Anda di halaman 1dari 18

1

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, KESUSASTERAAN DAN


KEBUDAYAAN MELAYU
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SKMM 3133
SASTERA ASIA TENGGARA

TAJUK:
BINCANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN BALAI PUSTAKA
DAN PUJANGGA BARU DALAM PERKEMBANGAN SASTERA
INDONESIA

NAMA PENSYARAH:
ENCIK CHE ABDULLAH CHE YA

DISEDIAKAN OLEH:
RAJA FAZLINDA BINTI RAJA ABDULLAH (A124655)
MOHD LUKMAN BIN ABDUL RAHIM (A124879)
NOOR NAZIHAH BINTI SHARIF (A125054)
2

Pengenalan

Bahasa Indonesia dan Sastera Indonesia telah lahir hasil pertemuan bahasa dan sastera
Melayu dengan fahaman-fahaman yang berasal daripada kebudayaan Eropah.
Kesusasteraan yang berkembang ini digelar kesusasteraan moden yang sebelumnya
dikenali kesusasteraan klasik. Beberapa tahun kemudian lahirlah Sastera Jawa Klasik,
Sastera Jawa Moden, Sastera Sunda Klasik, Sastera Sunda Moden dan sebagainya.
Nasionalisme di Indonesia tidak bersumberkan satu daerah sahaja. Hal ini menyebabkan
wasaSastera Indonesia Klasik dan Sastera Nusantara adalah sama. Bangsa Eropah yang
menjajah Indonesia selama lebih tiga abad telah meninggalkan pengaruh budaya mereka
terhadap bahasa dan sastera Indonesia. Aliran dan bentuk-bentuk sastera Eropah seperti
roman, cerpen, sonata, kritikan dan esei telah berkembang dan hidup dengan cukup
subur.
Walaubagaimanapun Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah dianggap sebagai
pembaharu sastera Melayu baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Abdullah dalam
karya-karyanya tidak lagi menceritakan kisah kepahlawanan raja-raja atau dewa-dewa
dengan puteri-puteri yang ayu tetapi dikisahkannya tentang keadaan kehidupan sehari-
hari yang nyata. Karya-karyanya sekarang dianggap sebagai karya-karya klasik misalnya
Syair Singapura Terbakar (1830) dan Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura ke
Kelantan (1838). Secara tidak langsung, anggapan ini beerti bahawa zaman Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi adalah zaman transisi yang memisahkan Kesusasteraan Indonesia
Lama dengan Kesusasteraan Indonesia Moden.
Pelbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli sastera Indonesia mengenai
jangka masa kelahiran sastera Indonesia. Di antaranya H. B Jassin yang membahagikan
sastera Indonesia kepada dua zaman iaitu Sastera Melayu Lama dan Sastera Melayu
Moden yang meliputi Angkatan 20, Angkatan 33 atau Pujangga Baru dan Angkatan 45.
Ajip Rosidi pula membahagikan kelahiran sastera Indonesia menjadi dua kelompok
besar iaitu zaman kelahiran dan zaman perkembangan dari tahun 1900 sehingga 1945
yang meliputi tahun awal 1933, tahun 1933 sehingga 1942 dan tahun 1942 sehingga
1945. Manakala zaman perkembangan pula pada tahun 1945 sehingga 1969 yang
3

meliputi tahun 1945 sehingga 1953, tahun 1953 sehingga 1961, dan tahun 1961 sehingga
1969.
Manakala A. Teeuw, mengatakan angkatan tahun 1920 adalah kelahiran
kesusastraan Indonesia moden. Menurut Teeuw para pemuda ketika itu pada pertama
kalinya menyatakan perasaan dan idea yang pada dasarnya menyimpang dari bentuk-
bentuk sastera Melayu, Jawa, dan sastera lainnya yang lebih tua. Sementara Ajip Rosidi
mengatakan pada tahun tersebut, para pemuda Indonesia (Yamin, Hatta) telah
mengumumkan sajak-sajak mereka yang bercorak kebangsaan. Namun secara umumnya,
sejarah perkembangan sastera Indonesia terbahagi kepada tiga zaman iaitu Kesusasteraan
Indonesia Lama, Kesusasteraan Zaman Transisi (Peralihan) dan Kesusasteraan Indonesia
Moden yang meliputi Angkatan Balai Pustaka, Angkatan Pujangga Baru, Zaman Jepun,
Angkatan 45 dan Kesusasteraan Indonesia Mutakhir.

ANGKATAN BALAI PUSTAKA


Sejarah
Pada 14 September 1908, Belanda yang menjajah Indonesia ketika itu telah mendirikan
sebuah suruhanjaya yang terdiri dari enam orang dan dipimpin oleh Dr. D.A. Rinkes, Dr.
G.W.WJ. Drewes, Dr. D.A.H. Hidding. Suruhanjaya tersebut bertugas memberi saranan-
saranan untuk memilih atau menentukan bahan-bahan bacaan untuk sekolah-sekolah dan
untuk bacaan rakyat. Suruhanjaya ini bernama Commisse voor de Volkslectuur, dan
kemudian pada tahun 1917 ditukar dengan nama Balai Pustaka. Tujuan didirikan Balai
Pustaka ialah untuk mencegah ulang cetak buku-buku yang telah diterbitkan terutama
buku-buku roman Barat yang renda. Ia juga bertujuan menerbitkan buku-buku untuk
bacaan rakyat dan untuk memberi kesempatan kepada pengarang-pengarang Indonesia
sendiri.
Pada permulaan, Balai Pustaka menerbitkan buku-buku tentang cerita-cerita kuno
(cerita-cerita rakyat), hikayat dan menerbitkan juga terjemahan-terjemahan kesusasteraan
Eropah. Dalam tahun 1918, Balai Pustaka menerbitkan majalah-majalah Sri Pustaka dan
pada tahun 1923 pula, ia menerbitkan Panji Pustaka. Selain itu diterbitkan juga majalah-
majalah berbahasa daerah seperti, Kejawen (Jawa), Parahiangan (Sunda) dan majalah-
majalah yang berbahasa daerah yang lain seperti bahasa Minangkabau, Aceh, Madura
4

dan Bugis. Pada tahun 1942, buku-buku yang diterbitkan oleh Balai Pustaka berjumlah
sekitar 2000 buah tidak termasuk cetakan-cetakan ulangan, majalah-majalah. Majalah
dalam tahun pertama (1919) dicetak sebanyak 32,000 buah. Majalah bulanan dalam
Bahasa Melayu iaitu Sri Pustaka, dalam tahun 1919 telah mempunyai sebanyak 3000
pelanggan manakala majalah Panji Pustaka pula semenjak tahun 1923 terbit dua kali
seminggu bermula dengan 1500 naskhah dan telah meningkat mencapai 7000 naskhah.
Peranan Balai Pustaka dalam perkembangan kesusasteraan Indonesia secara
ringkasnya ialah memberi kesempatan kepada bangsa Indonesia untuk menulis dan untuk
disiarkan sebagai bacaan masyarakat. Ia juga berperanan sebagai perantara atau
penghubung antara penulis dengan masyarakat. Selain itu, Balai Pustaka juga berperanan
untuk menghidangkan kepada masyarakat bacaan-bacaan yang baik dan murah. Dalam
pada itu, peranan lain yang dimainkan oleh Balai Pustaka dalam perkembangan sastera
Indonesia ialah untuk menjamin kelangsungan hidup hasil-hasil kesusasteraan Indonesia
sejak ia diciptakan hingga ke zaman-zaman berikutnya dan untuk memperkenalkan hasil-
hasil kesusasteraan dunia dengan menterjemahkan dan menerbitkan hasil-hasil
kesusasteraan bangsa asing yang bermutu ke dalam Bahasa Indonesia.
Walau bagaimanapun, Balai Pustaka yang dikuasai oleh penjajah Belanda ketika
itu memperkenalkan juga syarat-syarat dalam penerbitannya dan ia semestinya perkara
yang berhubung dengan politik. Sebagai contoh, karangan Abdul Muis, Salah Asuhan
iaitu antara hasil dari Balai Pustaka yang dianggap terbaik terpaksa disunting dan
disesuaikan kerana arahan daripada pihak berkuasa pada masa itu. Hal ini dianggap telah
mengurangkan nilai hasil kesusasteraan tersebut. Demikian juga dengan karangan Armijn
Pane iaitu Belenggu, telah ditolak untuk diterbitkan malahan Sanusi Pane juga mengeluh
bahawa dia sebagai seorang penyair merasa dirinya terikat dengan syarat-syarat yang
ditetapkan oleh pihak Balai Pustaka.
Prof. Dr.A.Teeuw yang menganggap tahun-tahun 1920-an (Balai Pustaka) sebagai
“masa kecilnya kesusasteraan Indonesia yang moden”. Angkatan Balai Pustaka juga
disebut sebagai Angkatan 20 kerana roman pertama yang telah dapat memberi corak
kesusasteraan Indonesia moden ditulis sekitar tahun 1920-an, iaitu Roman Azab dan
Sengsara oleh Merari Siregar. Kemudiannya, pada tahun 1922 terbit pula Siti Nurbaya
oleh Marah Rusli yang telah menggoncangkan dunia sastera Indonesia. Sehingga pada
5

tahun 1954, hasil karya Marah Rusli ini telah diulang cetak sebanyak enam kali dan ia
dapatlah dikatakan seluruh masyarakat Indonesia cukup kenal dengan Datuk Maringgih
iaitu watak yang tidak berbudi dalam cerita itu. Sebab itu tidak hairanlah cerita itu
dianggap salah sebuah hasil sastera Indonesia yang klasik.
Selepas itu, bermulalah kemunculan roman-roman seperti itu yang boleh
dikatakan sama dalam gaya dan isinya kerana masalah yang diutarakan biasanya berkisar
sekitar pertentangan antara kaum tua dengan kaum muda (adat lama dengan adat baru),
misalnya tentang seorang anak yang ingin memilih sendiri bakal isterinya dan tidak suka
untuk menurut kehendak orang tua atau tentang seorang gadis dipaksa kahwin dengan
orang tua yang kaya.
Ciri-ciri Angkatan Balai Pustaka (Angkatan 20) ialah menggambarkan
pertentangan adat lama dengan adat baru iaitu antara kaum tua yang dianggap kuno
dengan kaum muda yang mulai menerima pengaruh-pengaruh barat. Malah masalah yang
selalu dipilih oleh para pengarang ketika itu ialah sekitar masalah kahwin paksa, madu
dan sebagainya. Ciri-ciri yang lain berkenaan Angkatan Balai Pustaka ialah ia lebih
menonjolkan sifat-sifat kedaerahan dalam karya-karya mereka daripada sifat-sifat
nasional. Ia juga banyak mengandungi sifat-sifat yang didaktis yang disampaikan kepada
para pembaca.

Matlamat dan Tujuannya


Balai Pustaka memainkan peranannya sebagai pusat penerbitan dan kesusasteraan
Indonesia sebelum perang. Hal ini bertujuan kebanjiran buku-buku yang bersifat picisan
dan bermutu rendah. Selain daripada itu, ia juga adalah untuk menyaingi usaha-usaha
persendirian dengan cara menerbitkan dan menjualkan buku-buku dengan harga yang
rendah dan juga membentuk sebuah perpustakaan rakyat. Ia juga adalah untuk
memasukkan ideologi-ideologi penjajahan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pusat tumpuan penulis-penulis tempatan adalah merupakan salah satu daripada
peranan Balai Pustaka. Dalam hal ini, ia memainkan peranannya memberikan peluang
kepada penulis-penulis tempatan untuk menyumbangkan karya-karya mereka. Tidak
hairanlah kalau terdapatnya beberapa orang penulis-penulis tempatan yang turut
memesatkan lagi perkembangan kesusasteraan Indonesia. Ini termasuklah Nur Sultan
6

Iskandar, Abdul Muis, Sultan Perang Bustami, Sultan Takdir Alishahbana, Armijn Pane
dan lain-lain lagi.
Peranan lain yang dimainkan oleh Balai Pustaka adalah untuk mencegah
beredarnya bahan bacaan yanng membahayakan kedudukan pemerintah penjajah
Belanda. Selain itu, hal ini adalah bertujuan untuk menerbitkan buku bacaan yang
dianggap bermanfaat bagi kepentingan pemerintahan Hindia Belanda di Indonesia.
Matlamat yang seterusnya yang diselitkan dalam angkatan Balai Pustaka ini
adalah bertujuan untuk pendidikan dan pengajaran yang diterima tidak melalui pimpinan
pemerintah dapat menghilangkankan kesetiaan kepada pemerintah. Pemerintah mampu
memenuhi sebahagian keperluannya dengan memakai tenaga pegawai-pegawai
bumiputera yang merupakan tenaga-tenaga jauh lebih murah dari tenaga-tenaga Eropah.

Sumbangan
Balai Pustaka juga memiliki sumbangan-sumbangan yang boleh dijadikan panduan dan
rujukan. Antara sumbangannya adalah dari segi majalah-majalah, novel-novel, karya-
karya terjemahan serta karya-karya lagenda tempatan. Antara sumbangan majalah-
majalah adalah seperti Seri Pustaka (1919) dan Panji Pustaka (1923). Majalah yang telah
diterbitkan ini menyelitkan pelbagai peranan yang disampaikan.
Manakala sumbangan dari hasil novel pula adalah seperti Siti Nurbaya oleh
Marah Rusli, Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar, Salah Asuhan oleh Abdul Muis dan
lain-lain lagi. Kebanyakan novel-novel yang dihasilkan ini adalah bertujuan khusus
ditujukan kepada adat dan agama serta terhadap tradisi adat feudalisme.
Sumbangan seterusnya yang dihasilkan oleh angkatan Balai Pustaka adalah
sumbangan yang berbentuk karya-karya terjemahan. Terdapat pelbagai karya-karya
terjemahan yang telah dihasilkan pada masa tersebut. Antara karya-karya yang
dimaksudkan ini adalah seperti Saudagar Venice oleh Abas St. Pemuncak, Si Jamin dan
Si Johan oleh Mirari Siregar, Tom Sawyer Anak Amerika oleh Abdul Muis. Karya
terjemahan Nur Sultan Iskandar adalah Si Bakhil dan pelbagai lagi karya yang dihasilkan
oleh penulis yang berkaliber.
Karya-karya lagenda tempatan juga merupakan sumbangan yang telah dihasilkan
oleh angkatan Balai Pustaka. Antara karya-karya yang berjaya dihasilkan adalah
7

Hulubalang Raja oleh Nur Sultan Iskandar, Surapati oleh Abdul Muis dan Pahlawan
Minahasa oleh M.R. Dayah dan pelbagai lagi karya-karya lagenda tempatan yang
dihasilkan pada masa tersebut.
Kekangan dan penapisan yang rapi oleh badan penapis telah memberikan kesan
mendalam kepada pemulis-penulis muda seperti Sultan Takdir Alishahbana, Sanusi Pane,
Amir Hamzah dan Armijn Pane. Akhirnya mereka telah menarik diri dari badan ini dan
menubuhkan Pujangga Baru. Penubuhannya inilah yang telah menjatuhkan kedudukan
Balai Pustaka yang sekarang hanya merupakan badan penerbit sahaja. Ini adalah kerana
dasar utama angkatan baru ini ialah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada penulis-
penulis.

Tokoh-Tokoh Penting Balai Pustaka


Merari Siregar
Merari Siregar belajar disebuah maktab perguruan (Kweekschool) di Gunungsari,
Jakarta. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai di salah sebuah hospital di Jakarta.
Antara karya-karya Merari Siregar ialah Azab dan sengsara (1920)-roman dan Si Jamin
dan Si Johan (saduran dari Jan Smees) iaitu kumpulan cerita yang dikarang oleh Justus
V. Maurik, pengarang Belanda).

Marah Rusli
Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1898 di Padang dan berketurunan bangsawan. Ayahnya
Sutan Abu Bakar (Sutan Pangeran) adalah seorang yang cukup terkenal di Padang,
Sumatera Barat. Semasa kecilnya beliau mendapat pendidikan rendah di Padang
kemudian masuk ke sekolah guru. Beliau pernah ditawarkan untuk menyambungkan
pelajarannya ke Belanda tetapi tidak dipersetujui oleh ibunya. Beliau kemudian
memasuki sekolah Doktor Haiwan di Bogor. Pada tahun 1915, beliau bekerja sebagai
Doktor Haiwan di Sumbawa. Kemudian pada tahun berikutnya, beliau menjadi Ketua
Penternakan di Bandung kemudian bertukar ke Cirebon dan tahun berikutnya pula
dipindahkan ke Blitar. Pada tahun 1920, beliau ditukarkan untuk bertugas di Bogor dan
tahun berikutnya pula ditukarkan bertugas di Jakarta, Balige dan di Semarang.
8

Beliau berada di Sala semasa revolusi kemudian berpindah ke Tegal, Jawa


Tengah. Pada tahun 1948, beliau menjadi pensyarah Doktor Haiwan di Klaten, Jawa
Tengah. Pada tahun 1950 beliau kembali ke Semarang. Pada tahun berikutnya, beliau
pencen dan tinggal di Bogor hingga meninggal dunia pada 17 Januari 1968. Di antara
karya-karya beliau ialah Siti Nurbaya (1922)- roman, La Hami (1952)-roman, Anak dan
Kemanakan (1956)-roman.

Abdul Muis (1886-1959)


Abdul Muis dilahirkan pada 3 Julai 1886 di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Ibunya adalah
seorang Jawa manakala ayahnya adalah seorang Minangkabau. Setelah tamat sekolah
E.L.S. (sekolah Belanda) di Bukit Tinggi beliau pergi ke Jawa dan belajar beberapa tahun
di sekolah Stovia di Jakarta (1905). Kemudian beliau bekerja di Bandung sebagai
wartawan. Selain itu, beliau giat juga dalam bidang politik dan termasuk sebagai salah
seorang pemimpin Serikat Islam. Beliau pernah pergi ke Belanda sebagai anggota “Indie
Weebar”.
Beliau juga adalah salah seorang anggota Dewan Rakyat (Volksrad) Indonesia
yang pertama. Ketika itu, nama beliau cukup terkenal dalam bidang wartawan mahupun
politik. Abdul Muis juga giat dalam bidang penterjemahan antara lain beliau telah
menterjemahkan: Tom Sawyer dan Sebatang Kara oleh Hector Malot. Beliau meninggal
dunia di Bandung pada 17 Jun 1959.Karya-karya Abdul Muis ialah Salah Asuhan (1928)-
roman, Pertemuan Jodoh (1933)-roman, Surapati (1950)-roman sejarah, Robert Anak
Surapati (1953)-roman, Tom Sawyer (terjemahan dari karya Mark Twain), Suku Mahawk
Tumpas ,Pangeran Kornel, Sebatang Kara (terjemahan dari karya Hector Malot).

Nur Sutan Iskandar


Nur Sutan Iskandar dilahirkan pada 3 November 1893 di Sungai Batang, Maninjau.
Setelah tamat sekolah rendah, kemudian beliau masuk ke sekolah guru di Bukit Tinggi,
Sumatera Barat. Pada mulanya beliau menjadi guru pelatih di Muara Beliti kemudian
berpindah ke Padang. Disebabkan minatnya yang besar dalam bidang karang-
mengarang, beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai guru dan melamar pekerjaan di
Balai Pustaka. Pada tahun 1919, beliau mula berkhidmat sebagai penyunting di Balai
9

Pustaka. Selepas itu, beliau menjadi sidang pengarang dan meningkat kepada menjadi
ketua sidang pengarang di Balai Pustaka hingga beliau bersara. Beliau juga pernah
menjadi ahli bahasa dalam Komisi Bahasa Indonesia dan menjadi pensyarah di Universiti
Indonesia, Jakarta. Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli dewan rakyat.
Nur Sutan Iskandar merupakan salah seorang daripada pengarang Angkatan Balai
Pustaka yang terpenting. Hal ini disebabkan bukan kerana banyaknya buku-buku
karangannya mahupun kerana karangannya yang dapat dikatakan bermutu, tetapi kerana
jawatannya di Balai Pustaka telah menyebabkan beliau memberikan banyak pengaruh
terhadap naskhah-naskhah yang sampai di Balai Pustaka sebelum naskhah-naskhah
tersebut diterbitkan. Beliau selalu menyunting, memeriksa atau mengulang periksa
sebahagian besar naskhah-naskhah yang diterbitkan. Beliau juga sangat aktif
menterjemahkan karya-karya asing iaitu bermula daripada Quo Vadis hinggalah kepada
Conan Doyle, dari Permainan Kasti hinggalah kepada Tanaman-Tanaman Yang
Berguna, daripada Abu Nawas sampailah kepada Moliere. Begitu luas usaha
penterjemahannya kerana mencakupi segala perkara.
Romannya yang pertama berjudul “Apa Dayaku Kerana Aku Perempuan (1923).
Antara karyanya yang menarik perhatian ialah “Salah Pilih’’ (1928). Dalam karya-
karyanya, beliau juga menggunakan nama samara “Nursinah Iskandar”. Karya-karya
beliau yang lain ialah Apa Dayaku Kerana Aku Perempuan (1923)-roman, Korban
Kerana Percintaan (1924)-roman, Salah Pilih (1928)-roman, Kerana Mertua (1932)-
roman, Hulubalang Raja (1934)-roman sejarah, Katak Hendak Jadi Lembu (1935)-roman
psikologi, Neraka Dunia (1937)-roman, Cinta Tanah Air (1944)-roman sejarah, Jangir
Bali (1946)-roman, Cubaan (1946)-roman., Mutiara (1947)-roman sejarah, Pengalaman
Masa Kecil (1949)-autobiografi, Ujian Masa (1952)-autobiografi, Dewi Rimba, Air Susu
Dibalas Dengan Air Tuba-roman, Si Bakhil (dari karangan Moliere), Abu Nawas, Tiga
Panglima Perang (dari karangan Alexander Dumas).

ANGKATAN PUJANGGA BARU

Sejarah
Dalam tahun 1933 muncul satu angkatan yang dikenali Pujangga Baru. Angkatan ini
telah dipelopori oleh Armijn Pane, Amir Hamzah dan S. Takdir Alisjahbana. Mereka
10

telah berhasil menerbitkan majalah Pujangga Baru pada 29 Julai 1933 (1933-1942 dan
1949-1953) iaitu majalah bulanan pertama diterbitkan dalam bahasa Indonesia (bahasa
Melayu) dengan memperjuangkan dan menyebarkan kata-kata Pujangga Baru mengenai
kesusasteraan dan kebudayaan.
Pada hakikatnya nama Pujangga Baru merangkumi tiga pengertian iaitu nama
aliran kebudayaan yang bertujuan meninggalkan kebudayaan lama untuk menuju
kebudayaan baru, nama penganut aliran tersebut yang kemudian menamakan diri mereka
‘Pujangga Baru’ dan nama majalah bulanan sebagai media untuk memperkenalkan aliran
tersebut yang diberi nama majalah Pujangga Baru. Armin Pane telah bertungkus-lumus
menandatangani kontrak dengan pengarang dan penyair di seluruh Indonesia serta
pertubuhan yang berminat dengan cara mengedarkan surat kepada mereka. Kemunculan
angkatan Pujangga Baru adalah realisasi dari hasrat untuk menyatukan pengarang-
pengarang Indonesia. Semangat yang terkemuka dalam Pujangga Baru adalah semangat
kebangsaan dan semangat patriotik
Sekitar tahun 1920-an terdapat majalah diterbitkan di Indonesia yang menyiarkan
karangan-karangan yang berbentuk sajak, cerita dan karang-karangan yang berhubung
tentang kesusasteraan. Di antaranya majalah Sri Pustaka (1919-1941), Panji Pustaka
(1919-1942) dan Jong Sumatera (1920-1926). Pada tahun 1933, Sutan Takdir
Alisyahbana, Armjin Pane dan Amir Hamzah menerbitkan majalah Pujangga Baru
dengan moto “Majalah kesusasteraan dan bahasa serta kebudayaan umum” tetapi pada
tahun 1935 telah berubah menjadi “Pembawa semangat baru yang dinamis untuk
membentuk kebudayaan persatuan Indonesia”.
Majalah Pujangga Baru telah berhasil mengumpulkan para seniman, budayawan
dan cendiakawan Indonesia pada masa itu dan lahirlah nama-nama yang kemudiannya
menjadi tokoh kesusasteraan Indonesia seperti Sutan Takdir Alisyahbana, Armin Pane,
Amir Hamzah, Amir Syarifudin, Sumanang, Sanusi Pane, H.B Jassin, Purbacaraka,
Purwadarminta dan Mohd. Syah. Mereka juga terlibat sebagai anggota sidang pengarang.
Angkatan Pujangga Baru pada umumnya dipengaruhi oleh aliran Angkatan 80
dari negeri Belanda. Hal ini menyebabkan apabila Jepun menduduki Indonesia, majalah
Pujangga Baru telah dilarang diterbitkan kerana dianggap “kebarat-baratan” tetapi setelah
Jepun menyerah diri dan Indonesia mencapai kemerdekaannya, majalah Pujangga Baru
11

diterbitkan semula. Pada tahun 1953, majalah Pujangga Baru tidak diterbitkan tetapi
Sutan Takdir Alisyahbana menerbitkan pula majalah baru bernama Konfrontasi (1954-
1962). Anggota sidang pengarangnya terdiri daripada Sujatmoko, Achdiat K. Miharja dan
Hazil Tanzil.
Ketegasan dan suara lantang Angkatan Pujangga Baru untuk melaksanakan
semboyan mereka telah mendapat kritikan yang hebat daripada pihak guru-guru bahasa
Melayu dan tokoh-tokoh bahasa. Pujangga Baru telah dituduh merosakkan Bahasa
Melayu kerana dikatakan memasukkan kata-kata yang tidak lazim dalam Bahasa Melayu
sekolah. Sebagai contoh, mereka tidak menggunakan bahasa daerah dan banyak
menggunakan bahasa asing. Sajak Pujangga Baru juga dikritik kerana memasukkan
bentuk-bentuk puisi yang menyalahi pantun dan syair.
Sutan Takdir Alisyahbana terutamanya telah mempertahankan gagasan-
gagasannya kerana telah terjadi polemik antara Haji Agus Salim, Sutan Md. Zain dan
beberapa orang lagi. Polemik tersebut bukan hanya disiarkan dalam majalah Pujangga
Baru tetapi juga dalam majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang diterbitkan pada waktu
itu. Polemik angkatan Pujangga Baru dengan golongan yang berpegang kepada
tradisionalisme, bukan hanya mengenai perkara yang berkaitan dengan bahasa tetapi juga
mengenai perkara lain seperti kebudayaan, pendidikan dan pola-pola kemasyarakatan.
Sebahagian dari polemik tersebut telah dikumpulkan oleh Achdiat K. Miharja dalam
buku yang berjudul Polemik Kebudayaan (1949).
Angkatan Pujangga Baru yang lebih condong ke barat telah melakukan banyak
perubahan dalam memodenkan dan memajukan kesusasteraan Indonesia. Di antara ciri-
ciri Angkatan Pujangga Baru ialah angkatan ini telah bebas dalam menentukan bentuk
karya dan wujudnya diri mereka, isi karya mereka mengandungi tendensius dan bersifat
didaktis, sajak-sajak angkatan ini dalam beberapa aspek telah banyak meninggalkan
bentuk-bentuk puisi lama iaitu isi lebih dipentingkan daripada bentuknya, hasil karya
mereka bersifat nasional dan bahan-bahan yang digali juga bersumberkan persoalan
nasional, penggunaan struktur bahasa yang lama dan terikat juga telah ditinggalkan,
bahasa-bahasa yang statik dan klise telah ditinggalkan dan karya-karya mereka telah
disesuaikan dengan semangat pembangunan bangsa sehingga kelihatan lebih romantik
serta idealistik.
12

Matlamat dan Tujuan


Seperti angkatan yang sebelumnya iaitu Balai Pustaka, angkatan Pujangga Baru ini juga
mempunyai matlamat dan tujuan yang tersendiri.matlamat dan tujuan yang utama yang
terdapat pada angkatan ini adalah dari segi dasar bahasa. Tiap-tiap penulis bebas untuk
melahirkan perasaan jiwanya sesuai dengan peribadi, gayanya dan bahasanya yang
tersendiri. Bahasanya pula harus indah dan baik sejajar dengan penegertian sastera.
Selain daripada itu, angkatan Pujangga Baru ini juga adalah bertujuan untuk
mempergunakan bahasa yang sederhana, mudah difahami ertinya, dinamis dan segar
tetapi perlu indah. Penulis juga boleh membincangkan kata-kata sulit yang tidak pernah
dipakai sehari-hari seperti yang digunakan oleh pujangga sebelumnya. Selain itu, ia juga
perlu mengutamakan bahasa yang bernilai ‘estetis’ iaitu bahasa yang indah.
Matlamat dan tujuan yang seterusnya adalah berkaitan dengan dasar
kesusasteraan. Dasar ini adalah untuk membentuk semangat baru dan berani mengambil
inisiatif dengan penuh tanggungjawab. Dalam ciptaannya, harus ada harapan-harapan
baru sebagai pengganti semangat lama.
Ia juga adalah untuk mengembangkan jiwa baru dan semangat baru lebih berani
mengambil inisiatif untuk mengadakan pembaharuan, melenyapkan sifat-sifat yang tidak
sesuai dan terikat. Mereka mendambakan hasil cipta yang dinamis, bebas kreatif, cara
bercerita dan juga bahasanya. Ini adalah untuk menghilangkan ungkapan kuno yang klise
dan digantikan dengan ungkapan baru yang serasi.
Berkonsepkan dasar kemasyarakatan juga adalah sebahagian daripada matlamat
dan tujuan angkatan Pujangga Baru ini. Isu yang berkaitan kemasyarakatan ini adalah
karya-karya mereka yang berkisar pada persoalan ekonomi dan politik yang kabur.
Segala penggolongan adalah berkaitan dengan tujuan dan matlamat yang sebenar yang
dikatan dalam angkatan ini.

Sumbangan
Sekiranya Balai Pustaka lebih menekankan kepada penerbitan buku-buku yang kebih
merupakan bahan bacaan rakyat, maka tidak pula bagi angkatan Pujangga Baru.
13

Bolehlah dikatakan usaha-usaha dan sumbangan-sumbangan Pujangga Baru ini hanyalah


kecil sahaja kerana ianya hanyalah merupakan sebuah badan penerbitan persendirian
yang sudah semestinya mempunyai modal yang kecil. Oleh kerana itulah mereka hanya
sanggup menerbitkan majalah-majalah sahaja. Majalah yang diterbitkannya itu lebih
dikenali dengan Pujangga Baru ini lebih memuatkan berbagai-bagai hasil karya
penulisnya. Misalnya novel Belenggu oleh Armin Pane yang telah ditolak oleh Balai
Pustaka itu dikatakan diterbitkan semula dalam bentuk bersiri-siri dalam majalah
tersebut. Mereka juga hanya mungkin menerbitkan esei-esei, sajak-sajak dan cerpen-
cerpen.
Namun demikian secara kasar sumbangan-sumbangan Pujangga Baru ini dapatlah
kita golongkan berdasarkan tiga kelompok iaitu novel-novel roman, drama-drama dan
puisi iaitu antologi sajak. Antara hasil-hasil karya novel-novel atau roman adalah seperti
Layar Terkembang oleh Sultan akdir Alishahbana (1936), Belenggu oleh Armin
Pane(1940), Di Bawah Lindungan Kaabah pula dihasilkan oleh Hamka iaitu pada tahun
1938 Dan kalau Tak Untung pula karya Selasih pada tahun 1933 dan terdapat pelbagai
lagi karya novel yang dihasilkan.
Dalam kelompok drama pula, sumbangan yang dihasilkan adalah Manusia Baru
karya Sanusi Pane dan Lenggang Kencana pula dihasilkan oleh adik-beradiknya sendiri
iaitu Armin Pane. Selain daripada yang dinyatakan ini, terdapat pelbagai lagi karya drama
yang dihasilkan oleh beberapa penulis yang terkemuka pada masa tersebut.
Sumbangan yang terakhir yang terdapat pada angkatan Pujangga Baru ini adalah
sumbangan dari segi puisi iaitu antologi sajak. Terdapat ramai penulis yang menghasilkan
antologi sajak ini. Antara penulis yang menghasilkan puisi adalah Amir Hamzah dengan
karyanya Nyanyi Sunyi dan Puan Rindu. Selain daripada itu, terdapat ramai lagi golongan
yang menyumbangkan hasil karya dari genre puisi iaitu antologi sajak.
Kebanyakan hasil sumbangan yang dihasilkan adalah mengikut pengaruh luar
terutama barat. Pembaharuan yang tegas untuk merombak sifat-sifat lama lebih nyata
kelihatan pada angkatan Pujangga Baru ini.

Tokoh-Tokoh Penting Angkatan Pujangga Baru


Sutan Takdir Alisyahbana
14

Sutan Takdir Alisyahbana merupakan salah seorang pelopor Angkatan Pujangga Baru.
Beliau dilahirkan di Natal, Tapanuli, Sumatera pada 11 Februari 1908. Setelah
menamatkan pendidikan di sekolah perguruan H.I.S, lalu menyambung pelajarannya di
H.K.S. yang terletak di Bandung. Pada tahun 1930, beliau bekerja di Balai Pustaka
sebagai ketua pengarang majalah Panji Pustaka. Sambil bekerja, beliau mengikuti kuliah
di Sekolah Tinggi Hakim di Jakarta dan tamat pada tahun 1942 dengan memperolehi
Sarjana Hukum. Sejak menjadi guru, beliau sangat tertarik pada kesusasteraan. Oleh
kerana itu, S.T Alisyahbana memperdalam ilmunya dengan mengikuti pelajaran bahasa,
kebudayaan dan filsafat di Sekolah Tinggi Kesusasteraan. Sejak tahun 1929 lagi, S.T
Alisyahbana telah muncul di pentas sastera Indonesia iaitu bila diterbitkan roman/
novelnya yang pertama yang berjudul Tak Putus Dirundung Malang. Daripada sekian
banyak karyanya, Layar Terkembang merupakan roman /novelnya terpenting yang terbit
dalam 30-an dan terpenting pula sebagai mewakili karya Angkatan Pujangga Baru.
Selain sebagai seorang penulis karya kreatif, S.T Alisyahbana terkenal juga
sebagai seorang penulis esei dan sebagai pembina bahasa Indonesia, malah beliau juga
cukup terkenal sebagai ahli bahasa dan sasterawan yang dinamis. Jasanya tidak sedikit
dalam membuka mata masyarakat Indonesia tentang keperluan bahasa Indonesia,
memberi dorongan kepada generasi muda memperhatikan kesusasteraan Indonesia dan
memperbaharuinya. Berbagai pandangannya mengenai hal ini disiarkan di dalam akhbar-
akhbar dan majalah-majalah. Usahanya untuk memperkenalkan bahasa dan bentuknya
kepada masyarakat terbukti dengan terbitnya buku Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia I
dan II (1948).
Selain itu, atas usaha S.T. Alisyahbana pada tahun 1938 di Solo telah
diselenggarakan Kongres Bahasa Indonesia yang pertama. S.T Alisyahbana dengan
Angkatan Pujangga Baru sering mengatakan adalah perlu sekali mempelajari segala yang
dapat dipelajari dari Barat. Maka terjadilah polemik yang hebat mengenai hal ini,
terutama antara S.T Alisyahbana dengan beberapa orang tokoh yang mahu
mempertahankan tradisionalisme seperti Haji Agus Salim, Dr. Sutomo, Ki Hajar
Dewantara dan lain-lain. Sebahagian dari polemik tersebut telah dikumpulkan oleh
Achdiat K. Miharja dan diterbitkan dalam buku yang berjudul Polemik Kebudayaan
(1949). Dapatlah dikatakan bahawa dengan lahirnya Angkatan Pujangga Baru, dunia
15

sastera dan budaya Indonesia telah berkocak dengan polemik-polemik yang sihat.
Rangsangan sehingga lahirnya polemik itu datangnya dari S.T Alisyahbana sendiri. Jadi,
tidak hairanlah sekiranya S..T Alisyahbana dianggap sebagai ahli bahasa, sasterawan dan
pemikir yang dinamis.
Pada 27 Oktober 1979 yang lalu, S.T Alisyahbana telah dianugerahkan gelaran
Doktor Kehormat oleh Universiti Indonesia untuk jasa-jasanya dalam mengembangkan
sastera dan bahasa Indonesia. Di antara karya-karya yang dihasilkannya ialah Tak Putus
Dirundung Malang (1929)-roman, Dian Yang Tak Kunjung Padam (1932)-roman,
Tebaran Mega (1936)-puisi, Layar Terkembang (1936)-roman, Anak Perawan Di Sarang
Penyamun (1941)-roman, Puisi Lama (1943)-puisi, Puisi Baru (1946)- puisi,
Pembimbing Ke Filsafat (1946)-filsafat, Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia I dan II
(1948)-bahasa,Soal Kebudayaan Indonesia Di Tengah-Tengah Dunia (1950)-
kebudayaan, Dari Perjuangan Dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia (1957)-bahasa,
Kamus Istilah bahasa, Kegagalan Ilmu Bahasa Moden Dalam Menghadapi Soal-Soal
Bahasa Abad 20-bahas, Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia (1966)-
kebudayaan.

Armijn Pane (1908-1970)


Dilahirkan di Muara Sipongsi, Sumatera pada 18 0gos 1908. Beliau merupakan salah
seorang tokoh Angkatan Pujangga Baru yang bersama-sama dengan Sutan Takdir
Alisyahbana dan Amir Hamzah menghasilkan majalah Pujangga Baru. Ayah keduanya
ialah Sutan Penguraban, seorang pengarang sastera Tapanuli.
Sebagai seorang yang tergolong dalam Angkatan Pujangga Baru, Armijn Pane
banyak terpengaruh dalam angkatan 80 di negeri Belanda dan kebudayaan India.
Pandangannya ke barat dalam usaha untuk memodenkan kesusasteraan Indonesia tidak
hanya terungkap dari komposisi karangannya tetapi juga dalam bahasanya. ‘Bahasa yang
ditulis olehnya ialah bahasa Melayu Eropah”. Roman novelnya yang berbentuk baru iaitu
Belenggu (1940), pada mula diterbitkan orang kurang memahaminya. Masyarakat
Indonesia waktu itu belum dapat memahami jalan fikiran Armijn Pane seperti yang
terdapat dalam novelnya itu. Roman Belenggu juga menyebabkan timbulnya suara-suara
yang meletakkan Armijn Pane sebagai pelopor Angkatan 45.
16

Selain memakai nama Armijn Pane dalam karangannya, beliau juga sering
memakai nama samara Adinata, A. Jiwa, Empe, A. Mada, Kartono dan A. Panji. Beliau
meniggal dunia dalam bulan Januari 1970. Di antara karya-karya yang beliau hasilkan
ialah Nyi Lenggang Kencana (1937)-drama, Lukisan Masa (1937)-drama, Raden Ajeng
Kartini (1939)-autobiografi terjemahan, Jiwa Berjiwa (1939)-puisi, Belenggu (1940)-
roman psikologi, Ratna (1943)-drama, Kisah Antara Manusia (1953)-antologi cerpen,
Jinak-Jinak Merpati (1953)-drama, Antara Bumi dan Langit (1953)-drama yang telah
dijadikan filem, Mencari Sendi-Sendi Baru Tatabahasa bahasa Indonesia (1950)-bahasa,
Indonesia di Selatan Asia (1950)-sejarah, Tiongkok Zaman Baru (1951)-sejarah,
Gamelan Jiwa (1960)-puisi.

Amir Hamzah (1911-1946)


Amir Hamzah dilahirkan pada 28 Februari 1911.Berketurunan bangsawan Langkat,
Sumatera Timur dan beliau berketurunan bangsawan Melayu. Beliau merupakan anak
saudara Sultan Langkat. Ayahnya sendiri bergelar Bendahara Paduka Raja. Setelah tamat
belajar di H.I.S. di Tanjung Pura, beliau kemudian memasuki sekolah M.U.L.O. di
Jakarta. Kemudian melanjutkan pelajaran di A.M.S. bertempat di Solo. Setelah itu, beliau
kembali semula ke Jakarta memasuki Sekolah Tinggi Hakim dengan dibiayai oleh bapa
saudaranya iaitu Sultan Langkat.
Amir Hamzah terkenal sebagai Penyair Pujangga Baru, malah disebut sebagai
Raja Penyair kerana semua karyanya berbentuk puisi. Dalam lingkungan Angkatan
Pujangga Baru, hanya ada dua orang yang dikenal sebagai penyair religious (keagamaan)
iaitu Amir Hamzah (Islam) dan J.E. Tatengkeng (Kristian). Di antara karya-karya beliau
ialah Nyanyi Sunyi (1937)-puisi, Setanggi Timur (1939)-puisi terjemahan, Buah Rindu
(1941)-puisi, Bhagawat Gita- puisi terjemahan.
17

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai fahaman-fahaman yang dapat dilihat
berdasarkan Bahasa Indonesia dan Sastera Indonesia. Sejarah perkembangan
kesusasteraan ini lahir secara berperingkat-peringkat. Aliran dan bentuk sastera Eropah
adalah seperti roman, cerpen, sonata, kritikan dan esei telah berkembang dan hidup
dengan cukup subur. Abdullah Munsyi adalah dianggap sebagai pembaharu tidak kiralah
di Indonesia mahupun di Malaysia. Dalam hal yang sama, telah juga dibincangkan
mengenai angkatan Balai Pustaka dan Pujangga Baru. Hal ini meliputi sejarah
perkembangannya, sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh setiap angkatan dan
juga tokoh-tokoh yang terlibat dalam angkatan-angkatan tersebut.
Oleh hal yang demikian, dapatlah dibezakan antara tugas-tugas yang telah
dimainkan oleh angkatan Balai Pustaka dan juga angkatan Pujangga Baru. Tokoh-tokoh
yang memperjuangkan angkatan tersebut amatlah dihargai kerana pada masa tersebut,
tidak ramai yang menceburkan diri dalam bidang penulisan ini.
18

Bibliografi

Ajip Rosidi. 1965. Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia. Bandung: Penerbit Binacipta.

Adnan S.A.M DAN Sofjan Muchtar. 1970. Kesusasteraan dalam Bentuk dan Isi.
Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Azran Rahman dan Amida Abdul Hamid. 1979. Sari Sejarah Kesusasteraan Melayu-
Indonesia Tradisi & Moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.

H.B Jassin. 1964. Pujangga Baru Prosa dan Puisi. Jakarta: CV Hj. Masagung.

Kamal Ariffin. Tiada tahun. Iktisar Sejarah Sastera Melayu Klasik dan Moden.
Indonesia: BTC Publishing House Sdn. Bhd.

M.Roesly Effendy. 1984. Selayang Pandang Kesusasteraan Indonesia. Surabaya: PT


Bina Ilmu. Ji. Tunjangan.

Prof . Bakri Siregar. 1964. Sedjarah Sastera Indonesia Modern. Indonesi: Akademik
Sastera dan Bahasa Multatuli.

Anda mungkin juga menyukai