Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Penyelidikan Santifik

Penyelidikan saintifik perlu mengikuti kaedah tertentu dengan pendekatan yang biasa
diamalkan pakar-pakar penyelidikan. Penyelidikan saintifik dikendalikan dengan
sistematik, teliti dan penuh hati-hati supaya keputusan yang diperolehi boleh diuji serta
digunakan dalam penyelidikan ilmiah.

Menurut Sulaiman Masri (1949) menyatakan penyelidikan saintifik melibatkan beberapa


konsep asas seperti pengukuran, kebolehperayaan, kesahihan, kawalan, rambangan,
keumuman, pengeliruan dan unit analisa. Konsep-konsep tersebut penting untuk
menentukan mutu dan tahap keyakinan terhadap penemuan dan kesimpulan
penyelidik.

Dalam bidang sains sosial, penyelidikan daripada persepktif saintifik adalah digalakkan.
Perkara paling ulung dari perspektif saintifik ini adalah ciri empirikalnya. Ciri empirikal ini
memastikan suatu piawaian terhadap kajian mesti dilakukan oleh penyelidik. Piawaian
ini memastikan suatu set peraturan yang boleh menunjukkan secara telus bagaimana
sesuatu dapatan atau penemuan kajian diperolehi. Disamping itu, peraturan tersebut
dapat memberikan suatu penjelasan kepada para saintis yang lain cara bagi
mengulangi kajian tersebut. Semua kawalan secara empirikal itu memastikan saintis
yang lain juga boleh mencuba, menguji, menggunakan kaedah, teknik dan analisis yang
serupa bagi penentuan hasilnya. Kesahan sesuatu kajian itu juga tekal apabila kajian
tersebut diulangi oleh para saintis yang lain, dan dapatan atau penemuan yang serupa
juga akan terhasil seperti usaha kajian yang asal (Othman Mohamed, 2001).

Secara kesimpulannya, penyelidikan saintifik adalah diutamakan dalam bidang sains


sosial untuk membuktikan kajian yang dilakukan. Penggunaan kaedah saintifik dalam
penyelidikan sains sosial adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia boleh
membuatkan seseorang berupaya memahami keadaan atau perkara yang diselidikinya
dalam bentuk yang paling tepat.
Rujukan :

Sulaiman Masri (1949). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal,
Tesis). Utusan Publivations & Distributors Sdn Bhd.

Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan.
Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

Oleh :

Muhammad Shahnoor Azwan Bin Shaari

JK/12439/18

Anda mungkin juga menyukai