Anda di halaman 1dari 4

SK BUKIT SOGA BATU PAHAT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN: MATEMATIK


MINGGU 3

NAMA GURU: HASANATUN SAKINAH BINTI JANTAN

Tarikh/Hari 6 April 2022 / Rabu

Kelas 4 Gamma

Masa 7:30 – 9:00 a.m.

Bidang Nombor dan Operasi

Tajuk Nombor Bulat dan Operasi Asas

Standard 1.2.1 Mencirikan nombor genap dan nombor ganjil.


Pembelajaran 1.2.2 Mengelaskan nombor genap dan nombor ganjil.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

1. Menyatakan ciri-ciri nombor genap dan nombor ganjil dengan


betul.
2. Membina 10 nombor dan mengelaskan nombor tersebut
kepada nombor genap dan nombor ganjil.

Kriteria Kejayaan 1. Membina 2 peta buih yang mengandungi nombor ganjil dan
nombor genap.

Aktiviti 1. Murid membina beberapa nombor yang berakhir dengan 1


hingga 9.
2. Murid diperkenalkan dengan nombor genap dan nombor
ganjil menggunakan nombor yang dibina dalam aktiviti 1.
3. Murid menyatakan ciri-ciri nombor genap dan nombor ganjil
melalui aktiviti soal jawab.
4. Secara berpasangan, murid membina 10 nombor dan
mengelaskan nombor tersebut kepada nombor genap dan
nombor ganjil menggunakan peta I-think.
5. Murid menyemak jawapan rakan dan memberikan maklum
balas.
6. Murid membuat kesimpulan.

Pengisian Kurikulum Ilmu Matematik


Elemen Merentas Kreativiti dan Inovasi
Kurikulum (EMK)
Nilai Kerjasama

BBB Kertas A4

Penilaian/Pentaksiran Pemerhatian, Bertulis

Refleksi / Impak Pengajaran hari ini berjaya mencapai objektif kerana sebilangan
besar murid dapat menguasai kemahiran yang dipelajari.
Kehadiran : 15 / 18 3 orang murid yang kurang menguasai telah diberi bimbingan oleh
rakan yang menguasai.

Tandatangan Penyemak:
SK BUKIT SOGA BATU PAHAT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN: MATEMATIK


MINGGU 3

NAMA GURU: HASANATUN SAKINAH BINTI JANTAN

Tarikh/Hari 6 April 2022 / Rabu

Kelas 6 Beta

Masa 10:30 – 12:00 p.m.

Bidang Nombor dan Operasi

Tajuk Nombor Bulat dan Operasi Asas

Standard 1.1.3 Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga


Pembelajaran 10 000 000 dalam pecahan juta yang penyebutnya 2, 4, 5,
8
dan 10 melibatkan situasi harian.
1.1.4 Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga
10 000 000 dalam perpuluhan juta hingga tiga tempat
perpuluhan melibatkan situasi harian.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

1. Menulis 5 nombor dalam pecahan juta dan perpuluhan juta


dalam angka dengan betul.
2. Menulis 5 nombor dalam pecahan juta dan perpuluhan juta
dalam angka perkataan.

Kriteria Kejayaan 1. Menyebut nombor dalam pecahan juta dan perpuluhan juta
dengan betul.
2. Menulis nombor dalam angka dan perkataan menggunakan
“flip card”.
Aktiviti 1. Murid menyebut nombor yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid dibimbing untuk menulis nombor dalam pecahan juta
dan perpuluhan juta dalam bentuk angka dan perkataan.
3. Murid secara individu menghasilkan “flip card” yang
mengandungi nombor yang ditulis dalam angka dan
perkataan.
4. Murid menyemak hasil kerja rakan dan memberikan maklum
balas.
5. Murid membuat kesimpulan dari pembelajaran hari ini.

Pengisian Kurikulum Ilmu Matematik


Elemen Merentas Kreativiti dan Inovasi
Kurikulum (EMK)
Nilai Kesungguhan

BBB Kertas A4
Penilaian/Pentaksiran 1. Lisan – murid menyebut nombor
2. Penulisan – murid menulis nombor dalam angka dan
perkataan.
Refleksi / Impak Pengajaran hari ini berjaya mencapai objektif kerana sebilangan
besar murid dapat menguasai kemahiran yang dipelajari.
Kehadiran : 26 / 28
Murid berjaya menghasilkan flip card dengan baik.

Tandatangan Penyemak:

Anda mungkin juga menyukai