Anda di halaman 1dari 72

JKA 213

KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Intensif 2016

03/12/2022 1
We l e a d

PENDAHULUAN
 Kewujudan ketidaksamaan sosial adalah sifat umum dalam setiap
masyarakat.

Ketidaksamaan wujud dalam pelbagai bentuk seperti :


a.       Orang kaya dan orang miskin
b.      Yang berkuasa dan yang tidak berkuasa
c.       Yang dihormati dan yang dipandang rendah
d.      Di antara jantina
e.       Ras dan etnik
f.       Di antara wilayah/negara

03/12/2022 2
Makna Ketidaksamaan Sosial
We l e a d

Wujud dalam pelbagai bentuk dan melibatkan


hampir semua anggota masyarakat.

Perlu difahami dengan teliti kerana sifat fenomena


sosial ini berbeza mengikut kompleksiti, budaya,
masa dan sistem-sistem ekonomi dan politik
masyarakat.

03/12/2022 3
We l e a d

Masyarakat dalam zaman perindustrian


mengandaikan kedudukan seseorang dalam
masyarakat ditentukan oleh kebolehan diri serta
usaha mereka.

Anak-anak dari keluarga kaya besar kemungkinan


berjaya dalam kehidupan berbanding dengan
kanak-kanak dari keluarga miskin.

03/12/2022 4
We l e a d

Terdapat dua bentuk ketidaksamaan dalam kalangan manusia

Diferensiasi Sosial / Pembezaan Sosial - ketidaksamaan


semulajadi/fizikal- – umur, jantina, warna kulit, kekuatan
fizikal, kecerdasan otak, dsb

Stratifikasi Sosial / Pelapisan Sosial - ketidaksamaan yg


dicapai/diperolehi oleh ahli masyarakat – kekayaan,
pendidikan, pekerjaan, penghormatan dan kuasa politik – asas
atau kriteria untuk membeza-bezakan kedudukan, tugas,
strata/lapisan
03/12/2022 5
We l e a d

Stratifikasi Sosial sebenarnya wujud dalam semua masyarakat.


Cuma ketidaksamaan (Inequality) antara mereka berbeza dari
segi bentuk masyarakat, gender, umur, dll.

Orang yang mempunyai Kuasa, Status serta kedudukan


Ekonomi yang kukuh mungkin mempunyai pengaruh yang
kuat dalam masyarakat.

03/12/2022 6
We l e a d

Orang yang mempunyai kedudukan ekonomi


yang kukuh sudah pastinya akan menyokong
kewujudan stratifikasi sosial manakala orang
miskin mahukan sistem ini mengalami
perubahan.

03/12/2022 7
Definisi Stratifikasi Sosial We l e a d

• Dalam masyarakat terdapat golongan kaya, sedang, miskin. Penggolongan tersebut


menunjukkan bahawa di dalam masyarakat terdapat tingkatan-tingkatan/tahap
yang membezakan antara manusia yang satu dengan manusia yang lain.

• Dalam sosiologi, pengelompokan masyarakat berdasarkan tahap/tingkatan


tertentu dikenali sebagai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial atau pelapisan sosial
secara umum dapat diertikan sebagai pembezaan atau pengelompokan anggota
masyarakat secara vertikal.

• Stratifikasi sosial merupakan gejal sosial yang sifatnya umum pada setiap
masyarakat. Bahkan pada zaman Yunani Kuno, Aristoteles (384–322 SM) telah
menyatakan bahawa di setiap negara selalu terdapat tiga unsur, iaitu mereka yang
sangat kaya , mereka yang miskin dan mereka yang berada di tengah-tengahnya.

03/12/2022 8
We l e a d

a. Pitirim A. Sorokin
Stratifikasi sosial adalah pembezaan penduduk
atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara
bertingkat (hierarki). Kewujudannya adalah
adanya lapisan-lapisan di dalam masyarakat.
Setiap lapisan itu disebut dengan strata sosial.
Stratifikasi sosial merupakan ciri yang tetap
pada setiap kelompok sosial yang teratur

03/12/2022 9
We l e a d

b. P.J. Bouman
Stratifikasi sosial adalah golongan manusia
dengan ciri suatu cara hidup dalam kesedaran
akan beberapa hak istimewa yang tertentu dan
karena itu menuntut penghormatan
kemasyarakatan.
 
 
03/12/2022 10
We l e a d

d. Bruce J. Cohen
Stratifikasi sosial adalah sistem yang
menempatkan seseorang sesuai dengan kualiti
yang dimiliki dan menempatkan mereka pada
kelas sosial yang sesuai.
 
e. Paul B. Horton dan Chester L. Hunt
Stratifikasi sosial adalah sistem perbezaan status
yang berlaku dalam suatu masyarakat
03/12/2022 11
We l e a d

Menurut Max Webber, pelapisan sosial atau stratifikasi social terjadi dengan
adanya beberapa hal berikut ini.
 
a. Persamaan dalam hal peluang untuk hidup atau nasib. Peluang untuk hidup
masing-masing orang ditentukan oleh kepentingan ekonomi seperti
penguasaan barang serta kesempatan memperoleh pendapatan

b. Dimensi kehormatan, maksudnya manusia dikelompokkan dalam kelompok-


kelompok berdasarkan peluang untuk hidup yang ditentukan oleh ukuran
kehormatan. Persamaan kehormatan status terutama dinyatakan melalui
persamaan gaya hidup.
 
c. Kekuasaan yang dimiliki. Kekuasaan menurut Webber adalah suatu peluang
bagi seseorang atau sejumlah orang untuk mewujudkan keinginan mereka
sendiri melalui suatu tindakan komunal, meskipun mengalami pertentangan
daripada orang lain yang ikut serta dalam tindakan komunal tersebut.

03/12/2022 12
Masyarakat Feodal We l e a d

Stratifikasi Sosial Berdasarkan Kriteria Sosial


Pada umumnya, stratifikasi sosial berdasarkan kriteria ini bersifat tertutup. Stratifikasi
sosial demikian umumnya terdapat dalam masyarakat feodal, masyarakat kasta dan
masyarakat rasial.

1) Stratifikasi Sosial pada Masyarakat Feodal


Masyarakat feodal merupakan masyarakat pada era praindustri. Menurut sejarahnya
merupakan perubahan dari ikatan budak atau hamba abdi dengan tuan tanah.
Hubungan antara kedua golongan itu menjadi hubungan antara yang memerintah
dengan yang diperintah dan interaksinya sangat terbatas. Kemudian semangat
feodalisme ini oleh kaum penjajah diterapkan di negara lain dan terjadilah
perpecahan sehingga pada masyarakat feodal terjadi stratifikasi social sebagai
berikut.
a) Golongan atas, terdiri dari keturunan raja / bangsawan
b) Golongan menengah, terdiri dari golongan tentera dan pegawai pentadbir.
c) Golongan bawah, terdiri dari golongan rakyat biasa

03/12/2022 13
Sistem Perhambaan We l e a d

Sistem Perhambaan (A Slave System) merupakan satu bentuk Stratifikasi


Sosial yang mana seorang manusia menjadi hak milik (Property) orang
lain.

Kerajaan Tamadun Awal seperti Mesir, Iran, Greek dan Rom telah
menggunakan perkhidmatan hamba bagi memajukan negaranya.

Di Athens, golongan hamba diberi peluang untuk memegang sesuatu


jawatan walaupun mereka dimiliki oleh orang lain.

Hamba yang bekerja untuk membina piramid, di sektor perlombongan,


perladangan serta membina jalan dilayan lebih teruk daripada binatang.

03/12/2022 14
We l e a d

• Sistem perhambaan (slavery) – masyarakat


tradisional – pd suatu masa dahulu – satu keperluan
dalam susunan sosial masyarakat – perbezaan ras
dan etnik, jantina atau tawanan perang
• Ciri – manusia menjadi alat atau hamba yang dimiliki
oleh pihak lain, aset kepada seseorang dan sah
daripada segi undang-undang, status sangat rendah
• Kini – sistem ini telah dibasmi diseluruh dunia

03/12/2022 15
Sistem Perhambaan Moden (Modern Slavery)
We l e a d

Kerajaan British telah menghapuskan Sistem Perhambaan pada


tahun 1833. Perang Saudara Amerika (American Civil War) tamat
pada tahun 1833.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation, 2006)


melaporkan bahawa sistem perhambaan tradisional masih wujud
di mana kira-kira 100,000 orang penduduk di Mauritania (Afrika
Barat) dijadikan hamba.

Namun begitu, adalah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 27 juta


penduduk dunia yang terlibat dalam Sistem Perhambaan Moden
(Modern Slavery).

03/12/2022 16
We l e a d

Keadaan ini termasuklah:

i. Buruh Paksa (Forced Labour)


ii. Buruh Hutang (Debt Bondage)
iii. Pelacuran (Prostitution)
iv. Kahwin Paksa (Servile Marriage)
v. Menjual Organ Badan (Hughes, 2000)
Terdapat kira-kira 3 ribu majikan yang menggunakan
hamba di Paris (Bales, 2003).
03/12/2022 17
Sistem Estet (The Estate System) We l e a d

Pada Zaman Pertengahan Eropah, Sistem Feudal telah pun diamalkan.

Terdapat 3 kumpulan yang utama iaitu:


i. Golongan Aristokrat (Nobility)
ii. Golongan Agama (Clergy)
iii. Rakyat Biasa (Commonner)
Tanah dikawal oleh Tuan Tanah yang menggunakan kekuatan tentera
untuk mengawalnya.
Petani (Peasant) digunakan oleh golongan Aristokrat
untuk mengerjakan tanah.
Orang yang menyewa tanah dipanggil (Vassal).
Raja akan mendapat cukai daripada kutipan golongan Aristokrat.

03/12/2022 18
We l e a d

Dikaitkan dengan masyarakat feodal yang menentukan


kedudukan seseorang dengan pemilikan tanah

Berkembang di Eropah pada zaman pertengahan

Orang yang mempunyai tanah mempunyai martabat,


kuasa, kebebasan, orang yang tidak bertanah dan
terpaksa mengerjakan tanah orang lain – berada di
bawah kuasa tuan tanah
 
03/12/2022 19
We l e a d

Dalam sistem ini terdapat lapisan sosial yang disusun


dalam satu hierarki – Raja – golongan bangsawan atau
pemerintah (nobility) – paderi (clergy) - golongan rakyat
atau kaum tani (peasantry) – yang tidak bertanah,
tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik
 
Tiap-tiap estet ditentukan faktor kelahiran – boleh
mengubah kedudukannya – pengurniaan raja atau
keizinan daripada pihak atas
 
03/12/2022 20
Sistem Kasta (The Caste System) We l e a d

Sistem Kasta yang diamalkan adalah


berdasarkan Status Yang Diwarisi (Social
Stratification Based on Inherited Status).

Sistem kasta ini sangat ketara di India. Orang


yang lahir dikategorikan berdasarkan kepada
Sistem Kasta.

03/12/2022 21
We l e a d

Masyarakat kasta - pembezaan antara


golongan yang lebih tegas.

Hubungan antara golongan adalah tabu,


tertutup bahkan dapat dihukum
masyarakatnya. Hal demikian terjadi pada
masyarakat kasta di India.

03/12/2022 22
We l e a d

Istilah untuk kasta di India adalah yati, dan sistemnya


disebut dengan varna.

Menurut kitab Reg Weda dalam masyarakat India


Kuno terdapat empat varna yang tersusun secara
hierarki dari atas ke bawah -brahmana, ksatria,
vaisya, sudra.

Kasta brahmana adalah kasta yang terdiri daripada


para pendeta dan dipandang sebagai kasta tertinggi.

03/12/2022 23
We l e a d

Ciri – satu sistem status yang tertutup bagi ahli masyarakatnya, tidak boleh berpindah kepada
kasta lain (bersifat kekal), ahli-ahli dalam kasta adalah bersaudara dan saling tolong menolong
Empat kasta;
1.Kasta Brahmin – pendeta dan agama
2.Kasta Ksatriya – pahlawan perang
3.Kasta Vaishyas – pedagang dan pekedai
4.Kasta Sundras – pembantu rumah dan hamba abdi
5.Harijans (untouchables) / Paria– golongan paling rendah dalam masyarakat India /
rakyat bawahan yang dipinggirkan. Mereka adalah golongan terbuang berasal dari
bangsa Dravida yang mendapat perlakuan diskriminasi oleh bangsa Arya karena
mereka berkulit hitam dan berhidung kemik.

larangan – perkahwinan, makan, pergaulan

03/12/2022 24
We l e a d

Sistem Kasta di India ini telah mengongkong Golongan Paria ini


daripada berinteraksi dengan masyarakat lain dari Kasta yang
lebih tinggi.

Golongan Paria ini tidak ada peluang untuk mendapat peluang


pekerjaan, pendidikan, mobiliti sosial, dll dalam masyarakat.

Ibu bapa dari Kasta Tinggi di India akan memastikan bahawa anak
mereka tidak berkahwin dengan sesiapa dari Kasta Rendah.

Terdapat juga Sistem Kasta yang diamalkan di Afrika Selatan yang


mana 5 juta orang kulit putih telah menguasai 30 juta rakyat kulit
hitam.

03/12/2022 25
Kasta di Bali Indonesia We l e a d

Di Indonesia, stratifikasi sosial berdasarkan


kasta dapat ditemui pada masyarakat Bali.
Namun demikian, tidak terlalu kaku dan
tertutup seperti halnya di India.

Kasta di Bali disebut dengan wangsa. Adapun


stratifikasi sosialnya adalah sebagai berikut.

03/12/2022 26
We l e a d

a) Brahmana
merupakan tingkatan kasta tertinggi di Bali.
Biasanya kasta ini diduduki oleh para ahli
agama. Gelar bagi orang-orang yang termasuk
dalam kasta ini adalah Ida Bagus untuk laki-
laki dan Ida Ayu untuk perempuan.

03/12/2022 27
We l e a d

b) Ksatria,
merupakan tingkatan kedua setelah
brahmana. Biasanya yang menduduki kasta ini
adalah bangsawan. Gelar bagi orang-orang
yang termasuk dalam kasta ini adalah
Cokorda, Dewa, atau Ngahan.

03/12/2022 28
We l e a d

c) Waisya,
merupakan tingkat ketiga setelah ksatria. Biasanya yang
menduduki kasta ini adalah para peniaga. Gelar bagi
orang-orang yang termasuk dalam kasta ini adalah Bagus
atau Gusti.

d) Sudra,
merupakan tingkat paling rendah dalam sistem kasta di
Bali. Biasanya kasta ini diduduki oleh para pekerja atau
buruh. Gelar bagi orang-orang yang termasuk dalam
kasta ini adalah Pande, Kbon, atau Pasek.

03/12/2022 29
We l e a d

Stratifikasi Sosial Berdasarkan Kriteria Ekonomi


Stratifikasi sosial dalam bidang ekonomi akan
membezakan penduduk atau masyarakat menurut
penguasaan dan pemilikan material. Dalam hal ini
ada golongan orang-orang yang diukur berdasarkan
pada pemilikan tanah, ada yang berdasarkan pada
kegiatannya di bidang ekonomi dengan
menggunakan kemahiran, /pengetahuan,
pendapatan, kekayaan, pekerjaan

03/12/2022 30
Sistem Kelas (The Class System) We l e a d

Masyarakat Industri telah membolehkan sesiapa yang


mempunyai kemahiran tertentu untuk maju serta mendapat
Mobiliti dalam Sistem Sosial (Social Class System).

Sistem Kelas ini lebih bersifat terbuka tetapi Sistem Kasta, Estet
dan Perhambaan lebih bersifat tertutup.

Sistem Kelas memberi lebih banyak peluang kepada semua


orang untuk memecahkan Sempadan Kelas Sosial (Social
Boundaries) dengan berhijrah ke bandar-bandar untuk
mencari pekerjaan serta pelajaran (Lipset dan Bendix, 1967).

03/12/2022 31
We l e a d

03/12/2022 32
Max Weber We l e a d

• Menurut Max Webber, stratifikasi sosial berdasarkan


criteria ekonomi membahagi masyarakat ke dalam
kelas-kelas yang didasarkan pada pemilikan tanah
dan benda-benda. Kelas-kelas tersebut adalah kelas
atas (upper class), kelas menegah (middle class), dan
kelas bawah (lower class).

• Satu hal yang perlu diingat bahwa stratifikasi sosial


berdasarkan kriteria ekonomi ini bersifat terbuka.
Seseorang yang berada pada kelas bawah boleh
berubah ke kelas atas, dan sebaliknya
03/12/2022 33
We l e a d

Sistem Kelas dan Status Sosial


Paling menonjol di dunia moden – kumpulan-kumpulan
ekonomi yang terbuka yang tidak dibentuk atau
disokong oleh apa-apa peraturan agama atau undang-
undang
Setiap orang dilahirkan dalam kelas tertentu – boleh
berubah (mobiliti menegak) dalam hierarki sosial
Pembahagian kelas tertentu didasarkan faktor ekonomi

03/12/2022 34
We l e a d

Sosiologi mengenalpasti lima kelas sosial


Kelas atasan – kaya – warisan atau pencapaian
Kelas pertengahan atas – ahli profesional, ahli
perniagaan
Kelas pertengahan bawah – pekerja kolar putih,
formal
Kelas pekerja – buruh tidak mahir, informal
Kelas bawah – miskin, daif

03/12/2022 35
We l e a d

Karl Marx lebih mementingkan dimensi ekonomi sebagai Kuasa


menerangkan Stratifikasi manakala Max Weber melihat kesan
ekonomi ke atas Stratifikasi.

Menurut Karl Marx, mereka yang mempunyai Modal (Bourgeosie) akan


memerintah manakala para Pekerja (Proletariat) akan diperintah.
Golongan Kapitalis akan menguasai kerja, agama, pemerintah,
perundangan dan moraliti yang ditentukan oleh masyarakat.

Marx Weber berpendapat kuasa ekonomi yang ada boleh digunakan


untuk memajukan kepakaran dan bukannya untuk mendapatkan
kuasa. Ada yang paling berkuasa tetapi tidak kaya.

03/12/2022 36
We l e a d

Menurut Davis-Moore (Sistem Meritokrasi) mesti diamalkan. Tujuannya


adalah untuk memberi penghargaan kepada semua yang memberikan
sumbangan kepada kemajuan sesebuah organisasi.

Menurutnya lagi, banyak pemain bola sepak dan penyanyi menjadi kaya
dalam sekelip mata tetapi guru yang mendidik anak bangsa dipinggirkan.

Kaum wanita, kumpulan etnik, orang kurang upaya, dll tidak mempunyai
peluang dalam sistem Sosial.

Stratifikasi Sosial yang wujud telah memajukan sesetengah orang secara


maksimum dengan menafikan peluang orang lain.

03/12/2022 37
We l e a d

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah


menambahkan pendapatan serta produktiviti
pekerja. Taraf hidup rakyat semakin baik dengan
adanya Undang-Undang Buruh di Amerika Syarikat.

Revolusi tidak pernah berlaku di negara Perindustrian


seperti yang dijangka oleh Karl Marx. Revolusi cuma
pernah berlaku di negara pertanian seperti Soviet
Union (1917), Cuba (1959), dan Nicaragua (1979).

03/12/2022 38
Pembezaan Sosial
We l e a d

Proses pengkategorian/pengelompokan manusia berdasarkan perbezaan


ciri-ciri individu.

Misalnya berdasarkan ciri-ciri seperti jantina, umur, warna kulit, ketinggian,


keupayaan mental, pekerjaan, peranan sosial, agama, warisan status,
keturunan, tahap kemajuan dan sebagainya.

Pembezaan sosial adalah konsep yang merujuk kepada proses


pengkategorian manusia.

Perkara utama mengenai proses sosial ini ialah pada prinsipnya


permbezaan sosial tidaklah melibatkan penilaian atau penyusunan taraf
yang tidak sama rata atau secara vertical antara individu atau kategori-
kategori sosial yang dibezakan.

03/12/2022 39
We l e a d

Dalam setiap kebudayaan masyarakat wujud proses-proses penilaian dan


pemberian ganjaran yang berbeza terhadap ciri-ciri manusia yang berbeza.

Proses penilaian paling asas adalah penilaian terhadap keupayaan seseorang


berdasarkan perbezaan semulajadi iaitu berdasarkan ciri fizikal dan biologi
manusia.

Pengagihan tugas serta ganjaran yang berbeza dibuat berasaskan keupayaan


yang dihubungkaitkan dengan perbezaan semulajadi tersebut.

Misalnya, seorang lelaki dianggap mempunyai kekuatan fizikal yang lebih


daripada wanita.  Akibat daripada tanggapan sosial tersebut lelaki biasanya
ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja yang perlukan tenaga fizikal yang
lebih, diberi kuasa yang lebih dan dipandang tinggi martabatnya.

03/12/2022 40
We l e a d

Definisi Diferensiasi Sosial/Pembezaan Sosial

Diferensiasi sosial adalah perbezaan individu


atau kelompok dalam masyarakat yang tidak
menunjukkan adanya suatu tingkatan
(hirarki). Dengan kata lain diferensiasi social
adalah klasifikasi terhadap perbezaan-
perbezaan yang biasanya sama.

03/12/2022 41
We l e a d

Diferensiasi social dikenal berdasarkan


perbezaan-perbezaan berikut:
·        Berdasarkan ciri fizik
·        Berdasarkan ciri sosial
·        Berdasarkan ciri budaya

03/12/2022 42
Pembezaan Sosial Ras We l e a d

• Pengelompokan manusia berdasarkan ras


merupakan pengelompokan manusia yang bersifat
fizikal, berdasarkan pada ciri-ciri fisik, seperti warna
kulit, rambut, bentuk-bentuk bagian wajah.
• Dengan kata lain pembezaan sosial ras adalah
pengelompokan masyarakat berdasarkan ciri – ciri 
fiziknya  
• Ras - pengelompokan manusia yang didasarkan
oleh ciri fizik termasuk ciri genotif.

03/12/2022 43
We l e a d

• Menurut Banton, ras merupakan suatu yang


berkaitan dengan peranan, perbezaan fizikal yang
dijadikan asas untuk menetapkan peranan yang
berbeza-beza
• Ras dapat didefinisikan secara fizikal dan sosial.
Secara fizikal meliputi kondisi fizikal yang
tampak/kelihatan, seperti warna kulit, bentuk tubuh
dan lain-lain.
• Secara sosial berkaitan peranan dan kebiasaan-
kebiasaan yang dilakukan.
03/12/2022 44
We l e a d

• Namun demikian, pembahagian ras ini bukan bererti


tidak akan menimbulkan permasalahan.
• Salah satu penyebab masalah sosial tentang ras
adalah adanya prasangka ras yang merupakan salah
satu aspek dari etnosentrisme, iaitu suatu sifat
manusia yang menganggap bahawa cara hidup
golongannya adalah paling baik, sedangkan cara
hidup golongan lain dianggap tidak baik dan kadang-
kadang disertai dengan perasaan menentang
golongan lain.
03/12/2022 45
We l e a d

Menurut A.L Kroeber :


a.      Ras Austroloid mencakup penduduk
asli Australia
b.      Ras Mongoloid mencakup Asiatic Mongoloid
c.  Ras Kaukosoid mencakup Nordic, Mediteranian,
dan India
d.      Ras Negroid mencakup African, Nergrito
e.   Ras – Ras khusus mencakup Bushman, Veddoid,
Polynesian, Ainu
03/12/2022 46
We l e a d

a) Ras Mongoloid
Ras Mongoloid terbahagi kepada sub-ras Asiatic Mongoloid,
Malayan Mongoloid dan American Mongoloid.
(1) Asiatic Mongoloid, meliputi orang-orang yang tinggal di
Asia Utara, Asia Tengah, dan Asia Timur.
(2) Malayan Mongoloid, meliputi orang-orang yang tinggal di
Asia Tenggara, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan penduduk
asli Formusa.
(3) American Mongoloid, meliputi penduduk asli Amerika
Utara iaitu orang Eskimo hingga penduduk Tierra del Fuego
di Amerika Selatan.

03/12/2022 47
We l e a d

• b)Ras Negroid
Ras Negroid terbahagi kepada sub-ras African
Negroid, Negrito dan Melanesia.
(1) African Negroid, meliputi orang-orang yang
tinggal di sebahagian besar Benua Afrika.
(2) Negrito, meliputi orang-orang yang tinggal di
Afrika Tengah, orang-orang Semang di
Semenanjung Malaysia dan penduduk asli Filipina.

03/12/2022 48
We l e a d

c) Ras Caucasoid
Ras Caucasoid terbahagi kepada sub-ras Nordic, Alpine,
Mediteranean, Indic
(1) Nordic, meliputi orang-orang yang tinggal di kawasan Eropa
Utara, sekitar Laut Baltik.
(2) Alpine, meliputi orang-orang yang tinggal di kawasan Eropa
Tengah dan Timur.
(3) Mediteranean, meliputi orang-orang yang tinggal di kawasan
sekitar Laut Tengah, Afrika Utara, Armenia, Arab dan Iran.
(4) Indic, meliputi orang-orang yang tinggal di kawasan India,
Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka.

03/12/2022 49
We l e a d

• d) Ras-Ras Khusus
Ras-ras khusus terbahagi kepada sub-ras Bushman, Weddoid,
Polynesia, Austroloid, dan Ainu.
(1) Bushman, meliputi orang-orang yang tinggal di kawasan Gurun
Kalahari, Afrika Selatan.
(2) Weddoid, meliputi orang-orang yang tinggal di pedalaman Sri
Lanka dan Sulawesi Selatan.
(3) Polynesia, meliputi orang-orang yang tinggal di Kepulauan
Mikronesia dan Polynesia.
(4) Austroloid, meliputi penduduk asli Australia yang dikenal dengan
suku Aborigin.
(5) Ainu, meliputi orang-orang yang tinggal di Pulau Karafuto dan
Hokaido, Jepun.

03/12/2022 50
Pembezaan Sosial Etnik We l e a d

• Pembezaan Sosial etnik atau suku bangsa


menunjukan bahawa masyarakat terdiri
daripada pelbagai etnik dengan bahasa dan
kebudayaan masing-masing.
• Dengan kata lain pembezaan sosial etnik
merupakan perbezaan manusia /
penggolongan manusia berdasarkan ciri-ciri
budaya yang mencakup  bahasa, kesenian,
adat istiadat (identiti dan kebudayaan )
03/12/2022 51
We l e a d

• Menurut Koentjaraningrat, suku bangsa atau


ethnic group didefinisikan sebagai suatu
golongan manusia yang terikat oleh
kesedaran dan identiti akan persamaan
kebudayaan. Kesedaran dan identiti tersebut
seringkali dikuatkan dengan persamaan
bahasa. Persamaan bahasa, adat istiadat,
maupun kesamaan nenek moyang merupakan
ciri dari suatu suku bangsa
03/12/2022 52
We l e a d

• Ciri-ciri asas suatu kelompok disebut sebagai


suku bangsa/etnik:
a) Ciri fizikal yang sama.
b) Bahasa daerah yang sama.
c) Adat istiadatnya yang sama.
d) Kebudayaan dan penafsiran terhadap
norma-norma pergaulan yang sama.

03/12/2022 53
We l e a d

• Etnik adalah suatu kelompok golongan


manusia yang terikat oleh kesedaran aktiviti
akan persamaan kebudayaannya sendiri

03/12/2022 54
Agama We l e a d

• Menurut Durkheim agama adalah suatu sistem terpadu


yang terdiri daripada kepercayaan dan amalan yang
berkaitan dengan hal-hal yang suci. Agama merupakan
hal yang essensial bagi kehidupan manusia kerana
menyangkut keyakinan seseorang yang dianggap benar.
Keyakinan terhadap agama mengikat penganutnya
secara moral. Keyakinan itu membentuk golongan
masyarakat moral (umat). Umat penganut suatu agama
dapat dikenali dari cara berpakaian, cara bertingkah
laku , cara beribadat dan sebagainya.

03/12/2022 55
We l e a d

• Dengan kata lain pembezaan sosial agama


adalah pengelompokan masyarakat
berdasarkan kepercayaan /agama, mencakup
Islam, Katolik, Kristian, Hindu, Buddha.

03/12/2022 56
Agama Menurut Emile Durkheim We l e a d

…..adalah sistem yang paling dipercayai yang terdiri


daripada kepercayaan yang berkaitan dengan hal- hal
suci.
Agama mengandungi tentang :
a.       Sesuatu yang dianggap suci , melebihi kehidupan
duniawi
b.      Kepercayaan tentang hal yang dianggap sacral (suci)
c.       Penegasan kepercayaan dengan melaksanakan ritual
iaitu aktiviti keagamaan
d.       Kepercayaan terlibat dalam ritual yang sama.
03/12/2022 57
Pembezaan Sosial Gender
We l e a d

• Pada umumnya orang mengangap istilah gender


sama dengan jantina. Sebenarnya berbeza

• Menurut William Ogburn , perbezaan jantina


adalah perbezaan antara laki-laki dan
perempuan secara biologis (fizikal)  sedangkan
perbezaan gender cara bertingkah laku lelaki
dan wanita yang ditentukan oleh kebudayaan
atau kudratnya dan kemudian menjadi
sebahagian keperibadiannya.
03/12/2022 58
We l e a d

• Pengertian Peranan Gender sebagai


perbezaan jantina secara biologis, misalnya
lelaki memiliki kekuatan fizik yang melebihi
wanita, wanita memiliki kemampuan
mengandung dan melahirkan anak.

03/12/2022 59
Pembezaan Sosial Pekerjaan
We l e a d

• Pekerjaan adalah suatu kegiatan yang dilakukan manusia sebagai


sumber pendapatan atau mata pencaharian. Pembezaan sosial
pekerjaan merupakan pengelompokan masyarakat berdasarkan
pada jenis pekerjaan . Pekerjaan biasanya berkaitan dengan
suatu kemahiran/pengetahuan khusus.
• Berdasarkan pembezaan pekerjaan kita mengenal kelompok
masyarakat berkerjaya seperti guru, doktor, peniaga, buruh,
pegawai , dan sebagainya.
• Pembezaan pekerjaan biasanya juga akan mempengaruhi
tingkah laku sosialnya. Contohnya, tingkah laku seorang guru
akan berbeza dengan seorang doktor dalam melaksanakan
pekerjaannya.

03/12/2022 60
Pembezaan Sosial Wilayah
We l e a d

• Peluang dan taraf hidup yang dinikmati


• Hubungan dan agihan sumber-sumber kuasa,
kekayaan dan status antara wilayah biasanya
tidak sama. Keadaan ini terjadi di peringkat
negara atau luar antarabangsa.
• Bentuk ketidaksamaan sosial yang utama
dalam kehidupan manusia pd hari ini.

03/12/2022 61
We l e a d

• Perkembangan sistem ekonomi kapitalis –


perindustrian, modernisasi, urbanisasi

• Dunia dibahagikan kepada beberapa wilayah


Negara Dunia Pertama, Negara Kedua, Negara
Dunia Ketiga

03/12/2022 62
We l e a d

Negara-negara juga turut diklasifikasikan menurut


pendapatan ekonominya iaitu:
i. Negara berpendapatan Tinggi.
ii. Negara Berpendapatan Sederhana
iii. Negara Miskin.

Walaupun ketidakseimbangan telah wujud di Amerika


Syarikat, namun penduduknya percaya bahawa
mereka mempunyai peluang untuk memajukan diri.
03/12/2022 63
We l e a d

Negara-negara Kaya kebanyakannya merupakan negara Kapitalis


seperti England, German, Peranchis, Norway, Finland,
Denmark, Sweden, Switzerland, Luxemberg, Australia, New
Zealand, Kuwait, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, dll.

Negara-negara Sederhana kaya ialah seperti Rusia, Poland,


Bulgaria, Latvia, Romania,Hungary, dll.

Negara-negara miskin bermula dari selatan Amerika, Afrika,


Indonesia, Asia Selatan, dll. Kira-kira 60% penduduk dunia
tinggal di kawasan ini

03/12/2022 64
We l e a d

Seorang ahli Ekonomi serta pemenang Hadiah


Nobel dalam bidang Ekonomi, Simon Kuznets
mendapati kadar pendapatan yang diperoleh
oleh masyarakat perindustrian adalah lebih
tinggi berbanding dengan negara pertanian.

03/12/2022 65
We l e a d

Revolusi berlaku di Rusia pada tahun 1917 di bawah pimpinan


Lenin.

Soviet Union mengalami satu lagi transformasi baru di bawah


pimpinan Mikhail Gorbachev pada tahun 1985.Program
ekonomi beliau dikenali sebagai ‘Perestroika dan Glasnot’. Ini
merupakan Sistem Pasaran Bebas.

Tindakan beliau membolehkan Sistem Pemerintahan Komunis


yang dikuasai oleh kerajaan pusat jatuh. Banyak negara
komunis membebaskan diri daripada cengkaman Rusia.

03/12/2022 66
Stratifikasi Tertutup dan Terbuka We l e a d

Sifat-Sifat Stratifikasi Sosial


Terdapat dua sistem stratifikasi sosial iaitu sistem stratifikasi sosial tertutup dan
sistem stratifikasi sosial terbuka.
a. Stratifikasi Sosial Tertutup (Close Social Stratification)
Sistem stratifikasi sosial tertutup ini membataskan atau tidak memberi
kemungkinan seseorang untuk pindah dari suatu lapisan ke lapisan sosial yang
lainnya, baik ke atas maupun ke bawah. Dalam sistem ini, satu-satunya jalan
untuk masuk menjadi anggota dari suatu strata tertentu dalam masyarakat
adalah dengan kriteria kelahiran. Dengan kata lain, anggota kelompok dalam
satu strata tidak mudah untuk melakukan mobiliti atau gerak sosial yang
bersifat vertikal, baik naik maupun turun. Dalam hal ini anggota kelompok
hanya dapat melakukan mobiliti yang bersifat horizontal.
Salah satu contoh sistem stratifikasi sosial tertutup adalah sistem kasta pada
masyarakat Bali, India. Di Bali, seseorang yang sudah menduduki kasta tertentu
sangat sukar bahkan tidak boleh pindah ke kasta yang lain. Seorang anggota
kasta teratas sangat sulkar untuk pindah ke kasta yang ada di bawahnya

03/12/2022 67
We l e a d

b. Stratifikasi Sosial Terbuka (Open Social


Stratification)
Sistem stratifikasi sosial terbuka ini memberi
kemungkinan kepada seseorang untuk pindah
dari lapisan satu ke lapisan yang lainnya sama
ada ke atas maupun ke bawah sesuai dengan
kemahiran, perjuangan ataupun usaha-usaha
lain.

03/12/2022 68
We l e a d

Sistem Terbuka (Open System) membenarkan Mobiliti Sosial


berlaku manakala Sistem Tertutup (Closed System) tidak
membenarkan langsung berlakunya perubahan kedudukan
dalam masyarakat.

Sistem yang terdapat dalam masyarakat juga berlaku kerana


faktor sosio-ekonomi, kemiskinan, pembangunan negara.

Pada hakikatnya, satu masalah yang timbul ada hubungan


dengan masalah yang lain.

03/12/2022 69
We l e a d

Stratifikasi sosial adalah satu bentuk penyusunan struktur


dalam masyarakat yang diterima umum untuk menentukan
kedudukan sosial seseorang dalam struktur sosial

Bentuk tersebut – tradisi yang diwarisi


 
Stratifikasi sosial wujud kerana terdapat ketidaksamaan
sosial dalam kalangan ahli masyarakat dan ketidaksamaan
ini diiktiraf oleh masyarakat.
 

03/12/2022 70
We l e a d

• Menurut Max Webber, stratifikasi sosial berdasarkan


criteria ekonomi membahagi masyarakat ke dalam kelas-
kelas yang didasarkan pada pemilikan tanah dan benda-
benda. Kelas-kelas tersebut adalah kelas atas (upper class),
kelas menegah (middle class), dan kelas bawah (lower
class).

• Satu hal yang perlu diingat bahwa stratifikasi sosial


berdasarkan kriteria ekonomi ini bersifat terbuka.
Seseorang yang berada pada kelas bawah boleh berubah
ke kelas atas, dan sebaliknya
03/12/2022 71
We l e a d

Utk semua pelajar JKA 213/219 yg dikasihi,


Didoakan berjaya dengan cemerlang
Terima Kasih
Jumpa Lagi

03/12/2022 72

Anda mungkin juga menyukai