Anda di halaman 1dari 2

Kod Kelakuan untuk Keharmonian Perusahaan 1975

Objektif: Matlamat Kod adalah “untuk menetapkan prinsip-prinsip dan garis panduan kepada
majikan dan pekerja dalam amalan perhubungan perusahaan untuk mencapai keharmonian
perusahaan yang lebih baik”.

Ditadbir oleh: Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Makna & Tafsiran

1. Kod Kelakuan untuk Keharmonian Perusahaan (Kod) merupakan suatu perjanjian


yang dibuat antara Kementerian Sumber Manusia (dahulunya dikenali sebagai
Kementerian Buruh dan Tenaga Manusia) dengan Majlis Pertubuhan Majikan
Malaysia (pendahulu kepada Persekutuan Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan
Sekerja
Malaysia).

2. Kod ini mempunyai empat bidang utama: a) tanggungjawab, b) dasar pekerjaan, c)


tawar-menawar kolektif, dan d) perhubungan dan perundingan.

3. Kod ini tiada perikatan undang-undang tetapi ia merupakan dokumen yang


dipersetujui dan yang disahkan oleh kedua-dua majikan dan pekerja. Kod ini
meletakkan bebanan ke atas majikan yang berniat untuk melaksanakan suatu usaha
pengurangan tenaga kerja (‘retrenchment’). Beberapa langkah yang disyorkan oleh
Kod untuk dipertimbangkan majikan adalah:

a. Had dalam perekrutan;


b. Kekangan kerja lebih masa;
c. Kekangan kerja pada hari rehat mingguan;
d. Pengurangan bilangan syif atau hari bekerja seminggu;
e. Pengurangan bilangan jam bekerja;
f. Latihan semula dan/atau perpindahan ke jabatan/kerja lain.

4. Kod ini menghuraikan garis panduan atau amalan dan prosedur perusahaan
berhubung dengan pengurangan tenaga kerja dan “rentikerja sentara” pekerja. Kod
menetapkan bahawa majikan digalakkan untuk membayar faedah penamatan untuk
pekerja yang diberhentikan atas sebab pengurangan tenaga kerja walaupun pekerja
tersebut tidak tergolong dalam mana-mana perjanjian kolektif, Akta Kerja atau mana-
mana perjanjian kontrak.

5. Prinsip Masuk Akhir Keluar Dulu (LIFO) perlu diikuti. LIFO memerlukan majikan
untuk memilih pekerja yang paling muda dalam kategori pekerjaan tertentu untuk
diberhentikan.

6. Dalam Pemberitahuan 2004 [PU(B) 430], majikan dikehendaki memberitahu Jabatan


Tenaga Kerja dan memfailkan borang PK (Pemberhentian Kerja) yang perlu sebelum
mengambil apa-apa tindakan untuk pemberhentian atas sebab pengurangan tenaga
kerja, skim pemisahan sukarela, rentikerja sentara dan pengurangan gaji.

Implikasi Utama
Kod ini tiada perikatan undang-undang, namun begitu dalam semangat keharmonian
perusahaan, semua pihak digalakkan untuk mematuhi prinsip-prinsip dan garis
panduannya.

Anda mungkin juga menyukai