Anda di halaman 1dari 2

JMK 419

ARAHAN TUGASAN 2

(A) Pelajar dikehendaki menjawab 2 (dua) soalan sahaja.


(B) Tugasan ini hendaklah disiapkan secara INDIVIDU dan jawab dalam Bahasa Melayu.
(C) Tugasan ini akan menyumbang 30% dari keseluruhan markah kursus.
(D) Halaman kulit tugasan (cover page) TIDAK disediakan dalam portal. Pelajar perlu
menyediakan sendiri halaman kulit luar tersebut dengan mencatatkan maklumat-maklumat
seperti nama pelajar, nombor matrik dan nombor soalan.
(E) Tugasan hendaklah ASLI yakni yang dihasilkan sendiri oleh pelajar.
(F) Panjang tugasan adalah tidak melebihi 1,000 patah perkataan (tidak termasuk nota kaki dan
buku rujukan) dengan langkau satu menggunakan font Time New Roman bersaiz 12.
(G)Tugasan akan diimbas menggunakan ‘turnitin’ <http://turnitin.com/>; oleh pengurus kursus
untuk mengesan sebarang unsur-unsur plagiarisma.
(H) Pelajar yang terlibat dengan PLAGIARISMA akan DIGAGALKAN [Gred F] dalam kerja
tugasan mereka.
(I) Setiap jawapan yang dikemukakan hendaklah dalam bentuk huraian esei BUKAN dalam
bentuk nota ringkas atau isi penting (point-form).
(J) Tidak perlu ada catatan penghargaan. Namun catatan nota kaki dan senarai rujukan yang
minimum dibenarkan. Gaya nota kaki dan senarai rujukan perlu seragam mengikut gaya
penulisan ilmiah. 
(K) Tugasan hendaklah diserahkan secara dalam talian (online) SAHAJA dalam bentuk MS
Word atau pdf melalui e-Tugasan dalam portal selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari
pada 7 JULAI 2020.
(L) Hanya satu (1) kali penghantaran dibenarkan oleh sistem. Pastikan pelajar menyemak
dengan teliti sebelum menekan butang ‘submit’ dalam sistem.
(M) Serahan selepas tarikh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN dan akan diberi Gred ‘F’.
Jawab DUA (2) soalan sahaja

1. Where Shall We Go This Summer? karya Anita Desai menggambarkan persoalan


ilusi berkonflik dengan realiti.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan makna simbolik Pulau Manori dalam
hidup watak utama bernama Sita.
(25 markah)

2. Tokong yang indah dalam The Temple of the Golden Pavilion melambangkan
dunia yang mengejar keindahan dan kesempurnaan. Mengapakah hal ini
berkonflik dengan psikologi watak utama novel tersebut? Bincangkan.
(25 markah)

3. Huraikan perkaitan antara hal kenegaraan dengan konflik antara tiga orang watak
utama, iaitu Linh, Nguyen dan Tran dalam Beyond Illusions karya Duong Thu
Huong.
(25 markah)

Anda mungkin juga menyukai