Anda di halaman 1dari 1

AETYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYNNNNNNTahap Masyarakat Tradisional

Menurut Walt W. Rostow masyarakat tradisional adalah merupakan tahap paling asas di dalam teori
pertumbuhan ekonomi. Menurut Gunawan, 2009 masyarakat tradisional berasal dari perkataan latin
yang bermaksud tradium atau yang membawa maksud transmitted iaitu sesuatu yang diturunkan
dari satu generasi ke generasi yang lain. Manakala Drs. Sidi Gazalba berpendapat perkataan
masyarakat dipinjam dari perkataan arab, syarika yang bererti pembentukan satu kelompok.
Masyarakat tradisional yang bermula 10 ribu tahun itu bermula dengan kelompok kecil yang
mempunyai hubungan kekeluargaan. Kegiatan ekonomi utama ialah dengan berburu dan bercucuk
tanam. Kaum lelaki melakukan pemburuan dan kaum wanita mengusahakan pertanian. Tenaga kerja
adalah daripada kalangan ahli keluarga dan ini menyebabkan mereka tidak mampu mengusahakan
secara besar-besaran kerana sumber tenaga yang terhad dan peralatan tradisi yang masih
digunakan. Hasil tanaman hanya untuk sara diri kerana mereka belum ada cara yang baik untuk
menyimpan hasil tanaman berlebihan disebabkan kekurangan ilmu dan teknologi. Untuk mendapat
keperluan lain mereka melakukan sistem barter dengan kelompok yang lain. Sistem politik juga tidak
terbentuk dengan sempurna kerana peranannya utama hanya dimainkan oleh ketua kaum yang
hanya memimpin kelompok yang kecil dan tiada pula berlaku perebutan kuasa. Masyarakat ini
dianggap statis dan tertutup kerana mereka tidak berpeluang mendapat

Anda mungkin juga menyukai