Anda di halaman 1dari 15

JMK514 SOALAN 1

PENGENALAN
Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Sastera adalah cerminan

budaya sesebuah masyarakat dan kemanusiaan. Pemasalahan manusia dan budaya

menjadi intipati utama dalam penghasilan kesusasteraan. Kesusasteraan dianggap

sebagai satu ekspresi hidup; ekspresi yang penting tentang kebudayaan berlandaskan

kemanusiaan yang digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan kehidupan

manusia.

Hal ini bertepatan dengan pandangan Shahnon Ahmad (1992:147) yang

menyatakan kesusasteraan adalah bertonggakan kemanusiaan dalam segala

dimensinya. Manakala Usman Awang (1970:238) menyatakan bahawa berbicara

tentang sastera, tidak lain daripada bicara tentang manusia. Berbicara tentang

manusia bererti berbicara tentang seluruh kehidupan lahiriah dan batiniahnya.

Ertinya, karya sastera merupakan cerminan budaya dan kemanusiaan yang

dihasilkan oleh manusia.

Manakala karya Robert C. Pooley yang disusun semula oleh Henry Guntur

Tarigan dalam bukunya Prinsip-prinsip Dasar Sastera (1984:2) memperlihatkan

kepentingan puisi dalam memancarkan iktibar dan pemikiran kepada kehidupan

manusia. Susunan kata-kata yang indah serta kreatif di dalam puisi sarat ilmu yang

bertunjangkan kebenaran dan budaya hidup masyarakatnya.

Zainal Abidin Borhan (2006:349) turut menjelaskan hasil sastera berperanan utama

menggambarkan budaya tentang manusia dan alam sekeliling. Hal ini dapat diperjelaskan

melalui kenyataan beliau iaitu “Seni merupakan pengucapan budaya; pengucapan yang

terlahir daripada perasaan dan tindakan mental kefahaman manusia yang mentafsir alam

sekeliling. Seni dalam peringkat darjat penghasilannya merupakan tuangan tafsiran

1
JMK514 SOALAN 1

terhadap hakikat kewujudan falsafah diri dan kewujudan masyarakat yang

melahirkannya.”

Dalam perkembangan dan tradisi kesusasteraan di nusantara, sastera tradisi

seperti mantera, pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat telah memulakan

tradisi penitisan pemikiran, budaya serta penerapan nilai-nilai kemanusiaan kepada

masyarakat di peringkat awal. Sastera tradisi tersebut terus diwarisi dari generasi ke

generasi. Kemudian, sastera Melayu moden seperti novel, cerpen dan puisi

meneruskan kesinambungan penerapan pemikiran, budaya, didikan dan nilai-nilai

kemanusiaan kepada masyarakat.Sejajar dengan peredaran zaman, kewujudan media cetak

telah membawa satu dimensi baharu kepada dunia kesusasteraan Melayu. Hasil

kesusasteraan Melayu yang dihasilkan oleh penyair dapat dicetak dan dihayati oleh

masyarakat.

Sastera bandingan merupakan salah satu daripada pendekatan yang terdapat dalam

ilmu sastera. Pendekatan sastera bandingan wujud di Eropah awal abad ke-19. Pandangan

atau pendapat tentanf sastera bandingan telah dikemukakan oleh Sante-Beuve dalam sebuah

artikelnya yang diterbitkan pada tahun 1868 (Damono, 2005: 14). Dalam arkitel itu

menerangkan bahawa pada awal abad ke-19 telah muncul kajian sastera bandingan di Prancis.

Oleh itu, pengukuhan terhadap pendekatan perbandingan terjadi ketika jurnal Revue

Litterature Comparee diterbitkan pertama kali pada tahun 1921.

Kesusasteraan bandingan juga merupakan satu bidang pengajian yang cukup luas

skopnya. Keluasan bidang ini akibat daripada tanggapan yang longgar dan tidak definitif

tentang rangka bidangnya. Kesusasteraan Bandingan yang bertitik tolak dari fahaman mazhab

Perancis terus berkembang dan berubah mengikut arus pergolakan dan perubahan budaya,

sosial dan politik dunia.

2
JMK514 SOALAN 1

Kesusasteraan bandingan juga merupakan satu disiplin yang muncul pada abad ke-18

dan ke-19 sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan setelah melalui beberapa tahap sejarah dan

perkembangan di eropah dan Amerika Syarikat serta kemudiannya menjalar kebeberapa buah

negara lain di dunia sehinggalah sampai ke Malaysia. Disiplin ini dipelopori oleh sarjana

Perancis yang mempunyai fahaman yang sama kemudiannya telah menubuhkan sekolah

pemikiran yang dikenali sebagai Mazhab Perancis.

Walaupun disiplin ilmu ini telah berkembang sejak abad ke-19 lagi, namun masih

terdapat kecelaruan dalam menentukan takrif bagi disiplin ini. Aliran Perancis mendifinisikan

sastera bandingan sebagai ilmu bandingan antara dua atau lebih daripada dua kesusasteraan.

Manakala, bagi aliran Amerika lebih menekankan perbandingan bahan-bahan sastera dengan

psikologi, sosiologi, seni lukis, muzik, falsafah, politik dan lain-lain. Inilah perbezaan besar

yang membezakan kedua-dua aliran ini.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengkaji sastera bandingan, mereka perlulah

memahami perbezaan yang jelas antara sastera nasional, sastera dunia dan sastera bandingan

itu sendiri. Sastera nasional ialah kajian sastera mengenai sastera dalam lingkungan sebuah

negara sahaja tanpa membandingkannya dengan sastera negara lain. Sastera dunia pula ialah

kajian sastera terhadap karya yang telah mendapat pengiktirafan dunia. Sesebuah karya itu

memerlukan masa yang lama untuk mendapat pengiktirafan dunia. Sastera bandingan pula

ialah kajian sastera yang membandingkan dua atau lebih karya dalam lingkungan geografi

yang berbeza.

Oleh itu, kertas kerja ini bukan sahaja membincangkan perkembangan sastera di Barat

dan Nusantara. Malahan kertas kerja ini juga membincangkan kepentingan sastera bandingan

sebagai sebuah disiplin ilmu dalam bidang kesusasteraan. Meskipun kajian dan

perbandinagn karya sastera adalah tugas yang rumit lantaran ciri-ciri sesebuah teks itu

adalah merangkumi tema, pemikiran, sudut pandangan, gaya bahasa, latar, dan pelbagai lagi,
3
JMK514 SOALAN 1

namun ia masih boleh dispesifikkan dan memberi manfaat yang besar kepada bidang bahasa

dan sastera kedua-dua bahasa jika kajian hanya melibatkan aspek bahasa sahaja.

PERBINCANGAN

Sastera bandingan merupakan disiplin ilmu yang dapat melihat pandangan, pendapat

dan kritikan antara dua atau lebih karya daripada penulis yang berbeza. Sebagai contoh

penyair Hamzah Fansuri dan Andrew Harvey. Seperti kita ketahui Hamzah Fansuri seperti

yang dijelaskan dalam latar belakang beliau, merupakan seorang penyair sufi yang terkenal di

Nusantara dan sentiasa menjalankan aktiviti mengembangkan ajaran tasawwuf ketika

hayatnya. Manakala Andrew pula merupakan seorang aktivis agama yang cuba

mengetengahkan tema sufism dalam penulisan beliau.

Karya agung Hamzah Fansuri Syair Perahu merupakan sebuah karya sufi. Sementara

karya Harvey The Truth is Within You merupakan terjemahan daripada penyair sufi agung

iaitu Rumi dan bukannya karya asli beliau. Kedua-dua karya antara kedua penyair ini berbeza

tema penyampaiannya. Selain tema, sastera juga berkisar tentang struktur karya seperti plot,

watak dan perwatakan, latar, dan sudut pandangan: selain amanat dan wacana pemikiran

pengarang. Setakat ini belum ada kajian khusus terhadap bahasa kiasan yang digunakan

dalam karya terutama yang membabitkan karya-karya Melayu, apatah lagi untuk dibuat

perbandingan.

Selain itu juga kesusasteraan bandingan penting sebagai disiplin ilmu yang

melambangkan kesenian dari segi penggunaan bahasa sebagai alatnya. Perbezaan bahasa

sebagai alat seni dengan bahasa sebagai alat komunikasi lain ialah bahasa alat seni itu

mengandungi nilai estetik, iaitu nilai yang mengharukan dan membangkitkan perasaan.

Jadi tidak saja menyampaikan idea dan maklumat, tetapi penyampaian idea dan

4
JMK514 SOALAN 1

maklumat itu menimbulkan rasa keharuan, di samping merangsang daya fikir dan akal.

Bahasa juga berkaitan rapat dengan gaya bahasa yang menjadi tunjang kekuatan estetika

sebuah karya sastera. Namun begitu, sesebuah karya tidak mungkin menjadi besar hanya

kerana gaya. Keterbalikan daripada itu, karya yang memuatkan isi-isi penting dan utama

juga tidak diterima baik jika gayanya tidak menarik.

Bahasa kiasan pula adalah antara ragam-ragam bahasa yang digunakan oleh

pengarang dalam menghantar ‘suara’ komentarnya ke dalam karya. Bentuknya agak

rencam kerana teks sastera itu sendiri subjektif sifatnya. Malah kiasan boleh sahaja

didatangkan dalam bentuk secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan

menggunakan teknik bahasa simbolik, satira, paradoks dan pelbagai lagi. Namun, tidak

boleh tidak, kajian gaya bahasa sebegini akan meninjau jenis-jenis bahasa kiasan yang

begitu signifikan bagi pengarang.

Di samping itu, sastera bandingan penting dan berfungsi bagi menghargai karya-

karya kreatif yang telah dihasilkan oleh para penulis tanah air mahupun luar negara.

Sehubungan itu, melalui karya sastera Melayu khususnya, masyarakat diharap bukan sahaja

berminat dengan sastera, malah menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh para

penulis dan pengkarya melalui karya kreatif yang ditujukan khusus untuk mereka.

Oleh yang demikian, dapatlah di sini bahawa nilai-nilai sastera dalam kehidupan

manusia berjaya membentuk sahsiah, mengasuh kefahaman minda, menghalusi nilai

estetika dan menjadi pengantar penting dalam proses seseorang menguasai dan memperoleh

nilai- nilai hidup yang akan diaplikasikan dalam kehidupannya. Perkara ini berkaitan dengan

sastera remaja yang dikatakan dapat membentuk manusia agar menjadi lebih sensitif

terhadap kehidupan dan boleh mengambil iktibar berdasarkan kehidupan masyarakat

seharian.

5
JMK514 SOALAN 1

Seperti yang kita sedia dimaklum, sastera bandingan antara dua atau lebih karya

bukan sekadar memberi hiburan dan keseronokan, malahan dapat memberi pendidikan kepada

masyarakat untuk membina teras perpaduan, sekaligus membentuk kekuatan jati diri

dalam kalangan masyarakat, di samping melahirkan semangat patriotisme. Karya sastera

yang beracuan falsafah pendidikan sastera dan pemikiran manusia diharapkan dapat

membina tamadun bangsa seterusnya melahirkan generasi unggul.

Selain itu, hasil karya sastera juga boleh memainkan peranan penting dalam

pembentukan emosi masyarakat supaya mereka sedar akan perasaan sesama sendiri juga

mampu memikirkan perasaan orang lain. Apabila sikap ini wujud, remaja akan membentuk

dirinya untuk menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok dan bersikap toleransi.

Bahan sastera

juga dapat membentuk nilai estetik dalam diri remaja supaya dapat mendidik remaja

berperibadi seimbang dan sentiasa berfikiran positif, kreatif dan kritis. Hal ini akan memupuk

perkembangan daya cipta dan imaginasi masyarakat dalam proses pembelajaran secara

berterusan.

Nyatalah disini sesebuah karya yang dihasilkan perlulah mempunyai isi, mesej serta

kepentingan yang tersendiri dalam masyarakat. Kedua, pembaca akan mengetahui

perkembangan kesusasteraan Melayu tanah air. Ketiga, melalui karya kesusasteraan yang

dibacanya, msyarakat dapat mengenali tokoh kesusasteraan Melayu. Keempat, karya

kesusasteraan yang dibaca oleh masyarakat dapat meningkatkan dan mengukuhkan

ketrampilan berbahasa, kekuatan keimanan dan kerohanian, daya intelek, memupuk

kesedaran terhadap nilai-nilai estetik seperti kekreatifan dan keindahan.

Kelima, keindahan bahasa yang terkandung dalam sesebuah karya kesusasteraan

Melayu akan membolehkan lebih mengenal, memahami, menghayati, menguasai dan

menghasilkan karya kesusasteraan Melayu dengan kebolehan masing-masing. Keenam,


6
JMK514 SOALAN 1

kesusasteraan Melayu akan membolehkan murid membina dan memupuk budaya

membaca, menilai dan mengkritik karya kesusasteraan Melayu. Ketujuh, karya kesusasteraan

membolehkan murid menguruskan emosi sendiri serta menghadkan perkembangan emosi

negatif dan membolehkannya mengendalikan hubungan dengan orang lain dan akhir sekali

mengamalkan nilai positif serta mewujudkan perasaan empati dalam kehidupan.

Chris Barker telah memperakui bahawa bahasa bukan sahaja memudahkan

komunikasi tetapi turut membangunkan pengetahuan tentang dunia sosial. Justeru,

jelas bahasa amat berkait rapat dengan budaya. Pemikiran pengarang dikesan

melalui cantuman perkataan yang memiliki makna melalui penggunaan bahasa.

Makna dihasilkan menerusi pemilihan dan kombinasi tanda bersama paksi

sintagmatik (tatabahasa) dan paradigmatik yakni perbendaharaan kata. Paksi sintagmatik

dihasilkan menerusi kombinasi perkataan yang membentuk ayat.

Manakala paradigmatik merujuk kepada bidang tanda (sinonim) di mana tanda itu

dipilih. Justeru, makna dikumpul menerusi paksi sintagmatik. Pada masa yang sama,

pemilihan daripada bidang paradigmatik menukar maksud pada mana-mana

bahagian di dalam ayat. Oleh itu, bagi membaca dalam turutan ‘kucing itu duduk di

atas tikar’ dari kiri ke kanan adalah bermaksud mengikut peraturan sintagmatik.

Dengan menukar perkataan “kucing” kepada “harimau” atau “singa” adalah

membuat penukaran paradigmatik. Oleh itu, analisis semiotik dalam budaya

bertujuan mempamerkan yang bahasa sebagai lambang yang berupaya

memperlihatkan makna sebenar dalam karya.

Kedua, Naratif adalah cerita yang mengikut susunan peristiwa. Namun, naratif

adalah lebih daripada rekod ringkas kejadian kerana berupaya memberikan kita kerangka

untuk memahami dan menyediakan panduan rujukan tentang cara bagaimana struktur

sosial dibina. Naratif menyediakan jawapan bagi persoalan bagaimana kita patut hidup.
7
JMK514 SOALAN 1

Kajian naratif merujuk kepada bentuk, susunan, struktur sesebuah cerita dibina dan

diceritakan.

Walaupun sesebuah cerita berbeza bentuk, menggunakan pelbagai watak, subjek dan

struktur naratif (cara penceritaan) yang berlainan, namun pembinaan sesebuah karya

sastera mempunyai perkaitan yang sama dengan ciri-ciri pembentukan cerita;

memiliki isu utama, konflik dan penyelesaian. Oleh itu, naratif bertujuan memperlihatkan

pemikiran pengarang yang ingin disampaikan kepada khalayak menerusi karya sastera yang

dihasilkan oleh mereka.

Naratif juga dilihat berkait dengan tindakan dan makna di dalam identiti kendiri

(self-identity). Justeru, identiti boleh difahami sebagai satu cerita tentang diri. Dengan

memberikan kerangka ataupun watak yang pelbagai, apa yang kita fikir tentang diri - dialog

“aku” - boleh difahami sebagai naratif post hoc yang kita cipta untuk menceritakan tentang

diri. Seterusnya, cerita tentang diri kita berkait dengan ahli masyarakat. Akhirnya, cerita

menjadi sebahagian daripada himpunan budaya naratif yang luas; perbincangan,

penerangan, sumber dan peta makna yang bermakna untuk seluruh ahli budayanya.

Ketiga, Deconstruction Konsep ini berkait dengan hasil kerja Derrida dan

‘punca kegagalannya’ dalam belahan dua falsafah Barat serta kemasukannya ke

dalam bidang penulisan (seperti De Man) dan juga kemasukannya ke dalam teori

pasca-penjajahan (post-colonial) (contohnya, Spivak). Menyahbina (deconstruct)

adalah untuk menanggalkan atau membatalkan bagi mencari dan mempamerkan

andaian di dalam teks; membongkar karya sastera secara terus menerus sehingga

ditemui gejala-gejala yang tersembunyi dan ketidakbenaran. Secara spesifik,

menyahbina melibatkan penanggalan (dismantle) belahan dua hierarki yang

bertentangan seperti lelaki/wanita, hitam/putih, realiti/hiasan dan lain-lain yang

8
JMK514 SOALAN 1

digunakan bagi menjamin status dan kuasa yang didakwa benar, dengan membuat

pengecualian dan tidak menilai bahagian belahan dua yang lebih rendah.

Penyahbinaan bertujuan menghuraikan titik buta yang terdapat di dalam teks,

andaian yang tidak diiktiraf di mana caranya beroperasi. Ini termasuklah tempat di

mana strategi retorik teks tersebut berfungsi melawan logik pembahasan yang

dinyatakan. Penyahbinaan memfokuskan pergolakan antara maksud yang ingin dibawa

oleh teks tersebut dengan kebenaran hakiki. Justeru, pengarang dilihat berperanan untuk

menyatakan falsafah dan pandangan dunia mereka dalam memperlihatkan kebenaran

sesuatu perkara. Oleh itu, jelaslah bahawa pengarang sebagai ahli budaya memiliki

kesedaran

bahawa karya sastera harus berfungsi sama dengan aspek-aspek kebudayaan yang

lain. Maka satu-satunya cara adalah mengembalikan karya sastera ke tengah-tengah

masyarakat, memahaminya sebagai bahagian yang tidak terpisah dengan sistem

komunikasi secara keseluruhannya.

Selain itu juga, sastera bandingan penting kepada masyarakat untuk menimba ilmu dan

pengalaman daripada penulisan pengarang dari pelbagai negara. keindahan pengalaman

bergantung kepada keunikan pengalaman. Hal ini demikian kerana, pengalaman itu luar

biasa, belum pernah dialami, menarik dan memberikan kepuasan. Membaca merupakan

proses penambahan pengalaman.

Pengalaman keindahan ialah apabila kita merasa kesan yang menarik,

mengagumkan,menyedihkan atau yang memeranjatkan. Seandainya pengalaman yang

diberikan pengarang itu istimewa, maka pembacaan kita akan merasakan kenikmatan

keseronokannya. Sebuah karya yang baik ialah elok ciptannya, tinggi seninya dan halus

adunannya. Apabila kita membaca, perasaan kita akan turut digoncangnya. Hasil daripada

9
JMK514 SOALAN 1

pembacaan itu, kita mendapat pemikiran yang tinggi atau ada falsafah tentang hidup. Kita

dipintarkan olehnya bukan digurui atau dimarahinya.

Sebuah karya sastera juga mengajar kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Rasa keindahan juga berkait-rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu bagi menimbulkan

perasaan kita, seperti gembira, simpati, marah, terharu dan sebagainya. Karya itu pula dapat

menimbulkan rasa geram, dengki, cemburu dan sebagainya. Pengarangnya dengan

bijaksananya berketerampilan mempermainkan imaginasinya bagi menghidupkan dunia

realiti, fantasi, utopia, magis dan seumpamanya. Secara kesimpulannya, jelaslah terdapat

pelbagai ilmu merangkumi aspek jasmani, emosi, intelek dan rohani dalam pembacaan

sesebuah karya sastera. Sewajarnya karya-karya sastera remaja dapat melahirkan generasi

unggul tidak dapat disanggah lagi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kesusasteraan Melayu juga dapat memperbaiki

kemahiran berbahasa dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan oleh setiap pengarang

memiliki gayanya yang tersendiri tatkala memanipulasikan kata, ungkapan, ayat semasa

menghasilkan karya. Seandainya kita amati, pangarang selalunya mempunyai idea- idea

sendiri ketika menghasilkan karya dan menyelitkan pelbagai ragam bahasa figuratif seperti

unsur perbandingan, bahasa kiasan dan sebagainya. Dengan demikian, hal ini sedikit

sebanyak dapat membantu masyarakat untuk mengukuhkan dan meningkatkan tahap

kemahiran berbahasa secara tersurat dan tersirat.

Sasterawan itu juga adalah anggota masyarakat; dia terikat oleh status sosial

tertentu. Sastera adalah lembaga sosial yang menggunakan bahasa sebagai medium;

bahasa itu sendiri merupakan ciptaan sosial. Sastera menampilkan gambaran kehidupan

dan

kehidupan itu sendiri adalah suatu kenyataan sosial. Dalam pengertian ini,

kehidupan mencakupi hubungan antara masyarakat dengan individu, antara manusia


10
JMK514 SOALAN 1

dan antara peristiwa-peristiwa yang terjadi di dalam batin seseorang. Peristiwa-

peristiwa yang terjadi di dalam batin seseorang itulah yang sering menjadi bahan

sastera kepada sasterawan; adalah pantulan daripada hubungan seseorang dengan

orang lain atau dengan masyarakat.

Sastera bandingan mempunyai peranan yang penting dalam usaha

mendidik masyarakat dan membimbing remaja menemukan diri. Hasil daripada karya

sastera akan menemukan pengalaman ilmu pengetahuan. Hal ini sangat bertepatan dengan

perkembangan domain efektif yang memerlukan bahan rangsangan untuk

memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka. Pengalaman yang dipaparkan dalam akan

menghasilkan kongsi rasa dan kongsi keinginan antara pembaca dengan pengarang. Situasi ini

pula bersesuaian dengan perkembangan kognitif remaja.

Pengalaman mempunyai nilai yang mahal harganya tetapi

melalui pembacaan karya-karya sastera khususnya sastera remaja yang berbagai-bagai

persoalan dan konflik, masyarakat berpeluang untuk memahami pengalaman lain yang

pastinya boleh dijadikan panduan dan pedoman seandainya keadaan yang sama dialaminya.

Pengalaman inilah yang mengajar masyarakat untuk memahami realiti kehidupan

yang mereka tempuhi di samping meningkatkan pengetahuan tentang cabaran dan dugaan

serta mematangkan fikiran.

KESIMPULAN

Berdasarkan Kesusasteraan Melayu dapat melengkapkan murid dengan ilmu sastera

agar dapat melahirkan generasi yang mencintai bahasa ke arah pemantapan cita rasa sastera

dalam kalangan masyarakat. Kesusasteraan Melayu adalah untuk melengkapkan masyarakat

dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan

memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan

dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat.
11
JMK514 SOALAN 1

Sesuatu karya sastera terhasil lahir daripada kesedaran dan keinginan pengarang atau

masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan

mereka. Oleh itu, mereka menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman,

pemerhatian atau pembacaan mereka untuk mengetengahkan sesuatu idea yang menarik

untuk dikongsi bersama masyarakat yang lain.

Sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab

sebagaimana dijelaskan olehnya. Beliau juga berpendapat bahawa teks atau karya sastera

adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan panduan

sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian, Mohamad Mokhtar Hassan (2005).

Perkara atau peristiwa yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan

fungsinya yang tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangny. Oleh itu,

Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera pada zaman

tradisional lebih luas dan banyak cabarannya. Beliau juga berpandangan bahawa fungsi

kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya pada zaman

moden yang agak menipis.

Lantaran daripada dua pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai

hasil karya kreatif dan imaginatif, berfungsi serta mempunyai tujuan fungsi tertentu

penghasilannya. Dalam hal ini beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka

telah menggariskan pelbagai berhubung dengan fungsi sastera. Di antaranya ialah pandangan

daripada Ramli Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang.

Berdasarkan pendapat tersebut dapat dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera

merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat dikesan melalui genre sastera tradisional

mahupun genre moden.

Sehubungan itu kesusasteraan merupakan satu gagasan yang menjelaskan lakaran

pengalaman dan penghayatan kehidupan para seniman tentang manifestasi kesenian melalui

12
JMK514 SOALAN 1

media massa yang kreatif, menarik, bermakna dan indah. Dengan mengenal, memahami dan

menguasai hasil karya kesusasteraan yang ada melalui pendidikan Kesusasteraan Melayu,

masyarakat akan dapat memahami ketuhanan, kealamiah, kemanusiaan, kemasyarakatan,

kehidupan dan karya di sekitarnya. Di samping itu, Kesusasteraan Melayu juga dapat

mendidik masyarakat agar menikmati gagasan dan pemikiran, kehalusan dan keindahan

karya kesusasteaan Melayu dan gaya bahasanya dengan baik. Hal ini demikian kerana,

kesusasteraan dan bahasa merupakan satu entiti, kesatuan atau gabungan yang berkaitan dan

tidak dapat dipisahkan lagi.

Pengajaran kesusasteraan berkait rapat dengan pembentukan sahsiah dan perwatakan

seseorang. Selain berupaya memperkembangkan dan mempertajamkan rasa terhadap nilai,

kesusasteraan juga dikatakan dapat mendekatkan seseorang pelajar dengan hampir

keseluruhan daripada lingkaran hidup manusia. Kesusasteraan juga membentuk remaja yang

dapat membezakan kebaikan dan keburukan melalui bahan sastera seperti novel yang

menjadi cerminan untuk dijadikan iktibar.

13
JMK514 SOALAN 1

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dkk, 2000, Kamus Sastera Melayu Terkini, Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

Ali Ahmad & Siti Hajar Che’Man, 1996, Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Awang bin Ahmad, 1989, Pengantar Sastera Lama Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Brunei.
Hashim Awang dkk, 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya, Selangor.

Hashim Awang, 1996, Etika dalam Kritikan Sastera, dlm Dewan Sastera, hal.32, Februari,
Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1999, Pengajian Melayu 4:
Kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Mat Jani Hassan, 1998, Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Longman Malaysia Sdn.
Bhd., Selangor.
Muhammad Abdul Latiff, 1980, Suatu Pengenalan Sejarah Kesusasteraan Melayu Brunei,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Munir Ali, 1990, Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik, FLO Enterprise Sdn. Bhd., Petaling
Jaya.

Muslim Burmat, 1992, Bunga Rampai Sastera Rakyat Brunei Jilid IB, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Brunei.
Rozaiman Makmun, 2000, Kesusasteraan Klasik Brunei Gambaran Masyarakat Brunei Masa
Lalu, dlm Pangsura, Jilid 6, Bil. 11, hal 43 Julai-Disember.
Zainon Bt. Sheikh Ahmad, 1997, Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Penerbit
Elman, Kuala Lumpur.

Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993, Kesusasteraan Melayu Tradisional, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

14
JMK514 SOALAN 1

15

Anda mungkin juga menyukai