Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

Bil
1.0
2.0
2.1
2.2
2.3
2.3.1
2.3.2
2.3.3
2.3.4
2.3.5
2.4
3.0
3.1
3.2
3.3
4.0

1.0

Tajuk
Pengenalan
Angkatan Pujangga Baru
Sejarah
Matlamat Dan Tujuan
Ciri-Ciri Angkatan Pujangga Baru
Roman
Cerpen
Esei Dan Kritik
Drama
Puisi
Sumbangan Angkatan Pujangga Baru
Tokoh-Tokoh Penting Angkatan Pujangga Baru
Sutan Takdir Alisyahbana
Armijn Pane (1908-1970)
Amir Hamzah (1911-1946)
Kesimpulan
Bibliografi

Mukasurat
2
3
3
6
7
8
9
9
10
10
11
12
12
14
17
18
19

PENGENALAN
Bahasa dan kesusasteraan Indonesia telah lahir hasil pertemuan bahasa dan

sastera Melayu dengan fahaman-fahaman yang berasal daripada kebudayaan


Eropah. Kesusasteraan yang berkembang ini digelar kesusasteraan moden yang
sebelumnya dikenali kesusasteraan klasik. Beberapa tahun kemudian lahirlah
Sastera Jawa Klasik, Sastera Jawa Moden, Sastera Sunda Klasik, Sastera Sunda
Moden dan sebagainya. Namun, nasionalisme di Indonesia tidak bersumberkan satu
daerah sahaja. Hal ini menyebabkan genre Sastera Indonesia Klasik dan Sastera
Nusantara adalah sama. Bangsa Eropah yang menjajah Indonesia selama lebih tiga

abad telah meninggalkan pengaruh budaya mereka terhadap bahasa dan sastera
Indonesia. Aliran dan bentuk-bentuk sastera Eropah seperti roman, cerpen, sonata,
kritikan dan esei telah berkembang dan hidup dengan cukup subur.
Walau bagaimanapun, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah dianggap
sebagai pembaharu sastera Melayu baik di Indonesia mahupun di Malaysia.
Abdullah dalam karya-karyanya tidak lagi menceritakan kisah kepahlawanan rajaraja atau dewa-dewa dengan puteri-puteri yang ayu tetapi dikisahkannya tentang
keadaan kehidupan sehari-hari yang nyata. Karya-karyanya sekarang dianggap
sebagai karya-karya klasik misalnya Syair Singapura Terbakar (1830) dan Kisah
Pelayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan (1838). Secara tidak langsung,
anggapan ini brmaksud bahawa zaman Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi adalah
zaman transisi yang memisahkan Kesusasteraan Indonesia Lama dengan
Kesusasteraan Indonesia Moden.
Pelbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli sastera Indonesia mengenai
jangka masa kelahiran sastera Indonesia. Di antaranya H. B Jassin yang
membahagikan sastera Indonesia kepada dua zaman iaitu Sastera Melayu Lama
dan Sastera Melayu Moden yang meliputi Angkatan 20, Angkatan 33 atau Pujangga
Baru dan Angkatan 45. Ajip Rosidi pula membahagikan kelahiran sastera Indonesia
menjadi dua kelompok besar iaitu zaman kelahiran dan zaman perkembangan dari
tahun 1900 sehingga 1945 yang meliputi tahun awal 1933, tahun 1933 sehingga
1942 dan tahun 1942 sehingga 1945. Manakala zaman perkembangan pula pada
tahun 1945 sehingga 1969 yang meliputi tahun 1945 sehingga 1953, tahun 1953
sehingga 1961, dan tahun 1961 sehingga 1969.
Manakala A. Teeuw, mengatakan angkatan tahun 1920 adalah

kelahiran

kesusastraan Indonesia moden. Menurut Teeuw para pemuda ketika itu pada

pertama kalinya menyatakan perasaan dan idea yang pada dasarnya menyimpang
dari bentuk-bentuk sastera Melayu, Jawa, dan sastera lainnya yang lebih tua.
Sementara Ajip Rosidi mengatakan pada tahun tersebut, para pemuda Indonesia
(Yamin, Hatta) telah mengumumkan sajak-sajak mereka yang bercorak kebangsaan.
Namun secara umumnya, sejarah perkembangan sastera Indonesia terbahagi
kepada tiga zaman iaitu Kesusasteraan Indonesia Lama, Kesusasteraan Zaman
Transisi (Peralihan) dan Kesusasteraan Indonesia Moden yang meliputi Angkatan
Pujangga Baru dan sebagainya.

2.0

ANGKATAN PUJANGGA BARU

2.1

Sejarah
Dalam tahun 1933, muncul satu angkatan yang dikenali Pujangga Baru.

Angkatan ini telah dipelopori oleh Armijn Pane, Amir Hamzah dan S. Takdir
Alisyahbana. Mereka telah berhasil menerbitkan majalah Pujangga Baru pada 29
Julai 1933 (1933-1942 dan 1949-1953) iaitu majalah bulanan pertama diterbitkan
dalam

bahasa

Indonesia

(bahasa

Melayu)

dengan

memperjuangkan

dan

menyebarkan kata-kata Pujangga Baru mengenai kesusasteraan dan kebudayaan.


Pada hakikatnya nama Pujangga Baru merangkumi tiga pengertian iaitu
nama aliran kebudayaan yang bertujuan meninggalkan kebudayaan lama untuk
menuju kebudayaan baru, nama penganut aliran tersebut yang kemudian
menamakan diri mereka Pujangga Baru dan nama majalah bulanan sebagai media
untuk memperkenalkan aliran tersebut yang diberi nama majalah Pujangga Baru.
Armijn Pane telah bertungkus-lumus menandatangani kontrak dengan pengarang
dan penyair di seluruh Indonesia serta pertubuhan yang berminat dengan cara
mengedarkan surat kepada mereka. Kemunculan angkatan Pujangga Baru adalah

realisasi dari hasrat untuk menyatukan pengarang-pengarang Indonesia. Semangat


yang terkemuka dalam Pujangga Baru adalah semangat kebangsaan dan semangat
patriotik
Sekitar tahun 1920an terdapat majalah diterbitkan di Indonesia yang
menyiarkan karangan-karangan yang berbentuk sajak, cerita dan karang-karangan
yang berhubung tentang kesusasteraan. Di antaranya majalah Sri Pustaka (19191941), Panji Pustaka (1919-1942) dan Jong Sumatera (1920-1926). Pada tahun
1933, Sutan Takdir Alisyahbana, Armijn Pane dan Amir Hamzah menerbitkan
majalah Pujangga Baru dengan moto Majalah kesusasteraan dan bahasa serta
kebudayaan umum tetapi pada tahun 1935 telah berubah menjadi Pembawa
semangat baru yang dinamis untuk membentuk kebudayaan persatuan Indonesia.
Majalah Pujangga Baru telah berhasil mengumpulkan para seniman,
budayawan dan cendikiawan Indonesia pada masa itu dan lahirlah nama-nama yang
kemudiannya menjadi tokoh kesusasteraan Indonesia seperti Sutan Takdir
Alisyahbana, Armijn Pane, Amir Hamzah, Amir Syarifudin, Sumanang, Sanusi
Pane, H.B Jassin, Purbacaraka, Purwadarminta dan Mohd. Syah. Mereka juga
terlibat sebagai anggota sidang pengarang.
Angkatan Pujangga Baru pada umumnya dipengaruhi oleh aliran Angkatan 80
dari negeri Belanda. Hal ini menyebabkan apabila Jepun menduduki Indonesia,
majalah Pujangga Baru telah dilarang diterbitkan kerana dianggap kebarat-baratan
tetapi setelah Jepun menyerah diri dan Indonesia mencapai kemerdekaannya,
majalah Pujangga Baru diterbitkan semula. Pada tahun 1953, majalah Pujangga
Baru tidak diterbitkan tetapi Sutan Takdir Alisyahbana menerbitkan pula majalah
baru bernama Konfrontasi (1954-1962). Anggota sidang pengarangnya terdiri
daripada Sujatmoko, Achdiat K. Miharja dan Hazil Tanzil.

Ketegasan dan suara lantang Angkatan Pujangga Baru untuk melaksanakan


semboyan mereka telah mendapat kritikan yang hebat daripada pihak guru-guru
bahasa Melayu dan tokoh-tokoh bahasa. Pujangga Baru telah dituduh merosakkan
Bahasa Melayu kerana dikatakan memasukkan kata-kata yang tidak lazim dalam
Bahasa Melayu sekolah. Sebagai contoh, mereka tidak menggunakan bahasa
daerah dan banyak menggunakan bahasa asing. Sajak Pujangga Baru juga dikritik
kerana memasukkan bentuk-bentuk puisi yang menyalahi pantun dan syair.
Sutan Takdir Alisyahbana terutamanya telah mempertahankan gagasangagasannya kerana telah terjadi polemik antara Haji Agus Salim, Sutan Md. Zain
dan beberapa orang lagi. Polemik tersebut bukan hanya disiarkan dalam majalah
Pujangga Baru tetapi juga dalam majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang
diterbitkan pada waktu itu. Polemik angkatan Pujangga Baru dengan golongan yang
berpegang kepada tradisionalisme, bukan hanya mengenai perkara yang berkaitan
dengan bahasa tetapi juga mengenai perkara lain seperti kebudayaan, pendidikan
dan pola-pola kemasyarakatan. Sebahagian dari polemik tersebut telah dikumpulkan
oleh Achdiat K. Miharja dalam buku yang berjudul Polemik Kebudayaan (1949).
Angkatan Pujangga Baru yang lebih condong ke barat telah melakukan
banyak perubahan dalam memodenkan dan memajukan kesusasteraan Indonesia.
Di antara ciri-ciri Angkatan Pujangga Baru ialah angkatan ini telah bebas dalam
menentukan bentuk karya dan wujudnya diri mereka, isi karya mereka bersifat
didaktis, sajak-sajak angkatan ini dalam beberapa aspek telah banyak meninggalkan
bentuk-bentuk puisi lama iaitu isi lebih dipentingkan daripada bentuknya, hasil karya
mereka bersifat nasional dan bahan-bahan yang digali juga bersumberkan persoalan
nasional, penggunaan struktur bahasa yang lama dan terikat juga telah ditinggalkan,
bahasa-bahasa yang statik dan klise telah ditinggalkan dan karya-karya mereka

telah disesuaikan dengan semangat pembangunan bangsa sehingga kelihatan lebih


romantik serta idealistik.

2.2

Matlamat dan Tujuan


Angkatan Pujangga Baru ini juga mempunyai matlamat dan tujuan yang

tersendiri. Matlamat dan tujuan yang utama yang terdapat pada angkatan ini adalah
dari segi dasar bahasa. Tiap-tiap penulis bebas untuk melahirkan perasaan jiwanya
sesuai dengan peribadi, gayanya dan bahasanya yang tersendiri. Bahasanya pula
harus indah dan baik sejajar dengan penegertian sastera.
Selain daripada itu, angkatan Pujangga Baru ini juga adalah bertujuan untuk
mempergunakan bahasa yang sederhana, mudah difahami ertinya, dinamis dan
segar tetapi perlu indah. Penulis juga boleh membincangkan kata-kata sulit yang
tidak pernah dipakai sehari-hari seperti yang digunakan oleh pujangga sebelumnya.
Selain itu, ia juga perlu mengutamakan bahasa yang bernilai estetik iaitu bahasa
yang indah. Matlamat dan tujuan yang seterusnya adalah berkaitan dengan dasar
kesusasteraan. Dasar ini adalah untuk membentuk semangat baru dan berani
mengambil inisiatif dengan penuh tanggungjawab. Dalam ciptaannya, harus ada
harapan-harapan baru sebagai pengganti semangat lama.
Ia juga adalah untuk mengembangkan jiwa baru dan semangat baru lebih
berani mengambil inisiatif untuk mengadakan pembaharuan, melenyapkan sifat-sifat
yang tidak sesuai dan terikat. Mereka mendambakan hasil cipta yang dinamis,
bebas kreatif, cara bercerita dan juga bahasanya. Ini adalah untuk menghilangkan
ungkapan kuno yang klise dan digantikan dengan ungkapan baru yang serasi.
Berkonsepkan dasar kemasyarakatan juga adalah sebahagian daripada
matlamat

dan

tujuan

angkatan

Pujangga

Baru

ini.

Isu

yang

berkaitan

kemasyarakatan ini adalah karya-karya mereka yang berkisar pada persoalan


ekonomi dan politik yang kabur. Segala penggolongan adalah berkaitan dengan
tujuan dan matlamat yang sebenar dalam angkatan ini.

2.3

Ciri-Ciri Angkatan Pujangga Baru

Ciri-ciri angkatan pujangga baru ini ialah seperti berikut:


I.

Tema utama adalah kesatuan.

II.

Beraliran Romantis Idealis.

III.

Dipengaruhi angkatan 80 dari Belanda.

IV.

Genre sastera yang paling banyak adalah roman, novel, esei, dan
sebagainya.

V.

Karya sastera yang paling menonjol adalah Layar Terkembang.

VI.

Isi bercorak idealism.

VII.

Mementingkan penggunaan bahasa yang indah-indah.


Bahasa yang digunakan pada masa Angkatan Pujangga Baru ialah Bahasa

Melayu Modern dan sudah meninggalkan bahasa Klise. Mereka berusaha membuat
ungkapan dan gaya bahasa sendiri, pilihan kata, penggabungan ungkapan serta
irama. Tema karya mereka tidak hanya tentang adat atau kawin paksa, tetapi
mencakupi masalah yang lebih kompleks, seperti pengharapan seorang wanita dan
kehidupan kaum intelek. Genre prosa Angkatan Pujangga Baru adalah seperti
berikut:

2.3.1 Roman
Genre prosa roman pada Angkatan Pujangga Baru ini banyak menggunakan
bahasa tersendiri. Penulis membiarkan pembaca membuat kesimpulan sendiri,

pelaku-pelaku bergerak, pembaca seolah-olah diseret ke dalam suasana pemikiran


pelaku-pelakunya, mengutamakan jalan pemikiran dan kehidupan pelaku-pelakunya.
Hampir semua roman karya Angkatan Pujangga Baru ini memberikan kesan
psikologi kepada pembaca.
Isi kandungan roman adalah tentang segala persoalan yang menjadi impian
sesuai dengan semangat mahu membangun bangsa Indonesia pada ketika itu,
seperti politik, ekonomi, sosial, falsafah, agama dan kebudayaan. Contoh roman
Angkata Pujangga Baru ini ialah seperti Belenggu karya Armijn Pane (1940) dan
Layar Terkembang karya Sutan Takdir Alisyahbana. Di samping itu, terdapat juga
karya novel lain, di antaranya:

Hulubalang Raja (Nur Sutan Iskandar, 1934).

Katak Hendak Menjadi Lembu (Nur Sutan Iskandar, 1935).

Kehilangan Mestika (Hamidah, 1935).

Ni Rawit (I Gusti Nyoman, 1935).

Sukreni Gadis Bali (Panji Tisna, 1935).

Di Bawah Lindungan Kaabah (Hamka, 1936).

I Swasta Setahun di Bendahulu (I Gusti Nyoman dan Panji Tisna, 1938).

Andang Teruna (Soetomo Djauhar Arifin, 1941).

Pahlawan Minahasa (M.R.Dajoh, 1941).

2.3.2 Cerpen
Angkatan Pujangga Baru tidak banyak menghasilkan cerpen. Namun,
terdapat beberapa nukilan kaya cerpen, antara lain seperti Armijn Pane dengan
cerpennya Barang Tiada Berharga dan Lupa. Cerpen itu dikumpulkan dalam
8

kumpulan cerpennya yang berjudul Kisah Antara Manusia (1953) dan Sutan Takdir
Alisyahbana dengan cerpennya Panji Pustaka.

2.3.3 Esei dan Kritik


Timbulnya kesedaran nasionalis pada ketika itu, maka esei Angkatan
Pujangga Baru ini banyak mengupas mengenai soal bahasa, kesusasteraan,
kebudayaan, pengaruh barat dan persoalan-persoalan masyarakat umumnya yang
menuju kearah kebangkitan rakyat. Penulis esei yang paling produktif di kalangan
Pujangga Baru adalah Sutan Takdir Alisyahbana.
Selain itu, pengarang esei lainnya adalah Sanusi Pane dengan esei
Persatuan Indonesia, Armijn Pane dengan esei Mengapa Pengarang Modern Suka
Mematikan, Sutan Alisyahbana dengan esei Kesusasteraan dengan Rakyat, Dr. M.
Amir dengan esei Sampai di Mana Kemajuan Kita.

2.3.4 Drama
Selain itu, Angkatan Pujangga Baru juga turut menghasilkan drama
berdasarkan kejadian yang menunjukkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah
Indonesia. Ini kerana, mereka mahu menuntut dan menyemarakkan kesedaran
mengenai kepentingan mempelajari sejarah kebudayaan dan bahasa sendiri untuk
menanam rasa kebangsaan. Isi-isinya ada yang diambil dari sejarah dan ada pula
yang semata-mata hasil fantasi pengarang sendiri menggambarkan jiwa yang
dinamis.
Drama karya mereka ini mengandung semangat romantik dan idealisme, lari
dari realiti kehidupan masa penjajahan tetapi sangat bercita-cita tinggi dalam

menuntut kebangkitan dan kesedaran rakyat akan kepentingan nasionalis rakyat


pada masa itu. Antara karya drama mereka adalah seperti: Sandhyakala ning
Majapahit karya Sanusi Pane (1933), Ken Arok dan Ken Dedes karya Moh. Yamin
(1934), Nyai Lenggang Kencana karya Armijn Pane (1936), Lukisan Masa karya
Armijn Pane (1937), Manusia Baru karya Sanusi Pane (1940) dan Airlangga karya
Moh Yamin (1943).

2.3.5 Puisi
Isi kandungan puisi Angkatan Pujangga Baru ini lebih kepada memainkan
kesedaran perasaan kebangsaan, cinta kepada tanah air, anti-kolonial, dan
kesedaran nasional. Ini dapat dilihat melalui beberapa karya mereka seperti Puspa
Mega karya Sanusi Pane, Madah Kelana karya Sanusi Pane, Tebaran Mega karya
Sutan Takdir, Buah Rindu karya Amir Hamzah, Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah,
Percikan Pemenungan karya Rustam Effendi dan Rindu Dendam karya J.E.
Tatengkeng. Namun, tokoh yang terkenal sebagai raja penyair Pujangga Baru dan
Penyair Islam adalah Amir Hamzah. Kumpulan sajaknya yang terkenal adalah
seperti adalah Buah Rindu, Nyanyi Sunyi, dan Setanggi Timur.

2.4

Sumbangan Angkatan Pujangga Baru


Boleh dikatakan usaha-usaha dan sumbangan-sumbangan Pujangga Baru ini

hanyalah kecil sahaja kerana ianya hanyalah merupakan sebuah badan penerbitan
persendirian yang sudah semestinya mempunyai modal yang kecil. Oleh kerana
itulah mereka hanya sanggup menerbitkan majalah-majalah sahaja. Majalah yang
diterbitkannya itu lebih dikenali dengan Pujangga Baru ini lebih memuatkan
berbagai-bagai hasil karya penulisnya. Misalnya novel Belenggu oleh Armijn Pane

10

yang telah ditolak oleh Balai Pustaka itu dikatakan diterbitkan semula dalam bentuk
bersiri-siri dalam majalah tersebut. Mereka juga hanya mungkin menerbitkan eseiesei, sajak-sajak dan cerpen-cerpen.
Namun demikian secara kasar sumbangan-sumbangan Pujangga Baru ini
dapatlah kita golongkan berdasarkan tiga kelompok iaitu novel-novel roman, dramadrama dan puisi iaitu antologi sajak. Antara hasil-hasil karya novel-novel atau roman
adalah seperti Layar Terkembang oleh Sultan akdir Alishahbana (1936), Belenggu
oleh Armijn Pane (1940), Di Bawah Lindungan Kaabah pula dihasilkan oleh Hamka
iaitu pada tahun 1938 Dan Kalau Tak Untung pula karya Selasih pada tahun 1933
dan terdapat pelbagai lagi karya novel yang dihasilkan.
Dalam kelompok drama pula, sumbangan yang dihasilkan adalah Manusia
Baru karya Sanusi Pane dan Lenggang Kencana pula dihasilkan oleh adikberadiknya sendiri iaitu Armijn Pane. Selain daripada yang dinyatakan ini, terdapat
pelbagai lagi karya drama yang dihasilkan oleh beberapa penulis yang terkemuka
pada masa tersebut.
Sumbangan yang terakhir yang terdapat pada angkatan Pujangga Baru ini
adalah sumbangan dari segi puisi iaitu antologi sajak. Terdapat ramai penulis yang
menghasilkan antologi sajak ini. Antara penulis yang menghasilkan puisi adalah Amir
Hamzah dengan karyanya Nyanyi Sunyi dan Puan Rindu. Selain daripada itu,
terdapat ramai lagi golongan yang menyumbangkan hasil karya dari genre puisi iaitu
antologi sajak. Kebanyakan hasil sumbangan yang dihasilkan adalah mengikut
pengaruh luar terutama barat. Pembaharuan yang tegas untuk merombak sifat-sifat
lama lebih nyata kelihatan pada angkatan Pujangga Baru ini.

3.0

TOKOH-TOKOH PENTING ANGKATAN PUJANGGA BARU

11

3.1

Sutan Takdir Alisyahbana


Sutan Takdir Alisyahbana merupakan salah seorang pelopor Angkatan

Pujangga Baru. Beliau dilahirkan di Natal, Tapanuli, Sumatera pada 11 Februari


1908.

Setelah

menamatkan

pendidikan

di

sekolah

perguruan

H.I.S,

lalu

menyambung pelajarannya di H.K.S. yang terletak di Bandung. Pada tahun 1930,


beliau bekerja di Balai Pustaka sebagai ketua pengarang majalah Panji Pustaka.
Sambil bekerja, beliau mengikuti kuliah di Sekolah Tinggi Hakim di Jakarta dan
tamat pada tahun 1942 dengan memperolehi Sarjana Hukum.
Sejak menjadi guru, beliau sangat tertarik pada kesusasteraan. Oleh kerana
itu, S.T Alisyahbana memperdalam ilmunya dengan mengikuti pelajaran bahasa,
kebudayaan dan falsafah di Sekolah Tinggi Kesusasteraan. Sejak tahun 1929 lagi,
S.T Alisyahbana telah muncul di pentas sastera Indonesia iaitu bila diterbitkan
roman dan novelnya yang pertama yang berjudul Tak Putus Dirundung Malang.
Daripada sekian banyak karyanya, Layar Terkembang merupakan roman /novelnya
terpenting yang terbit dalam 30an dan terpenting pula sebagai mewakili karya
Angkatan Pujangga Baru.
Selain sebagai seorang penulis karya kreatif, S.T Alisyahbana terkenal juga
sebagai seorang penulis esei dan sebagai pembina bahasa Indonesia, malah beliau
juga cukup terkenal sebagai ahli bahasa dan sasterawan yang dinamis. Jasanya
tidak sedikit dalam membuka mata masyarakat Indonesia tentang keperluan bahasa
Indonesia,

memberi

kesusasteraan

dorongan

Indonesia

dan

kepada

generasi

memperbaharuinya.

muda

memperhatikan

Berbagai

pandangannya

mengenai hal ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Usahanya


untuk memperkenalkan bahasa dan bentuknya kepada masyarakat terbukti dengan
terbitnya buku Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia I dan II (1948).

12

Selain itu, atas usaha S.T. Alisyahbana pada tahun 1938 di Solo telah
diselenggarakan Kongres Bahasa Indonesia yang pertama. S.T Alisyahbana dengan
Angkatan Pujangga Baru sering mengatakan adalah perlu sekali mempelajari segala
yang dapat dipelajari dari Barat. Maka terjadilah polemik yang hebat mengenai hal
ini, terutama antara S.T Alisyahbana dengan beberapa orang tokoh yang mahu
mempertahankan tradisionalisme seperti Haji Agus Salim, Dr. Sutomo, Ki Hajar
Dewantara dan lain-lain. Sebahagian dari polemik tersebut telah dikumpulkan oleh
Achdiat K. Miharja dan diterbitkan dalam buku yang berjudul Polemik Kebudayaan
(1949). Dapatlah dikatakan bahawa dengan lahirnya Angkatan Pujangga Baru, dunia
sastera dan budaya Indonesia telah berkocak dengan polemik-polemik yang sihat.
Rangsangan sehingga lahirnya polemik itu datangnya dari S.T Alisyahbana sendiri.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya S.T Alisyahbana dianggap sebagai ahli bahasa,
sasterawan dan pemikir yang dinamik.
Pada 27 Oktober 1979 yang lalu, S.T Alisyahbana telah dianugerahkan
gelaran Doktor Kehormat oleh Universiti Indonesia untuk jasa-jasanya dalam
mengembangkan sastera dan bahasa Indonesia. Di antara karya-karya yang
dihasilkannya ialah:

Tak Putus Dirundung Malang (1929).

Dian Yang Tak Kunjung Padam (1932).

Tebaran Mega (1936).

Layar Terkembang (1936).

Anak Perawan Di Sarang Penyamun (1941).

Puisi Lama (1943)-puisi, Puisi Baru (1946).

Pembimbing Ke Filsafat (1946).

13

Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia I dan II (1948).

Soal Kebudayaan Indonesia Di Tengah-Tengah Dunia (1950).

Dari Perjuangan Dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia (1957).

Kamus Istilah bahasa, Kegagalan Ilmu Bahasa Moden Dalam Menghadapi


Soal-Soal Bahasa Abad 20.

3.2

Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia (1966).

Armijn Pane (1908-1970)


Dilahirkan di Muara Sipongsi, Sumatera pada 18 0gos 1908. Beliau

merupakan salah seorang tokoh Angkatan Pujangga Baru yang bersama-sama


dengan Sutan Takdir Alisyahbana dan Amir Hamzah menghasilkan majalah
Pujangga Baru. Ayah keduanya ialah Sutan Penguraban, seorang pengarang
sastera Tapanuli.
Sebagai seorang yang tergolong dalam Angkatan Pujangga Baru, Armijn
Pane banyak terpengaruh dalam angkatan 80 di negeri Belanda dan kebudayaan
India. Pandangannya ke barat dalam usaha untuk memodenkan kesusasteraan
Indonesia tidak hanya terungkap dari komposisi karangannya tetapi juga dalam
bahasanya. Bahasa yang ditulis olehnya ialah bahasa Melayu Eropah. Roman
novelnya yang berbentuk baru iaitu Belenggu (1940), pada mula diterbitkan orang
kurang memahaminya. Masyarakat Indonesia waktu itu belum dapat memahami
jalan fikiran Armijn Pane seperti yang terdapat dalam novelnya itu. Roman Belenggu
juga menyebabkan timbulnya suara-suara yang meletakkan Armijn Pane sebagai
pelopor Angkatan 45.
Selain memakai nama Armijn Pane dalam karangannya, beliau juga sering
memakai nama samara Adinata, A. Jiwa, Empe, A. Mada, Kartono dan A. Panji.
14

Beliau meniggal dunia dalam bulan Januari 1970. Di antara karya-karya yang beliau
hasilkan ialah:

Nyi Lenggang Kencana (1937).

Lukisan Masa (1937).

Raden Ajeng Kartini (1939).

Jiwa Berjiwa (1939).

Belenggu (1940).

Ratna (1943).

Kisah Antara Manusia (1953).

Jinak-Jinak Merpati (1953).

Antara Bumi dan Langit (1953) - drama yang telah dijadikan filem.

Mencari Sendi-Sendi Baru Tatabahasa bahasa Indonesia (1950).

Indonesia di Selatan Asia (1950).

Tiongkok Zaman Baru (1951).

Gamelan Jiwa (1960).

Tak Putus Dirundung Malang (novel, 1929).

Dian Tak Kunjung Padam (novel, 1932).

Tebaran Mega (kumpulan sajak, 1935).

Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia (1936).

Layar Terkembang (novel, 1936).

Anak Perawan di Sarang Penyamun (novel, 1940).

Puisi Lama (bunga rampai, 1941).

Puisi Baru (bunga rampai, 1946).


15

Pelangi (bunga rampai, 1946).

Pembimbing ke Filsafat (1946).

Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia (1957).

The Indonesian language and literature (1962).

Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia (1966).

Kebangkitan Puisi Baru Indonesia (kumpulan esai, 1969).

Grotta Azzura (novel tiga jilid, 1970 & 1971).

Values as integrating vorces in personality, society and culture (1974).

The failure of modern linguistics (1976).

Perjuangan dan Tanggung Jawab dalam Kesusastraan (kumpulan esai, 1977)

Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia


sebagai Bahasa Modern (kumpulan esai, 1977).

Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Dilihat dari Segi Nilai-Nilai


(1977).

Lagu Pemacu Ombak (kumpulan sajak, 1978).

Amir Hamzah Penyair Besar antara Dua Zaman dan Uraian Nyanyian Sunyi
(1978).

Kalah dan Menang (novel, 1978).

Menuju Seni Lukis Lebih Berisi dan Bertanggung Jawab (1982).

Kelakuan Manusia di Tengah-Tengah Alam Semesta (1982).

Sociocultural creativity in the converging and restructuring process of the


emerging world (1983).

16

Kebangkitan: Suatu Drama Mitos tentang Bangkitnya Dunia Baru (drama


bersajak, 1984).

Perempuan di Persimpangan Zaman (kumpulan sajak, 1985).

Seni dan Sastra di Tengah-Tengah Pergolakan Masyarakat dan Kebudayaan


(1985).

3.3

Sajak-Sajak dan Renungan (1987).

Amir Hamzah (1911-1946)


Amir Hamzah dilahirkan pada 28 Februari 1911. Berketurunan bangsawan

Langkat, Sumatera Timur dan beliau berketurunan bangsawan Melayu. Beliau


merupakan anak saudara Sultan Langkat. Ayahnya sendiri bergelar Bendahara
Paduka Raja. Setelah tamat belajar di H.I.S. di Tanjung Pura, beliau kemudian
memasuki sekolah M.U.L.O. di Jakarta. Kemudian melanjutkan pelajaran di A.M.S.
bertempat di Solo. Setelah itu, beliau kembali semula ke Jakarta memasuki Sekolah
Tinggi Hakim dengan dibiayai oleh bapa saudaranya iaitu Sultan Langkat.
Amir Hamzah terkenal sebagai Penyair Pujangga Baru, malah disebut
sebagai Raja Penyair kerana semua karyanya berbentuk puisi. Dalam lingkungan
Angkatan Pujangga Baru, hanya ada dua orang yang dikenal sebagai penyair
keagamaan iaitu Amir Hamzah (Islam) dan J.E. Tatengkeng (Kristian). Di antara
karya-karya beliau ialah:

Nyanyi Sunyi (1937).

Setanggi Timur (1939).

Buah Rindu (1941).

Bhagawat Gita- puisi terjemahan.

17

4.0

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai fahaman-fahaman yang dapat

dilihat

berdasarkan

Bahasa

Indonesia

dan

Sastera

Indonesia.

Sejarah

perkembangan kesusasteraan ini lahir secara berperingkat-peringkat. Aliran dan


bentuk sastera Eropah adalah seperti roman, cerpen, sonata, kritikan dan esei telah
berkembang dan hidup dengan cukup subur.
Dalam hal yang sama, telah juga dibincangkan mengenai Angkatan Pujangga
Baru. Hal ini meliputi sejarah perkembangannya, sumbangan dan peranan yang
dimainkan oleh setiap angkatan dan juga tokoh-tokoh yang terlibat dalam angkatanangkatan tersebut. Tokoh-tokoh yang memperjuangkan angkatan tersebut amatlah
dihargai kerana pada masa tersebut, tidak ramai yang menceburkan diri dalam
bidang penulisan ini.

BIBLIOGRAFI
Adnan S.A.M DAN Sofjan Muchtar. 1970. Kesusasteraan dalam Bentuk dan Isi.
Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Ajip Rosidi. 1965. Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia. Bandung: Penerbit Binacipta.

18

Azran Rahman dan Amida Abdul Hamid. 1979. Sari Sejarah Kesusasteraan
Melayu- Indonesia Tradisi & Moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.

H.B Jassin. 1964. Pujangga Baru Prosa dan Puisi. Jakarta: CV Hj. Masagung.

Kamal Ariffin. Tiada tahun. Iktisar Sejarah Sastera Melayu Klasik dan Moden.
Indonesia: BTC Publishing House Sdn. Bhd.

M.Roesly Effendy. 1984. Selayang Pandang Kesusasteraan Indonesia.


Surabaya: PT Bina Ilmu. Ji. Tunjangan.

Prof. Bakri Siregar. 1964. Sedjarah Sastera Indonesia Modern. Indonesia:


Akademik Sastera dan Bahasa Multatuli.

19

Anda mungkin juga menyukai