Anda di halaman 1dari 9

SOALAN 1

PENDAHULUAN

Hasil karya tulisan oleh Susan Basneet menerusi bukunya yang berjudul Critical Introduction
of Comparative Literature yang mana telah diterjemahkan oleh Shamsudin Jaafar (1990),
Dewan dan Pustaka menjadi sumber rujukan utama dalam penghasilan kajian analisis ini.
Menerusi karyanya, Susan Basneet telah menggariskan beberapa perkara utama berkaitan
kesusasteraan bandingan. Yang mana, beliau menggariskan sastera bandingan ini melibatkan
kajian teks yang mendalam iaitu ianya merentasi budaya, disiplin ilmu, kaitan pola hubungan
antara ruang dan masa. Lebih tepat, sastera dunia, sastera nasional dan sastera bandingan
memiliki kaitan antara satu sama yang lain. Masing-masing memiliki identiti yang tersendiri
namun ketiga-tiga genre kesusasteraan ini saling melengkapi satu sama lain.

Apakah itu sastera bandingan? Kesusasteraan bandingan wujud apabila terdapat hubungan
antara ilustrasi. Contohnya didalam sesuatu teks terdapat sesuatu peristiwa,yang mana kadang
kala para pembaca tidak mendalami episod peristiwa tersebut sehinggalah pembaca membaca
atau mengalami episod yang sama dalam teks yang berlainan. Maka disitu wujudnya
hubungan antara ilustrasi yang menceritakan cerita tersebut dengan lebih mendalam. Maka
dalam kesusasteraan bandingan ini para pembaca boleh mengasimilasikan teks yang merentas
budaya, politik dan sosial. Pemahaman para pembaca juga lebih mendalam tentang sesuatu
isu atau situasi yang dipotretkan dalam karya tersebut.

Asal usul serta perkembangan kesusasteraan bandingan ini bermula pada abad ke-19
sehinggalah masa sekarang. Tahukah anda bahawa zaman pasca modenisasi iaitu pada
penghujung abad ke 20 masih wujudnya perdebatan hangat antara penulis-penulis terkemuka
dunia mengenai objektif capaian kesusasteraan bandingan ini? Bermula di Perancis sejak
tahun 1827, penulis yang bernama Abel Villemain yang mula-mula mempelopori sastera
bandingan dengan mengutarakan asas-asas dan ruang lingkup kajian bagi sastera jenis ini.
Manakala perkembangan sastera bandingan ini di Amerika digalas oleh penulis yang bernama
Charles Mills Gayley. Dimana beliau menyatakan bahawa kesusasteraan bandingan ini adalah
suatu medium pemikiran yang jelas, satu persembahan karya yang merangkumi semua asoek
kehidupan manusia. Tidak wujud konflik antara pengaruh sosial individu, agama,
kepercayaan ,suku kaum, sosio ekonomi, budaya, bahasa mahu pun sejarah. Hal ini wujud
kerana wujudnya keperluan bersama serta tuntutan manusia yang lahir daripada pemikiran

1
bersama secara fisiologi dan psikologi yang patuh pada undang-undang yang sama berkaitan
era kemanusian itu sendiri.

PERBINCANGAN

Bagi mengelakkan kekeliruan, para penganalisis sastera bandingan ini mestilah memahami
intipati hasil karya sastera nasional, sastera dunia serta sastera bandingan itu sendiri. Intipati
utama dalam sastera nasional ini adalah sentimen nasionalisme dalam karya itu sendiri. Ianya
suatu sastera yang yang menghubungkan politik sesuatu bangsa itu. Contohnya karya Gadis
Pantai hasil nukilan Pramoedya Ananta Toer yang memaparkan politik masyarakat Indonesia
pada zaman penjajahan Belanda. Manakaladalam karya sastera dunia pula ianya lebih kepada
masa/waktu (time frame) karya tersebut dihasilkan. Sebagai contoh, karya A.Samad Said,
Salina yang telah pun diterjemahkan kepada tiga bahasa lain di dunia. Kesusasteraan
bandingan pula lebih mengutamakan kajian sastera yang membandingkan dua atau lebih hasil
nukilan dalam lingkungan demo-geografi yang berlainan. Maka akan lahir hasil perbezaan
dan persamaan antara karya sastera yang dikaji tersebut.

Sejarah perkembangan disiplin ilmu sastera bandingan ini juga hebat diperdebatkan antara
cendiakawan-cendiakawan sastera kerana timbulnya kekeliruan dalam menentukan takrif
sebenar bagi bidang ilmu ini. Dalam aliran Perancis, sastera bandingan ini ditakrifkan sebagai
ilmu bandingan antara dua atau lebih kesusasteraan untuk memperlihatkan persamaan serta
perbezaan yang wujud antara karya. Maka dengan itu, lahirlah satu antologi Perancis pada
tahun 1861, yang bertajuk Cours de Literature Compare khas untuk kesusasteraan bandingan
ini. Kesusasteraan bandingan ini mula digunakan dalam tahun 1920-an dan 1930-an di
Perancis dalam karya-karya tempatan yang mana corak pemikiran (empirikal) ditekankan
kepada bandingan antara dua karya sastera yang bertunjangkan sosio budaya serta pencarian
pengaruh asal-usul.

Manakala Matthew Arnold telah menterjemahkan antologi ini ke bahasa Inggeris, yang mana
ia merujuk kepada kesusasteraan bandingan yang diyakini melibatkan pertimbangan lebih
daripada satu kesusasteraan yang telah tersebar di benua Eropah pada awal abad ke-20.
Konsep sastera bandingan di Perancis ini melibatkan perbezaan lebih daripada satu karya.
Konsep ini juga bertunjangkan kepada ilmu sains yang melibatkan perbandingan sebagai
suatu kaedah pengesahan suatu hipotesis. Dalam ucapan Fhilarete Chasles, beliau memberi

2
takrifan terhadap objek kajian sastera bandingan yang mana ia lebih kepada persoalan
pengaruh di Eropah khususnya tarikan antara England dan Perancis. Di Perancis ianya lebih
bertenaga,di Jerman lebih kepada teologikal, di Itali lebih kepada kesenian budaya, manakala
di Sepanyol dan England lebih mengutamakan pengaruh keagamaan. Secara keseluruhannya,
gabungan kesemua pengaruh ini telah mencorakkan perkembangan kesusasteraan bandingan
di benua Eropah.

Dalam pada itu, bagi aliran di Amerika pula, perkembangan sastera bandingan ini lebih
berpandangan luas dan mengutarakan perbandingan antara bahan-bahan sastera bersama nilai-
nilai psikologi, sosiologi ,kesenian, muzik, falsafah, sosio-politik dan sebagainya. Maka
dengan itu, wujud perbezaan besar antara kedua-dua aliran ini. Kesusasteraan ini merupakan
pandangan umum tentang bidang sastera yang meliputi ekologi manusia, rangkuman dunia
budaya secara menyeluruh, suatu pandangan persuratan dunia dan sebagainya.

Objektif utama kajian sastera bandingan di benua Amerika adalah lebih disulami dengan
nilai-nilai tradisi yang mana gaya kesarjanaan ini makin luput ditelan zaman. Para karyawan
beranggapan bahawa hasil nukilan mereka adalah yang terbaik dan tidak layak untuk
dijadikan bahan kritikan atau dibandingankan dengan mana-mana karya lain oleh mana-mana
pihak sekali pun. Pada tahun 1975, Jonathan Culler cuba menggabungkan nilai-nilai
strukturalisme formalisme Perancis dengan persektif kritikan Amerika. Beliau mendapati
bahawa linguistik adalah model hebat atau lapangan ilmu yang hebat untuk menerapkan nilai-
nilai kemanusiaan dan ilmu sosial.

Dalam pemikiran tradisional, karyawan mengabadikan dirinya sendiri dalam karya


nukilannya. Ia banyak mengutarakan pengalaman-pengalaman yang menarik. Maka dengan
itu, diri penulis itu sendiri menjadi intipati penting dalam kewujudan karyanya. Manakala
bagi strukturalis pula, pengarang tidak memiliki impak dalam hasil nukilannya. Strukturalis
juga mengabaikan pernyataan sejarah yang berpandukan kepada perubahan dan pembaharuan.

KESIMPULAN

Kemuculan ilmu sastera bandingan ini di Perancis serta Amerika banyak membuka peluang
kepada para pengkaji sastera untuk melakukan perbandingan dari sudut perbezaan serta
persamaan antara sesebuah karya bertemakan nasional mahupun dunia. Oleh itu, sastera
memang memiliki kuasa untuk memaparkan sesuatu kebenaran tentang sesebuah kehidupan
secara menyeluruh dan ianya bersifat kekal. Maka dengan itu, para pengkaji boleh

3
menumpukan perhatian kepada merangka model serta hipotesis yang mengutarakan kesan-
kesan yang wujud dari adat kesusasteraan serta persamaan dan perbezaan yang hadir bersama.

Maka dengan itu, walau apa bentuk sastera yang digunakan pun, ianya masih merupakan
salah satu model untuk menyuarakan pandangan, penilaian, pemikiran serta harapan sesebuah
masyarakat itu.

4
SOALAN 2

PENDAHULUAN

Asal usul perkataan teori ini berasal dari perkataan Yunani iaitu “therio” yang mana ia
membawa pengertian maksud iaitu pandangan. Dalam bahasa Latin ia digambarkan dengan
perkataan seperti Contemplation, Speculation and Mental View. Manakala dalam kamus
Dewan (edisi ke-4) teori dimaksudkan sebagai pendapat atau pandangan. Pengertian yang
diberikan adalah “pandangan atau pendapat” yang diberikan ini tidak dapat dibuktikan
kesahihannya dalam menjelaskan sesuatu prinsip, perkara, isu atau hal itu. Maka teori cuma
kekal sebagai pandangan berdasarkan beberapa intipati atau dapatan kajian sahaja. Maka ia
tidak boloeh diangkat sebagai sumber utama dalam pembentukan sesuatu dasar atau
perkembangan sesuatu pengetahuan.

Dalam kita mengupas teori sastera ini, ia menjadi sangat penting bagi perkembangan dalam
lapangan ilmu kesusasteraan ini kerana ia adalah lebih bersifat global pada masa sekarang.
Hal ini kerana kemunculan karya-karya dari Timur-Barat serta Nusantara yang mana
pengertian lebih dinamik diberikan kepada perkembangan penulisan karya sastera itu sendiri.
Ini adalah kerana sebelum ini, pengertian teori sastera lebih bersifat kebaratan yang mana
sudut pandangan lebih sempit berbanding pasca era moden. Pandangan dan anggapan bahawa
teori merupakan sesuatu yang tidak pratikal serta mengutarakan kenyataan yang tidak relevan
adalah kurang tepat kerana pandangan manusia berpijak kepada pengalaman serta fahaman
tertentu sahaja. Ahli sains berpendapat bahawa, teori yang diutarakan adalah atas fenomena
impiris atau gejala konkrit dalam kehidupan manusia. Maka dengsn itu, wajat kita memahami
teori serta kepentingannya khususnya yang bersangkut paut dengan bidang kesusasteraan ini.

Wujud juga perbezaan antara istilah teori kesusasteraan dengan sejarah kesusasteraan. Perkara
ini timbul kerana pendekatan yang digunakan adalah berbeza dalam penganalisisan
kesusasteraan itu sendiri. Maka dapat kita katakan yang teori kesusasteraan adalah lebih
kepada kajian mengenai prinsip-prinsip kesusasteraan, kategori, kriteria dan yang seangkatan
dengannya. Selain itu, teori kritikan kesusasteraan dan teori sejarah kesusasteraan juga
termasuk dalam kategori ini. Maka disini kita dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga teori ini
memiliki hubungan antara satu sama yang lain.

Maka secara amnya, kita dapat katakan yang kritikan dalam sejarah kesusasteraan ini tidak
akan ada tanpa wujudnya isu, persoalan, konsep yang berbeza, pengertian berlainan dan

5
permasalahan umum. Maka kritikan terhadap kesusasteraan ini tetap akan wujud dalam
peredaran masa.

PERBINCANGAN

Berbalik kita kepada pendapat sesetengah karyawan yang mengagungkan hasil nukilan
mereka yang mana hasil karya mereka tidak sepatutnya diukur kualitinya dengan karya lain
atau pun dikritik oleh sesetengah pihak adalah lebih bersifat keegoan dan sebilangan kecil
sahaja dari karya sastera yang luas.Menurut dapatan, pola kajian kesusasteraan bandingan ini
lebih bercorak Eurocentrik dan ianya memberi tumpuan kepada hasil karya dari kesusasteraan
Perancis, Inggeris dan Jerman sahaja. Maka boleh disimpulkan pola tersebut memiliki impak
yang besar di kalangan pengkaji kesusasteraan secara amnya.

Dalam pada itu, apabila kesusasteraan bandingan ini mula tergugat di barat, kajian
kesusasteraan bandingan ini mula bertapak dengan pesat di negara-negara dunia ketiga dan di
timur jauh seperti di India, China,Taiwan,Korea dan Jepun serta beberapa negara asia yang
lain. Contoh yang paling ketara ialah perkembangan kesusasteraan bandingan di India. Yang
mana impak yang diberikan oleh kesusasteraan ini melahirkan reformasi nasional sehingga
membawa kepada pembaharuan pemikiran masyarakat terhadap penjajahan Inggeris di India.
Dalam masa yang sama, sastera bandingan ini juga mencorakkan kritikan feminin dalam
budaya India yang lebih berorientasikan kaum lelaki. Maka sifat eurosentrik kesusasteraan
bandingan mula mencorakkan paradigma baru dalam reformasi pemikiran masyarakat dalam
kehidupan sosial masyarakat pada zaman tersebut.

Selepas itu, kesusasteraan bandingan ini mula merebak keluar dari benua Eropah dan Amerika
yang mana sifat eurosentrik mulai pudar dengan kehadiran kesusasteraan baharu (Emergent
Literature) dan kesusasteraan pascakolonial. Karya nukilan dari Edward Said yang berjudul
Orientalism (1978), sebenarnya telah menghancurkan eurosentrik ini dan ia telah membuka
jalan kepada kesusasteraan bandingan yang baru dari karya-karya berasal dari Timur-Barat.
Maka dengan itu, kesusasteraan yang tidak terikat dengan perbandingan dari Barat kini
dikenali sebagai kesusasteraan bandingan yang baharu. Dalam pada itu, kehadiran Perang
Dunia Kedua memungkinkan perkembangan politik yang baru dalam norma yang baru.
Kebanyakan negara cuba membebaskan diri daripada penjajahan baik yang berupa politik,

6
kebudayaan, bahasa serta ekonomi. Ini adalah kerana penjajahan cuma meninggalkan kesan
buruk terhadap masyarakat sesuatu negara itu.

Manakala, teori pasca-modenis juga menilai kembali peranan para pembaca. Kesusasteraan
pasca-kolonial yang berkembang sekitar awal tahun 1990-an membariskan karya seperti The
Empire Writes Back-Theory and Practice in Post Colonial Literature (Edward Said)
memperkenalkan konsep pasca kolonial yang sesuai untuk kritikan silang budaya. Sebelum
tahun 1990-an, secara amnya kita dapat katakan yang hasil karya-karya daripada negara-
negara tertentu sahaja mendapat perhatian para pengkaji kesusasteraan bandingan, seperti
kesusasteraan Jerman, Perancis dan Inggeris sahaja.Karya-karya dari penulis seperti Ernest
Hemingway, Irish Murdoch, Angela Carter, Francois Sargan dan sebagainya menjadi sumber
rujukan serta penilaian.

Setelah kehadiran Emergent Literature, penulis-penulis dari benua Afrika mula mendapat
tempat dipersada antarabangsa dan mula dikagumi hasil nukilan mereka. Antara penulis dari
benua Afrika yang dikagumi adalah seperti Chinua Achebe berasal daripada Nigeria, terkenal
dengan hasil karya beliau yang bertajuk “Things Fall Apart”,“No Longer at Ease” serta
“Arrow of God”. Kebanyakan hasil karya beliau berpusar kepada penjajahan dan semangat
nasionalisme. Pada pertengahan tahun 1950-an dan 1960-an, banyak negara mendapat
kemerdekaan daripada pihak imperalis barat khususnya British, Belanda serta Perancis yang
mana ini membuka ruang dan peluang kepada perkembangan kesusasteraan bandingan
dengan hebat. Pelbagai genre karya sastera mula dihasilkan antaranya sastera berbaur
kenegaraan, idealisme kesamarataan antara jantina, sastera budaya dan sebagainya. Di Barat
pula,mucul pelbagai jenis sastera yang ditaja oleh kumpulan minoriti etnik untuk
menyuarakan pandangan serta budaya meraka kepada pembaca umum. Kewujudan sastera
pelbagai jenis ini mula mencabar nilai dan konvensi dominan selama ini. Dalam pada itu,
kewujudan karya-karya yang berunsur peristiwa atau sejarah berupaya mengutarakan objektif
karya tersebut sehingga mendapat pengiktirafan tertinggi di kalangan para karyawan. Para
karyawan melihat hasilan karya-karya menerusi skop yang luas merentasi objektif asal karya
itu sendiri. Justeru ianya mendapat penghargaan sehinggakan dijadikan simbol atau contoh.

KESIMPULAN

Sedar atau tidak masa telah mengubah segala-galanya. Kini bidang kesusasteraan telah
banyak melalui proses transformasi yang agak rumit. Disiplin ilmu yang didokong asalnya
kini makin pudar ditelan zaman berikutan kewujudan genre-genre baru dalam dunia sastera.

7
Pelbagai jenis aliran pemikiran kini wujud dan silih berganti mewujudkan satu situasi yang
agak membimbangkan. Kewujudan fenonema baru ini sering dirujuk sebagai dekonstruksi
yang mana ianya meninggalkan amalan tradisi penulisan dan bergerak ke arah sesuatu yang
tidak konkrit. Perkara ini menimbulkan rasa keraguan yang mana usaha pencarian maksud
sebenar disebalik penulisan itu sendiri masih samar-samar. Wujudnya banyak genre yang kita
masih boleh persoalkan fahaman yang cuba diutarakan oleh penulis.Yang menjadi intipati
cuma adalah kekuatan teks itu sendiri,manakala nilai-nilai kemanusiaan sendiri makin terabai.

Aliran baru ini dilahirkan oleh tokoh-tokoh yang mengasimilasikan pemikiran gaya lama
penulisan kearah pemodenan dalam bidang ini. Merekalah yang melahirkan pemikiran
dekonskruktif ini dalam era moden yang mana memungkinkan kewujudan gaya pemikiran
aliran baru ini. Sumbangan tokoh-tokoh ini amat besar dan dikagumi juga.

RUJUKAN

Awang bin Ahmad, 1989, Pengantar Sastera Lama Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Brunei.

Hashim Awang dkk, 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya, Selangor.

Hashim Awang, 1996, Etika dalam Kritikan Sastera, dlm Dewan Sastera, hal.32, Februari,
Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1999, Pengajian Melayu 4:
Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Mat Jani Hassan, 1998, Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Longman Malaysia Sdn.
Bhd., Selangor.

Muhammad Abdul Latiff, 1980, Suatu Pengenalan Sejarah Kesusasteraan Melayu Brunei,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Munir Ali, 1990, Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik, FLO Enterprise Sdn. Bhd., Petaling
Jaya.

Muslim Burmat, 1992, Bunga Rampai Sastera Rakyat Brunei Jilid IB, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Brunei.

8
Rozaiman Makmun, 2000, Kesusasteraan Klasik Brunei Gambaran Masyarakat Brunei Masa
Lalu, dlm Pangsura, Jilid 6, Bil. 11, hal 43 Julai-Disember.

Anda mungkin juga menyukai