Anda di halaman 1dari 6

KERTAS PENERANGAN

LOGO KOLEJ VOKASIONAL.........

ETIKA
PROFESIONALISME
(MPU 2232)
SEMESTER 1 / TAHUN 1

NAMA PELAJAR :…………………………………………………………………

PROGRAM :…………………………………………………………………

NAMA PENSYARAH :……………………………………………………………


KERTAS PENERANGAN

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS ETIKA PROFESIONALISME

SEMESTER SEMESTER 1 / TAHUN 1

NO. DAN TAJUK MODUL 1.0 PENGENALAN ETIKA PROFESIONAL

MENGENALPASTI KONSEP ETIKA, NILAI, MORAL,


KEBOLEHAN PROFESION DAN PROFESIONAL

PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:


1) MENGETAHUI KONSEP ETIKA PROFESIONAL.
OBJEKTIF MODUL 2) MEMBEZAKAN ETIKA, NILAI DAN MORAL.
3) MENJELASKAN HUBUNGKAIT ETIKA DAN AGAMA.

KOD KURSUS MPU2232

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 1


1.0 Pengenalan Etika Profesional

1.1 Pendahuluan

Secara umum, kajian tentang etika profesional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam
sesuatu bidang profesion dan tingkahlaku golongan profesional dalam masyarakat. Tidak
dapat dinafikan bahawa dalam tugas hariannya sebagai seorang profesional, mereka
berhadapan dengan masalah etika dan nilai yang sukar dan mencabar. Sehubungan itu, etika
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nilai dalam sesuatu profesion profesional.
Hal ini dapat dilihat dalam ekosistem perkhidmatan yang dikendalikan oleh para profesion
dalam bidang profesional seperti pegawai perubatan, polis, majistret, pegawai psikologi dan
para pekerja sosial (Sopian Brahim, 2017). Walaupun berlainan bidang atau berbeza etika
kerja tetapi asas-asas nilai yang digunakan adalah hampir sama dalam membentuk satu
akhlak atau moral seseorang profesional.

1.2 Menakrif Etika, Nilai dan Moral

Etika Profesional juga bertujuan mewujudkan Autonomi moral di kalangan profesional.


Autonomi moral bermaksud kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai
berdasarkan asas-asas nilai kemanusiaan. Hal ini dapat dilakukan dengan mempertingkatkan
kebolehan dan keperihatinan terhadap sesuatu situasi. Kemahiran ini penting dalam
menghadapi dilema moral, iaitu apabila timbul dua atau lebih obligasi dan hak yang
bertentangan.

Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang hak dan kewajipan
moral. Contohnya, nilai dan norma moral yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu
kelompok dalam mengatur tingkah lakunya.

Etika juga merupakan kumpulan asas atau nilai yang berkenaan dengan akhlak. Contohnya
ialah kod etika seperti “Etika Hospital”.

Selain itu, etika merupakan nilai tentang benar dan salah yang dianut suatu golongan atau
masyarakat. Contohnya, ilmu tentang baik atau buruk yang diterima dalam suatu
masyarakat.

Masyarakat mahukan profesional menjalankan kerja mereka dengan beretika. Ini timbul
disebabkan banyak amalan profesional dilihat tidak beretika dan ianya mendatangkan
mudarat kepada masyarakat dan profesion itu sendiri. Amalan tidak beretika boleh dilihat
sebagai satu kontinum. Daripada kesilapan yang tidak disengajakan seperti terlupa temu janji
dengan pelanggan hinggalah kepada pelanggaran undang-undang jenayah seperti
menggelapkan duit pelanggan atau mencuri.

Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk
bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. (Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991). Manakala Sopian Brahim(2017) menyatakan nilai
merupakan kepercayaan atau andaian mengenai apa yang diharapkan terbaik untuk
seseorang manusia. Nilai juga tidak boleh dibuktikan dan disiasat secara saintifik. Nilai

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 2


memberi kesan bagaimana kita menjalankan praktis. Kita memerlukan bantuan untuk
menjelaskan nilai seseorang dan adalah penting untuk memahami nilai-nilai yang dipegang.

Nilai juga bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian seperti pemikiran,
kemahiran dan sebagainya. Nilai juga boleh ditakrifkan sebagai satu konsep yang
mencerminkan pegangan, kepercayaan dan amalan seseorang individu dalam sesuatu
industri. Kerajaan Malaysia telah menggariskan kepentingan nilai kerja seperti amanah,
kejujuran, disiplin, bermoral tinggi dan sebagainya yang perlu dihayati oleh penjawat awam.

Moral dari segi bahasanya berasal dari perkataan Latin iaitu mores yang membawa maksud
adat dan kebiasaan. Kamus Dewan mendefinisikan moral sebagai ajaran atau pegangan
berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan atau kewajipan), sikap atau cara
berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi ketentuan baik buruk sesuatu akhlak.
Selain itu ia juga merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil.
Manakala dalam kamus Cambridge International Dictionary of English moral disebut sebagai
hal yang berhubung dengan standard kelakuan baik dan buruk, keadilan dan kejujuran yang
dipercayai oleh individu selain daripada undang-undang. Justeru moral merupakan
pengetahuan yang berkaitan budi pekerti manusia yang beradab dan moral juga merupakan
ajaran yang baik dan buruk sesuatu perbuatan dan kelakuan (akhlak).

1.3 Menerangkan Hubungan Etika dan Moral

Hubungan antara etika dan moral dapat dilihat melalui perbezaan dalam konsep etika dan
moral itu sendiri. Etika menerangkan tentang suatu ilmu yang membahas tentang bagaimana
dan mengapa seseorang mengikut suatu ajaran moral tertentu, atau bagaimana seseorang
mengambil sikap bertanggungjawab dengan pelbagai ajaran moral.

1.4 Menghubungkait Profesion dan Profesional

Secara umum, golongan profesional terdiri daripada mereka yang terlibat dalam profesion
tertentu seperti perubatan (doktor), perundangan (peguam), kejuruteraan (jurutera),
perakaunan atau audit (akauntan atau juruaudit), seni bina (arkitek), dan pengkomputeran
(pakar komputer).

Perkataan ‘profesion’ disinonimkan dengan pekerjaan. Pekerjaan yang menjadi profesional


dalam sesuatu profesion bermaksud seseorang itu menganggap profesionnya sebagai aktiviti
yang menjadi sumber pendapatan tetap. Maka timbullah gelaran pemain bola sepak
profesional, pelumba kereta profesional dan sebagainya. Hal ini berbeza daripada pemain
bola dan pelumba kereta amatur yang tidak mendapat pendapatan tetap.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 3


Konsep profesion dan profesional yang lebih tepat dan menyeluruh telah diutarakan oleh
beberapa orang penulis. Mengikut Martin dan Schiuzer (1996) dan Bayles (1981), perkataan
profesion dan profesional hanya boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu yang
memenuhi kriteria khusus seperti :

a) Ilmu Pengetahuan
Kerja atau tugas profesional memerlukan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan
mendalam dari segi ‘bagaimana’ dan ‘apa’ kemahiran yang perlu diketahui untuk
membuat sesuatu penilaian.
b) Latihan intensif dan berterusan
Pekerjaan seperti doktor, peguam atau jurutera perlu mengikuti kursus yang
menawarkan komponen intelektual di universiti selama beberapa tahun yang ditetapkan.
c) Perkhidmatan penting untuk masyarakat
Profesional memberikan perkhidmatan yang penting untuk masyarakat agar dapat terus
berfungsi. Contohnya, doktor bertanggungjawab atas hak kesihatan, peguam melindungi
hak seseorang, manakala seorang jurutera memastikan keselamatan dan kebajikan
awam.
d) Badan Profesional
Hampir semua bidang profesion yang mempunyai badan profesional tersendiri.
Contohnya, Doktor (Persatuan Perubatan Malaysia), Peguam (Majlis Peguam Malaysia),
Jurutera (Lembaga Jurutera Malaysia), Arkitek (Pertubuhan Arkitek Malaysia), Akauntan
(Institut Perakaunan Malaysia) dan sebagainya.
e) Pensijilan (pertauliahan)
Pengamal sesuatu profesion perlu mendapat sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh badan
profesional masing-masing.

Profesion juga boleh dilihat melalui pendekatan Sosio-ekonomi. Mengikut Friedson (1986),
status profesion ditentukan oleh pemerintah atau masyarakat. Profesionalisasi adalah satu
proses di mana pengeluar sesuatu perkhidmatan membentuk dan mengawal pasaran
perkhidmatan mereka. Mana-mana profesion yang telah diiktiraf hanya perlu memastikan
perkhidmatan mereka berkualiti dan memenuhi keperluan masyarakat dengan demikian
profesion tersebut akan mendapat ganjaran status sosial dan ekonomi yang tinggi.

Kesimpulannya profesion amat penting dalam sesebuah masyarakat di mana ia seharusnya


membantu untuk menstabilkan dan memastikan masyarakat berada dalam keadaan yang
sejahtera (Nash 2007). Sebagai ganjaran, masyarakat memberikan ganjaran status sosial dan
ekonomi yang tinggi kepada perkhidmatan yang mereka terima dari profesion. Walaupun
terdapat sebilangan kecil masyarakat yang memandang profesion dengan pandangan konflik,
pandangan fungsi dan kritikal adalah lebih dominan (Cervero 1988; Cervero & Wilson 2001).
Ini membuatkan profesion perlu meningkatkan perkhidmatan yang diberikan supaya ianya
lebih baik dan diamalkan secara beretika.

Profesional adalah merujuk kepada profesion individu sebagai suatu pekerjaan yang tetap
dan menghasilkan pendapatan utamanya. Profesionalisme pula adalah tahap kecekapan,
akauntabiliti dan tanggungjawab yang seharusnya didukung oleh seseorang profesional
tersebut. Ia juga dikaitkan dengan kesetiaan dan komitmen beserta tingkahlaku yang positif
MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 4
sehingga membawa kepada pencapaian matlamat organisasi dan yang paling utama ia adalah
suatu obligasi atau kewajipan dan suatu orientasi bagi perkhidmatan (professional obligation
and service orientation). Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan, permintaan dan
kebajikan pengguna atau masyarakat.

Perkataan profesionalisme berasal daripada kata dasar iaitu profesion yang bermaksud
pekerjaan yang memerlukan latihan khas dan kemahiran yang tinggi. Profesionalisme juga
membawa maksud sifat-sifat kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu perkara
dilakukan oleh seorang profesional.

Manakala Evetts (2013) menerangkan bahawa profesionalisme sebagai satu konsep penting
dalam sosiologi kerja, pekerjaan, profesion dan organisasi. Bagi Evetts (2013), kelayakan
profesionalisme memerlukan profesional yang amanah, meletakkan pelanggan sebagai
keutamaan, menjaga kerahsiaan dan tidak menggunakan pengetahuan mereka untuk tujuan
peribadi. Nilai-nilai ini adalah penting dalam melaksanakan kerja kes di lapangan. Evetts
(2013) juga mendakwa peringkat awal ahli-ahli teori sosiologi profesion Amerika juga
membangunkan tafsiran yang sama dan sekali lagi konsep utama yang ditekankan ialah nilai
pekerjaan profesionalisme berasaskan kepercayaan, kecekapan, identiti pekerjaan yang
kukuh dan kerjasama. Profesion mewujudkan dan mengekalkan nilai-nilai profesional yang
berbeza atau kewajipan moral (contoh kod etika) yang menghalang persaingan yang
berlebihan dengan menggalakkan kerjasama serta penghargaan dan kepuasan dalam
prestasi kerja sebagai satu bentuk pengawal seliaan dalaman diri individu.

1.5 Menghubungkait Etika dan Agama

Etika dan kepercayaan agama mempunyai kaitan yang positif. Agama diturunkan untuk
mendorong kehidupan manusia menjadi lebih sempurna dan mengawal manusia daripada
terus terjerumus ke lembah kejahatan. Agama tidak dicipta atau memaksa satu sistem etika
yang baru dan berbeza daripada yang telah sedia diamalkan oleh manusia. Fungsinya adalah
untuk mengukuh dan memantapkan lagi sistem etika dan nilai yang telah sedia wujud.

Ternyata sistem etika dipengaruhi oleh agama. Dari segi sejarahnya nilai-nilai dan sistem
etika dikaitkan dengan kepercayaan agama. Etika dan agama boleh dilihat dari sudut
psikologi. Dalam konteks ini agama menjadi pendorong kuat untuk seseorang itu melakukan
tindakan yang beretika. Hal ini kerana amalan untuk beretika itu dikaitkan dengan soal
keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan. Bertambah kuat lagi dengan adanya konsep dosa
atau pahala, syurga atau neraka dan kehidupan selepas mati.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 5

Anda mungkin juga menyukai