Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH 3
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA KURSUS UFE 1113 ASAS EKONOMI

SEMESTER 1

NO DAN TAJUK 3 WANG DAN BANK

STANDARD 3.1 Menjelaskan konsep wang

PEMBELAJARAN 3.2 Menerangkan jenis-jenis bank

3.1 Menjelaskan konsep wang

3.1.1 Memberikan definisi wang

3.1.2 Menerangkan ciri-ciri wang
3.1.3 Menjelaskan fungsi wang

3.2 Menerangkan jenis-jenis bank

3.2.1 Menerangkan bank pusat

TUJUAN i. Mendefinisikan bank pusat
ii. Menerangkan fungsi-fungsi bank pusat

3.2.2 Menerangkan bank perdagangan

i. Mendefinisikan bank perdagangan
ii. Menerangkan fungsi-fungsi bank perdagangan

3.2.3 Menerangkan perbezaan bank pusat dan bank

perdagangan
NO KOD UFE 1113

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

OBJEKTIF AM
Pelajar dapat mengetahui bagaimana wang dan bank wujud serta berperanan dalam sesebuah
ekonomi
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
• Mendefinisikan wang
• Mengenalpasti fungsi-fungsi utama wang
• Mengenalpasti permintaan terhadap wang dan keseimbangan pasaran wang
• Mendefinisikan bank pusat dan peranan bank pusat
• Mendefinisikan bank perdagangan dan menenalpasti fungsi-fungsinya.
• Menerangkan perbezaan bank pusat dan bank perdagangan

3.1 Menjelaskan konsep wang

3.1.1 Memberikan definisi wang

Wang boleh didefinisikan sebagai benda-benda yang diterima oleh orang ramai sebagai alat
pertukaran di antara barang-barang dan perkhidmatan dalam urusniaga jual beli. Wang
diperkenalkan oleh manusia untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem
ekonomi barter.

Sistem ekonomi barter adalah ekonomi di mana manusia menukarkan barang-barang yang
dimiliki secara langsung untuk memperolehi barang-barang yang dikehendaki. Dalam ekonomi
moden, kehendak manusia adalah berbagai dan kegiatan perdagangan dijalankan di dalam dan
di luar negeri. Oleh itu, sistem ekonomi barter mempunyai banyak kelemahan jika dipraktikkan
dalam masyarakat moden.

3.1.2 Menerangkan ciri-ciri wang

Sejak dahulu lagi, berbagai jenis barang telah digunakan sebagai wang. Bijih timah, emas dan
perak merupakan benda yang paling luas digunakan sebagai alat pertukaran. Walau
bagaimanapun, sesuatu benda yang dianggap sebagai wang yang baik harus mempunyai sifat-
sifat berikut:

a) Diterima umum

Benda yang dianggap sebagai wang haruslah diterima oleh orang ramai sebagai alat pertukaran.
Bila masyarakat sanggup menerima sesuatu benda sebagai wang, barulah ia boleh berfungsi
sebagai alat perantaraan pertukaran.

b) Mempunyai nilai yang stabil

Benda yang dianggap sebagai wang mestilah mempunyai nilai yang stabil. Benda-benda yang
nilainya mengalami turun naik yang hebat tidak akan diterima oleh orang ramai kerana ia
menimbulkan masalah ekonomi dan sosial.

2
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

c) Mudah dibawa dan dikenali

Benda yang dianggap sebagai wang mesti boleh dibawa dengan mudah dan dapat dipindah
tangan dengan mudah. Selain itu, benda tersebut juga mesti dapat dikenalikan oleh orang ramai
dan sukadipalsukan.

d) Penawaran yang terhad

Benda yang dianggap sebagai wang mestilah mempunyai penawaran yang terhad supaya dapat
menjamin nilainya. Jika penawarannya adalah tidak terhad, maka benda tersebut dapat diperolehi
dengan mudah. Jadi, nilainya akan turun. Bagaimanapun, jumlah penawarannya tidak boleh
terlalu kurang kerana akan menyebabkan kehendak-kehendak orang ramai tidak dapat dipenuhi.

e) Tahan lama

Benda yang dugunakan sebagai wang mestilah tahan lama. Ini menjaminkan nilai benda tersebut
tidak mudah berubah menerusi masa dan dapat disimpan dengan lama.

3.1.3 Menjelaskan fungsi wang

a) Sebagai alat perantaraan untuk penukaran

Dengan penggunaan wang, individu boleh membeli segala barang yang diingini dengan
menggunakan wang. Ini bermakna penggunaan wang membolehkan pengaliran barang dan
perkhidmatan secara langsung daripada pihak pengeluar kepada pengguna. Jadi, peranan wang
sebagai alat perantaraan memudahkan pertukaran dan melicinkan perniagaan.

b) Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun

Dengan penggunaan wang, nilai barang dapat dihitung dengan mudah. Nilai barang dinyatakan
dalam bentuk harga. Jadi, nilai barang-barang dan perkhidmatan yang berlainan dapat dibanding
dalam sebutan harga. Pengunaan wang juga membolehkan nilai berbagai barangan dicampurkan.
Hal ini membantu individu mencatatkan urusan pertukaran.

c) Sebagai ukuran bayaran tertunda

Banyak urusniaga dalam ekonomi moden dilakukan secara kredit atau secara bayaran tertunda.
Urusniaga tersebut membolehkan para pembeli memperolehi barangan terlebih dahulu dan
membayarnya pada masa yang akan datang. Urusniaga memerlukan wang sebagai ukuran
bayaran tertunda. Ini adalah kerana sifat-sifat wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang
stabil. Wang membolehkan urusniaga secara kredit dijalankan antara para penjual dan para
pembeli.

d) Sebagai alat penyimpan nilai

3
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

Sifat wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil membolehkan wang berperanan
sebagai penyimpan nilai yang baik. Wang dapat disimpan dengan mudah dan tidak memerlukan
ruang yang luas. Selain itu, wang juga boleh disimpan dalam bentuk deposit tabungan dan
deposit tetap untuk memperolehi kadar bunga.

JENIS-JENIS WANG

1) Wang sah
Wang sah adalah wang yang sah diterima oleh penduduk dalam sesebuah negara. Ringgit dan duit
syiling adalah wang sah di Malaysia. Ringgit Malaysia adalah wang sah yang tidak terhad. Duit
syiling adalah wang sah yang terhad.

2) Wang biasa
Wang biasa adalah wang negara lain yang diterima oleh penduduk sesuatu negara. Sebagai contoh,
dolar Brunei diterima oleh penduduk Malaysia sungguhpun ia bukan wang sah. Jadi, dolar Brunei
dianggap sebagai wang biasa di Malaysia.

3) Wang tanda
Wang tanda adalah wang yang nilai mukanya melebihi nilai logamnya. Contoh wang tanda di
Malaysia ialah duit syiling. Duit syiling mempunyai nilai muka yang lebih dari nilai logamnya.

4) Wang bernilai penuh

Wang bernilai penuh adalah wang yang nilai logamnya sama dengan nilai mukanya. Di Malaysia,
oleh kerana nilai muka duit syiling adalah melebihi nilai logamnya, maka duit syiling bukan wang
bernilai penuh.

JENIS-JENIS WANG DI MALAYSIA

Duit syiling dan wang kertas

Rajah 1 : Duit Syiling lama dan baru

4
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

✓ Di Malaysia, duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Bank Negara.
✓ Duit syiling yang ada dalam ekonomi mempunyai nilai muka 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan
RM 1.00.
✓ Jenis nilai yang lebih besar seperti RM5, RM10, RM20, RM100 dan RM500 merupakan
keluaran khas, terutamanya bagi tujuan peringatan.
✓ Wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara mempunyai nilai RM1, RM5, RM10, RM20,
RM50, RM100, RM500 dan RM1000.
✓ Duit syiling dan wang kertas juga disebut wang flat kerana diisytiharkan sebagai wang dan
diterima oleh orang ramai dengan penuh keyakinan.

Rajah 2: Wang Kertas lama

Rajah 3 : Wang Kertas Baru (sekarang)

Deposit semasa bank

✓ Deposit semasa bank juga dikenali sebagai wang dalam ekonomi moden.
✓ Malalui deposit semasa bank, cek bileh digunakan untuk membuat pembayaran.
✓ Deposit semasa bank boleh juga ditukarkan kepada wang tunai pada bilai-bila masa.
✓ Oleh sebab itu, ia dianggap sebagai wang.
✓ Deposit tabungan dan deposit tetap tidak boleh dipindah tangan melalui cek. Oleh itu, ia tidak
dianggap sebagai wang.

5
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

Rajah 4 : Contoh deposit semasa

3.2 Menerangkan jenis-jenis bank

3.2.1 Menerangkan bank pusat

Mendefinisikan bank pusat

Badan kewangan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan operasi kewangan kerajaan
dan mengawal kestabilan aktiviti institusi-institusi kewangan yang wujud dalam ekonomi.

Bank pusat di Malaysia ialah bank negara Malaysia yang telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959
di bawah ordinan Bank Pusat.

Bank pusat di Malaysia ialah Bank Negara Malaysia (BNM). Ia ditubuhkan dan dimiliki oleh
kerajaan untuk melaksanakan dasar kewangan negara . Bank pusat menyediakan perkhimatan
kepada kerajaan dan bank perdagangan.

Menerangkan fungsi-fungsi bank pusat

1) Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling
2) Bank kepada kerajaan
3) Mengawal aktiviti-aktiviti bank perdagangan dan badan kewangan yang lain
4) Menjalankan dasar kewangan
5) Menjamin kestabilan pertukaran

6
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

3.2.2 Menerangkan bank perdagangan

✓ Institusi kewangan milik pihak swasta.

✓ Ditubuhkan untuk mencari keuntungan.
✓ Dikawal oleh Bank Negara.
✓ Institusi kewangan yang paling banyak dan penting di Malaysia

Fungsi bank perdagangan termasuk:

7
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

3.2.3 Menerangkan perbezaan bank pusat dan bank

Perdagangan

Bank Perdagangan Aspek Perbezaan Bank Pusat

• Menjadi jurubank kepada orang Fungsi • Menjadi jurubank kepada
awam kerajaan dan menyediakan
• menjalankan perkhidmatan perkhidmatan kepada kerajaan
untuk kepentingan orang awam • Menyimpan dan membayar bagi
pihak kerajaan
Dimiliki oleh pihak swasta dalam Milikan Tunggal Dimiliki oleh pihak kerajaan
bentuk syarikat berhad
Memperoleh untung yang Menjalankan dasar-dasar kerajaan
maksimum Tujuan penubuhan bagi menjamin kestabilan dan
perkembangan ekonomi
Tidak mempunyai kuasa Mempunyai kuasa mutlak untuk
menerbitkan mata wang negara Menerbitkan mata menerbitkan dan mengedarkan mata
wang wang negara
Tidak menyediakan rumah Rumah penjelasan Menyediakan kemudahan Rumah
penjelasan cek cek Penjelasan Cek untuk menjelaskan
cek-cek antara bank perdagangan
Perlu mematuhi dasar-dasar yang Menggubal dan mengawasi dasar-
ditetapkan oleh bank pusat Dasar dasar yang ditetapkan bagi
mempengaruhi operasi serta aktiviti
bank perdagangan
Tidak berhak menetapkan kadar Menetapkan kadar bunga yang
bunga tetapi mesti mematuhi kadar Kadar bunga boleh dikenakan oleh bank
bunga yang ditentukan oleh Bank perdagangan
Pusat

Soalan Pengukuhan

1. Nyatakan lima ciri wang yang baik.

..............................................................................................................................................................

(5 markah)
8
UFE 1113 Asas Ekonomi Wang dan Bank

2. Gambar di bawah menunjukkan iklan komputer daripada Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.

Terangkan fungsi wang dalam iklan tersebut.

..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
(4 markah)

Rujukan :

1. http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2012/09/wang-dan-bank.html

2. http://www.smkttdi.edu.my/smkttdi/images/stories/downloads/ekon/bab6_wangdaninstitusi.
pdf

3. http://blogcikguanis.blogspot.my/2012/07/fungsi-bank-pusat.html

4. https://nashnote.wordpress.com/2012/05/17/institusi-kewangan-bank-perdagangan/

Anda mungkin juga menyukai