses pengajaran dan pernbelajaran bahasa, terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar. Kemahiran menulis dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi kepuasan kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehinya.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah dan secara tidak langsung dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan belajar dalam masa menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Kebosanan mungkin timbul apabila pengajaran guru hanya ditentukan kepada satu-satu kemahiran sahaja. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah. Misalnya, sernasa mengikuti penerangan guru (aktiviti fon-nal), pelajar secara tidak langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting.

KESIMPULAN

Kemahiran menulis di kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada satu bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai (Awang Sariyan, 1991; 715). Ini kerana penulis hanya menulis apa yang terlintas di fikirannya, tanpa rasa tanggungjawab terhadap karyanya.

Kemahiran menulis ini penting dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Tujuan lanjut menulis

- Meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat menerusi penulisan. - Memberi kepuasan jiwa dalam pernikiran pengalaman dan perasaan. - Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

Anda mungkin juga menyukai